HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Memahami Al Quran menggunakan sains

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Memahami Al Quran menggunakan sains   Thu Sep 16, 2010 5:03 pm

First topic message reminder :

Apakah tujuannya kita mengkaji Al Quran menggunakan ilmu-ilmu sains yang wujud di sekeliling kita?

1. Hukum-hukum sains yang wujud di langit dan di bumi itu ditetapkan oleh Allah yang menurunkan Al Quran kepada Rasulullah.

- Bukan Isaac Newton menetapkan bumi ada graviti, tetapi Allah yang mencipta bumi mempunyai daya graviti agar hidupan boleh menetap di atas bumi.
- Newton hanya menemui adanya daya graviti setelah berfikir dan menjalankan eksperimen.

2. Hukum-hukum sains bersifat universal dan selari dengan Al Quran yang juga bersifat universal.

- Orang-orang musyrik terdahulu menetapkan amalan berasaskan perkauman dan kepuakan. Itu menunjukkan ia bukannya datang daripada Allah, Pemelihara universe ini.
- Universal dapat menjauhi ketaksuban kepada amalan tradisi kaum sendiri seterusnya membuka minda manusia untuk berfikir secara meluas.

3. Hukum-hukum sains bersifat adil kerana ia terpakai di mana juga kawasan selari dengan Al Quran yang mengatakan di mana jua manusia melihat, di situ ada Wajah Allah.

- Oleh kerana Allah itu Adil, ia boleh dipandang di mana-mana arah sekali pun bukannya kena arah sesuatu binaan manusia.

4. Hukum-hukum sains boleh dipelajari tanpa perlu kita taksub pada mana-mana tok guru sains, tidak kira tok guru Inggeris, Arab, Jepun, China dan lain-lain, selari dengan Al Quran boleh dipelajari tanpa kita taksub pada mana-mana bangsa.

- Sebab itulah Nabi Muhammad boleh faham pengajaran Taurat dan Injil (Kitab Allah yang terdahulu) walaupun tidak dikhabarkan baginda menguasai bahasa-bahasa asal Kitab-kitab terdahulu itu.
- Ilmu sains tidak boleh dimonopoli oleh sesuatu pihak seperti itu juga dengan Al Quran.

5. Dan yang paling utamanya, dengan ilmu sains, kefahaman Al Quran kita tidak dipengaruhi si polan dan si polan seterusnya tidak mempersekutukan Tuhan.

- Sains menggalakkan manusia mengkaji dan meneliti sendiri, bukannya menurut membuta-tuli apa yang saintis terdahulu perkatakan. Malah saintis hari ini bebas menolak teori-teori sains terdahulu yang terbukti lemah bila mereka menemui sesuatu hukum yang lebih kuat dan lebih baik (selari dengan ayat 39:18).

p/s: Pendek kata, nak mencari orang yang mempunyai minda, carilah para saintis sebab mereka boleh berlapang dada mengikut yang terbaik (sebab itu ilmu sains tidak rigid dan statik), dan kerana itulah Al Quran perlu difahami menggunakan kaca-mata sains. Kalau menurut orang-orang yang otak beku, lembab, pemalas dengan kita-kita sekali jadi beku otak.
Back to top Go down
View user profile

AuthorMessage
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 11:21 am

lia wrote:
Akal ada dua iaitu akal beriman dengan Allah dan akal kafir. Bagi akal Kafir semua perintah Allah dikatakan tidak masuk akal. Bagi akal beriman semua perintah Allah masuk pada akalnya. Senang je bang, samada nak terima hidayah atau tidak. Tak de kena mengena dengan sains semua tu. Sebab itu ulama islam dulu juga adalah saintis ketika tamadun Islam. Mereka lebih taat dalam agama, hafal beribu hadith pulak tu. Tak pula mereka kata amalan agama tidak masuk akal. Mungkin akal abang aje kot. He he.

Salam,

Akal yang beriman kepada Tuhan tidak akan menyekutukan Dia dengan apapun dan akan turut mempercayai KItabNya dengan sepenuh kepercayaan.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
lia
Siswazah
Siswazah


Posts : 120
Points : 2425
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 4:38 pm

Orang beriman tidak menyekutukan Allah dan dia juga mesti menyembah Allah. Apa kena mengena dengan sains. Sains hanyalah untuk kemudahan manusia hidup didunia tak kira dia beriman atau tidak.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 8:53 pm

lia wrote:
Orang beriman tidak menyekutukan Allah dan dia juga mesti menyembah Allah. Apa kena mengena dengan sains. Sains hanyalah untuk kemudahan manusia hidup didunia tak kira dia beriman atau tidak.

Salam,

Kalau menyembah Tuhan tak apalah. Tapi jangan menyembah matahari, bulan, batu dan sebagainya. Semua orang mengaku menyembah Tuhan. Tapi dari amalan yang ditunjukkan jelas mereka menyekutukan Tuhan dengan bermacam-macam benda. Itulah masalahnya.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 9:54 pm

Quote :
Tapi jangan menyembah matahari, bulan, batu dan sebagainya.

saudara tolokminda pernah nampak orang islam menyembah matahari ke.... affraid affraid
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 17, 2010 10:01 pm

Quote :
Hadis membuat agama menjadi tidak masuk akal.

Contoh. Hadis yang menyatakan lalat jika dicelupkan ke dalam minuman, maka kumannya menjadi netral.

Hal tersebut jelas salah dan kesalahan itu mudah dibuktikan secara ilmiah.

bolehkah saudara buktikan....

dan silakan.... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Sat Sep 18, 2010 3:39 am

gaara wrote:
Quote :
Tapi jangan menyembah matahari, bulan, batu dan sebagainya.

saudara tolokminda pernah nampak orang islam menyembah matahari ke.... affraid affraid

Salam,

Yang menyembah matahari ada diceritakan di dalam Al-Quran. Yang menyembah batu dan binaan tangan sendiri juga disebut. Sekarang saya melihat yang ramai adalah yang menyembah batu binaan tangan sendiri - atau tangan manusia lain. Yang sembah matahari mungkin sudah pupus.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
faried
Sarjana
Sarjana


Posts : 524
Points : 2871
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Sat Sep 18, 2010 7:53 am

gaara wrote:
Quote :
Hadis membuat agama menjadi tidak masuk akal.

Contoh. Hadis yang menyatakan lalat jika dicelupkan ke dalam minuman, maka kumannya menjadi netral.

Hal tersebut jelas salah dan kesalahan itu mudah dibuktikan secara ilmiah.

bolehkah saudara buktikan....

dan silakan.... Very Happy

Sudah dibuktikan.

Cairan yang telah dicelup lalat, dibiakkan dan diamati mikroorganisme yang ada dalam biakan. Ternyata mengandung mikroorganisme yang merusak.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Sat Sep 18, 2010 9:43 am

faried wrote:
gaara wrote:
Quote :
Hadis membuat agama menjadi tidak masuk akal.

Contoh. Hadis yang menyatakan lalat jika dicelupkan ke dalam minuman, maka kumannya menjadi netral.

Hal tersebut jelas salah dan kesalahan itu mudah dibuktikan secara ilmiah.

bolehkah saudara buktikan....

dan silakan.... Very Happy

Sudah dibuktikan.

Cairan yang telah dicelup lalat, dibiakkan dan diamati mikroorganisme yang ada dalam biakan. Ternyata mengandung mikroorganisme yang merusak.

Salam,

Coomon sense saja pun kita boleh fikirkan. Saya tidak akan minum air yang telah dicelup lalat kecualilah jika saya tidak mengetahuinya.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Sat Sep 18, 2010 11:16 pm

Dalam sains, eksperimen dijalankan untuk melihat kesan tindakbalas sesuatu perkara yang dikaji. Bila ia mendatangkan kesan, menunjukkan hukum yang mendatangkan kesan itu adalah benar (ditetapkan oleh Allah).

Dalam Al Quran pula ada peringatan Tuhan agar kita tidak mengabdikan diri kepada sesuatu yang tidak mendatangkan kesan manfaat atau mudarat. Ini kerana sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa kesan, menunjukkan ia bukannya ditetapkan oleh Allah, melainkan diada-adakan sahaja.

5:76. Katakanlah, "Adakah kamu mengabdikan diri kepada selain daripada Allah, sesuatu yang tidak boleh memudaratkan, atau memanfaatkan kamu? Dan Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui."

10:106. Dan janganlah menyeru selain daripada Allah apa yang tidak memanfaatkan kamu, dan tidak juga memudaratkan kamu, kerana jika kamu melakukannya, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim.

21:66. Berkata (Ibrahim), "Apa, adakah kamu mengabdikan diri kepada selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat kepada kamu sedikit pun, dan tidak juga memudaratkan kamu?

22:12. Dia menyeru selain daripada Allah, sesuatu yang tidak memudaratkan dia, dan yang tidak memanfaatkannya sedikit pun; itu sebenarnya kesesatan yang jauh.

25:55. Dan mereka mengabdikan diri kepada selain daripada Allah, sesuatu yang tidak memanfaatkan mereka, dan tidak juga memudaratkan mereka; dan orang yang tidak percaya adalah penyokong menentang Pemeliharanya.

26:72. Berkata (Ibrahim), "Adakah mereka mendengar kamu apabila kamu menyeru?
26:73. Atau mereka memanfaatkan kamu, atau memudaratkan?


Ini menunjukkan konsep menentukan kebenaran sesuatu perkara yang diajar oleh Al Quran sama-sama terpakai dalam sains iaitu kena melihat kesannya dahulu, sama ada kesan baik atau buruk. Bila sesuatu itu benar-benar mendatangkan kesan, itulah yang Tuhan tetapkan. Itulah kunci menentukan sesuatu itu ditetapkan oleh Allah atau tidak.

Allah melarang keras kita menuruti sesuatu yang tidak memberikan apa-apa kesan. Oleh kerana itu kita perlu menggunakan methodologi sains iaitu penentuan kebenaran sesuatu perkara dengan melihat kesannya dahulu selaras yang dianjurkan oleh Al Quran.

Renungkan kembali amalan-amalan ritual tradisi kita untuk melihat sejauh mana ia mendatangkan kesan. Jika tiada apa-apa kesan, jelas itu bukannya datang daripada Allah, melainkan diada-adakan oleh mereka yang mahu berbangga diri dengan kepercayaan tradisinya. Alangkah sia-sianya kerja orang-orang yang mengada-adakan sesuatu perkara yang tidak membawa apa-apa kesan.
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Sun Sep 19, 2010 2:04 am

Quote :
Sudah dibuktikan.

Cairan yang telah dicelup lalat, dibiakkan dan diamati mikroorganisme yang ada dalam biakan. Ternyata mengandung mikroorganisme yang merusak.

susu yg dibiarkan begitu jgk...

bagaimana dengan roti pulak saudara faried....

semua barang yg mengandungi susu mcm mane plak....

bila air dalam peti sejuk biarkan lama2 dekat luar mcm mane plak...

lol! lol!
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Sun Sep 19, 2010 2:20 am

Quote :
Coomon sense saja pun kita boleh fikirkan. Saya tidak akan minum air yang telah dicelup lalat kecualilah jika saya tidak mengetahuinya.

x minum...

sy pun x minum saudara...

sbbnya jijik dgn kehidupan lalat tu.....

itu je...

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Sun Sep 19, 2010 2:41 am

Quote :
Hadis membuat agama menjadi tidak masuk akal.

Contoh. Hadis yang menyatakan lalat jika dicelupkan ke dalam minuman, maka kumannya menjadi netral.

Hal tersebut jelas salah dan kesalahan itu mudah dibuktikan secara ilmiah.

Quote :
Coomon sense saja pun kita boleh fikirkan.

Quote :
Dalam sains, eksperimen dijalankan untuk melihat kesan tindakbalas sesuatu perkara yang dikaji. Bila ia mendatangkan kesan, menunjukkan hukum yang mendatangkan kesan itu adalah benar (ditetapkan oleh Allah).

LALAT O LALAT

Mungkin ini hadis yang cuba di maksudkn oleh saudara faried....

“Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” (Hadis riwayat Bukhari, Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)

Betapa hebat mukjizat kurniaan Allah SWT kepada kekasihnya Nabi Muhammad SAW yang mengetahui perkara-perkara ghaib.

Sedangkan jikalau menurut logik akal tidak relevan untuk mencelup lalat yang kotor kali kedua di dalam bekas air minuman.

Namun kajian saintifik kini membuktikan kebenaran kata-kata baginda Rasulullah SAW.

Jadi segeralah

dapatkn buku Dr Danial Zainal Abidin yg bertajuk Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden.

and...

da bc bukunya dan masih tak faham2 jugak

segera lah berjumpa dengan Dr Danial Zainal Abidin sementara beliau masih hidup utk keterangn lanjut mengenai pembuktian hadis di atas dan perkara2 yg beliau terangkn dlm buku itu..... Laughing

lol! lol!
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Sun Sep 19, 2010 8:07 am

Salam,

Quote :
“Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” (Hadis riwayat Bukhari, Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)

Kalau kita kaji dari segi keseimbangan, katakan sayap kanan lalat mengandungi bakteria baik dan sayap kiri mengandungi bakteria jahat. Maka jika kedua-dua belah sayap itu dicelup, maka ada logiknya penuetralan akan berlaku.

Tetapi seperti yang disebut dalam sains, pada kaki lalat paling banyak mengandungi bakteria kerana lalat itu hinggap di tempat-tempat yang kotor. Maka, jika dicelup keseluruhan lalat itu dengan kaki-kakinya, kita boleh bayangkan betapa banyaknya bateria pada kaki lalat itu akan masuk ke dalam minuman atau makanan yang mana sayap "penawar" itu sendiri tidak mampu menampungnya apatah lagi sayap "penyakit" itu telah meneutralkan fungsi sayap "penawar" itu.

Cuba kita fikirkan secara rasional (seimbang) pasti kita nampak ada sesuatu yang tak kena pada riwayat itu. Sebab itulah di kedai-kedai makan, manusia memasang alat perangkap lalat kerana mereka tidak mahu mengambil risiko lalat masuk ke dalam minuman/makanan dan dicelupkan ke dalamnya. Common sense boleh nampak itu semua.
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Sun Sep 19, 2010 1:27 pm

[quote]Kalau kita kaji dari segi keseimbangan, katakan sayap kanan lalat mengandungi bakteria baik dan sayap kiri mengandungi bakteria jahat. Maka jika kedua-dua belah sayap itu dicelup, maka ada logiknya penuetralan akan berlaku.

memang di akui apa yang disebut oleh saudara juang nie...

P/S: sebiji macam dalam buku Dr Danial tu je...
da bc ke...

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Sun Sep 19, 2010 6:55 pm

Salam,

Tetapi gagal nak terima sampai habis... Smile
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Sun Sep 19, 2010 7:50 pm

Salam,

Jika perhatikan dalam kehidupan harian kita, sesuatu perkara yang hendak kita lakukan pasti memerlukan kaedah saintifik untuk kita mencapai manfaat. Semakin perbuatan kita tepat dengan kaedah saintifik, semakin dekat kita kepada kejayaan dan manfaat. Sebaliknya jika perbuatan kita bercanggah dengan saintifik, semakin dekat kita kepada kegagalan dan kemudaratan.

Contohnya dalam kita berjalan kaki, secara saintifiknya kita perlu mengangkat kaki ketika melangkah untuk mendapat hasil yang terbaik. Kita boleh berjalan dengan tapak kaki bergeser di tanah (menyeret kaki tanpa mengangkatnya). Kedudukan kita akan berubah walaupun kita berjalan sebegitu. Tetapi akan memberi kesan buruk iaitu tapak kaki (atau kasut) kita akan haus dan rosak.

Begitu juga dalam mencari pasangan hidup. Mengikut kaedah saintifik berdasar biologi manusia, seseorang lelaki sepatutnya berkahwin dengan wanita. Tetapi bila manusia buat sesuatu yang bercanggah dengan kaedah saintifik, ia mengundang pelbagai masalah terutama dari segi kesihatan dan keturunan.

Untuk berjaya melakukan penerbangan pun manusia kena mengikut kaedah saintifik biarpun seorang manusia itu sekaya Firaun sekali pun. Mana-mana manusia yang cuba menolak kaedah saintifik dalam usaha untuk terbang, pasti akan terhempas ke bumi.

Setelah kita nampak banyak contoh-contoh yang wujud disekeliling kita memerlukan kaedah saintifik jika mahu berjaya, maka untuk memahami Al Quran dengan tepat juga memerlukan penggunaan kaedah saintifik. Hanya pendusta-pendusta sahaja tidak mahu menggunakan kaedah saintifik supaya kepercayaan tak masuk akal mereka boleh diada-adakan (jika kita memahami psikologi orang-orang yang suka berdusta itu).
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Fri Sep 24, 2010 11:44 pm

Salam,

Jika ilmu sains menunjukkan hukum-hukum yang menunjukkan tindak balas bagi sesuatu jasad, Al Quran sebenarnya adalah hukum-hukum yang menunjukkan tindak balas bagi sesuatu jiwa. Contohnya jika sesuatu jiwa itu mempunyai penyakit angkuh dan bongkak seperti iblis, tindakbalasnya kepada orang-orang yang mencabar keangkuhannya itu adalah dengan berdengki, marah dan berdendam. Sebaliknya jika sesuatu jiwa itu penuh nilai murni seperti merendah diri, maka tindakbalasnya adalah bersyukur, sabar dan pemaaf.

Begitu juga sifat-sifat jiwa orang-orang yang mengEsakan Tuhan dengan sifat-sifat jiwa orang yang mempersekutukan Tuhan, pasti ada perbezaan tindakbalasnya. Orang-orang yang mengEsakan Tuhan hanya percaya pada perkara-perkara yang ada bukti, sedangkan orang-orang yang mempersekutukan Tuhan, tindakbalas mereka adalah dengan menolak apa yang Tuhan tetapkan kerana taksub pada si polan dan si polan.

Seperti mana tindakbalas yang berlaku pada jasad adalah sama daripada dahulu sehingga Kiamat, maka tindakbalas yang berlaku pada rohani manusia itu juga sama daripada dahulu sehingga Kiamat. Sebab Sunnah Allah tidak pernah berubah-ubah.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Memahami Al Quran menggunakan sains   Today at 1:47 pm

Back to top Go down
 
Memahami Al Quran menggunakan sains
View previous topic View next topic Back to top 
Page 3 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3
 Similar topics
-
» metode memahami al Qur'an
» Quran Reading Program: Hizb 59
» Quran Reading Guests & members welcome [Now posted DAILY inshaAllah from Hizb 1]
» transliteration.org/quran
» Quran Reading Program: Hizb 31

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: