| | PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN | |
|
|
| Author | Message |
|---|
sufi Siswa-siswi

Posts: 35 Points: 657 Reputation: 0 Join date: 2010-09-05
 | Subject: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Mon Sep 06, 2010 10:29 pm | |
| Hari ini hawking saorang saintis fisik telah membuat kegemparan kepada umat dunia dgn mengatakan tuhan tidak memainkan peranan dalam mentadbir alam ini melainkan alam itu sendiri membuat keputusan dalam segala urusannya dgn logik2 sains dan boleh di fikiri oleh akal .
pandangan ini sebenarnya bukan baru tetapi telah di pelopori oleh saintis islam dekad lalu yg begitu kritis dalam berfikir hingga banyak asas2 sains telah di kembangkan lurus pada ruang yg logik dan tidak di pengaruhi faktor ghaib . teori plato, socretes dan yg lain di kembangkan sehingga lah mereka ini di anggap sesat dan terkeluar dari islam .
|
|
 | |
gaara Sarjana

Posts: 1003 Points: 1697 Reputation: 1 Join date: 2010-07-24 Location: Malaysia
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Mon Sep 06, 2010 11:30 pm | |
| Salam..... saudara sufi.... saya berpandangan saintis islam dekad lalu tidak lah terlalu berfikiran seperti Hawking yang memisahkan sains dan ALLAh..... kerana apa2 yang terdapat dalam sains datangya dari ALLAh...... kerana orang yang mengaku islam tidak seharusnya memisahkan segala wahyu yang datang dari ALLAH....... kita tidak seharusnya terkejut dengan pandangan Hawking kerana sememangya beliau bukan islam dan tiada pegangan agama.... |
|
 | |
Jebon Siswa-siswi

Posts: 91 Points: 751 Reputation: 0 Join date: 2010-08-12
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Tue Sep 07, 2010 12:48 pm | |
| Salam,
Sedikit sebanyak kenyataan Stepen Hawking dpt dibaca melalui link ini
http://hikmatun.wordpress.com/2010/09/05/prof-stephen-hawking-mengeluarkan-kenyataan-bahawa-alam-ini-bukan-dicipta-oleh-tuhan/ |
|
 | |
sufi Siswa-siswi

Posts: 35 Points: 657 Reputation: 0 Join date: 2010-09-05
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Tue Sep 07, 2010 1:33 pm | |
| | Jebon wrote: | Salam,
Sedikit sebanyak kenyataan Stepen Hawking dpt dibaca melalui link ini
http://hikmatun.wordpress.com/2010/09/05/prof-stephen-hawking-mengeluarkan-kenyataan-bahawa-alam-ini-bukan-dicipta-oleh-tuhan/ |
apa pandangan sahabat . boleh kita kongsi . |
|
 | |
faried Sarjana

Posts: 524 Points: 1207 Reputation: 0 Join date: 2010-07-26
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Tue Sep 07, 2010 2:36 pm | |
| | sufi wrote: | | Jebon wrote: | Salam,
Sedikit sebanyak kenyataan Stepen Hawking dpt dibaca melalui link ini
http://hikmatun.wordpress.com/2010/09/05/prof-stephen-hawking-mengeluarkan-kenyataan-bahawa-alam-ini-bukan-dicipta-oleh-tuhan/ |
apa pandangan sahabat . boleh kita kongsi . |
Dalam biologi, teori primitif: generatio spontanea, yaitu mahluk hidup terjadi dengan sendirinya, yang didasarkan pengamatan pada bangkai yang secara spontan menghasilkan ulat.
| Quote: | | Hawking: Dia menegaskan bahawa kejadian alam semesta ini berlaku dengan spontan. |
Saya pikir, kesimpulan Hawking diambil secara terburu-buru tanpa didasari pengamatan yang kuat, sebagaimana halnya teori: generatio spontanea. |
|
 | |
sufi Siswa-siswi

Posts: 35 Points: 657 Reputation: 0 Join date: 2010-09-05
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Tue Sep 07, 2010 4:09 pm | |
| | faried wrote: | | sufi wrote: | | Jebon wrote: | Salam,
Sedikit sebanyak kenyataan Stepen Hawking dpt dibaca melalui link ini
http://hikmatun.wordpress.com/2010/09/05/prof-stephen-hawking-mengeluarkan-kenyataan-bahawa-alam-ini-bukan-dicipta-oleh-tuhan/ |
apa pandangan sahabat . boleh kita kongsi . |
Dalam biologi, teori primitif: generatio spontanea, yaitu mahluk hidup terjadi dengan sendirinya, yang didasarkan pengamatan pada bangkai yang secara spontan menghasilkan ulat.
| Quote: | | Hawking: Dia menegaskan bahawa kejadian alam semesta ini berlaku dengan spontan. |
Saya pikir, kesimpulan Hawking diambil secara terburu-buru tanpa didasari pengamatan yang kuat, sebagaimana halnya teori: generatio spontanea. |
sahabat, bangkai tidak akan berulat jika di sejuk beku . makna nya ada telur2 yg berterbangan yg kita tak nampak menghinggapi bangkai.
saya rasa hawking melihat sesuatu yg kita tak nampak kerana beliau bukanlah calang2 manusia yg bercakap tanpa hujah . sy bukan mengatakan bahawa beliau melihat tuhan tetapi ketajaman akalnya sehingga dapat membuat rumusan sedemikian .
jika beliau boleh mengenal alam sudah pastilah belaiu lebih mengenal tuhan dari kita .
tuhan tidak terikat pada masa jadi terjadi secara spontan atau tidak bukan bandingan tuhan tapi bagi manusia pastilah ada masanya contohnya kelahiran manusia ke dunia berlaku dgn tahap2 bukan terus jadi dewasa. |
|
 | |
Juang Sarjana

Posts: 1397 Points: 2144 Reputation: 4 Join date: 2010-07-25 Age: 35
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Tue Sep 07, 2010 10:41 pm | |
| Salam,
Kalau kita fikir logiklah, jika benar alam semesta ini terjadi dengan spontan, pasti komputer, handphone, TV, radio, kereta atau penciptaan teknologi itu boleh terjadi dengan sendiri tanpa memerlukan manusia menciptanya kerana ia juga sebahagian daripada alam. Kita boleh tengok, tiba-tiba muncul sejenis peralatan baru tanpa perlu lalui proses "production" di kilang-kilang binaan manusia.
Tetapi kenapa pada alam semesta ini, ada yang kata terjadi dengan spontan hanya sebab tak nampak "kilang" Tuhan menciptanya, tetapi untuk peralatan-peralatan itu kita boleh diterima kena ada pencipta (iaitu manusia)?
Di situ sahaja sudah nampak ada kelemahan pada pendapat tersebut. Perlu diingat, Hawking pun manusia biasa macam kita yang tidak boleh terlepas daripada kesilapan. |
|
 | |
sufi Siswa-siswi

Posts: 35 Points: 657 Reputation: 0 Join date: 2010-09-05
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Tue Sep 07, 2010 10:53 pm | |
| | Juang wrote: | Salam,

satu soalan utk sahabat , adakah tuhan mencampuri urusan manusia mencipta komputer dll .
begitu juga alam semesta , ia tidak tiba2 terjadi , pasti lah ada proses yg di batasi hukum2 fisik . hawking tentulah tidak boleh mencipta alam tetapi beliau boleh memodelkan alam ini sebagaimana asalnya manusia sebelum mencipta komputer terkini perlu memahami hukum2 logik yg perlu utk mencipta komputer . |
|
 | |
Juang Sarjana

Posts: 1397 Points: 2144 Reputation: 4 Join date: 2010-07-25 Age: 35
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Tue Sep 07, 2010 11:02 pm | |
| | sufi wrote: | satu soalan utk sahabat , adakah tuhan mencampuri urusan manusia mencipta komputer dll |
Salam,
Sudah tentu ya, sebab Dia yang turunkan ilmu untuk mengajar manusia mencipta peralatan-peralatan itu semua. Jangan lupakan Tuhan yang turunkan semua jenis ilmu.
| Quote: | begitu juga alam semesta , ia tidak tiba2 terjadi , pasti lah ada proses yg di batasi hukum2 fisik . hawking tentulah tidak boleh mencipta alam tetapi beliau boleh memodelkan alam ini sebagaimana asalnya manusia sebelum mencipta komputer terkini perlu memahami hukum2 logik yg perlu utk mencipta komputer . |
Tetapi komputer itu tidak terjadi dengan sendiri tanpa usaha manusia bukan? Jadi kenapa untuk alam semesta ini, ada manusia kata tiada usaha daripada Tuhan? Tak masuk akal.
Apakah mereka ingat Tuhan itu pemalas dan duduk diam sahaja? Bukankah Allah-lah yang paling sibuk sekali di dalam semesta alam ini? |
|
 | |
Juang Sarjana

Posts: 1397 Points: 2144 Reputation: 4 Join date: 2010-07-25 Age: 35
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Tue Sep 07, 2010 11:07 pm | |
| Salam, Kalau kita renung mendalam lagi, jika kita anggap Tuhan tidak tahu mencipta dan kita rasa manusia sahaja tahu mencipta, bukankah itu sudah merendahkan Kuasa Tuhan berbanding manusia? Lagi-lagilah tak masuk akal. Dan mengatakan alam semesta berkuasa menjadikan dirinya sendiri tanpa Kuasa Tuhan, itu menunjukkan manusia itu merasakan alam semesta itu lagi berkuasa berbanding Tuhan. Tak masuk akal lagi. "Bacalah dengan nama Tuhan mu yang mencipta"  |
|
 | |
sufi Siswa-siswi

Posts: 35 Points: 657 Reputation: 0 Join date: 2010-09-05
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Tue Sep 07, 2010 11:32 pm | |
| | Juang wrote: | | sufi wrote: | satu soalan utk sahabat , adakah tuhan mencampuri urusan manusia mencipta komputer dll |
Salam,
Sudah tentu ya, sebab Dia yang turunkan ilmu untuk mengajar manusia mencipta peralatan-peralatan itu semua. Jangan lupakan Tuhan yang turunkan semua jenis ilmu.
| Quote: | begitu juga alam semesta , ia tidak tiba2 terjadi , pasti lah ada proses yg di batasi hukum2 fisik . hawking tentulah tidak boleh mencipta alam tetapi beliau boleh memodelkan alam ini sebagaimana asalnya manusia sebelum mencipta komputer terkini perlu memahami hukum2 logik yg perlu utk mencipta komputer . |
Tetapi komputer itu tidak terjadi dengan sendiri tanpa usaha manusia bukan? Jadi kenapa untuk alam semesta ini, ada manusia kata tiada usaha daripada Tuhan? Tak masuk akal.
Apakah mereka ingat Tuhan itu pemalas dan duduk diam sahaja? Bukankah Allah-lah yang paling sibuk sekali di dalam semesta alam ini? |
tuhan hanya berkata jadi , maka jadi lah .
manusia perlu ilmu utk mencipta .
adakah jika manusia tidak mencari ilmu maka manusia akan dapat mencipta komputer .
komputer ialah model bagi otak manusia . mungkin pengetahuan hawking tentang alam dgn memahami segala hukumnya membolehkan beliau mencipta model alam yg membolehkan manusia berinteraksi secara lebih jauh dan memahami fenomena alam yg bakal terjadi . |
|
 | |
Juang Sarjana

Posts: 1397 Points: 2144 Reputation: 4 Join date: 2010-07-25 Age: 35
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Tue Sep 07, 2010 11:42 pm | |
| Salam,
Jika kita anggap manusia boleh mencipta model alam sendiri, kemudian kita nafikan Tuhan yang mencipta alam semesta, bukankah itu menunjukkan kita angkat manusia lagi hebat daripada Tuhan? Orang yang mengangkat manusia setara atau lebih hebat daripada Tuhan, bukankah sama sifatnya dengan Firaun zaman Nabi Musa itu?
Walaupun Tuhan berkata "jadilah", dan sesuatu itu terjadi (sebab secara logiknya tiada tuhan lain dapat halang KehendakNya), tetapi sesuatu yang Tuhan ciptakan mengambil masa-masa tertentu. Umpamanya penciptaan bumi, ada bilangan masanya menurut ukuran Tuhan. Buah betik memerlukan masa tertentu sebelum ia benar-benar masak.
Perjalanan sistem semesta ini seperti sebuah aturcara atau program yang panjang. Jika dalam aturcara komputer ada arahan "looping" atau "conditional", macam itulah dalam aturcara alam semesta ini. Umpamanya kebangkitan dan kejatuhan sesuatu kaum atau bangsa ada ulang-ulangannya. Ada kondisi-kondisi untuk sesuatu itu terjadi. |
|
 | |
Juang Sarjana

Posts: 1397 Points: 2144 Reputation: 4 Join date: 2010-07-25 Age: 35
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Tue Sep 07, 2010 11:57 pm | |
| Salam,
Kepercayaan bahawa Tuhan mencipta segala sesuatu itu adalah asas kehidupan. Ia seperti hukum asas 1+1=2. Kalau hukum asas ini cuba ditolak dengan mengatakan 1+1=0, pasti akan runtuh semua ilmu matematik yang telah dibina. Begitulah konsepnya. |
|
 | |
sufi Siswa-siswi

Posts: 35 Points: 657 Reputation: 0 Join date: 2010-09-05
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Tue Sep 07, 2010 11:57 pm | |
| | Juang wrote: | Salam,
Jika kita anggap manusia boleh mencipta model alam sendiri, kemudian kita nafikan Tuhan yang mencipta alam semesta, bukankah itu menunjukkan kita angkat manusia lagi hebat daripada Tuhan? Orang yang mengangkat manusia setara atau lebih hebat daripada Tuhan, bukankah sama sifatnya dengan Firaun zaman Nabi Musa itu?
Walaupun Tuhan berkata "jadilah", dan sesuatu itu terjadi (sebab secara logiknya tiada tuhan lain dapat halang KehendakNya), tetapi sesuatu yang Tuhan ciptakan mengambil masa-masa tertentu. Umpamanya penciptaan bumi, ada bilangan masanya menurut ukuran Tuhan. Buah betik memerlukan masa tertentu sebelum ia benar-benar masak.
Perjalanan sistem semesta ini seperti sebuah aturcara atau program yang panjang. Jika dalam aturcara komputer ada arahan "looping" atau "conditional", macam itulah dalam aturcara alam semesta ini. Umpamanya kebangkitan dan kejatuhan sesuatu kaum atau bangsa ada ulang-ulangannya. Ada kondisi-kondisi untuk sesuatu itu terjadi. |
hawking rasanya tidak berkata bahawa beliau tuhan . juga dia juga mempercayai adanya tuhan .
masalah tentang penerokaan alam sekitar ialah komunikasi . kajian tentang gelombang telah memberi manafaat dalam bidang telemunikasi .
manusia tidak mencipta gelombang tetapi gelembang itu telah sedia ada dgn hukum2nya yg tersendiri .
mungkin satu hari nanti kaedah konvensional roket iaitu di jana oleh bahanapi akan bertukar kepada kaedah gelombang .. insyaalah , ilmu tuhan sangat luas . |
|
 | |
Juang Sarjana

Posts: 1397 Points: 2144 Reputation: 4 Join date: 2010-07-25 Age: 35
 | Subject: Re: PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN Wed Sep 08, 2010 12:02 am | |
| Salam,
Orang kafir terdahulu pun bila ditanya siapa yang cipta alam ini, mereka kata "Allah". Tetapi di suatu segi, mereka tolak peranan Tuhan. Mereka tidak percaya Tuhan berkuasa bangkitkan orang mati di akhirat kelak, walaupun konsep kebangkitan semula itu suatu yang mudah difikirkan berdasar apa yang berlaku di sekeliling kita.
Jadi menafikan Kekuasaan Tuhan dalam sesuatu perkara adalah suatu yang tak masuk akal. Allah merangkumi semesta alam ini, macam mana Dia boleh tidak terlibat dalam sesuatu urusan makhluk-makhlukNya? |
|
 | |
| | PANDANGAN HAWKING TENTANG TUHAN | |
|