HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 
Share | 
 
 Budaya ilmu vs budaya Arab

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Budaya ilmu vs budaya Arab   Sun Sep 26, 2010 11:35 am

First topic message reminder :

Kalau kita renung kisah-kisah para Nabi yang ada dalam Al Quran, kita akan nampak gambaran sebenar tentang apa itu Islam. Islam yang sebenar membentuk masyarakat yang berbudaya ilmu. Tetapi "Islam" yang disogok secara tradisi selama ini lebih kepada budaya Arab, bukan lagi budaya ilmu.

Apabila Al Quran mengaitkan para Nabi dengan Kitab dan Kebijaksanaan, di situ sahaja kita sudah boleh nampak bahawa Al Quran sebenarnya mahu membentuk masyarakat yang berilmu tinggi. Kita disuruh mencontohi sifat para Nabi yang terdiri daripada orang yang bijaksana dan tidak menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi kaum sendiri. Mereka berfikiran kritis dan menyelidik dahulu sesuatu ajaran sebelum melaksanakannya.

Contoh budaya ilmu adalah membaca untuk memahami. Ia adalah sifat yang universal bagi manusia iaitu membaca sesuatu tulisan adlaah untuk memahaminya. Tetapi mengikut budaya Arab, mereka "membaca" Al Quran dengan cara melagu-lagukannya. Itu bukan cara ke arah membudayakan ilmu. Sebab itulah di sekolah dahulu, tidak pernah diajar kepada kita melagu-lagukan buku teks sekolah untuk memahaminya kerana tiada hukum Tuhan menetapkan kefahaman mudah diperolehi dengan cara melagu-lagukannya.

Jadi kita kena tahu membezakan apa itu budaya ilmu dan apa itu budaya Arab. Budaya ilmu itulah yang ditekankan dalam Al Quran sedangkan budaya Arab itulah yang ditekankan oleh riwayat si polan bin si polan.

Jadi, kalau kita nampak kepentingan ilmu dalam kehidupan dunia dan akhirat, maka budaya ilmu itulah pilihan kita. Budaya Arab itu hanyalah perhiasan duniawi bagi orang-orang Arab sama seperti budaya Inggeris, budaya Jepun, budaya Cina, budaya India, budaya Melayu dan budaya-budaya sesuatu bangsa yang lain.
Back to top Go down
View user profile

AuthorMessage
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Wed Sep 29, 2010 2:58 am

Quote :
Masih gagal nak kemukakan bukti.

tanya diri saudara tu nanti jumpa bukti... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Wed Sep 29, 2010 2:59 am

Juang wrote:
othman wrote:

apa hubungan bukulali dan kamu dalam haram dan pengembara2 .
Salam,

Buku lali binatang buruan itu sebagai tanda kematangan sama ada ia boleh diburu atau tidak. "kamu dalam haram" itu bermakna manusia dalam keadaan haram memburu binatang yang tidak matang lagi.

Pengembara pula adalah orang-orang yang dibenarkan memakan binatang buruan laut. Kalau nak makan buruan darat, ia tidak semudah makan buruan laut. Kena tengok tanda kematangannya dulu.

Itulah perkaitan-perkaitannya.

adakah pengembara juga di larang memburu di darat kerana ayat itu hanya merujuk kepada kamu dalam haram sahaja .
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Wed Sep 29, 2010 3:10 am

Juang wrote:
othman wrote:

apa hubungan bukulali dan kamu dalam haram dan pengembara2 .
Salam,

Buku lali binatang buruan itu sebagai tanda kematangan sama ada ia boleh diburu atau tidak. "kamu dalam haram" itu bermakna manusia dalam keadaan haram memburu binatang yang tidak matang lagi.

maknanya ada kamu dalam halal ... ada waktu tertentu sahaja haram .

Pengembara pula adalah orang-orang yang dibenarkan memakan binatang buruan laut. Kalau nak makan buruan darat, ia tidak semudah makan buruan laut. Kena tengok tanda kematangannya dulu.

jadi selain dari pengembara tak boleh makan binatang buruan laut ..

Itulah perkaitan-perkaitannya.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Wed Sep 29, 2010 3:40 am

othman wrote:

maknanya ada kamu dalam halal ... ada waktu tertentu sahaja haram .
Salam,

Ketika kita dalam keadaan berhadapan dengan binatang buruan darat yang telah matang, maka halal-lah ia. Ketika kita dalam keadaan berhadapan dengan binatang buruan darat yang tidak matang, maka haram-lah ia diburu.

Kalau semua pemburu membunuh sewenang-wenangnya binatang tak kira matang atau tidak, bila masa binatang itu boleh membiak untuk mengekalkan ekosistem?

Quote :

jadi selain dari pengembara tak boleh makan binatang buruan laut ..
Tidak pula ayat tersebut meletakkan perkataan "haram" kepada selain pengembara untuk makan makanan laut.
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Wed Sep 29, 2010 9:48 am

Juang wrote:
othman wrote:

maknanya ada kamu dalam halal ... ada waktu tertentu sahaja haram .
Salam,

Ketika kita dalam keadaan berhadapan dengan binatang buruan darat yang telah matang, maka halal-lah ia. Ketika kita dalam keadaan berhadapan dengan binatang buruan darat yang tidak matang, maka haram-lah ia diburu.

Kalau semua pemburu membunuh sewenang-wenangnya binatang tak kira matang atau tidak, bila masa binatang itu boleh membiak untuk mengekalkan ekosistem?

Quote :

jadi selain dari pengembara tak boleh makan binatang buruan laut ..
Tidak pula ayat tersebut meletakkan perkataan "haram" kepada selain pengembara untuk makan makanan laut.

bukankah binatang yg telah matang yg akan membiak .. yg belum matang tak pandai mengawan .
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Thu Sep 30, 2010 8:41 am

othman wrote:

bukankah binatang yg telah matang yg akan membiak .. yg belum matang tak pandai mengawan .
Salam,

Binatang yang matang akan melahirkan binatang yang belum matang itu. Seandainya binatang yang belum matang itu diburu sewenang-wenangnya, siapa pula akan mewarisi binatang yang telah matang bila ia sudah tua dan mati? Fikir jauh ke hadapan boleh nampak itu semua?

Samalah konsepnya jika semua manusia terkena penyakit homoseksual dan lesbian seperti kaum Luth, siapa pula akan jadi pewaris mereka bila mereka semua itu sudah mati?
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Thu Sep 30, 2010 10:22 am

Juang wrote:
othman wrote:

bukankah binatang yg telah matang yg akan membiak .. yg belum matang tak pandai mengawan .
Salam,

Binatang yang matang akan melahirkan binatang yang belum matang itu. Seandainya binatang yang belum matang itu diburu sewenang-wenangnya, siapa pula akan mewarisi binatang yang telah matang bila ia sudah tua dan mati? Fikir jauh ke hadapan boleh nampak itu semua?

Samalah konsepnya jika semua manusia terkena penyakit homoseksual dan lesbian seperti kaum Luth, siapa pula akan jadi pewaris mereka bila mereka semua itu sudah mati?

apa pulak hubungan dgn penyakit homo dan lesbian ...

Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Thu Sep 30, 2010 3:34 pm

Salam,

Sebenarnya Tuhan pesan supaya jangan buang masa dengan orang yang tidak percaya.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
nazzri
Siswa-siswi
Siswa-siswi

Posts : 25
Points : 2334
Reputation : 2
Join date : 2010-08-15

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Fri Oct 01, 2010 10:33 pm

tolokminda wrote:
Salam,

Sebenarnya Tuhan pesan supaya jangan buang masa dengan orang yang tidak percaya.

Salam TM,

Kadang-kadang sukar juga. Sebab mereka dari kenalan baik dan keluarga sendiri. Kita kenal mereka. Mereka berniat baik. Tapi itulah, kerana belum nampak dan faham.
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Sat Oct 02, 2010 12:53 am

nazzri wrote:
tolokminda wrote:
Salam,

Sebenarnya Tuhan pesan supaya jangan buang masa dengan orang yang tidak percaya.

Salam TM,

Kadang-kadang sukar juga. Sebab mereka dari kenalan baik dan keluarga sendiri. Kita kenal mereka. Mereka berniat baik. Tapi itulah, kerana belum nampak dan faham.

tak boleh jawab macam2 alasan la . nampak sangat si juang ni tak ada kote .
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Sat Oct 02, 2010 3:17 am

othman wrote:
nazzri wrote:
tolokminda wrote:
Salam,

Sebenarnya Tuhan pesan supaya jangan buang masa dengan orang yang tidak percaya.

Salam TM,

Kadang-kadang sukar juga. Sebab mereka dari kenalan baik dan keluarga sendiri. Kita kenal mereka. Mereka berniat baik. Tapi itulah, kerana belum nampak dan faham.

tak boleh jawab macam2 alasan la . nampak sangat si juang ni tak ada kote .

Salam,

--> 6:110 Dan Kami mengalih jantung-jantung dan pandangan mereka seolah-olah mereka tidak pernah mempercayainya dan Kami tinggalkan mereka berlegar di dalam keingkaran mereka.

--> 6:112 Dan dengan cara itu Kami membiarkan musuh-musuh setiap nabi - manusia dan jin - untuk memberi inspirasi kepada satu sama lain dengan perkataan-perkataan yang indah untuk menipudaya. Jika Pemeliharamu mahu, mereka tentu tidak dapat melakukannya. Kamu perlu mengabaikan mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

--> 6:137 Begitu pun, di mata kebanyakan orang-orang musyrik, sekutu-sekutu mereka menampakkan seperti elok mereka membunuh anak-anak mereka dalam memimpin mereka ke arah kebinasaan mereka sendiri dan menyebabkan kekeliruan dalam cara hidup mereka. Jika Pemeliharamu mahu, mereka tentu tidak dapat melakukannya. Kamu perlu mengabaikan mereka dan apa yang mereka palsukan.

Tuhan sendiri membiarkan mereka yang memilih untuk sesat dan Tuhan menasihatkan kita juga berbuat demikian.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Sat Oct 02, 2010 6:57 am

Maknanya mengabaikan pendusta-pendusta dan orang-orang yang tidak amanah itu adalah termasuk dalam nasihat Tuhan.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Sat Oct 02, 2010 7:23 am

30:8. Apa, tidakkah mereka memikirkan di dalam diri-diri mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi, dan apa yang di antaranya, melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang telah dinyatakan; namun begitu, kebanyakan manusia tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.

Berfikir adalah amalan utama dalam budaya ilmu. Semua manusia yang tidak terencat akal, mampu berfikir seperti mana semua manusia yang tidak cacat kakinya mampu berlari. Namun oleh kerana ada manusia tidak mahu berlari atau bersukan kerana malas, seperti itulah ada manusia tidak mahu berfikir atau menggunakan akal kerana malas juga.

Dalam budaya Arab yang dilabelkan Islam, biasa kita dengar mereka berkata, "dalam Islam tidak boleh berfikir, turut sahaja apa yang ditetapkan oleh imam-imam muktabar". Kalau tidak percaya, bawalah sesuatu pendapat yang berbeza dengan kepercayaan turun-temurun, pasti kata-kata seumpama itulah yang biasa kita dengar dari mulut-mulut "ustaz atau ustazah" tersebut.

Dalam budaya ilmu pula, tidak pernah manusia dilarang berfikir, melainkan sesuatu perkara itu telah ditetapkan oleh Allah. Contohnya Allah telah tetapkan bumi berbentuk sfera, dan saintis telah berjaya buktikan bahawa bumi berbentuk sfera, maka tak perlulah kita nak buang masa lagi memikirkan bentuk bumi setelah banyak bukti-bukti menunjukkan ia berbentuk sfera. Tetapi selagi sesuatu perkara itu belum terbukti benar, maka semua manusia bebas untuk menolak sebarang dakwaan yang lemah dan tidak mempunyai bukti kukuh.

Budaya ilmu tidak bercanggah dengan akal manusia. Seperti yang disebut dalam ayat 30:8, Allah menciptakan langit dan bumi dengan benar dalam sesuatu tempoh. Bila manusia meniru Allah untuk mencipta sesuatu produk, mereka juga kena berpegang pada kebenaran dan menciptanya dalam sesuatu tempoh masa. Betapa selarinya Al Quran dengan akal manusia.

Jadi jika Allah sudah beri lesen agar kita memikirkan itu semua, logikkah kita nak terikut-ikut dengan budaya Arab yang mengatakan "Islam tidak boleh difikir-fikirkan lagi dan turutilah sahaja imam-imam muktabar itu"?

Lemahnya umat Islam hari ini kerana jadikan budaya Arab sebagai cara hidup, bukannya budaya ilmu. Bangsa-bangsa yang dikatakan bukan Islam itu jadi kuat pula kerana mereka dilihat membudayakan ilmu. Itu sahaja puncanya kenapa nasib umat Islam hari ini seperti berada di atas kapal karam.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Sat Oct 02, 2010 8:22 am

Dalam kisah Adam dan iblis, Al Quran menunjukkan bagaimana Allah turut mengutamakan budaya ilmu. Ketika para malaikat mempersoalkan tindakan Allah mahu jadikan manusia sebagai khalifah kerana mereka lebih rajin bertasbih dan memuji Tuhan, Allah tunjukan sebab apa Adam layak jadi khalifah dengan menguji di antara kedua jenis makhluk itu dari segi keilmuan.

Daripada kisah tersebut, point-point penting yang boleh kita nampak adalah;

1) Allah tidak "makan" puji-pujian.

2) Allah menilai berdasarkan merit. Siapa yang berusaha lebih dalam bidang ilmu, merekalah yang layak terima balasan yang setimpal atas usahanya sendiri.

3) Iblis tidak membudaya ilmu sehingga keluar alasan "diciptakan api lebih baik daripada tanah".

Ada manusia suka mengada-adakan amalan ritual kononnya untuk "membodek" Tuhan kononnya dengan beritual begitu, mereka pasti masuk syurga. Tetapi semua amalan begitu tidak mempunyai nilai di sisi Tuhan jika setakat menjadikan jiwa yang angkuh dan sombong macam iblis. Sebab itulah segala tasbih dan puji-pujian yang iblis lakukan sebelum diuji dengan Adam, sia-sia belaka dan iblis menjadi penghuni neraka.

Sifat-sifat Adam yang berilmu tinggi itulah yang patut kita contohi, bukannya tiru perangai iblis yang memperlihatkan dirinya hebat tetapi tahap keilmuannya rendah.

Kalau kita renung secara halus, sifat-sifat Adam banyak wujud pada saintis (berilmu tinggi) sedangkan sifat-sifat iblis banyak wujud pada ritualis (berilmu rendah tetapi perasan diri mereka lebih baik daripada saintis). Cuba buat perbandingan kisah Adam dan iblis itu, pasti kita akan nampak sesuatu.
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Sat Oct 02, 2010 12:41 pm

kau cari lah dalam buku sains .. mana ada bukulali tu terpakai utk binatang . macam jugak siku , mana ada binatang ada siku .

Back to top Go down
View user profile
lia
Siswazah
Siswazah

Posts : 120
Points : 2428
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Sat Oct 02, 2010 3:29 pm

Salam En. Othman,
Ilmu sains adalah sebahagian dari ilmu. Sedangkan kita ada ilmu matematik, ilmu perniagaan dan muamalat, ilmu pengurusan dan masyarakat, ilmu agama dan akhirat. Ilmu sains sama saja tarafnya dengan ilmu dunia yang lain iaitu untuk kemudahan kehidupan manusia di dunia sahaja. Sama seperti ilmu pentadbiran dan politik untuk kemudahan manusia mentadbir dan menguruskan sumber demi kebajikan umat sejagat. Semua ilmu-ilmu yang bermanfaat adalah menjadi fardu kifayah bagi umat Islam dan temasuk dalam ajaran Islam. Sebab itu Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Sebab itu orang yang tidak mahu menuntut ilmu akan mundur. Sebagai orang Islam ilmu yang paling utama ialah ilmu fardu ain yang mana setiap diri yang mengaku Islam wajib belajar ilmu ini. Tidak hairanlah mengapa orang yang engkar untuk belajar ini akan engkar semua perintah Allah dan mundur lah hidupnya. Lihatlah pada diri dan kehidupan kita sendiri adakah kita paling maju dalam hidup kita? Adakah kita mengecap kebahagian dalam rumahtangga kita? Bagaimana keadaan tempat tinggal dan kenderaan kita? bagaimana pelajaran anak-anak kita? Semua itu berada dalam tahap yang majukah? lihat pula amal soleh kita? Atau hakikatnya ramai orang yang soleh yang lebih maju hidupnya dari kita? Kalau kita selesa hidup sederhana pastikan amalan soleh kita lebih banyak. Jangan kita berangan-angan dan bercakap kosong kerana orang boleh lihat pada realiti hidup. Sebab itu Nabi mengajar dengan amalan yang boleh dilihat oleh umatnya. Begitu juga ulama mengajar ilmu dan nampak ilmu itu diamalkan. Baru orang boleh ikut.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Sat Oct 02, 2010 8:37 pm

Salam,

Dalam budaya ilmu, bahasa apa pun tidak menjadi persoalan asalkan maklumat yang terkandung dalam sesuatu bahasa itu dapat disampaikan dengan jelas dan mudah difahami. Tetapi bagi orang yang memandang pada budaya sesuatu bangsa, maka bahasa bangsa itulah yang dilihatnya biarpun tak faham apa yang mereka ucapkan.
Back to top Go down
View user profile
lia
Siswazah
Siswazah

Posts : 120
Points : 2428
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Tue Oct 05, 2010 2:50 pm

soalnya kalau buku ilmu tu bahasa asing yang pembaca itu tak faham, dia tidak akan dapat ilmunya. Budaya adalah amalan kebiasaan sesuatu kaum sementara agama ialah cara hidup yang digariskan sebagai panduan hidup orang beriman. Sebagai contoh pakaian berbeza mengikut budaya tetapi yang wajib bagi orang beriman ialah menutup aurat. Kalau pakaian budaya sesuatu kaum tidak mengikut aurat yang ditetapkan wajiblah kita meninggalkannya. Contohnya pakaian cheongsam atau baju kebaya maka hendaklah ditinggalkan atau diadaptasi mengikut Islam. Bukan ikut budaya Arab. Pakaian asal orang Arab pun asalnya mengikut pakaian jahiliyah. Fikiran tu jangan ada perasaan busuk hati terhadap Islam.
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor

Posts : 601
Points : 2999
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Tue Oct 05, 2010 7:38 pm

lia wrote:
soalnya kalau buku ilmu tu bahasa asing yang pembaca itu tak faham, dia tidak akan dapat ilmunya.

Salam,

Begitulah, jika al-quran itu hanya sekadar dialun-alunkan mengikut bahasa yang tidak difahami oleh pembaca itu, sudah tentu dia tidak akan dapat memahaminya.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Tue Oct 05, 2010 10:43 pm

Salam,

Itulah bezanya budaya ilmu dan budaya Arab. Budaya ilmu memerlukan kita membaca dalam keadaan kita memahami, barulah dapat hasilnya (pengetahuan dan pemahaman). Tetapi budaya Arab, baca tak faham pun tak apa asalkan tajwid dan sebutannya betul. Dapat pahala pula macam itu.

Budaya ilmu tidak memerlukan janji-janji kosong dan mengarut. Perbuatan kena realisitik dan logik. Tetapi dalam budaya Arab, mereka tabur janji-janji kosong bila buat perbuatan-perbuatan tak masuk akal. Sudah tiada bezanya dengan kepercayaan orang-orang musyrik terdahulu yang menawarkan bermacam-macam janji agar kepercayaan tak masuk akal mereka dipercayai membuta-tuli.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content

PostSubject: Re: Budaya ilmu vs budaya Arab   Today at 7:31 pm

Back to top Go down
 
Budaya ilmu vs budaya Arab
View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2
 Similar topics
-
» benarkah jilbab hanya budaya wanita arab?
» Iraq buys 400 cars armored coming Arab summit

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: