HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log on automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 17 on Sun Aug 15, 2010 1:07 am
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next
AuthorMessage
Jebon
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts: 91
Points: 751
Reputation: 0
Join date: 2010-08-12

PostSubject: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Sat Sep 18, 2010 10:42 pm

Salam semua...

Sy akan bawa beberapa tafsiran mengenai ayat Q9:33, Q61:9, Q48:28 seperti berikut...

Terjemahan biasa: "Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan bimbingan, dan DEEN yang benar, supaya Dia meninggikannya diatas semua DEEN, walaupun dibenci orang-orang yang musyrik."

(1). Imam Syafie menafsirkan ayat ini, bahawa maksud agama (deen) yang ditinggikan diatas semua agama (deen) itu ialah apabila semua "sunnah" Nabi Muhammad didengari...

(2). Sedangkan ada beberapa pentafsir zaman dahulu pula berpendapat, bahawa maksud agama (deen) yang ditinggikan diatas semua agama (deen) itu ialah apabila Nabi Isa turun dari langit di akhir zaman menjelaskan ajaran Tuhan...

(3). Manakala pendapat dari sumber submission.org (Dr. Rashad Khalifa) pula bolehlah difahami bahawa maksud agama (deen) yang ditinggikan diatas semua agama (deen) itu ialah adanya para Rasul yg diutuskan (i.e selepas Nabi Muhammad) untuk menjelaskan isi kandungan al-Quran...

Komen: Tafsiran No.(1) boleh mensignifikan akan keperluan hadis2 dibukukan utk memahami al-Quran...

Manakala tafsiran No.(2) boleh mensignifikan pendapat bhw diakhir zaman Nabi Isa akan turun menjelaskan ajaran Tuhan atau ajaran Nabi Isa yg akan mendominasikan dunia...

Dan tafsiran No.(3) boleh difahami adanya "Rasul-rasul" selepas Nabi Muhammad yg datang utk menjelaskan al-Quran tanpa kesalahan...

Apa kata para forumers semua???...... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Sat Sep 18, 2010 11:15 pm

Salam,

Mari kita lihat kesinambungan kisah-kisah Rasul terdahulu yang direkodkan dalam Al Quran.

Tafsiran 1 - tiada sejarah berulang-ulang seseorang Rasul mengumpulkan riwayat-riwayat si polan untuk memahami wahyu Allah. Jadi tafsiran 1 itu tidak ada kesinambungannya dengan apa yang para Rasul terdahulu lakukan.

Tafsiran 2 - tiada sejarah mencerita seseorang Rasul Allah itu dibangkitkan kembali untuk menyambung tugas kerasulan sedangkan ketika dia hidup, dia telah sempurnakan tugasnya. Nabi Isa sudah lulus ujian yang diberikan Tuhan kepadanya. Jika dia perlu dihidupkan kembali untuk memikul tugas yang sama, alangkah tidak adilnya kerana rasul-rasul lain tidak dibangkitkan untuk diuji lagi sekali. Sama konsepnya, jika seorang pelajar sudah lulus SPM dengan cemerlang, tak logik pelajar itu disuruh ambil semula ujian SPM itu buat kali keduanya

Tafsiran 3 - ada kesinambungannya dengan kisah rasul-rasul terdahulu di mana selepas sesuatu zaman yang mana sesuatu kaum itu hidup dalam kegelapan, didatangkan seseorang Rasul untuk membacakan ayat-ayat Tuhan kepada mereka. Tujuannya supaya tidak manusia dalam sesuatu zaman buat alasan mereka tak faham Kitab Allah kerana tiada Rasul menjelaskan kepada mereka. Siapa rasul-rasul itu? Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Ingatlah, sunnah Allah itu tidak berubah-ubah. Jika sunnah Allah telah menetapkan selepas seseorang Nabi yang diberikan Kitab dan Kebijaksanaan, pasti akan ada rasul-rasul yang membenarkan Kitab Nabi tersebut, bermakna keadaan itu pasti akan sampai. Hanya Allah dan ahli-ahli peringatan sahaja mengetahuinya.
Back to top Go down
View user profile
Jebon
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts: 91
Points: 751
Reputation: 0
Join date: 2010-08-12

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Sun Sep 19, 2010 4:13 am

Juang wrote:
Tafsiran 2 - tiada sejarah mencerita seseorang Rasul Allah itu dibangkitkan kembali untuk menyambung tugas kerasulan sedangkan ketika dia hidup, dia telah sempurnakan tugasnya. Nabi Isa sudah lulus ujian yang diberikan Tuhan kepadanya. Jika dia perlu dihidupkan kembali untuk memikul tugas yang sama, alangkah tidak adilnya kerana rasul-rasul lain tidak dibangkitkan untuk diuji lagi sekali. Sama konsepnya, jika seorang pelajar sudah lulus SPM dengan cemerlang, tak logik pelajar itu disuruh ambil semula ujian SPM itu buat kali keduanya

Ada kemungkinan lagi juang... sy pernah baca buku Kassim Ahmad (HJKP) ada menyebut bukan Nabi Isa yg turun tetapi ajarannya yg sebenar yg akan berkembang... tak tahulah kalau sy tersilap faham kenyataan beliau dlm bukunya tuh...

Juang wrote:
Tafsiran 3 - ada kesinambungannya dengan kisah rasul-rasul terdahulu di mana selepas sesuatu zaman yang mana sesuatu kaum itu hidup dalam kegelapan, didatangkan seseorang Rasul untuk membacakan ayat-ayat Tuhan kepada mereka. Tujuannya supaya tidak manusia dalam sesuatu zaman buat alasan mereka tak faham Kitab Allah kerana tiada Rasul menjelaskan kepada mereka. Siapa rasul-rasul itu? Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Jika itu benar, berkemungkinan orang yg mengaku Rasul itu akan membawa tafsiran al-Quran mereka, bagaimana kalo tafsiran mereka berbeza dengan anda juang, tak caya??
Cuba lihat di blog ini http://www.saktisihite.com/2007/10/ketentuan-shalat-bagian-1.html ... seorang yg mengaku dirinya Rasul mempunyai tafsiran yg berbeza dengan anda dan tolokminda...

Salam Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts: 601
Points: 1332
Reputation: 1
Join date: 2010-07-22
Location: Selangor

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Sun Sep 19, 2010 4:53 am

Salam,

Sesiapa saja boleh mendakwa bahawa dirinya merupakan seorang rasul. Namun, sebelum mempercayai/ menerima pendapatnya, kita selidik dahulu sama ada kata-katanya itu bertentangan atau pun selari dengan al-quran.

Bukan sebab dia dah declare kerasulannya terus kita percaya membuta-tuli.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Sun Sep 19, 2010 7:41 am

Salam,

Jebon wrote:
Ada kemungkinan lagi juang... sy pernah baca buku Kassim Ahmad (HJKP) ada menyebut bukan Nabi Isa yg turun tetapi ajarannya yg sebenar yg akan berkembang... tak tahulah kalau sy tersilap faham kenyataan beliau dlm bukunya tuh...

Jika dimaksudkan begitu, memang ada rasionalnya. Kalau kita lihat dalam bidang sains pun, berapa banyak ilmu saintis terdahulu berkembang luas tanpa saintis terdahulu perlu dihidupkan kembali untuk menjelaskan teori mereka. Allah kurniakan generasi terkemudian mempunyai akal yang sama sifatnya dengan generasi terdahulu. Jadi setiap umat mampu mengembangkan sesuatu ilmu terdahulu tanpa memerlukan penyampai ilmu sebelumnya itu dihidupkan kembali.

Bila kita faham yang setiap diri kita mampu memahami Kitab-kitab Allah yang disampaikan terdahulu, tidaklah kita menjadi golongan yang suka tunggu disuap lagi pemalas nak mengkaji sendiri.

Beza utama orang Barat dengan orang-orang Melayu adalah kebanyakan mereka suka mengkaji sedangkan orang-orang Melayu suka menurut membuta-tuli.

Quote:
Jika itu benar, berkemungkinan orang yg mengaku Rasul itu akan membawa tafsiran al-Quran mereka, bagaimana kalo tafsiran mereka berbeza dengan anda juang, tak caya??
Cuba lihat di blog ini http://www.saktisihite.com/2007/10/ketentuan-shalat-bagian-1.html ... seorang yg mengaku dirinya Rasul mempunyai tafsiran yg berbeza dengan anda dan tolokminda...

Salam Very Happy

Jangan jadikan saya atau TM sebagai penentu benar atau tidak. Itu kerja menyekutukan Allah. Jadikanlah Al Quran dan hukum-hukum yang Allah tetapkan di semesta alam ini sebagai pembeza benar atau tidak. Itu asasnya.

Jika orang yang mengaku dirinya Rasul membawa sesuatu yang selari dengan Al Quran dan dapat dibuktikan benar menggunakan hukum-hukum Allah tetapkan pada alam semesta ini, maka benarlah orang itu. Cuba buktikan ada tak ayat-ayat yang diucapkan oleh seseorang Rasul terdahulu (yang ada dalam Al Quran) yang bercanggah dengan hukum-hukum Tuhan pada semesta alam ini? Jika tiada, itu menunjukkan sifat-sifat Rasul adalah mengatakan sesuatu yang selari dengan Ketetapan Tuhan.

Ini yang saya dan TM (serta orang-orang yang tidak mahu mempersekutukan Tuhan) cuba lakukan iaitu supaya pegangan kita selari dengan Ketetapan Tuhan, bukannya "ketetapan" yang diada-adakan atas nama si polan dan si polan.

Menggunakan ketetapan atas nama si polan dan si polan menyebabkan kita terkial-kial mencari kitab riwayat. Tetapi menggunakan Ketetapan Tuhan, kita mudah membuat perumpamaan berdasarkan konsep-konsep yang Tuhan tetapkan di semesta alam ini. Sebab itulah para Rasul terdahulu berhujah tanpa bersandarkan sedikit pun atas nama si polan dan si polan.
Back to top Go down
View user profile
Jebon
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts: 91
Points: 751
Reputation: 0
Join date: 2010-08-12

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Mon Sep 20, 2010 3:36 am

Salam

Sy merangkumkan posting admin dan juang, masalahnya masing2 dakwa ikut al-Quran, yang ebacaan kata tafsiran beliaulah yg Quranik, yg aidid safar kata tafsiran beliaulah yg Quranik, yg dlm blog (mengaku Rasul/ dah baca ker??) link yg sy berikan tuh pun kata tafsiran beliaulah yg Quranic... ini belum termasuk tafsiran anda & tolokminda lagi... mana satu yg betol entah??... Laughing
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts: 601
Points: 1332
Reputation: 1
Join date: 2010-07-22
Location: Selangor

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Mon Sep 20, 2010 9:34 am

Jebon wrote:
Salam

Sy merangkumkan posting admin dan juang, masalahnya masing2 dakwa ikut al-Quran, yang ebacaan kata tafsiran beliaulah yg Quranik, yg aidid safar kata tafsiran beliaulah yg Quranik, yg dlm blog (mengaku Rasul/ dah baca ker??) link yg sy berikan tuh pun kata tafsiran beliaulah yg Quranic... ini belum termasuk tafsiran anda & tolokminda lagi... mana satu yg betol entah??... Laughing


Salam,

Dengar semua pendapat dan ikut yang terbaik. (39:18).
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Tue Sep 21, 2010 8:27 am

Salam,

Benar Admin. Pendapat saya pun berdasarkan terjemahan Al Quran Indon + eBacaan dan pandangan rakan-rakan lain di dalam forum di samping konsep-konsep yang Tuhan tetapkan di sekeliling kita (seperti hukum-hukum alam).

Macam kita nak makan sesuatu makanan, kita kena gaulkan dan kunyahkan sampai lumat, barulah sedap/senang nak hadam. Macam itulah kalau nak hadam Al Quran (memahami Al Quran) kena gaulkan dengan pelbagai pendapat sehingga lumat barulah senang nak faham.

Point penting adalah jangan takut perbezaan pendapat dan berlapang dada mengikut yang terbaik. Kalau kita kaji psikologi orang-orang kafir terdahulu, mereka takut perbezaan pendapat apatah lagi yang berbeza dengan amalan ritual tradisi mereka. Pantang ada yang berbeza dengan kepercayaan mereka, terus mereka hukum sesat, pendusta, tukang sihir atau menyerang orang-orang yang berlainan kepercayaan itu. Takkan kita nak tiru perangai buruk itu kembali?
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts: 601
Points: 1332
Reputation: 1
Join date: 2010-07-22
Location: Selangor

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Tue Sep 21, 2010 5:54 pm

Salam Juang,

Perumpamaannya, jika kita hendak menyelesaikan sesuatu masalah. Kalau hanya seorang sahaja yang memberikan cadangan/ pendapat, maka itu sajalah jalan yang ada berbanding jika beberapa orang turut sama mengemukakan cadangan/ pendapat yang berbeza minda kita akan berkembang untuk mencari pendapat yang terbaik.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts: 1003
Points: 1697
Reputation: 1
Join date: 2010-07-24
Location: Malaysia

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Wed Sep 22, 2010 12:35 am

Salam....

da terang benderang dlm Al-quran mengenai topik ini.....

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( 33:40)


maksudnya tidak akan ada nabi dan rasul selepas nabi Muhammad......

kerana kita tau rasul jugak seorang nabi.....

dan dalam ayat tersebut dijelaskan Nabi Muhammad penutup segala nabi.....

sekian.........

dimaklumkan.....

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts: 601
Points: 1332
Reputation: 1
Join date: 2010-07-22
Location: Selangor

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Wed Sep 22, 2010 12:46 am

Salam,

Ayat 33:40 itu jelas mengatakan 'kesudahan/ penutup nabi-nabi' bukan penutup rasul-rasul.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts: 1003
Points: 1697
Reputation: 1
Join date: 2010-07-24
Location: Malaysia

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Wed Sep 22, 2010 12:48 am

Salam...

saudara admin...

pada pandangan admin...

ada kah rasul yang bukan nabi....
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts: 601
Points: 1332
Reputation: 1
Join date: 2010-07-22
Location: Selangor

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Wed Sep 22, 2010 12:53 am

gaara wrote:
Salam...

saudara admin...

pada pandangan admin...

ada kah rasul yang bukan nabi....


Salam,

Saya berpendapat memang ada rasul yang bukan nabi kerana mereka sentiasa memberi peringatan dari ayat-ayatNya kepada kaumnya sendiri.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts: 1003
Points: 1697
Reputation: 1
Join date: 2010-07-24
Location: Malaysia

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Wed Sep 22, 2010 1:09 am

Quote:
Saya berpendapat memang ada rasul yang bukan nabi kerana mereka sentiasa memberi peringatan dari ayat-ayatNya kepada kaumnya sendiri.



contoh rasul tersebut saudara admin siapa?

klau ada....
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts: 601
Points: 1332
Reputation: 1
Join date: 2010-07-22
Location: Selangor

PostSubject: Re: Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??   Wed Sep 22, 2010 1:13 am

gaara wrote:
Quote:
Saya berpendapat memang ada rasul yang bukan nabi kerana mereka sentiasa memberi peringatan dari ayat-ayatNya kepada kaumnya sendiri.



contoh rasul tersebut saudara admin siapa?

klau ada....


Salam,

Sesiapa saja yang memberi peringatan dan menyampaikan ayat-ayatNya. Soal siapa dia, kita serahkan kepada Allah.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
 

Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 7Goto page : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

 Similar topics

-
» Adakah lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad??
» 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
» Memahami Tugas Rasul
» Seni Mempertahankan diri KDM, adakah?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-