HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 
Share | 
 
 Membuka minda

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4  Next
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Membuka minda   Thu Sep 09, 2010 10:39 am

First topic message reminder :

Konsep membuka minda boleh kita umpamakan dengan membuka mata. Jika kita bereksperimen dengan mata sendiri, kita boleh nampak perbezaan di waktu mata tertutup, terbuka sedikit, dan kelopak mata terbuka sepenuhnya.

Ketika mata tertutup, kadar cahaya yang masuk ke dalam mata menghampiri sifar. Ketika mata terbuka luas, kadar cahaya yang masuk ke dalam mata menghampiri 100% (jika keadaan di sekeliling kita adalah terang/siang).

Ketika kelopak mata tertutup, kita tidak nampak langsung imej-imej yang wujud di sekeliling kita biarpun di waktu siang. Jika kita buka sedikit kelompak mata, barulah kita nampak bentuk kasar imej di sekeliling kita, namun masih kabur dan tidak tajam bentuk imej tersebut. Tetapi setelah kita bukakan mata luas-luas, barulah imej di sekeliling kita itu dapat dilihat dengan jelas, tajam dan mudah kita bezakan di antaranya.

Begitulah keadaannya dengan minda manusia. Jika manusia itu menutup terus mindanya, cahaya yang boleh membezakan sifat baik dengan buruk, benar dengan dusta, manfaat dengan mudarat, adil dengan zalim dan sebagainya tidak masuk ke dalam jiwa manusia itu. Jika dibukakan sedikit sahaja minda itu, manusia itu masih sukar membezakan benar atau dusta dengan jelas dan tajam. Tetapi setelah manusia itu membuka mindanya luas-luas, barulah dia mudah membezakan benar atau dusta.

Jadi setelah kita mengkaji Al Quran dengan minda yang terbuka luas, kita mudah mengenali sifat kata-kata seseorang Nabi. Apabila kita sudah kenal "bentuk" atau sifat kata-kata seseorang Nabi, jika datang orang-orang yang pergunakan nama si polan bin si polan untuk mengatakan Nabi cakap/buat itu dan ini, kita mudah mengenali apakah kata-kata yang didakwa daripada Nabi benar-benar daripada Nabi atau tidak. Perumpamaannya bila kita sudah kenal ciri-ciri buah rambutan, jika ada yang bawa buah pulasan, kita tahu itu bukannya rambutan walaupun sekali pandang macam sama. Tetapi kalau kita tutup mata dan hanya bergantung pada cakap orang, jika dikatakan buah durian adalah rambutan pun kita akan percaya pada orang itu.

Kesimpulannya, kemampuan membezakan benar atau dusta bergantung kepada keluasan minda yang dibuka oleh seseorang manusia seperti mana mata yang dibuka luas-luas dapat membantu manusia itu membezakan warna putih dan hitam.
Back to top Go down
View user profile

AuthorMessage
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Membuka minda   Thu Sep 16, 2010 2:30 am

Saudara jebon.....

pada saudara mana agak2 lebih serasi....

sains dengan Al-quran

atau....

Al-quran sebagai kitab spiritual......
Back to top Go down
View user profile
Jebon
Siswa-siswi
Siswa-siswi

Posts : 91
Points : 2418
Reputation : 0
Join date : 2010-08-12

PostSubject: Re: Membuka minda   Thu Sep 16, 2010 2:37 am

gaara wrote:
Saudara jebon.....

pada saudara mana agak2 lebih serasi....

sains dengan Al-quran

atau....

Al-quran sebagai kitab spiritual......
Matlamat ajaran al-Quran adalah spiritual dan Ketuhanan...

Salam Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Membuka minda   Thu Sep 16, 2010 12:05 pm

Salam,

Yang dikatakan spiritual pula adalah semangat atau tenaga keupayaan diri. Orang yang lemah semangat (malas), adalah orang yang mempunyai tenaga keupayaan diri yang rendah. Sebaliknya orang yang bersemangat tinggi (rajin) adalah orang yang mempunyai tenaga keupayaan diri yang tinggi.

Tenaga dalam diri boleh dikawal oleh manusia. Manusia boleh mengumpul tenaga seperti mana bateri boleh dicas. Dan tenaga itu pula boleh berubah bentuk daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.

Pada angkuh, dendam, marah, membenci, bermusuh, ada tenaga dibebaskan iaitu haba. Sebab itu orang-orang sebegitu sifatnya dikaitkan dengan Api yang Menyala (neraka).

Tetapi pada merendah diri, sabar, menyayangi, tenaga yang dibebaskan adalah cahaya. Sebab itu Al Quran mengaitkan orang-orang yang sebegitu sifat dengan wajah yang berseri-seri di akhirat kelak.

Mungkin kita tidak sedar perkaitan Al Quran dengan sifat-sifat tenaga tersebut. Dengan mengetahui sifat-sifat tenaga, kita akan tahu mengawal diri kita bukan sahaja mengawal fizikal, tetapi spiritual (kerohanian/tenaga/semangat) dalam diri.

Bila kita tahu mengawal spiritual kita, kita mudah berlapang dada berbincang pasal kepercayaan, sedangkan orang-orang kafir, oleh kerana mereka tidak tahu mengawal spirit mereka, mereka cepat panas hati bila kepercayaan tradisi mereka dipersoalkan seperti kisah Nabi Nuh dengan kaumnya, Nabi Ibrahim dengan kaumnya, Nabi Musa dengan kaumnya dan nabi-nabi yang lain.

Oleh kerana spirit itu berkaitan tenaga dan tenaga berkaitan dengan sains, jadi nak atau tidak, manusia kena memahami Al Quran menggunakan sains juga. Cuba cari ayat Al Quran mana yang menafikan hukum-hukum sains yang telah terbukti?
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Membuka minda   Thu Sep 16, 2010 12:15 pm

Jebon wrote:
othman wrote:
tanah liat ialah tanah di mana mineralnya sendiri mengandungi air . mineralnya sangat halus .jika tiada kandungan air maka tanah liat = batu .
Biasanya byk juger orang yang cuba tafsirkan al-Quran dgn sains... contohnya sprt Harun Yahya... statement tuh sy kopy n' paste jer tuh... kenalah tanya penulis blog tuh dan baca di blog beliau... macam sy nih tak berapa cenderung nak kaitkan al-Quran dgn sains... krn pada sy al-Quran lebeh kpd kitab spiritual & Ketuhanan... Very Happy

harun yahya mengambil sifat spirutual sebab tu kajian nya hanya bersandarkan kajian orang lain sebagai bandingan . bagi saya spritual ialah ilmu yg terpendam dan cara fisikal di gunakan utk mengkajinya .
Back to top Go down
View user profile
Jebon
Siswa-siswi
Siswa-siswi

Posts : 91
Points : 2418
Reputation : 0
Join date : 2010-08-12

PostSubject: Re: Membuka minda   Thu Sep 16, 2010 3:24 pm

Sy merangkumkan posting sdr juang dan othman diatas, spiritual yg sy maksudkan ialah nilai2 murni, ketuhanan pula dibicarakan secara teologi i.e teosofi, ada saling berkaitan... sains bagi sy hanyalah ilmu yg membolehkan manusia mengeksplorisasi alam semesta dan melihat kebesaran Tuhan- al-Quran memang menganjurkan ini, tetapi sains tidak semestinya membuatkan orang mengingati Tuhan... orang2 dulu2 sains mereka tidak maju tapi ada juga yg mengingati Tuhan dan mengamalkan nilai2 murni... zaman sekarang nih sains dah maju tetapi kenapa banyak juger korupsi, buang bayi, rogol, kes bunuh etc?? Kalau semua orang mengingati Tuhan dan mengamalkan nilai2 murni sy percaya kes2 korupsi, buang bayi, rogol, bunuh etc seperti yg heboh diperkatakan sekarang tentu tidak akan berlaku...

Salam Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Membuka minda   Thu Sep 16, 2010 3:44 pm

Salam,

Kalau yang korup, buang bayi, merogol dan membunuh itu di kalangan saintis sahaja, logik juga kita nak salahkan penggunaan sains dalam mengingati Tuhan. Sains membantu manusia untuk menyumbangkan manfaat dan kebaikan. Bukankah orang-orang yang mendapat balasan baik di akhirat kelak adalah orang-orang yang berat timbangan amal kebaikannya?

Orang-orang yang mundur dan duduk dalam hutan juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan seperti bertukar-tukar pasangan, atau kanibal.

Sains menggalakan budaya berfikir dan menyelidik sendiri untuk mengeluarkan manusia daripada menurut membuta-tuli. Sama seperti yang Al Quran tekankan. Jangan sempitkan sains setakat kaji alam semesta. Mengkaji sifat-sifat diri manusia itu juga amalan yang dilakukan oleh para saintis seperti mana mereka mengkaji sifat-sifat haiwan dan makhluk-makhluk lain. Cuma mengkaji sifat-sifat diri itu memerlukan kejujuran sebab ia berkaitan apa yang tersembunyi dalam diri kita sendiri.

Pendek kata, apabila kita mengkaji apa yang Allah tetapkan baik pada alam semesta mahupun dalam diri kita, itu sudah urusan sainslah. Dan yang tetapkan pada bumi ada hukum graviti, dan yang tetapkan pada orang yang angkuh ada perasaan membenci (bila diperingatkan dengan ayat Tuhan), itu kerja Tuhan.

Tetapi ada manusia memisahkan hukum-hukum Tuhan itu. Hukum-hukum Tuhan pada alam semesta mereka nampak itu ilmu sains. Hukum-hukm Tuhan tetapkan pada jiwa mereka, mereka tak sedar itu juga ada perkaitan dengan sains. Di sinilah silapnya bila mereka memisahkan sains dan kehidupan sehingga mereka sempitkan skop Al Quran itu.
Back to top Go down
View user profile
faried
Sarjana
Sarjana

Posts : 524
Points : 2874
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Membuka minda   Thu Sep 16, 2010 5:06 pm

Jebon wrote:
]
Matlamat ajaran al-Quran adalah spiritual dan Ketuhanan...

Alquran juga banyak membicarakan non-spritual, seperti bumi, matahari, bulan, bintang, galaksi, angin, gunung, tumbuhan, binatang, manusia dan yang lainnya,

sehingga

tidak dapat dikatakan bahwa Alquran hanyalah berisi ajaran spiritual dan ketuhanan saja.
Back to top Go down
View user profile
Jebon
Siswa-siswi
Siswa-siswi

Posts : 91
Points : 2418
Reputation : 0
Join date : 2010-08-12

PostSubject: Re: Membuka minda   Thu Sep 16, 2010 9:54 pm

faried wrote:
Jebon wrote:
]
Matlamat ajaran al-Quran adalah spiritual dan Ketuhanan...

Alquran juga banyak membicarakan non-spritual, seperti bumi, matahari, bulan, bintang, galaksi, angin, gunung, tumbuhan, binatang, manusia dan yang lainnya,

sehingga

tidak dapat dikatakan bahwa Alquran hanyalah berisi ajaran spiritual dan ketuhanan saja.
Saya enggak menafikan sains dlm al-Quran dong... coba perhatikan/fahami apa yg sy katakan kpd juang diatas...
Jebon wrote:
Sy merangkumkan posting sdr juang dan othman diatas, spiritual yg sy maksudkan ialah nilai2 murni, ketuhanan pula dibicarakan secara teologi i.e teosofi, ada saling berkaitan... sains bagi sy hanyalah ilmu yg membolehkan manusia mengeksplorisasi alam semesta dan melihat kebesaran Tuhan- al-Quran memang menganjurkan ini, tetapi sains tidak semestinya membuatkan orang mengingati Tuhan...
Itu juang enggak coba memahami betol2 apa yg coba sy sampaikan dong... Laughing
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Membuka minda   Thu Sep 16, 2010 10:23 pm

Salam

Al Quran dan ilmu sains sama-sama diturunkan oleh Allah untuk memudahkan kehidupan manusia. Walaupun ada manusia nampak Al Quran depan mata, tetapi mereka tidak ingat Tuhan sehingga ayat-ayat Tuhan direndahkan daripada ayat-ayat si polan.

Bukan ilmu sains sahaja tidak semestinya membuatkan orang mengingati Tuhan, Al Quran depan mata pun belum tentu mampu membuatkan orang mengingati Tuhan. Malah ada umat yang Rasul-rasul depan mata mereka pun belum tentu membuatkan mereka mengingati Tuhan.

Manusia akan ingat kepada Tuhan bila mahu memikirkan KekuasaanNya disegenap bidang kehidupan. Al Quran, Rasul-rasul dan ilmu sains hanyalah pembantu manusia untuk mudah mengingati Tuhan, tetapi kalau dalam hati manusia itu sendiri yang tak mahu ingat Tuhan, Allah depan mata mereka pun mereka tak ingat juga.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Membuka minda   Thu Sep 16, 2010 11:21 pm

Salam,

Apakah pula erti mengingati Tuhan? Apakah setakat ingat perkataan "Allah" bermaksud seseorang itu sudah ingat kepada Tuhan?

Mengingati Tuhan bermaksud kita sedar adanya Kuasa yang menetapkan sesuatu hukum yang terjadi di langit dan di bumi sehingga kita takut nak mengada-adakan sesuatu hukum tanpa asas dan bukti yang kukuh.

Sains mengajar kita bercakap secara benar sehingga seseorang saintis tidak mudah-mudah nak mengada-adakan hukum melainkan apa yang dikemukakan itu telah dibuktikan baik melalui pengkajian dan eksperimen. Malah seuatu teori yang dikemukakan oleh seseorang saintis masih boleh dicabar jika tiada bukti yang kukuh biarpun saintis itu seorang yang tinggi ilmunya dan dihormati ramai manusia. Sebab itu dalam bidang penyelidikan, ada pembentangan teori dan soal-jawab sehingga seseorang saintis tidak mudah-mudah nak menipu dan mengada-adakan sesuatu hukum tak masuk akal. Kalau tidak semasa pembentangan itu pasti di"tembak" dengan pelbagai soalan.

Apabila seseorang manusia itu sampai ke tahap takut hendak menipu, sebenarnya manusia itu telah mengingati Tuhan kerana dia sedar adanya Kuasa yang lebih hebat daripada dirinya. Tetapi pembesar agama Yahudi dan Nasrani terdahulu tidak takut untuk menipu sehingga tergamak mengatakan Tuhan mempunyai anak, walaupun mereka perasan merekalah paling banyak mengingati Tuhan dan paling dekat dengan Tuhan.

Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Membuka minda   Thu Sep 16, 2010 11:36 pm

Salam,

Sebenarnya ilmu sains itu adalah tentang mempelajari hukum-hukum Tuhan yang merangkumi segala yang wujud di dalam alam ini. Dengan ilmu sains kita dapat mengetahui ciptaan Tuhan dari yang terkecil sehinggalah yang terbesar. Yang nampak dan yang tak nampak. Kita dapat memahami bagaimana mereka berfungsi dan hasilnya kita dapat memikirkan bagaimana untuk memanfaatnya untuk kegunaan dan kemudahan manusia. Di sinilah kelebihan sebenar manusia berbanding ciptaan Tuhan yang lain. Dan kelebihan inilah yang Tuhan mahu kita manifestasikan. Sebab itulah kita diberi tanggungjawab sebagai khalifah.

Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Membuka minda   Fri Sep 17, 2010 1:50 am

Quote :
Sy merangkumkan posting sdr juang dan othman diatas, spiritual yg sy maksudkan ialah nilai2 murni, ketuhanan pula dibicarakan secara teologi i.e teosofi, ada saling berkaitan... sains bagi sy hanyalah ilmu yg membolehkan manusia mengeksplorisasi alam semesta dan melihat kebesaran Tuhan- al-Quran memang menganjurkan ini, tetapi sains tidak semestinya membuatkan orang mengingati Tuhan... orang2 dulu2 sains mereka tidak maju tapi ada juga yg mengingati Tuhan dan mengamalkan nilai2 murni... zaman sekarang nih sains dah maju tetapi kenapa banyak juger korupsi, buang bayi, rogol, kes bunuh etc?? Kalau semua orang mengingati Tuhan dan mengamalkan nilai2 murni sy percaya kes2 korupsi, buang bayi, rogol, bunuh etc seperti yg heboh diperkatakan sekarang tentu tidak akan berlaku...

Quote :
Kalau yang korup, buang bayi, merogol dan membunuh itu di kalangan saintis sahaja, logik juga kita nak salahkan penggunaan sains dalam mengingati Tuhan. Sains membantu manusia untuk menyumbangkan manfaat dan kebaikan. Bukankah orang-orang yang mendapat balasan baik di akhirat kelak adalah orang-orang yang berat timbangan amal kebaikannya?

Orang-orang yang mundur dan duduk dalam hutan juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan seperti bertukar-tukar pasangan, atau kanibal.

Sains menggalakan budaya berfikir dan menyelidik sendiri untuk mengeluarkan manusia daripada menurut membuta-tuli. Sama seperti yang Al Quran tekankan. Jangan sempitkan sains setakat kaji alam semesta. Mengkaji sifat-sifat diri manusia itu juga amalan yang dilakukan oleh para saintis seperti mana mereka mengkaji sifat-sifat haiwan dan makhluk-makhluk lain. Cuma mengkaji sifat-sifat diri itu memerlukan kejujuran sebab ia berkaitan apa yang tersembunyi dalam diri kita sendiri.

Pendek kata, apabila kita mengkaji apa yang Allah tetapkan baik pada alam semesta mahupun dalam diri kita, itu sudah urusan sainslah. Dan yang tetapkan pada bumi ada hukum graviti, dan yang tetapkan pada orang yang angkuh ada perasaan membenci (bila diperingatkan dengan ayat Tuhan), itu kerja Tuhan.

Tetapi ada manusia memisahkan hukum-hukum Tuhan itu. Hukum-hukum Tuhan pada alam semesta mereka nampak itu ilmu sains. Hukum-hukm Tuhan tetapkan pada jiwa mereka, mereka tak sedar itu juga ada perkaitan dengan sains. Di sinilah silapnya bila mereka memisahkan sains dan kehidupan sehingga mereka sempitkan skop Al Quran itu.

Salam...

menarik pandangan saudara jebon dan juang nie......

bila kita kaji2 balik ada satu perkara yg sukar dijawab....

jika kita lihat pegangan agama di zaman para sahabat adalah paling kuat tp kita perlu akui sains di zaman tersebut tdk semaju skrang nie......

mungkin pandangan saudra juang nie ada benarnya....

Code:
Orang-orang yang mundur dan duduk dalam hutan juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan seperti bertukar-tukar pasangan, atau kanibal.

tp mungkin jgk pada zaman IT dan sains kes2 seperti yg disebut oleh saudara jebon nie....

Code:
korupsi, buang bayi, rogol, kes bunuh etc??

adalah lbh banyak daripada zaman2 mundur dulu.....

kalau kita bertanya kepada bapa, ibu, datuk dan nenek mereka jugak akui di zaman teknologi nie kesnya lbh parah drpd kes2 di zaman mereka dulu....
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Membuka minda   Fri Sep 17, 2010 2:15 am

gaara wrote:

Code:
korupsi, buang bayi, rogol, kes bunuh etc??

adalah lbh banyak daripada zaman2 mundur dulu.....

kalau kita bertanya kepada bapa, ibu, datuk dan nenek mereka jugak akui di zaman teknologi nie kesnya lbh parah drpd kes2 di zaman mereka dulu....
Salam,

Kalau kita lihat kisah zaman Jahiliyah Arab dahulu, mereka menanam bayi perempuan mereka kerana kepercayaan tradisi. Sudah tentu perbuatan itu lagi-lagi terdedah kerana ia sudah sebati sebagai kepercayaan masyarakat sedangkan kes buang bayi hari ini dilakukan oleh pihak-pihak tertentu secara sembunyi-sembunyi. Jadi kalau kita hanya lihat pada sudut yang sempit (kes buang bayi) yang wujud hari ini, kita tak perasan yang ketika zaman kurang teknologi dahulu pun banyak penyakit-penyakit lain yang mungkin lagi parah kerana ia telah menjadi kepercayaan tradisi.

Zaman Nabi dahulu pun banyak penyakit menipu sukatan sehingga diperingatkan di dalam Al Quran.

Jadi janganlah nak salahkan perkembangan teknologi hari ini hanya kerana melihat penyakit tertentu dalam masyarakat hari ini sedangkan ketika zaman kurang teknologi dahulu pun banyak juga penyakit sehingga Nabi terpaksa dibangkitkan dan sampaikan peringatan.

Berfikirlah secara rasional.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Membuka minda   Fri Sep 17, 2010 11:11 am

Juang wrote:

Salam Juang,

Kalau mengikut petunjuk Al-Quran, tidak banyak bezanya sifat pembunuh bayi perempuan di zaman Jahiliah dengan pembunuh bayi di kalangan masyarakat Melayu sekarang. Kalau tidak kerana undang-undang yang ada, tentu masyarakat Melayu Islam tidak menganggap apa-apa tentang perbuatan membunuh "anak haram". Mereka semua tahu mengapa ia dilakukan dan mereka sendiri pun mungkin akan melakukan yang serupa jika perkara yang sama berlaku dalam keluarga mereka.

Pendek kata ia sebenarnya seperti sudah diterima oleh masyarkat mereka dan apabila dilakukan ia hanyakah sekadar satu bentuk rahsia umum. Orang kata "pandai makan, pandailah simpan". Pembesar-pembesar agama mereka tidak sedikit pun mengambilberat dengan kezaliman ini kerana merekalah pencetus kepada kepercayaan palsu tersebut. Merekalah yang mengatakan anak begitu itu anak haram. Akibatnya masyarakat yang percaya kepada mereka merasakan tidak ada salahnya kezaliman yang mereka lakukan.

Sebagai buktinya, sudah berapa ramai bayi yang telah ditemui mati. Berapakah di antara mereka yang telah menerima keadilan? Berapa ramaikah para lelaki yang membuntingkan perempuan sehingga melahirkan bayi dan akhirnya dibunuh telah dihukum atas perbuatan mereka? Tuhan kata, membunuh satu nyawa ibarat membunuh seluruh manusia. Tetapi bagi sebuah masyarakat yang tidak bersandar kepada sesuatu yang benar, tidak cuba mencari kebenaran dan tidak berusaha menjadi benar, konsep keadilan bukanlah satu keutamaan kepada mereka. Sentimen dan emosi adalah sandaran mereka.

--> 16:58 Dan apabila dimaklumkan anak perempuan kepada seorang dari mereka, mukanya menjadi hitam dan penuh kemarahan.

--> 16:59 Dia menyembunyikan diri dari orang lain kerana berita buruk yang telah diberitakan kepadanya. Adakah wajar dia memeliharanya dengan rasa malu atau menanamnya di dalam pasir? Sesungguhnya kejahatanlah yang menjadi pertimbangan mereka.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
lia
Siswazah
Siswazah

Posts : 120
Points : 2428
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

PostSubject: Re: Membuka minda   Fri Sep 17, 2010 11:27 pm

Kalau nak tahu pasal buang bayi, kita boleh pergi dipusat pemulihan akhlak. Mereka yang melakukannya ialah orang yang jauh dari agama. Dan cara mereka memulihkannya ialah mendekatkan kembali dengan agama. Itu saja sebabnya.
Orang yang menjauhkan diri dari agama akan menghampiri jalan yang sama dengan penzina dan pencuri dan pendusta iaitu menuju neraka Allah.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Membuka minda   Sat Sep 18, 2010 3:37 am

lia wrote:
Kalau nak tahu pasal buang bayi, kita boleh pergi dipusat pemulihan akhlak. Mereka yang melakukannya ialah orang yang jauh dari agama. Dan cara mereka memulihkannya ialah mendekatkan kembali dengan agama. Itu saja sebabnya.
Orang yang menjauhkan diri dari agama akan menghampiri jalan yang sama dengan penzina dan pencuri dan pendusta iaitu menuju neraka Allah.

Salam,

Orang lain yang katanya kafir (tidak betul agama mereka) tapi tidak pula membuang bayi merata-rata walaupun mereka tidak masuk pusat pemulihan akhlak.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Membuka minda   Sat Sep 18, 2010 9:26 am

Salam,

Dahulu kita pernah digemparkan tentang kisah "seks di tepi tangga" yang dilakukan oleh remaja-remaja bertudung. Apakah remaja itu jauh daripada agama? Sudah pasti mak-bapak mereka orang-orang "beragama" sebab berjaya didik anak-anak mereka pakai tudung (sebab di mata mereka yang tak pakai tudung itu tak beragama).
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Membuka minda   Sat Sep 18, 2010 9:53 am

Salam Juang,

Secara umumnya tidak ada remaja Melayu Islam yang jauh dari agama. Mereka diajar agama sejak tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah sehinggalah ke universiti. Itu belum mereka yang bersekolah rendah agama dan bersekolah menengah agama. Media juga menampilkan banyak ruangan agama. Ibubapa juga bercakap pasal agama. Mereka lebih terdedah kepada agama berbanding bangsa lain yang bukan beragama Islam.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Membuka minda   Sat Sep 18, 2010 10:18 pm

Salam,

Benar TM. Kalau bangsa-bangsa lain, mereka hanya diajar subjek moral di sekolah, sedangkan anak-anak Melayu diajar subjek agama sejak darjah satu. Tetapi bila meningkat remaja, anak-anak Melayu itulah yang banyak membuang bayi kerana malu di atas ketelanjuran. Sepatutnya anak-anak bangsa lain yang setakat diajar subjek moral itulah yang galak membuang bayi. Mungkin anak-anak Melayu patut belajar subjek moral bersama-sama bangsa lain juga. Barulah perasaan bangga diri dengan kepercayaaan tradisi itu akan jadi rendah.
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Membuka minda   Sun Sep 19, 2010 3:11 am

Quote :
Orang lain yang katanya kafir (tidak betul agama mereka) tapi tidak pula membuang bayi merata-rata walaupun mereka tidak masuk pusat pemulihan akhlak.

sebabnya orang2 kafir itu zina bg mereka halal.....

mereka boleh je pakai kondom utk berzina....

kedatangn Islam adalah utk membetulkan perkara2 sesat tersebut.....

di zaman2 pemerintahan Islam semua perkara tersebut dapat dibendung....

tapi umat Islam sekarang makin jauh dari pegangan Al-quran dan As-Sunnah....

dan inilah akibatnya.....

Quote :
Dahulu kita pernah digemparkan tentang kisah "seks di tepi tangga" yang dilakukan oleh remaja-remaja bertudung. Apakah remaja itu jauh daripada agama? Sudah pasti mak-bapak mereka orang-orang "beragama" sebab berjaya didik anak-anak mereka pakai tudung (sebab di mata mereka yang tak pakai tudung itu tak beragama).

bertudung belum tentu lagi menutup aurat...

tetapi menutup aurat pasti bertudung...

Islam suruh menutup aurat dan bukan bertudung je... Laughing
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor

Posts : 601
Points : 2999
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Membuka minda   Sun Sep 19, 2010 5:43 am

gaara wrote:

sebabnya orang2 kafir itu zina bg mereka halal.....

Salam,

Mana bukti zina bagi orang-orang kafir adalah halal?

Kalau mereka anggap zina itu halal, mengapa ada perkahwinan di kalangan mereka?
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Membuka minda   Sun Sep 19, 2010 8:19 am

Salam,

Orang-orang yang anggap zina bukan satu kesalahan di kalangan mana-mana kaum atau puak, samalah sifatnya dengan orang-orang beragama Islam yang tidak rasa bersalah untuk berzina. Perasaan begitu sudah ada pada Adam ketika termakan pujukan syaitan untuk mendekati pohon larangan. Walaupun tahu perkara itu dilarang, kerana tidak ada kemahuan yang kuat, maka sengaja dibuat alasan untuk melakukannya.

Quote :
bertudung belum tentu lagi menutup aurat...

tetapi menutup aurat pasti bertudung...

Islam suruh menutup aurat dan bukan bertudung je...
Ini membuktikan lagi yang nampak zahir macam "beragama" belum tentunya benar-benar patuh dengan perintah Tuhan. Berapa ramai yang tidak bertudung kepala tapi sedar untuk tidak mendekati zina. Sebab itulah dikatakan sebaik-baik pakaian adalah taqwa, bukannya pakai jubah, serban dan lain-lain itu.

Moralnya, jangan tertipu dengan orang-orang yang zahirnya nampak macam beragama. Ahli-ahli kitab zaman Nabi dahulu pun dilihat macam beragama, tetapi mereka itulah yang paling kuat dengkinya pada Rasulullah. Tetapi ramai tak sedar hakikat itu.

Patutlah ada pepatah mat saleh berbunyi "don't judge a book by its cover". Smile
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Membuka minda   Sun Sep 19, 2010 1:32 pm

Quote :
Ini membuktikan lagi yang nampak zahir macam "beragama" belum tentunya benar-benar patuh dengan perintah Tuhan. Berapa ramai yang tidak bertudung kepala tapi sedar untuk tidak mendekati zina. Sebab itulah dikatakan sebaik-baik pakaian adalah taqwa, bukannya pakai jubah, serban dan lain-lain itu.

Salam...

dikatakn bertakwa tapi dengan mendedahkan aurat atau bertudung bukanlah ajaran Islam..

orang yang bertudung mmg belum tentu beragama

kerana ajaran antara Islam adalah bertakwa dan menutup aurat...

bertudung dan menutup aurat mempunyai makna yang yg amat besar dan berlainan... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Membuka minda   Sun Sep 19, 2010 7:13 pm

Salam,

Batasan aurat pula tidak sama di antara perspektif Al Quran dengan perspektif si polan. Dalam Al Quran, tiada satu ayat pun mengatakan rambut wanita adalah aurat wanita yang perlu ditutup. Tetapi mengikut si polan lain ceritanya (seperti yang telah dibincangkan dalam topik Tudung Rambut itu).

Jadi di antara Allah yang turunkan Al Quran dengan si polan yang mengada-adakan, siapakah yang mencipta kita dan yang menguasai syurga dan neraka? Smile
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Membuka minda   Tue Sep 21, 2010 4:18 am

Quote :
Batasan aurat pula tidak sama di antara perspektif Al Quran dengan perspektif si polan. Dalam Al Quran, tiada satu ayat pun mengatakan rambut wanita adalah aurat wanita yang perlu ditutup. Tetapi mengikut si polan lain ceritanya.

Maksudnya bini2 orang anti hadis semua hanya tutup dada sahaja ke....

tapi tempat2 lain boleh bertelanjang jika mahu ...

sebab dalam Al-quran Allah hanya suruh perempuan2 islam tutup dada je, x tutup tempat lain...

Hahahahahahahaha....

lawak betul la saudara juang and geng nie...

Laughing
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content

PostSubject: Re: Membuka minda   Today at 7:30 pm

Back to top Go down
 
Membuka minda
View previous topic View next topic Back to top 
Page 3 of 4Go to page : Previous  1, 2, 3, 4  Next
 Similar topics
-
» membuka pintu rejeki yang barokah
» ISLAM - ANTI KRISTUS
» memberantas praktik perdukunan di negeri kita
» membuka pintu rezeki yang barokah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: