HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 
Share | 
 
 Bakar Al Quran

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
faried
Sarjana
Sarjana

Posts : 524
Points : 2873
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Bakar Al Quran   Sun Sep 12, 2010 9:38 am

Juang wrote:

Tak sangka betul di zaman IT ini Allah perlihatkan pengulangan yang sama. Bila diajak kembali berpegang sesuatu yang benar dan selari dengan Kitab Allah, kebanyakan mereka berpaling lari. Sesungguhnya Dia Maha Terpuji membuktikan Al Quran itu suatu yang realistik. Benar-benar terjadi tidak kira zaman mana sekali pun.

Patutlah di Amerika itu ada pihak yang nak bakar Al Quran. Maklumlah, umat Islam hari ini yang mengaku ikut Al Quran tetapi lebih percaya kitab riwayat daripada Al Quran. Bukankah tindakan umat Islam merendah-rendahkan Al Quran berbanding kitab riwayat itu sama seperti membakar Al Quran juga?

Buku Alquran dibakar, umat beragama Islam murka,

tetapi

petunjuk Allah dalam Alquran tidak dipedulikan, direndahkan dengan Riwayat, dinistakan dan dilanggar,

malah tidak marah, tersinggung pun tidak. Heran.

Tindakan tersebut lebih parah dari pada membakar buku Alquran.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Sun Sep 12, 2010 4:53 pm

Salam,

Memang menghairankan melihat perangai mereka terhadap Al Quran. Mereka marah bila Al Quran mahu dibakar, tetapi mereka tidak rasa apa-apa bila ada pihak melagu-lagukan Al Quran biarpun Allah sendiri sudah peringatkan yang Al Quran itu bukannya untuk dibaca secara beralun-alun suara (syair) seperti mana mereka tidak mengalun-alunkan kitab riwayat hadis mereka itu. Pernah kita dengar kitab riwayat hadis dijadikan bahan pertandingan tilawah?

Yang hairannya kitab riwayat hadis itu boleh mereka baca sehingga faham maksud diriwayat itu, tetapi pada Al Quran mereka merasakan dengan baca dalam bahasa Arab secara berlagu, sudah cukup untuk dapat pahala yang banyak. Tetapi apalah ertinya? Bukankah hati orang kafir terdahulu pun tak memahami Al Quran?

7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

Cuba kita renungkan dengan mendalam. Orang Arab kafir zaman Rasulullah dahulu yang tidak perlu menterjemahkan Al Quran dimasukkan ke Jahannam kerana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya, maka apa bezanya dengan orang Melayu hari ini yang sengaja tidak mahu berusaha memahami Al Quran sebab hakikatnya kedua-dua mereka sama sifatnya iaitu mempunyai hati tetapi tidak mahu memahaminya.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Sun Sep 12, 2010 5:40 pm

Salam,

Suatu yang menarik direnungkan, kenapa paderi Kristian itu mahu bakar Al Quran? Kenapa mereka tidak ugut bakar kitab riwayat yang selari dengan ajaran Bible itu?
Pasti Al Quran itu lebih menggerunkan mereka berbanding kitab riwayat. Tetapi malangnya orang yang mengaku ikut Al Quran tak tahu meletakkan nilai Al Quran lebih utama daripada kitab riwayat. Memang menghairankan bila lihat peel mereka itu.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Sun Sep 12, 2010 6:19 pm

Salam,

Paderi tu patut buat kempen bakar kitab riwayat. Al-Quran tidak membawa sebarang ajaran yang menjurus ke arah keganasan. Melalui Al-Quran Tuhan tidak membenarkan kita membunuh kecuali kerana proses pengadilan jenayah yang telah ditetapkan dan hanya dibenarkan memerangi pihak yang telah mengganasi atau memerangi kita dan menghalau kita dari tanah kediaman kita. Tuhan dengan jelas melarang kita menjadi pihak yang memulakan keganasan.

Hanya ajaran-ajaran berteraskan riwayat yang menghasut manusia menjadi pengganas dan sehingga bukan saja sanggup menbunuh bukan saja orang lain malah diri mereka sendiri.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Sun Sep 12, 2010 6:29 pm

Salam,

Itu menunjukkan paderi itu sama macam orang-orang yang taksub kitab riwayat iaitu sama-sama tidak faham mesej sebenar Al Quran yang mahu manusia hidup aman damai dan berharmoni. Cuma paderi itu tak faham dalam keadaan tak mengaku ikut Al Quran, sebaliknya orang-orang taksub riwayat itu tak faham dalam keadaan mereka mengaku ikut Al Quran. Sudah tentu lebih rendah sifat mereka berbanding paderi itu.

Konsepnya macam orang kafir terdahulu, mereka sama-sama tak faham Al Quran yang dibacakan kepada mereka seperti mana binatang ternak tak faham. Bezanya mereka tak faham dalam keadaan mereka ada akal yang mampu digunakan untuk membantu memahami Al Quran, sedangkan binatang ternak tak faham sebab tidak dikurniakan ketinggian akal seperti manusia. Atas sebab itulah orang kafir itu dikatakan lebih hina daripada binatang ternak.
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2880
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Mon Sep 13, 2010 3:20 am

yg sibuk tak boleh tahan makan pun binatang ternak jugak . ada yg sanggup bermandikan darah bila nak di tahan makan . ada yg kata macamana nak kerja bila nak di tahan makan . dan golongan ni jugak lah yg kata kalau nak paham quran tak boleh berkata2 . macam lembulah bila bagi makan diam la , agaknya dia paham la tu .
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Mon Sep 13, 2010 5:21 am

othman wrote:

yg sibuk tak boleh tahan makan pun binatang ternak jugak . ada yg sanggup bermandikan darah bila nak di tahan makan . ada yg kata macamana nak kerja bila nak di tahan makan . dan golongan ni jugak lah yg kata kalau nak paham quran tak boleh berkata2 . macam lembulah bila bagi makan diam la , agaknya dia paham la tu .
Salam,

Sedangkan nak faham cikgu atau pensyarah ajar pun kita dilarang bercakap-cakap dalam kelas semasa proses penyampaian ilmu itu, alangkah kurang ajarnya manusia itu ketika proses penurunan kefahaman petunjuk Tuhan itu mereka pergi berborak-borak dengan manusia lain.

Perumpamaan semudah itu pun mereka tak boleh nak fikirkan. Patutlah dalam kelas dahulu, pelajar Melayu yang suka berbual-bual ketika cikgu mengajar. Mereka tidak diajar beradap semasa proses penyampaikan ilmu yang menyebabkan ramai pelajar Melayu ketinggalan ilmu berbanding pelajar Cina.
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2880
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Mon Sep 13, 2010 1:34 pm

Juang wrote:
othman wrote:

yg sibuk tak boleh tahan makan pun binatang ternak jugak . ada yg sanggup bermandikan darah bila nak di tahan makan . ada yg kata macamana nak kerja bila nak di tahan makan . dan golongan ni jugak lah yg kata kalau nak paham quran tak boleh berkata2 . macam lembulah bila bagi makan diam la , agaknya dia paham la tu .
Salam,

Sedangkan nak faham cikgu atau pensyarah ajar pun kita dilarang bercakap-cakap dalam kelas semasa proses penyampaian ilmu itu, alangkah kurang ajarnya manusia itu ketika proses penurunan kefahaman petunjuk Tuhan itu mereka pergi berborak-borak dengan manusia lain.

Perumpamaan semudah itu pun mereka tak boleh nak fikirkan. Patutlah dalam kelas dahulu, pelajar Melayu yang suka berbual-bual ketika cikgu mengajar. Mereka tidak diajar beradap semasa proses penyampaikan ilmu yang menyebabkan ramai pelajar Melayu ketinggalan ilmu berbanding pelajar Cina.

pelajar cina dalam kelas dia suka bertanya . pensyarah melayu pun tak suka mengajar pelajar cina berbanding pelajar melayu yg diam macam lembu . apa saja yg di ajar pesyarah dia bukan faham pun sebab tu dia diam , tambah2 yg kuat makan , tak ubah macam lembu .
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Tue Sep 14, 2010 11:45 pm

Salam,

Bukan setakat bertanya sahaja, yang penting luangkan masa mengulang-kaji agar kefahaman benar-benar lumat dalam dada. Lemahnya pelajar Melayu kerana malas mengulangkaji dan suka membuang masa pada aktiviti tak berfaedah. Bila diajak mengulangkaji Al Quran, mereka marah bila sesuatu ayat Al Quran yang dikemukakan bercanggah dengan kepercayaan tradisi bawaan si polan mereka. Terbakar hati mereka bila dibacakan Al Quran kepada mereka.

Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 12:13 am

Salam,

Mereka tidak percaya kepada Al-Quran. Mulut saja cakap percaya tetapi apabila dibawakan kepada mereka ayat-ayat Al-Quran mereka akan menutupnya dengan cerita-cerita riwayat dan mengabaikan Al-Quran begitu saja.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 12:20 am

Salam TM,

Kita boleh nampak perbezaan orang-orang yang bersungguh-sungguh dengan Al Quran atau tidak. Jika manusia itu benar-benar bersungguh-sungguh dengan Al Quran, pasti Al Quran-lah menjadi keutamaan rujukan mereka. Apatah lagi Al Quran itu sudah lengkap sebagai asas kehidupan. Tak perlu nak tokok tambah lagi dengan kitab-kitab riwayat.

Lainlah Nabi tidak sempat menyempurnakan tugas menyampai Peringatan Tuhan, logik juga perlunya si polan itu pergi sempurnakan tugas Nabi.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 12:29 am

Salam Juang,

Tugas Nabi menyampaikan Al-Quran sudah selesai. Kita tidak perlu cari Nabi lagi sebab dia sudah tidak ada. Kita cuma perlu cari Al-Quran dan jadikannya sebagai rujukan. Itulah Kitab warisan Nabi. Kitab riwayat bukan kitab warisan Nabi. Ia hanyalah kitab warisan sipolan dan sipolan.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 2:01 am

Salam TM,

Kalau kita teliti, dalam Al Quran tidak terdapat ayat yang suruh kita kumpulkan riwayat Nabi dikhabar atas nama si polan setelah Nabi mati nanti. Malah yang taksub riwayat itu pernah bawa ayat kononnya Nabi suruh tolak kata-kata atas nama baginda selain Al Quran. Tetapi suruhan riwayat itu sendiri pun mereka tak ikut. Mereka tak sedar mereka terperangkap dengan permainan riwayat mereka sendiri. Nampak sangat mereka selektif dalam memilih riwayat. Patuhlah yang Sunnah guna riwayat versi lain, yang Syiahnya guna riwayat versi lain. Kitab versi daripada Tuhan mereka tolak tepi.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 2:03 am

Tidak ada satu Nabi pun yang diceritakan di dalam Al-Quran menggunakan riwayat sipolan dan sipolan untuk dijadikan asas kepercayaan. Semuanya berpegang kepada Kitab Tuhan semata-mata.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 2:30 am

tolokminda wrote:

Salam,

Tidak ada satu Nabi pun yang diceritakan di dalam Al-Quran menggunakan riwayat sipolan dan sipolan untuk dijadikan asas kepercayaan. Semuanya berpegang kepada Kitab Tuhan semata-mata.
Salam,

Budaya menjadikan si polan dan si polan itu lebih utama daripada Tuhan itulah menyebabkan Kitab Tuhan dipandang sipi. Mana-mana ayat Kitab Tuhan yang selari dengan hawa nafsu mereka, barulah mereka ambil. Mana yang tak selari, mereka ubah agar selari dengan riwayat si polan mereka. Itu yang sampai perkataan sujud jadi perbuatan meletakkan dahi ke tanah. Dalam Al Quran, bahagian muka yang dikaitkan dengan sujud pun adalah dagu.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 2:43 am

Saya berpendapat mereka tidak mengambil apa-apa dari Al-Quran. Mereka bergantung sepenuhnya kepada riwayat.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 3:03 am

tolokminda wrote:

Salam,

Saya berpendapat mereka tidak mengambil apa-apa dari Al-Quran. Mereka bergantung sepenuhnya kepada riwayat.
Salam,

Benar. Sebab itu kadang-kadang kita naik hairan, peringatan-peringatan yang mudah dalam Al Quran itu mereka boleh tolak tepi demi kecintaan mereka pada riwayat si polan itu.

Setelah kita nampak betapa jauhnya beza ketinggian ayat-ayat Al Quran dengan riwayat-riwayat si polan itu, kita tak berpaling lagi kepada riwayat sebegitu. Berpegang kembali kepada sesuatu yang rendah nilainya setelah ada yang lebih tinggi nilainya menunjukkan seseorang manusia itu tidak tahu menilai dan memilih yang terbaik.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 3:08 am

Juang wrote:
tolokminda wrote:

Salam,

Saya berpendapat mereka tidak mengambil apa-apa dari Al-Quran. Mereka bergantung sepenuhnya kepada riwayat.
Salam,

Benar. Sebab itu kadang-kadang kita naik hairan, peringatan-peringatan yang mudah dalam Al Quran itu mereka boleh tolak tepi demi kecintaan mereka pada riwayat si polan itu.

Salam Juang,

Ia berpunca dari apa yang dipanggil herd mentality ataupun mentaliti gembala. Sebab itulah Tuhan kata keadaan mereka lebih teruk dari binatang ternak. Binatang ternak takpelah digembala sebab mereka memang tidak dikurniakan akal untuk berfikir sendiri. Tetapi manusia Tuhan jadikan sebagai khalifah, bukan binatang ternak yang dicipta untuk digembala.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 3:29 am

tolokminda wrote:

Salam Juang,

Ia berpunca dari apa yang dipanggil herd mentality ataupun mentaliti gembala. Sebab itulah Tuhan kata keadaan mereka lebih teruk dari binatang ternak. Binatang ternak takpelah digembala sebab mereka memang tidak dikurniakan akal untuk berfikir sendiri. Tetapi manusia Tuhan jadikan sebagai khalifah, bukan binatang ternak yang dicipta untuk digembala.
Salam TM,

Malah kalau lembu kita suruh mereka mengadap sesuatu objek kononnya untuk sembah Tuhan, lembu itu tidak akan buat. Mereka lebih tahu ketetapan mana yang datang daripada Tuhan untuk mereka dan ketetapan mana yang diada-adakan oleh manusia. Malangnya ada manusia yang tak tahu membezakan di antara Ketetapan Tuhan dengan ketetapan yang diada-adakan oleh manusia sehingga mereka digembalakan lebih teruk daripada lembu.

Pernah kita jumpa lembu-lembu dipecah-pecahkan kepada nama-nama puak kemudian berperang sesama sendiri kerana angkuh puak mereka benar dan puak lagi satu salah? Mana ada kita jumpa buat begitu. Tetapi ada sejenis manusia yang sanggup buat begitu gara-gara taksub kepada si polan dan si polan mereka itu.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 3:33 am

Sudah jelas petunjuk Tuhan. Jelas juga perumpamaan yang diberikan. Tetapi bagi yang tidak mahu percaya, ia tidak berguna sedikit pun.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
lia
Siswazah
Siswazah

Posts : 120
Points : 2427
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 5:13 pm

Petunjuk Allah tidak akan menjadikan orang itu memusuhi orang Islam dan berkawan pula dengan orang Kristian. Tak nampak ke sebenarnya anda telah memisahkan diri anda dari Islam dan mengikut kirstian. Terpulanglah kalau anda rela menjadi musuh Islam dan anda memilih bersama kristian dari pada Islam.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 5:30 pm

Salam,

Kalau orang yang mengaku Islam itu sendiri memulakan permusuhan kepada Petunjuk Allah, wajar lagikah mereka dikatakan Islam? Mana logik orang Islam tetapi memusuhi Petunjuk Allah. Hanya orang kafir sahaja suka memusuhi Petunjuk Allah dan memusuhi orang yang sampaikan Petunjuk Allah itu.

Lihat dulu siapa yang memulakan permusuhan kepada Petunjuk Allah.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 6:36 pm

lia wrote:
Petunjuk Allah tidak akan menjadikan orang itu memusuhi orang Islam dan berkawan pula dengan orang Kristian. Tak nampak ke sebenarnya anda telah memisahkan diri anda dari Islam dan mengikut kirstian. Terpulanglah kalau anda rela menjadi musuh Islam dan anda memilih bersama kristian dari pada Islam.

Salam Lia,

"Orang Islam" kelihatan sangat anti kristian. Tetapi mereka tidak sedar bahawa kepercayaan dan amalan mereka begitu banyak sekali diceduk dari bible. Sungguh luarbiasa. Yang mengemukakan dalil dari Al-Quran dicemuh tetapi yang mendokong ajaran bible diberi kedudukan dan dimuliakan.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
lia
Siswazah
Siswazah

Posts : 120
Points : 2427
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 6:51 pm

lihatlah orang kristian sekarang tak pergi gereja. Mereka juga tahu ada tuhan dan tidak menyembahnya. itu saja amalan mereka tetapi mereka masih lagi kata mereka Kristian. Sama tak amalan mereka macam anda? Dan yang lebih pastinya mereka memusuhi Islam dan orang yang mengamalkan ajaran Islam. Tanya diri anda di pihak mana anda berada? Tak sedarkah anda?
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Wed Sep 15, 2010 6:59 pm

lia wrote:
lihatlah orang kristian sekarang tak pergi gereja. Mereka juga tahu ada tuhan dan tidak menyembahnya. itu saja amalan mereka tetapi mereka masih lagi kata mereka Kristian. Sama tak amalan mereka macam anda? Dan yang lebih pastinya mereka memusuhi Islam dan orang yang mengamalkan ajaran Islam. Tanya diri anda di pihak mana anda berada? Tak sedarkah anda?

Salam Lia,

Orang Kristian hari ini tidak lagi mematuhi bible dan pembesar agama mereka. Sebab itulah mereka lebih bebas dan lebih berjaya hari ini berbanding pada zaman mereka terkongkong dalam dogma bible dan pembesar agama suatu ketika dulu. Tidak pernahkah puan membaca bagaimana buruknya kepercayaan dan pandangan umat Kristian pada zaman pertengahan dulu? Di kala mereka sibuk membunuh "orang-orang murtad" di kalangan mereka sendiri, umat Islam sudah pun mandi di dalam tub dan memahami ilmu matematik, astronomi, perubatan dan sebagainya jauh ke hadapan. Malangnya entah di mana silapnya, hari ini keadaan menjadi terbalik. "Umat Islam" menjadi mereka dan mereka mengambil tempat sebagai pelopor pembangunan dunia.

Pendek kata, hari ini mereka menjadi khalifah sedangkan kita menjadi pariah.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Sponsored content

PostSubject: Re: Bakar Al Quran   Today at 8:09 am

Back to top Go down
 
Bakar Al Quran
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» Difitnah Bakar Al-Quran, Wanita Ini Dibakar hingga Tewas
» Quran Reading Program: Hizb 59
» Quran Reading Guests & members welcome [Now posted DAILY inshaAllah from Hizb 1]
» transliteration.org/quran
» Quran Reading Program: Hizb 31

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: