E-Minda
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm
Top posters
Juang
Nabi Bukan Buta Huruf Vote_lcapNabi Bukan Buta Huruf Voting_barNabi Bukan Buta Huruf Vote_rcap 
gaara
Nabi Bukan Buta Huruf Vote_lcapNabi Bukan Buta Huruf Voting_barNabi Bukan Buta Huruf Vote_rcap 
tolokminda
Nabi Bukan Buta Huruf Vote_lcapNabi Bukan Buta Huruf Voting_barNabi Bukan Buta Huruf Vote_rcap 
Admin
Nabi Bukan Buta Huruf Vote_lcapNabi Bukan Buta Huruf Voting_barNabi Bukan Buta Huruf Vote_rcap 
othman
Nabi Bukan Buta Huruf Vote_lcapNabi Bukan Buta Huruf Voting_barNabi Bukan Buta Huruf Vote_rcap 
faried
Nabi Bukan Buta Huruf Vote_lcapNabi Bukan Buta Huruf Voting_barNabi Bukan Buta Huruf Vote_rcap 
iltizam
Nabi Bukan Buta Huruf Vote_lcapNabi Bukan Buta Huruf Voting_barNabi Bukan Buta Huruf Vote_rcap 
masterpiece7070
Nabi Bukan Buta Huruf Vote_lcapNabi Bukan Buta Huruf Voting_barNabi Bukan Buta Huruf Vote_rcap 
lia
Nabi Bukan Buta Huruf Vote_lcapNabi Bukan Buta Huruf Voting_barNabi Bukan Buta Huruf Vote_rcap 
Payau Putih
Nabi Bukan Buta Huruf Vote_lcapNabi Bukan Buta Huruf Voting_barNabi Bukan Buta Huruf Vote_rcap 

 Nabi Bukan Buta Huruf

Go down 
+5
faried
tolokminda
Juang
gaara
Admin
9 posters
Go to page : 1, 2, 3 ... 11, 12, 13  Next
AuthorMessage
Admin
Canselor
Canselor
Admin

Posts : 601
Points : 5687
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyMon Aug 02, 2010 2:04 pm

Salam,

Berdasarkan ayat-ayat di bawah ini, jelas dakwaan dari mereka yang mengatakan nabi adalah seorang yang ummiy (buta huruf) adalah tidak benar.

25:5. Mereka berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia menulisnya, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang."

29:48. Tidaklah sebelum ini kamu membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu.

Dalam ayat 29:48, nabi hanya tidak pernah membaca atau menulis sebarang al-kitab sebelum al-quran.
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara

Posts : 1003
Points : 6052
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyTue Aug 03, 2010 4:34 am

Pendapat mengenai nabi Muhammad buta huruf ini sebenarnya ada khilaf dikalangan ulama2.

1) pendpt majoriti ulama adalah nabi muhammad saw adalah ummi sehingga nabi saw wafat. Ini menunjukkan mukjizat Alquran bhw ianya bkn karangan nabi saw.

2) pendpt mengatakan bhw nabi boleh menulis dan membaca setelah dpt wahyu

3) pendpt yg mengatakan nabi saw boleh baca dan tulis sebelum jadi nabi. Ini adalah pendapat yg paling lemah.

Saya berpegang dgn pendapat jumhur..... Nabi Bukan Buta Huruf Icon_biggrin Nabi Bukan Buta Huruf Icon_biggrin
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor
Admin

Posts : 601
Points : 5687
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyTue Aug 03, 2010 12:33 pm

Salam,

29:48. Tidaklah sebelum ini kamu membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu.

Sebelum nabi menulis quran, nabi tidak pernah membaca sebarang kitab. ini bermakna, nabi tidak tahu apa-apa tentang kitab-kitab terdahulu. tapi nabi sudah pandai membaca dan menulis apa saja kecuali yg berkaitan dengan kitab.

apabila menerima wahyu barulah nabi menulis dan apa yang ditulisnya adalah al-quran yang nyata tidak bertentangan dengan kitab-kitab terdahulu spt perintah mengabdikan diri kepada Allah, tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu dll.

Jika nabi pernah membaca kitab2 terdahulu, sudah tentu orang akan menjadi ragu-ragu kerana mereka menyangka nabi tiru ayat2 dari kitab2 terdahulu.
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6499
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyTue Aug 03, 2010 7:05 pm

Admin wrote:
Jika nabi pernah membaca kitab2 terdahulu, sudah tentu orang akan menjadi ragu-ragu kerana mereka menyangka nabi tiru ayat2 dari kitab2 terdahulu.
Salam,

Benar Bayau. Macam kita bawakan terjemahan Al Quran kepada mereka. Betapa ragu-ragunya mereka walaupun diterjemahan itu jelas dan mereka sendiri tiada hujah untuk menafikannya.
Back to top Go down
tolokminda
Sarjana
Sarjana
tolokminda

Posts : 627
Points : 5653
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyTue Aug 03, 2010 11:27 pm

Salam,

Nabi adalah seorang rasul yang sempurna. Jika beliau tidak tahu membaca dan menulis, maknanya beliau terpaksa bergantung kepada orang lain untuk menuliskan wahyu yang Tuhan turunkan kepadanya dan kemudian memerlukan orang lain juga untuk menyampaikannya kepada masyarakat. Tidak ada dalam mana-mana sejarah rasul yang Tuhan ceritakan dalam Al-Quran, di antara mereka yang terpaksa bergantung kepada orang lain untuk menunaikan tugas mereka. Di dalam Al-Quran semua petunjuk yang diberikan tentang Nabi adalah beliau tahu membaca dan menulis. Jadi mengapa kita perlu percaya kepada riwayat-riwayat yang entah di mana hujung pangkalnya?
Back to top Go down
http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara

Posts : 1003
Points : 6052
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyWed Aug 04, 2010 2:01 am

Admin wrote:
Salam,

Berdasarkan ayat-ayat di bawah ini, jelas dakwaan dari mereka yang mengatakan nabi adalah seorang yang ummiy (buta huruf) adalah tidak benar.

25:5. Mereka berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia menulisnya, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang."

29:48. Tidaklah sebelum ini kamu membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu.

Dalam ayat 29:48, nabi hanya tidak pernah membaca atau menulis sebarang al-kitab sebelum al-quran.

betul... ayat nie menrangkn sblm turun ayat2 Al-quran nabi tdk pandai membaca dan menulis..

tp mana die ayat yg mengatkn nabi pandai tulis slps Al-quran turun...

pakai akai sendri ka....... Nabi Bukan Buta Huruf Icon_geek Nabi Bukan Buta Huruf Icon_geek
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor
Admin

Posts : 601
Points : 5687
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyWed Aug 04, 2010 8:47 pm

gaara wrote:

Sebenarnya sebelum turun ayat2 al-quran nabi tidak pernah membaca atau menulis sebarang kitab. tapi, nabi sudah pandai membaca dan menulis selain kitab.

29:48. Tidaklah sebelum ini kamu membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu.

gaara wrote:
tp mana die ayat yg mengatkn nabi pandai tulis slps Al-quran turun...pakai akai sendri ka.......

Kat atas tu kan dah ada. saya quote semula.

25:5. Mereka berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia menulisnya, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang."

Orang-orang tidak percaya nabi menulis ayat2 al-quran. mereka hanya tahu cakap apa yang ditulis nabi itu hanya dongeng orang dahulu kala. jelas, nabi pandai menulis sebelum, semasa dan selepas al-quran diturunkan.

adakah ianya tidak jelas lagi tuan gaara?
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6499
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyWed Aug 04, 2010 11:40 pm

Salam,

Jika Nabi terkenal sebagai seorang yang tidak tahu menulis, buat apa orang yang membantah Nabi mengatakan Nabi menulis cerita dongeng? Lebih logik lagi kalau mereka mengatakan Nabi hanya menyampaikan buku cerita dogeng orang-orang terdahulu.

Kalau isi kandungan Al Quran tidak diperhatikan secara teliti, memang mudah kita tertipu dengan dakwaan orang-orang yang mengada-adakan cerita kononnya Nabi buta huruf.

Itu sebabnya kena jadikan Al Quran sebagai peringatan, pembeza dan petunjuk. Bukannya dibuat lagu-laguan.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6499
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 9:24 am

96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,

96:2. Dia mencipta manusia daripada dadih darah.

96:3. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia,

96:4. Yang mengajar dengan kalam (tulisan),

96:5. Dia mengajar manusia apa yang dia tidak tahu.

Walaupun ayat di atas bukanlah suatu yang asing bagi orang Islam pada hari ini, tetapi masih wujud lagi orang-orang yang percaya Nabi seorang yang buta huruf.

Bila Allah mengajar Nabi melalui cara membaca tulisan, itu menunjukkan Nabi seorang yang tahu membaca. Kalau Nabi seorang yang buta huruf, tentulah Allah akan ajar Nabi tahu membaca dahulu sebelum pergi ke peringkat ilmu yang seterusnya. Ini kerana asas nak belajar sesuatu ilmu bermula dengan kemahiran membaca. Sebab itulah anak-anak kecil diajar membaca dahulu sebelum mereka belajar ilmu-ilmu peringkat yang lebih tinggi. Kalau kita selaku ibubapa pun akan cuba pastikan akan kita tidak buta huruf, tak logik Allah membiarkan Rasulnya buta huruf sampai ke mati.

Orang-orang yang mengatakan Nabi buta huruf itu mungkin tidak memahami perasaan ibubapa yang tak mahu anak-anaknya buta huruf dan ketinggalan dalam bidang ilmu. Jika ibubapa pun tak tergamak nak biarkan anak-anak buta huruf, takkanlah Allah nak biarpun RasulNya buta huruf.

Simple logik pun boleh nampak hakikat itu semua.
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara

Posts : 1003
Points : 6052
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 3:41 pm

Admin Wrote...

Quote :
Sebenarnya sebelum turun ayat2 al-quran nabi tidak pernah membaca atau menulis sebarang kitab. tapi, nabi sudah pandai membaca dan menulis selain kitab.

ini satu lg andaian saudara admin tanpa sebarang nas Al-Quran...

dan ayat 29:48 tersbt hanya untk membuktikn Al-quran adalh wahyu dr ALLAH.. dan tiada kaitn tuk membuktikn nabi ummi atau tdk...

Quote :

gaara wrote:
tp mana die ayat yg mengatkn nabi pandai tulis slps Al-quran turun...pakai akai sendri ka.......

Kat atas tu kan dah ada. saya quote semula.

25:5. Mereka berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia menulisnya, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang."

Orang-orang tidak percaya nabi menulis ayat2 al-quran. mereka hanya tahu cakap apa yang ditulis nabi itu hanya dongeng orang dahulu kala. jelas, nabi pandai menulis sebelum, semasa dan selepas al-quran diturunkan.

adakah ianya tidak jelas lagi tuan gaara?

ape yg sy faham dr ayat ini org kafir mengatkn bahawa nabi menulis Al-quran berpandukan cerita dongeng org sblm kedatangn nabi dan mengatakn Al-Quran ini bukan wahyu dr ALLAH...

jd ia tiada kena mengena pun dgn nabi pandai menulis atau tdk...
Back to top Go down
faried
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 524
Points : 5562
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 4:06 pm

Juang wrote:
96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,

96:2. Dia mencipta manusia daripada dadih darah.

96:3. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia,

96:4. Yang mengajar dengan kalam (tulisan),

96:5. Dia mengajar manusia apa yang dia tidak tahu.

Walaupun ayat di atas bukanlah suatu yang asing bagi orang Islam pada hari ini, tetapi masih wujud lagi orang-orang yang percaya Nabi seorang yang buta huruf.

Bila Allah mengajar Nabi melalui cara membaca tulisan, itu menunjukkan Nabi seorang yang tahu membaca. Kalau Nabi seorang yang buta huruf, tentulah Allah akan ajar Nabi tahu membaca dahulu sebelum pergi ke peringkat ilmu yang seterusnya. Ini kerana asas nak belajar sesuatu ilmu bermula dengan kemahiran membaca. Sebab itulah anak-anak kecil diajar membaca dahulu sebelum mereka belajar ilmu-ilmu peringkat yang lebih tinggi. Kalau kita selaku ibubapa pun akan cuba pastikan akan kita tidak buta huruf, tak logik Allah membiarkan Rasulnya buta huruf sampai ke mati.

Orang-orang yang mengatakan Nabi buta huruf itu mungkin tidak memahami perasaan ibubapa yang tak mahu anak-anaknya buta huruf dan ketinggalan dalam bidang ilmu. Jika ibubapa pun tak tergamak nak biarkan anak-anak buta huruf, takkanlah Allah nak biarpun RasulNya buta huruf.

Simple logik pun boleh nampak hakikat itu semua.

Tuhan adalah Maha Tau.

Tidak mungkin Tuhan memerintahkan Muhammad membaca, jika Muhammad tidak tau membaca, karena hal tersebut akan mempermalukan Muhammad.

Hal yang sangat mengherankan kenapa umat beragama Islam sangat bangga memiliki Nabi yang buta huruf dan mempertahankan mati-matian bahwa Nabinya adalah buta huruf.

Salam.
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara

Posts : 1003
Points : 6052
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 4:16 pm

faried wrote:

Hal yang sangat mengherankan kenapa umat beragama Islam sangat bangga memiliki Nabi yang buta huruf dan mempertahankan mati-matian bahwa Nabinya adalah buta huruf.

umat islam sgt bangga dan sepattnya bangga dgn mengtakn nabi ummi supaya org kafir tdk mengatkn A-Quran adalh karangan nabi seperti bible mereka...

bukankh hujjh nabi ummi adlh paling kuat tuk mengatk nabi sendri tdk mengarang atau mengubah Al-Quran...
Back to top Go down
faried
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 524
Points : 5562
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 4:28 pm

gaara wrote:
faried wrote:

Hal yang sangat mengherankan kenapa umat beragama Islam sangat bangga memiliki Nabi yang buta huruf dan mempertahankan mati-matian bahwa Nabinya adalah buta huruf.

umat islam sgt bangga dan sepattnya bangga dgn mengtakn nabi ummi supaya org kafir tdk mengatkn A-Quran adalh karangan nabi seperti bible mereka...

bukankh hujjh nabi ummi adlh paling kuat tuk mengatk nabi sendri tdk mengarang atau mengubah Al-Quran...

Alquran tidak mungkin dikarang atau diubah.

Tolong dibaca kembali Alquran, berulang dinyatakan ayat yang berisi tantangan untuk membuat semisal Alquran.

Jadi sama sekali tidak adalah relevansinya antara Nabi yang harus direndahkan sebagai buta huruf dengan keaslian Alquran sebagai wahyu dari Allah.
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara

Posts : 1003
Points : 6052
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 4:33 pm

saudara faried mengatakn tidk mungkin dikarng..

tp apakh org kafir akan percaya jika kita katakn Al-quran tidak dikarang tp nabi tdk ummi...

25:5. Mereka berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia menulisnya, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang."

dan bukankh ayat ini juga turun bila orang2 kafir mengatkn Al-quran adalah karangan nabi.....
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 551
Points : 5569
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 4:42 pm

salam

kalau nabi pandai mengarang nanti di kata syair pulak . ada kalangan yg tak boleh bedha antara karangan , syair , terjemahan dan quran . syair di katakan nyanyian dan quran di kata terjemahan terbaik .

seseorang yg dapat wahyu tak perlu ditanya lagi pandai menulis atau membaca.
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor
Admin

Posts : 601
Points : 5687
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 5:07 pm

Salam,

Quote :
Sebenarnya sebelum turun ayat2 al-quran nabi tidak pernah membaca atau menulis sebarang kitab. tapi, nabi sudah pandai membaca dan menulis selain kitab.

gaara wrote:
ini satu lg andaian saudara admin tanpa sebarang nas Al-Quran...

Cuba tuan gaara perhatikan baik-baik ayat tersebut.

29:48. Tidaklah sebelum ini kamu membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu.

Sebelum ini, nabi tidak pernah baca dan tulis sebarang kitab. bukan bermaksud nabi tidak pandai baca dan tulis. cuma, nabi tak pernah baca dan tulis kitab.

Kita bagi perumpamaan supaya tuan gaara faham.

Katakan, tuan gaara seorang editor akhbar. kerja tuan baca dan tulis akhbar. maknanya di sini, tuan sudah pandai membaca dan menulis.

tiba-tiba tuan diberi tugas lain utk membaca dan menulis novel yang belum pernah tuan buat sebelum ini. tapi tuan gaara tetap nak baca dan tulis novel.

jadi, akan timbullah cakap-cakap kawan2 tuan gaara bahawa "itu dongeng sahaja yang ditulisnya pada waktu pagi dan petang." maknanya, mereka ragu-ragu apa yang tuan gaara buat (baca dan tulis novel) sebab sebelum ini tuan gaara hanya pandai baca dan tulis akhbar sahaja.

gaara wrote:
dan ayat 29:48 tersbt hanya untk membuktikn Al-quran adalh wahyu dr ALLAH.. dan tiada kaitn tuk membuktikn nabi ummi atau tdk...

Saya setuju ayat 29:48 itu bukti al-quran dari Allah. Begitu juga apabila ada orang mendakwa nabi buta huruf, ayat 29:48 itu juga adalah bukti yang menolak dakwaan mereka itu.

Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
Admin
Canselor
Canselor
Admin

Posts : 601
Points : 5687
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 5:22 pm

gaara wrote:
ape yg sy faham dr ayat ini org kafir mengatkn bahawa nabi menulis Al-quran berpandukan cerita dongeng org sblm kedatangn nabi dan mengatakn Al-Quran ini bukan wahyu dr ALLAH...

jd ia tiada kena mengena pun dgn nabi pandai menulis atau tdk...

Salam,

Kalau dah orang kafir kata nabi menulis al-quran berpandukan cerita dongeng, bererti nabi memang pandai menulis. cuma orang-orang kafir itu sahaja yang suka cakap apa yg nabi tulis itu kononnya ikut cerita dongeng.

orang kafir cakap "nabi tulis al-quran ikut cerita dongeng"

dan sudah tentu bagi orang percaya pula "nabi tulis al-quran ikut wahyu Allah."

jadi, ayat di atas juga adalah bukti nabi pandai menulis.
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
tolokminda
Sarjana
Sarjana
tolokminda

Posts : 627
Points : 5653
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 8:46 pm

Salam Admin,

Tuan kena ingat ada golongan yang Tuhan sifatkan sebagai orang-orang yang percaya dan ada sebahagian lagi yang Tuhan sifatkan sebagai orang-orang yang ingkar tidak percaya. Buat apa pun mereka yang tidak percaya tidak akan menerima petunjuk Tuhan. Sesungguhnya Tuhanlah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Kita cuma boleh berforum saja.
Back to top Go down
http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6499
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 11:03 pm

faried wrote:

Tuhan adalah Maha Tau.

Tidak mungkin Tuhan memerintahkan Muhammad membaca, jika Muhammad tidak tau membaca, karena hal tersebut akan mempermalukan Muhammad.

Hal yang sangat mengherankan kenapa umat beragama Islam sangat bangga memiliki Nabi yang buta huruf dan mempertahankan mati-matian bahwa Nabinya adalah buta huruf.

Salam.
Salam,

Pada pendapat saya golongan yang bermati-matian mengatakan Nabi seorang buta huruf sebenarnya mereka adalah orang yang buta hati. Suruhan Allah agar Nabi membaca itu sudah menjadi petunjuk kepada kita bahawa baginda tidak buta huruf.

Kalau kita tahu seseorang itu buta huruf, pasti kita tak paksa dia membaca. Paling kurang pun kita akan suruh orang itu belajar mengenal huruf dahulu dan kemudian barulah kita suruh dia membaca.

Jadi bila Allah suruh Nabi membaca, bukankah itu menunjukkan Allah Tahu Nabi boleh membaca?

Benda senang macam itu pun mereka tak boleh nak fikir.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6499
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 11:11 pm

Admin wrote:
gaara wrote:
ape yg sy faham dr ayat ini org kafir mengatkn bahawa nabi menulis Al-quran berpandukan cerita dongeng org sblm kedatangn nabi dan mengatakn Al-Quran ini bukan wahyu dr ALLAH...

jd ia tiada kena mengena pun dgn nabi pandai menulis atau tdk...

Salam,

Kalau dah orang kafir kata nabi menulis al-quran berpandukan cerita dongeng, bererti nabi memang pandai menulis. cuma orang-orang kafir itu sahaja yang suka cakap apa yg nabi tulis itu kononnya ikut cerita dongeng.

orang kafir cakap "nabi tulis al-quran ikut cerita dongeng"

dan sudah tentu bagi orang percaya pula "nabi tulis al-quran ikut wahyu Allah."

jadi, ayat di atas juga adalah bukti nabi pandai menulis.
Salam,

Benar Bayau. Ayat tersebut hanya menekankan bahawa orang kafir cakap Nabi tulis cerita dogeng. Padahal di sisi Allah, Nabi tulis wahyu yang diturunkan kepadanya.

Orang kafir terdahulu tiada hujah kuat nak nafikan Al Quran yang ditulis oleh Nabi (bukannya yang dilagu-lagukan oleh Nabi). Jadi cara nak nafikan kebenaran Al Quran adalah dengan mengatakan Nabi menulis cerita dongeng.

Kalau Nabi terkenal sebagai seorang yang buta huruf, buat apa orang kafir itu nak kata Nabi menulis. Lebih baik mereka kata Nabi melafazkan cerita dongen sahaja.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6499
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 11:16 pm

Salam,

Yang saya hairankan, kenapa mereka bersungguh-sungguh pertahankan kepercayaan tradisi mereka bahawa Nabi seorang buta huruf walaupun mana ada ayat Al Quran mengatakan demikian.

Malah kebenaran Taurat, Injil dan Kitab-kitab Allah yang terdahulu pun bukan kerana Nabi yang menyampaikan Kitab-kitab tersebut terdiri daripada orang-orang yang buta huruf.

Sesuatu itu dikatakan benar bila ada hukum yang melayakkan sesuatu itu terjadi, bukannya kerana si penyampainya seorang yang buta huruf.

Kenapalah mereka tergamak merendahkan martabat Nabi mereka. Buta hati agaknya. Smile
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6499
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyThu Aug 05, 2010 11:34 pm

17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

Kalaulah Nabi tidak tahu membaca (buta huruf) bahasa ibundanya sendiri, macam mana baginda nak tunaikan suruhan membaca pada fajar itu.

Bila Allah suruh Nabi melakukan bacaan fajar, bukankah itu menunjukkan baginda seorang yang tahu membaca?

Begitulah Al Quran berfungsi sebagai petunjuk dan pembeza. Ia memberi petunjuk bahawa Nabi seorang yang tidak buta huruf, dan ia membezakan kebenaran dan dakwaan palsu kononnya Nabi buta huruf.
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 551
Points : 5569
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyFri Aug 06, 2010 12:54 am

Juang wrote:
17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

Kalaulah Nabi tidak tahu membaca (buta huruf) bahasa ibundanya sendiri, macam mana baginda nak tunaikan suruhan membaca pada fajar itu.

Bila Allah suruh Nabi melakukan bacaan fajar, bukankah itu menunjukkan baginda seorang yang tahu membaca?

Begitulah Al Quran berfungsi sebagai petunjuk dan pembeza. Ia memberi petunjuk bahawa Nabi seorang yang tidak buta huruf, dan ia membezakan kebenaran dan dakwaan palsu kononnya Nabi buta huruf.

salam

yg hafal quran pun dia tak payah baca ,ini kan pulak nabi yg dapat wahyu tentulah lebih lagi . kalaupun nabi tahu membaca beliau tentu tak perlu rujuk tulisan unt bacaannya . macam sedara la selalu dapat ilham takkan nak tulis dulu ilham tu , check spelling dia ke apa . lain la manusia biasa kena rujuk riwayat dulukan .
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6499
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyFri Aug 06, 2010 1:03 am

Salam,

Nabi dapat ilham, kemudian Nabi tulis untuk dijadikan bacaan pagi. Tak pula ayat 17:78 kata jadikan hafalan pagi. Bacaan dengan hafalan adalah proses yang berbeza.

Nabi Musa ada Taurat, tanpa perlu Nabi Muhammad kata Nabi Musa buta huruf. Nabi Isa ada Injil, tanpa perlu Nabi Muhammad kata Nabi Isa buta huruf. Macam mana pada Nabi Muhammad yang ada Al Quran itu, boleh pula mereka kata baginda buta huruf? Pelik betul.

Sekali fikir sahaja, bila ternampak perkataan "bacaan" dalam Al Quran itu sudah menunjukkan Nabi seorang yang tahu membaca.

Ilham-ilham yang saya dapat pun saya boleh tulis dan baca walaupun saya bukan Nabi, tak logik ilham-ilham Nabi, baginda tak tahu tulis dan tak tahu baca. Takkanlah saya lagi hebat daripada Nabi? Saya tak mahu merendahkan martabat Nabi dan membeza-bezakan Nabi dengan Nabi-nabi yang lain. Nabi lain semua tahu membaca.
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor
Admin

Posts : 601
Points : 5687
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf EmptyFri Aug 06, 2010 1:16 am

tolokminda wrote:
Salam Admin,

Tuan kena ingat ada golongan yang Tuhan sifatkan sebagai orang-orang yang percaya dan ada sebahagian lagi yang Tuhan sifatkan sebagai orang-orang yang ingkar tidak percaya. Buat apa pun mereka yang tidak percaya tidak akan menerima petunjuk Tuhan. Sesungguhnya Tuhanlah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Kita cuma boleh berforum saja.

Salam,

Ya, saya sedar hal itu apatah lagi al-quran sendiri mengatakan orang-orang yang ingkar tidak percaya dan menyekutukan Allah adalah yang paling ramai.

12:106. Dan kebanyakan mereka tidak mempercayai Allah, melainkan mereka menyekutukan-Nya.

Meskipun ada tanda-tanda (bukti) di langit dan bumi yang mereka nampak tapi mereka tetap berpaling.

12:105. Berapa banyaknya ayat yang ada di langit dan di bumi yang mereka melalui, dengan berpaling daripadanya!

Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
Sponsored content

Nabi Bukan Buta Huruf Empty
PostSubject: Re: Nabi Bukan Buta Huruf   Nabi Bukan Buta Huruf Empty

Back to top Go down
 
Nabi Bukan Buta Huruf
Back to top 
Page 1 of 13Go to page : 1, 2, 3 ... 11, 12, 13  Next
 Similar topics
-
» Adakah Hadis Nabi dalam Alquran?
» Nabi berkata sesuatu yang masuk akal
» Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??
» Benarkah Para Nabi Tidak Perlu Menyelidik?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: