HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Seburuk-buruk haiwan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Seburuk-buruk haiwan   Thu Sep 16, 2010 6:27 pm

8:22. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak menggunakan akal.

Jika kita perhatikan baik-baik ayat ini, ada sejenis manusia yang dilihat sebagai seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah. Apakah sifat manusia tersebut sehingga dilihat begitu buruk di sisi Allah?

Mereka adalah orang yang pekak, bisu lagi tidak menggunakan akal. Yang dikatakan pekak itu bukannya pekak fizikal disebabkan masalah telinga, tetapi pekak untuk mendengar ayat-ayat Allah dalam bahasa yang mereka fahami. Yang dikatakan bisu itu bukannya kerana bisu fizikal kerana masalah peti suara, tetapi kerana mereka bisu daripada mengutarakan kesalahan-kesalahan yang berlaku di sekeliling mereka disebabkan takut bersuara untuk memperbetulkan kepercayaan tradisi mereka selama ini. Mereka tiada sifat seperti Nabi Ibrahim yang berani bersuara menegur kaumnya sendiri yang membuat amalan ritual membuta-tuli.

Dan ayat 8:22 itu menspesifikkan lagi siapa mereka yang pekak dan bisu iaitu orang-orang yang tidak menggunakan akal. Kerana tidak menggunakan akal-lah mereka jadi pekak untuk mendengar ayat-ayat Tuhan yang melarang menyekutukanNya dengan si polan dan si polan itu. Kerana tidak menggunakan akal-lah mereka bisu daripada menegur kaum mereka yang telah lari daripada Petunjuk Tuhan.

Apakah kita mahu menjadi orang-orang yang diumpamakan sebagai seburuk-buruk haiwan itu? Hanya orang yang tidak menggunakan akal sahaja yang mahu diumpamakan begitu.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Seburuk-buruk haiwan   Thu Sep 16, 2010 11:48 pm

Salam,

Haiwan tidak diberi oleh Tuhan kelebihan dari aspek akal mereka. Mereka hidup menurut fitrah yang telah ditentukan. Fitrah yang standard. Jika lembu makan rumput, maka semua lembu makan rumput. Jika kambing mengembek, semua kambing mengembek. Tuhan tidak mencipta manusia seperti haiwan. Tuhan mencipta manusia dengan kelebihan akal yang mana mereka dapat menilai sesuatu yang terbentang di hadapan mereka dan mereka boleh memilih bagaimana mereka mahu menjalani hidup mereka. Mereka boleh makan steak kalau tidak mahu makan rendang. Mereka boleh makan pizza kalau tidak mahu makan lemang. Manusia boleh memperbaiki keadaan hidup mereka. Mereka boleh mencipta sofa untuk duduk dengan selesa. Mereka boleh mencipta pendingin hawa di cuaca yang panas dan memasang heater di persekitaran yang sejuk. Di sebalik semua kelebihan manusia dan kebebasan yang Tuhan berikan kepada manusia, Tuhan hanya mahu manusia jangan melampaui batas. Jangan menzalimi sesama makhluk atau diri mereka sendiri. Tuhan melarang kita menyekutukan Dia dengan apa pun dan bersyukurlah kepada Tuhan yang telah memberi peluang kita hidup dengan bermacam-macam kurniaan.

Sebab itulah jika manusia tidak mahu menggunakan akalnya, menutup mata hati dan pendengaran mereka dari peringatan Tuhan - Tuhan kata mereka itu lebih teruk keadaannya dari binatang ternak. Binatang ternak yang diberi akal terhad oleh Tuhan pun tahu menggunakan sepenuhnya akal mereka dan mampu hidup sebagaimana yang telah direncanakan Tuhan untuk mereka.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Admin
Canselor
Canselor


Posts : 601
Points : 2999
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Seburuk-buruk haiwan   Sun Sep 19, 2010 7:30 am

Salam,

Begitulah buruknya haiwan tersebut pada pandangan Allah.

Haiwan tersebut adalah manusia yang;

Ada telinga, tidak mahu mendengar.
Ada mata, tidak mahu melihat.
Dan, ada akal tidak mahu memikirkannya.

Binatang ternak dan haiwan lain lebih baik daripada haiwan tersebut.

Bila diperingatkan kembali kepada ayat-ayat Allah, mereka tidak mahu mendengar, melihat dan memikirkannya. Mereka terus mencampakkan diri mereka sendiri di dalam kategori haiwan yang buruk itu.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Seburuk-buruk haiwan   Sun Sep 19, 2010 11:37 pm

Salam,

Jika kita renung berulang kali ayat 8:22, manusia akan jatuh kepada sifat haiwan apabila tidak mahu mendengar, tidak mahu melihat dan tidak mahu memikirkan. Dengan kata lain, manusia itu tidak prihatin dengan keadaan sekelilingnya. Umpamanya bila melihat ada sesuatu yang tak kena dengan kepercayaan warisan nenek moyangnya, dia buat "dek" sahaja. Tidak mahu memikirkan apakah benar Tuhan suruh beritual macam itu. Apakah kesan manfaat atau mudarat sesuatu amalan itu? Kenapa perlu ditetapkan cara begitu, dan kenapa tidak boleh buat cara begini?

Kalau kita tengok haiwan, mereka tidak mempunyai daya fikir yang sampai ke tahap itu. Umpamanya walaupun ayam-ayam nampak rakan-rakannya disembelih, mereka tidak berfikir jauh ke hadapan yang suatu hari nanti dia akan disembelih juga. Dan ayam-ayam itu tidak mampu mengubah nasib mereka. Jika pada tahun 1948, ayam-ayam kena sembelih oleh manusia, sampai ke generasi tahun 2010, mereka tidak ada daya untuk mengubah nasib agar tidak mengalami nasib yang sama dengan datuk-nenek mereka pada tahun 1948 itu.

Namun sifat itu tidak ada pada manusia. Manusia mampu mengubah nasib mereka jika ada keazaman dan kemahuan yang kuat untuk berubah. Namun, jika generasi tahun 2010 itu terus-menerus "disembelih" seperti generasi tahun 1948, tentu ada sesuatu yang tak kena dengan manusia-manusia itu.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Seburuk-buruk haiwan   Today at 7:33 pm

Back to top Go down
 
Seburuk-buruk haiwan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sisi Negatif Paulus - Pendusta
» Dampak Meditasi dan Bahayanya
» Kisah Buruk WNI Kristen saat di Israel
» ahmad dhani,mimpi buruk bekasi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: