E-Minda
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm
Top posters
Juang
Perihal Fasiq Vote_lcapPerihal Fasiq Voting_barPerihal Fasiq Vote_rcap 
gaara
Perihal Fasiq Vote_lcapPerihal Fasiq Voting_barPerihal Fasiq Vote_rcap 
tolokminda
Perihal Fasiq Vote_lcapPerihal Fasiq Voting_barPerihal Fasiq Vote_rcap 
Admin
Perihal Fasiq Vote_lcapPerihal Fasiq Voting_barPerihal Fasiq Vote_rcap 
othman
Perihal Fasiq Vote_lcapPerihal Fasiq Voting_barPerihal Fasiq Vote_rcap 
faried
Perihal Fasiq Vote_lcapPerihal Fasiq Voting_barPerihal Fasiq Vote_rcap 
iltizam
Perihal Fasiq Vote_lcapPerihal Fasiq Voting_barPerihal Fasiq Vote_rcap 
masterpiece7070
Perihal Fasiq Vote_lcapPerihal Fasiq Voting_barPerihal Fasiq Vote_rcap 
lia
Perihal Fasiq Vote_lcapPerihal Fasiq Voting_barPerihal Fasiq Vote_rcap 
Payau Putih
Perihal Fasiq Vote_lcapPerihal Fasiq Voting_barPerihal Fasiq Vote_rcap 

 

 Perihal Fasiq

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Perihal Fasiq Empty
PostSubject: Perihal Fasiq   Perihal Fasiq EmptyMon Sep 13, 2010 8:20 am

Fasiq adalah antara sifat buruk yang banyak diperingatkan dalam Al Quran. Mengenali sifat ini adalah penting kerana orang-orang yang fasiq tidak akan mendapat petunjuk, disesatkan dan tidak diampunkan oleh Allah.

61:5...dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

5:108...Takutilah Allah, dan dengarlah; Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

9:24...Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

9:80...Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

63:6. Sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu meminta ampun untuk mereka, atau kamu tidak meminta ampun untuk mereka; Allah tidak akan mengampuni mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

2:26. Allah tidak malu membuat persamaan, walaupun dengan seekor agas, atau apa yang lebih rendah. Bagi orang-orang yang percaya, mereka mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, mereka berkata, "Apakah yang Allah mengkehendaki dengan ini sebagai satu persamaan?" Dengannya Dia menyesatkan ramai, dan dengannya Dia memberi petunjuk kepada ramai, dan dengannya Dia tidak menyesatkan kecuali orang-orang fasiq


Daripada ayat-ayat tersebut, kita nampak betapa bahayanya jika penyakit fasiq itu menghinggapi diri kita. Ia lebih bahaya daripada penyakit AIDS kerana penyakit fasiq menyebabkan orang-orang itu tidak dapat keampunan Tuhan biarpun Nabi cuba meminta ampun untuk mereka.

Berikut adalah perbuatan-perbuatan yang membawa kepada kefasiqan.

1) Berpaling sesudah berjanji dengan Allah untuk percaya kepadaNya dan tidak menyekutukanNya serta berjanji untuk membuat kerja-kerja kebaikan. Bila manusia itu berpaling daripada kerja-kerja kebaikan, maka terbuktilah manusia itu jahat sebab baik lawannya jahat.

24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa Dia akan sesungguhnya menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia menjadikan orang-orang yang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan meneguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia merelai untuk mereka, dan Dia akan menukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan. "Mereka akan menyembah-Ku dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu." Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

3:81. Dan apabila Allah mengambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku memberikan kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan mempercayainya, dan kamu akan menolongnya. Adakah kamu setuju?" Dia berkata, "Dan, adakah kamu mengambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi."
3:82. Kemudian, sesiapa berpaling sesudah itu, merekalah orang-orang fasiq.


2) Menolak daripada berhakim dengan sesuatu Kitab Allah sedangkan mereka mengaku mereka ahli Kitab tersebut. Sama seperti berpaling daripada perjanjian dengan Allah.

5:47. Maka hendaklah ahli Injil menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan di dalamnya. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang fasiq.

3) Melupakan Allah seperti menjadikan si polan tertentu lebih utama daripada Allah sehingga ayat-ayat Allah mereka bantah kerana taksub pada si polan itu.

59:19. Janganlah menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Dia menjadikan mereka melupakan jiwa mereka; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

4) Orang yang telah diberikan sesuatu Kitab sebelumnya, tetapi mengambil masa yang panjang untuk mereka percaya dan tunduk kepada Peringatan Allah, yang mengakibatkan hati mereka jadi keras (degil tak makan nasihat lagi).

57:16. Tidakkah ia masanya untuk hati orang-orang yang percaya ditundukkan kepada Peringatan Allah, dan yang Benar, yang Dia menurunkan, dan mereka tidak menjadi seperti orang-orang yang telah diberi al-Kitab sebelumnya, dan tempohnya dirasakan terlalu panjang kepada mereka, lalu hati mereka menjadi keras, dan kebanyakan mereka orang-orang fasiq?


5) Orang-orang yang munafik atau berpura-pura. Sama macam orang-orang yang melupakan Allah.

9:67. Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan adalah sama satu sama lain; mereka menyuruh pada kemungkaran dan melarang daripada yang baik, dan mereka menggenggamkan tangan-tangan mereka; mereka melupakan Allah, dan Dia melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik, mereka adalah orang-orang fasiq.

6) Bermain dengan sumpah agar Nabi berpuas hati terhadap mereka. Sebab mereka juga adalah orang-orang munafik yang suka bermain dengan sumpah untuk menutup (cover) perbuatan jahat mereka seperti bersumpah bahawa Nabi adalah Rasul Allah sedangkan Allah memang Tahu Nabi itu Rasul Allah dan Nabi itu sendiri tahu dia sedangkan memikul tugas sebagai Rasul Allah.

9:96. Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu sangat berpuas hati terhadap mereka; tetapi, jika kamu sangat berpuas hati terhadap mereka, sungguh, Allah tidak berpuas hati terhadap kaum yang fasiq.

7) Penduduk sesuatu kota yang telah datang seseorang Rasul kepada mereka dengan bawakan bukti-bukti jelas, tetapi mereka berpaling daripada Kitab Allah yang mereka janji nak ikut dan patuh. Contohnya penduduk tanah Arab yang pernah dapat Al Quran, tetapi mereka bantai melagu-lagukan Al Quran sedangkan Rasul mereka menyampaikan Al Quran itu sebagai Peringatan bukannya syair (untuk dibaca secara beralun suara). Dan kerana berpaling daripada Kitab Allah, pada hari ini kita nampak mereka susah bersatu-padu walaupun sama-sama beritual mengadap objek yang sama.

7:101. Bandar-bandar raya itu yang Kami menceritakan kepada kamu beritanya; rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka bukanlah yang hendak mempercayai apa yang mereka telah mendustakan dahulu; demikianlah Allah menutup hati orang-orang yang tidak percaya.
7:102. Kami mendapati tiada perjanjian pada kebanyakan mereka; sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

2:99. Dan Kami menurunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang yang fasiq.


8 ) Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Tuhan.

6:49. Tetapi orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, merekalah yang azab akan sentuh kerana mereka berbuat kefasiqan.

9) Orang-orang yang menukar sesuatu ucapan kepada maksud yang disebaliknya sehingga ayat itu tidak kena pada tempatnya (zalim). Contohnya perkataan sujud bermaksud merendah diri, tetapi mereka tukar menjadi perbuatan meletakkan dahi ke tanah mengadap objek-objek tertentu.

2:59. Kemudian orang-orang yang membuat kezaliman menukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami menurunkan kepada orang-orang yang membuat kezaliman kemurkaan dari langit kerana kefasiqan mereka.

Ancaman kepada orang-orang fasiq.

46:35...Dan tiadalah yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq.

29:34. Kami akan menurunkan kepada penduduk bandar raya ini kemurkaan dari langit kerana mereka berbuat kefasiqan."

7:164. Dan apabila satu umat antara mereka berkata, "Mengapakah kamu menegurkan satu kaum yang Allah akan memusnahkan, atau mengazab dengan azab yang keras?" Mereka berkata, "Sebagai alasan kepada Pemelihara kamu, dan supaya mereka bertakwa."
7:165. Maka apabila mereka melupakan apa yang mereka telah diperingatkan, Kami menyelamatkan orang-orang yang melarang daripada berbuat jahat, dan Kami mengambil orang-orang yang membuat kezaliman dengan azab yang jahat kerana kefasiqan mereka.


Mereka dijanjikan azab yang keras seperti mana umat-umat terdahulu yang fasiq pernah ditimpa bermacam-macam azab daripada langit sehingga mereka dimusnahkan.

Selain diancam dengan azab yang keras, jiwa mereka juga bersifat seperti beruk iaitu gambaran orang-orang yang suka mengejek-ejek sesuatu peringatan Tuhan. Cuba bereksperimen dengan orang-orang fasiq dengan membawa sesuatu ayat-ayat Tuhan kepada mereka. Bila mereka sedar mereka silap, mereka akan mengejek-ejek seperti beruk kerana hati mereka dinyalakan dengan api. Bukannya mereka nak insaf seperti mana Adam insaf atas kesalahannya dahulu.

7:166. Apabila mereka memandang rendah pada apa yang mereka telah dilarang, Kami mengatakan kepada mereka, "Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat."

Di dunia lagi Allah sudah tunjukkan balasan kepada orang-orang yang fasiq itu. Tak payah nak tunggu di akhirat baru nak percaya pada Al Quran. Apa yang dikhabar di dalam Al Quran itu memang secara realistiknya terjadi di hadapan kita pada hari ini.
Back to top Go down
faried
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 524
Points : 5540
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Perihal Fasiq Empty
PostSubject: Re: Perihal Fasiq   Perihal Fasiq EmptyMon Sep 13, 2010 8:42 am

Juang wrote:

Berikut adalah perbuatan-perbuatan yang membawa kepada kefasiqan.

2) Menolak daripada berhakim dengan sesuatu Kitab Allah sedangkan mereka mengaku mereka ahli Kitab tersebut. Sama seperti berpaling daripada perjanjian dengan Allah.

5:47. Maka hendaklah ahli Injil menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan di dalamnya. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang fasiq.

Al Hakim = Pemutus

Karena itu, akan lebih baik dan lebih jelas jika menghakimkan diterjemahkan menjadi memutuskan.

Salam.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Perihal Fasiq Empty
PostSubject: Re: Perihal Fasiq   Perihal Fasiq EmptyMon Sep 13, 2010 8:54 am

Salam Faried,

Terima kasih di atas mencadangkan sesuatu yang terbaik walaupun si hakim selalu dikaitkan dengan membuat keputusan.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Perihal Fasiq Empty
PostSubject: Re: Perihal Fasiq   Perihal Fasiq EmptyWed Sep 15, 2010 12:05 am

32:20. Tetapi bagi orang-orang yang fasiq, tempat menginap mereka ialah Api; setiap kali mereka menghendaki untuk keluar darinya, mereka dikembalikan ke dalamnya, dan dikatakan kepada mereka, "Rasalah azab Api yang padanya kamu mendustakan."

32:21. Dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang dekat sebelum azab yang besar supaya mereka kembali.

32:22. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan melepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa.


Secara konsistennya Al Quran mengaitkan orang-orang fasiq dengan perbuatan berpaling daripada Peringtan Tuhan. Itu adalah sikap utama mereka iaitu bila diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhan, mereka pasti berpaling. Macam-macam alasan mereka beri nak bantah ayat-ayat Tuhan.

Bila dibawakan ayat Tuhan mengatakan Al Quran adalah Peringatan, bukannya syair, mereka bawa ayat-ayat si polan untuk membenarkan amalan tradisi mereka itu. Begitulah perangai orang-orang yang fasiq yang dijanjikan azab neraka.

Sebelum masuk neraka itu, mereka dirasakan dengan api yang paling dekat dengan diri mereka iaitu panas hati bila diperingatkan dengan Al Quran.
Back to top Go down
tolokminda
Sarjana
Sarjana
tolokminda


Posts : 627
Points : 5631
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

Perihal Fasiq Empty
PostSubject: Re: Perihal Fasiq   Perihal Fasiq EmptyWed Sep 15, 2010 12:09 am

Salam Juang,

Manusia lebih senang menuruti kepercayaan yang diwarisi dengan membuta tuli dari memeriksa sendiri apa yang telah diturunkan oleh Tuhan kepada mereka sebagai petunjuk.
Back to top Go down
http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Perihal Fasiq Empty
PostSubject: Re: Perihal Fasiq   Perihal Fasiq EmptyWed Sep 15, 2010 2:10 am

tolokminda wrote:
Salam Juang,

Manusia lebih senang menuruti kepercayaan yang diwarisi dengan membuta tuli dari memeriksa sendiri apa yang telah diturunkan oleh Tuhan kepada mereka sebagai petunjuk.
Salam TM,

Sikap cuai, lalai dan merasakan diri telah Islam dengan menurut membuta-tuli telah menjadikan sifat mereka persis orang-orang fasiq terdahulu.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Perihal Fasiq Empty
PostSubject: Re: Perihal Fasiq   Perihal Fasiq EmptyWed Sep 15, 2010 2:11 am

10:31. Katakanlah, "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang memiliki pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan siapakah yang mengarah urusan?" Mereka akan berkata, "Allah." Kemudian katakanlah, "Tidakkah kamu bertakwa?"

10:32. Itulah Allah, Pemelihara kamu Yang Benar; apakah ia, sesudah yang benar, melainkan kesesatan? Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?

10:33. Demikianlah, kata Pemelihara kamu telah wajar terhadap orang-orang fasiq, bahawa mereka tidak mempercayai.


Yang mengeluarkan rezeki kepada manusia baik dari langit atau bumi, semua diaturkan oleh Allah. Bukannya si polan itu yang mengatur urusan pengeluaran rezeki itu.

Namun orang-orang yang taksub pada si polan dan berpaling daripada Allah Yang Mengurus segala sesuatu tetap tidak mempercayai. Nak juga mereka bantah ayat-ayat Tuhan menggunakan ayat-ayat si polan.
Back to top Go down
Sponsored content





Perihal Fasiq Empty
PostSubject: Re: Perihal Fasiq   Perihal Fasiq Empty

Back to top Go down
 
Perihal Fasiq
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: