HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log on automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 17 on Sun Aug 15, 2010 1:07 am
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Memahami Al Quran menggunakan sains

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2, 3, 4, 5  Next
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Memahami Al Quran menggunakan sains   Thu Sep 16, 2010 4:03 pm

Apakah tujuannya kita mengkaji Al Quran menggunakan ilmu-ilmu sains yang wujud di sekeliling kita?

1. Hukum-hukum sains yang wujud di langit dan di bumi itu ditetapkan oleh Allah yang menurunkan Al Quran kepada Rasulullah.

- Bukan Isaac Newton menetapkan bumi ada graviti, tetapi Allah yang mencipta bumi mempunyai daya graviti agar hidupan boleh menetap di atas bumi.
- Newton hanya menemui adanya daya graviti setelah berfikir dan menjalankan eksperimen.

2. Hukum-hukum sains bersifat universal dan selari dengan Al Quran yang juga bersifat universal.

- Orang-orang musyrik terdahulu menetapkan amalan berasaskan perkauman dan kepuakan. Itu menunjukkan ia bukannya datang daripada Allah, Pemelihara universe ini.
- Universal dapat menjauhi ketaksuban kepada amalan tradisi kaum sendiri seterusnya membuka minda manusia untuk berfikir secara meluas.

3. Hukum-hukum sains bersifat adil kerana ia terpakai di mana juga kawasan selari dengan Al Quran yang mengatakan di mana jua manusia melihat, di situ ada Wajah Allah.

- Oleh kerana Allah itu Adil, ia boleh dipandang di mana-mana arah sekali pun bukannya kena arah sesuatu binaan manusia.

4. Hukum-hukum sains boleh dipelajari tanpa perlu kita taksub pada mana-mana tok guru sains, tidak kira tok guru Inggeris, Arab, Jepun, China dan lain-lain, selari dengan Al Quran boleh dipelajari tanpa kita taksub pada mana-mana bangsa.

- Sebab itulah Nabi Muhammad boleh faham pengajaran Taurat dan Injil (Kitab Allah yang terdahulu) walaupun tidak dikhabarkan baginda menguasai bahasa-bahasa asal Kitab-kitab terdahulu itu.
- Ilmu sains tidak boleh dimonopoli oleh sesuatu pihak seperti itu juga dengan Al Quran.

5. Dan yang paling utamanya, dengan ilmu sains, kefahaman Al Quran kita tidak dipengaruhi si polan dan si polan seterusnya tidak mempersekutukan Tuhan.

- Sains menggalakkan manusia mengkaji dan meneliti sendiri, bukannya menurut membuta-tuli apa yang saintis terdahulu perkatakan. Malah saintis hari ini bebas menolak teori-teori sains terdahulu yang terbukti lemah bila mereka menemui sesuatu hukum yang lebih kuat dan lebih baik (selari dengan ayat 39:18).

p/s: Pendek kata, nak mencari orang yang mempunyai minda, carilah para saintis sebab mereka boleh berlapang dada mengikut yang terbaik (sebab itu ilmu sains tidak rigid dan statik), dan kerana itulah Al Quran perlu difahami menggunakan kaca-mata sains. Kalau menurut orang-orang yang otak beku, lembab, pemalas dengan kita-kita sekali jadi beku otak.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts: 627
Points: 1298
Reputation: 1
Join date: 2010-07-29

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Thu Sep 16, 2010 10:51 pm

Salam Juang,

Menurut Al-Quran mereka yang bergelar ulama adalah para saintis. Bukan ritualis.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts: 1003
Points: 1697
Reputation: 1
Join date: 2010-07-24
Location: Malaysia

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:03 am

tolokminda wrote:
Salam Juang,

Menurut Al-Quran mereka yang bergelar ulama adalah para saintis. Bukan ritualis.


Hujah lapok tanpa dalil berulang kembali.... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:24 am

gaara wrote:
tolokminda wrote:
Salam Juang,

Menurut Al-Quran mereka yang bergelar ulama adalah para saintis. Bukan ritualis.


Hujah lapok tanpa dalil berulang kembali.... Very Happy

Salam,

Hukum 1+1=2 itu pun sudah lapuk. Entah tahun bila manusia sudah jumpa hukum tersebut. Tetapi sebab hukum itu adalah perkara benar, diulang kembali berjuta kali pun tiada siapa nak kisah. Hanya yang pemalas berfikir matematik sahaja kot yang tak suka mendengarnya.

Begitulah perumpamaannya dengan perkara-perkara benar yang lain, diulang 20juta kali pun bukan satu yang perlu dipertikaikan. Hanya pendusta sahaja tak suka dengar kebenaran diulang banyak kali. Smile
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts: 551
Points: 1214
Reputation: 0
Join date: 2010-07-26

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:29 am

gaara wrote:
tolokminda wrote:
Salam Juang,

Menurut Al-Quran mereka yang bergelar ulama adalah para saintis. Bukan ritualis.


Hujah lapok tanpa dalil berulang kembali.... Very Happy


biasa lah saintis buku lali ...
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:31 am

tolokminda wrote:
Salam Juang,

Menurut Al-Quran mereka yang bergelar ulama adalah para saintis. Bukan ritualis.

Salam TM,

Itu tidak mustahil. Kalau kita lihat yang banyak membenarkan ayat-ayat Al Quran pun para saintis. Mereka mengkaji alam semesta sehingga nampak persamaan hukum sains mereka temui dengan ayat-ayat Al Quran. Contohnya dalam Al Quran ada ayat pasal jin dan manusia boleh tembusi langit jika ada kekuatan. Dan mereka buktikan gabungan tanah dan api yang ada pada roket itu mampu tembusi langit bila manusia tahu eksploitasikan kekuatan daya tujahan enjin roket tersebut.

Para ritualis hanya tahu membenarkan ayat-ayat si polan dan si polan. Digunakan riwayat si polan kononnya Nabi naik ke langit untuk tawar-menawar dengan Tuhan untuk mewujudkan amalan ritual mereka berapa kali sehari. Ayat-ayat Tuhan mereka campak ke tepi. Kurang ajar punya ritualis yang mencampak ayat-ayat Tuhan itu.

Jadi saya setuju pendapat TM bahawa yang dikatakan ulamak menurut Al Quran adalah para saintis.


Last edited by Juang on Fri Sep 17, 2010 1:33 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts: 1003
Points: 1697
Reputation: 1
Join date: 2010-07-24
Location: Malaysia

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:33 am

Salam.....

sejenak kita dalami tafsir Ibnu Katsir.....

Terjemahan:

Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. ( 35:28 )

dan kita fokus Tafsir kpd yg dibold:

Dan hanya ulama lah yang benar-benar menyadari dan mengetahui tanda-tanda kekuasaan Allah, sehingga mereka benar-benar tunduk akan kekuasaan Nya dan takut akan siksa Nya.

Berkata Ibnu `Abbas: "Yang dinamakan ulama ialah orang-orang yang mengetahui bahwa Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Di dalam suatu riwayat dari Ibnu `Abbas ia berkata: "Ulama itu ialah orang yang tidak mempersekutukan Tuhan dengan sesuatu apapun, yang menghalalkan yang telah dihalalkan Allah dan mengharamkan yang telah di haramkan Nya, menjaga perintah-perintah Nya, dan yakin bahwa dia akan bertemu dengan Nya yang akan menghisab dan membatasi semua amalan manusia".

dari tafsir ulamak yg satu ini fahamlah kita ape maksud ulamak yg sebenarnya.....

kalau nak kata saintis.... di AS dan negara2 eropah adanya saintis yang benar2 hebat.. kita akui...

tapi apakah merka itu layak digelar ulamak menurut tafsiran ayat di atas...

semoga kita dapat hidayah dan petunjuk yang benar dariNYA.....

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts: 1003
Points: 1697
Reputation: 1
Join date: 2010-07-24
Location: Malaysia

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:38 am

Quote:
Hukum 1+1=2 itu pun sudah lapuk.


Hujah lapok ini ada dalil yang tidak boleh disanggah....

tetapi hujah ini....

Code:
mereka yang bergelar ulama adalah para saintis. Bukan ritualis.


boleh dipecahkan macam kaca yang berderai....

kerana hujahnya tanpa dalil...

dan hanya berkata kata...

bila puasa diam.....

Laughing

lol! lol!
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:38 am

Salam,

Ayat 35:28 itu membuktikan apa yang TM katakan itu adalah betul. Para saintis tidak mengada-adakan hukum sains. Semuanya ditetapkan setelah mereka menjalankan ujikaji sehingga terbukti benar dan kukuh. Jelas mereka takut kepada Allah untuk tidak mengada-adakan hukum sesuka hati. Logiklah saintis itu dikatakan ulama.

Tetapi para ritualis tidak takut mengada-adakan hukum biarpun tiada bukti di langit dan di bumi sehingga terpaksa mereka gunakan nama-nama si polan terdahulu (yang sudah mati) untuk mensahihkan apa yang mereka ada-adakan.

Begitulah ayat-ayat Al Quran mampu membezakan siapa yang benar-benar takut kepada Allah dan siapa yang tidak takut nak berdusta dan mengada-adakan amalan karut-marut. Smile
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:40 am

gaara wrote:


Code:
mereka yang bergelar ulama adalah para saintis. Bukan ritualis.


boleh dipecahkan macam kaca yang berderai....

kerana hujahnya tanpa dalil...

dan hanya berkata kata...

bila puasa diam.....

Laughing

lol! lol!

Salam

Ayat 35:28 yang saudara bawakan itu telah membuktikan kebenaran apa yang TM katakan. Tetapi saudara tak sedar di antara siantis dan ritualis, siapa yang paling takut nak mengada-adakan hukum dusta dan tak masuk akal. Smile
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts: 1003
Points: 1697
Reputation: 1
Join date: 2010-07-24
Location: Malaysia

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:41 am

Juang wrote:
Salam,

Ayat 35:28 itu membuktikan apa yang TM katakan itu adalah betul. Para saintis tidak mengada-adakan hukum sains. Semuanya ditetapkan setelah mereka menjalankan ujikaji sehingga terbukti benar dan kukuh. Jelas mereka takut kepada Allah untuk tidak mengada-adakan hukum sesuka hati. Logiklah saintis itu dikatakan ulama.

Tetapi para ritualis tidak takut mengada-adakan hukum biarpun tiada bukti di langit dan di bumi sehingga terpaksa mereka gunakan nama-nama si polan terdahulu (yang sudah mati) untuk mensahihkan apa yang mereka ada-adakan.

Begitulah ayat-ayat Al Quran mampu membezakan siapa yang benar-benar takut kepada Allah dan siapa yang tidak takut nak berdusta dan mengada-adakan amalan karut-marut. Smile


kalau nak kata saintis.... di AS dan negara2 eropah adanya saintis yang benar2 hebat.. kita akui...

tapi apakah merka itu layak digelar ulamak menurut tafsiran ayat di atas...

semoga kita dapat hidayah dan petunjuk yang benar dariNYA.....

geek geek

lol!
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:45 am

gaara wrote:

kalau nak kata saintis.... di AS dan negara2 eropah adanya saintis yang benar2 hebat.. kita akui...

tapi apakah merka itu layak digelar ulamak menurut tafsiran ayat di atas...

semoga kita dapat hidayah dan petunjuk yang benar dariNYA.....

geek geek

lol!

Salam,

Selagi mereka tidak berdusta dan tidak mengada-adakan hukum, layaklah mereka digelar ulamak sebab mereka takut kepada Tuhan untuk mengada-adakan hukum tak masuk akal.

Di antara orang yang takut nak berdusta dengan orang yang tak takut berdusta, siapa yang paling takut kepada Allah? Takkanlah orang yang tak takut mengada-adakan dusta itulah orang yang takut kepada Allah?

Janganlah kerana mereka dilahirkan oleh Tuhan di AS dan di Eropah, maka kita nak kata mereka tak layak digelar ulamak. Yang lahirkan mereka di AS, di Eropah dan di mana jua kawasan itu adalah Allah juga.

Cuba fikir logik sikit, pasti nampak jawapannya. Smile
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts: 1003
Points: 1697
Reputation: 1
Join date: 2010-07-24
Location: Malaysia

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:46 am

Juang wrote:
Salam,

Ayat 35:28 itu membuktikan apa yang TM katakan itu adalah betul. Para saintis tidak mengada-adakan hukum sains. Semuanya ditetapkan setelah mereka menjalankan ujikaji sehingga terbukti benar dan kukuh. Jelas mereka takut kepada Allah untuk tidak mengada-adakan hukum sesuka hati. Logiklah saintis itu dikatakan ulama.

Tetapi para ritualis tidak takut mengada-adakan hukum biarpun tiada bukti di langit dan di bumi sehingga terpaksa mereka gunakan nama-nama si polan terdahulu (yang sudah mati) untuk mensahihkan apa yang mereka ada-adakan.

Begitulah ayat-ayat Al Quran mampu membezakan siapa yang benar-benar takut kepada Allah dan siapa yang tidak takut nak berdusta dan mengada-adakan amalan karut-marut. Smile


mungkin saudara juang kekurangan ilmu agama.....

ayat di atas pun tidak menerangkan tentang hukum2 sains tidak dipersekutukan...

tetapi tafsiran di atas jelas mengenai agama.....

kita sememangya mengetahui berapa banyak saintis yg saudara juang maksudkan tidak beriman kpd Allah...
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:50 am

Salam,

Dalam Al Quran ada kisah Nabi Sulaiman mempunyai keupayaan mempercepatkan perjalanannya. Di zaman kita, di atas usaha dan penat lelah saintis, apa yang dikhabar oleh Al Quran 1500 tahun yang lalui terbukti benar dengan penciptaan kapal terbang. Para saintis telah membenarkan ayat-ayat Al Quran tersebut.

Malah dengan kapal terbang itulah para ritualis senang nak pergi tengok kiub batu mereka. Tetapi mereka tak sedar sumbangan para saintis kepada mereka. Yang mereka tahu nak berbangga diri dengan kepercayaan tak masuk akal mereka itu.
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts: 1003
Points: 1697
Reputation: 1
Join date: 2010-07-24
Location: Malaysia

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 1:51 am

Quote:
Selagi mereka tidak berdusta dan tidak mengada-adakan hukum, layaklah mereka digelar ulamak sebab mereka takut kepada Tuhan untuk mengada-adakan hukum tak masuk akal.


saudara juang...

kalau kita lihat tafsiran di atas ciri2 ulamak....

1. takut kepada Allah

2. orang-orang yang mengetahui bahwa Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu

3. tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun....

tetapi kenape yang saudra juang maksudkn itu kepercayaan mereka kepada "perjanjian lama" dan "perjanjian baru" dan bukanya kepada Al-quran.....


Very Happy
Back to top Go down
View user profile
 

Memahami Al Quran menggunakan sains

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 5Goto page : 1, 2, 3, 4, 5  Next

 Similar topics

-
» -= 10 Duas from the Quran =-
» Esei 2: Laras Sains
» Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi
» Quran Arabic Urdu Audio Translation
» Tafseer Ibne Kaseer Quran Explanation in Urdu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-