HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log on automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 17 on Sun Aug 15, 2010 1:07 am
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Allah Yang Mencipta

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Allah Yang Mencipta   Fri Oct 01, 2010 10:32 pm

96:1 Bacalah dengan nama Pemeliharamu yang Menciptakan,

Tanda-tanda Kekuasaan Tuhan yang paling utama adalah kemampuan Dia mencipta bermacam-macam jenis makhluk. Wujudnya langit dan bumi serta yang terkandung di dalamnya adalah hasil Keupayaan Tuhan menciptakan. Tidak hairanlah dalam Al Quran banyak menyebut tentang Allah menciptakan bermacam-macam makhluk. Perkataan "mencipta" banyak disebut di dalam Al Quran.

Dengan merenung segala macam jenis ciptaan oleh Tuhan, ia dapat menanam rasa kerdil dan rendah diri kita kepadaNya. Lihatlah bagaimana Allah ciptakan langit dan bumi secara benar di mana kewujudan makhluk-makhluk ini tidak mungkin dapat dinafikan.

16:3. Dia mencipta langit dan bumi dengan benar; tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan.


Oleh kerana Tuhan mampu mencipta makhluk seluas semesta alam ini secara benar (boleh dikaji dan masuk akal), takkanlah Tuhan menurunkan ajaran yang karut-marut dan tak masuk akal kepada manusia? Sudah pasti itu bukannya datang daripada Tuhan, tetapi diada-adakan seperti mana orang-orang Nasrani mengada-adakan kepercayaan karut mereka melalui gospel-gospel atas nama si polan dan si polan.

30:54. Allah ialah Dia yang mencipta kamu daripada keadaan lemah, kemudian Dia membuatkan setelah keadaan lemah, kekuatan, kemudian setelah kekuatan, Dia membuatkan berkeadaan lemah dan beruban; Dia mencipta apa yang Dia mengkehendaki, dan Dia Yang Mengetahui, Yang Berkuasa.

Lihat pula pada bukti yang paling hampir dengan manusia iaitu proses kejadian manusia di muka bumi bermula dalam keadaan lemah (bayi), menjadi kuat (dewasa) dan kembali kepada lemah (tua). Adakah proses itu suatu yang sukar difikirkan dan tidak masuk akal?

Pernahkah Allah ciptakan manusia, pada hari ini manusia itu seperti bayi, esoknya bertukar menjadi seorang tua, kemudian minggu depan jadi dewasa, bulan depan bertukar jadi bayi balik? Tidak, Allah tidak mencipta secara tak masuk akal. Apa yang Allah tetapkan, semuanya mudah difikirkan.

Daripada sekecil-kecil makhluk sehinggalah sebesar-besar makhluk, semuanya Allah ciptakan secara benar yang mana manusia boleh mengkaji dan melihat betapa Bijaksananya Allah melakukan semua itu. Namun kenapa masih ada manusia menurut membuta-tuli ajaran karut-marut yang tidak ada sokongan hukum-hukum yang ada di langit dan bumi itu? Bagaimana mereka boleh sampai ke tahap menyekutukan Tuhan? Apakah mereka tidak melihat penciptaan-penciptaan itu semua termasuk penciptaan diri mereka sendiri?

16:17. Adakah Yang mencipta sama dengan yang tidak mencipta? Tidakkah kamu mengambil peringatan?

Jadi apakah Tuhan yang Mencipta itu sama dengan si polan dan si polan yang tidak mencipta itu? Kenapa ayat-ayat Pencipta ditolak semata-mata taksub kepada gospel-gospel si polan dan si polan tersebut?
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Sun Oct 03, 2010 5:45 am

36:81. Tidakkah Dia yang mencipta langit dan bumi berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Ia, Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui.

Umat terdahulu hanya nampak sistem semesta ini ada bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang. Bumi adalah planet yang mengeliling matahari. Bulan adalah satelit yang mengelilingi planet.

Saintis hari ini telah menemui beberapa planet-planet lain yang seiras sifatnya dengan bumi yang boleh dijadikan tempat kehidupan manusia yang mengelilingi bintang-bintang di langit.

Bayangkan lebih 1500 tahun yang lalu Al Quran sudah beri petunjuk tentang Allah berkuasa menciptakan sistem solar serupa yang manusia duduki, baru hari ini manusia dapat menemuinya.

Di sini kita nampak, walaupun Al Quran tidak sebutkan secara terperinci tentang kewujudan planet-planet tersebut, tetapi Al Quran memberitahu konsepnya yang masuk akal. Bermakna walaupun perihal planet-planet itu tidak disebut dalam Al Quran, tetapi Allah dahulukan dengan menyebut tentang kemungkinan kewujudan planet-planet itu.

Berbeza dengan azab kubur, tidak diceritakan konsepnya pun di dalam Al Quran. Ia hanya diada-adakan dalam kitab riwayat.

Jika Allah boleh perbanyakan manusia setelah menciptakan manusia pertama, takkanlah menjadi satu yang susah untuk Allah mencipta planet-planet yang serupa dengan bumi di serata alam ini?

Dengan memahami bagaimana Allah mencipta sesuatu dengan benar, mudahlah kita membezakan sesuatu ajaran yang datang daripada Allah dan ajaran yang diada-adakan atas nama si polan seperti orang-orang Nasrani terdahulu lakukan.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Sun Oct 03, 2010 6:26 am

41:9. Katakanlah, "Apa, adakah kamu tidak percaya kepada-Nya yang mencipta bumi dalam dua hari, dan adakah kamu mengadakan rakan-rakan bagi-Nya? Itulah Pemelihara semua alam.

Ayat ini menunjukkan kelogikan Allah mencipta sesuatu pun memerlukan tempoh masa. Walaupun Allah katakan "jadilah", pasti ia terjadi, tetapi untuk menjadikan sesuatu perkara, Allah melakukannya dalam tempoh waktu tertentu. Ini memang fitrah penciptaan. Ia memerlukan masa ia dimulakan dan masa ia disiapkan.

Tetapi apakah si polan dan si polan yang dijadikan sekutu Tuhan itu mampu mencipta bumi dalam masa dua hari? Jadi kenapa riwayat yang disandarkan atas nama mereka dituruti membuta-tuli sedangkan mereka tidak mampu mencipta apa-apa pun?

57:4. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya. Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

Ayat di atas juga suatu yang logik. Jika penciptaan bumi yang kecil ini memerlukan dua hari, maka penciptaan langit dan bumi yang sudah tentu sistemnya lebih kompleks, maka Allah memerlukan enam hari.

Malah dalam bidang penciptaan sistem komputer (contohnya), jika program yang pendek dan tidak kompleks mengambil masa satu hari, sudah tentu untuk mencipta program yang lebih sukar dan kompleks memerlukan masa yang lebih lama. Tak logik program yang sukar mengambil masa yang kurang daripada program yang mudah untuk diciptakan.

Nampaknya bagaimana Al Quran menceritakan tentang Allah? Biarpun Allah itu Tuhan, tetapi Al Quran menceritakan tentang Allah dengan mengaitkanNya pada sesuatu yang masuk akal dan logik. Tetapi bagaimana ada manusia meriwayatkan pasal seseorang Nabi (yang hanya manusia biasa) dengan mengaitkan nabi pada perkara-perkara tak masuk akal? Bukankah jauh perbezaan Al Quran dengan kitab riwayat itu? Tetapi mereka masih buta lagi untuk menilai perbezaan tersebut.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Sun Oct 03, 2010 7:01 am

56:57. Kami mencipta kamu; maka mengapakah kamu tidak mengesahkan?

Allah yang mencipta kita. Kalau kita rasa terhutang budi diciptakan oleh Allah, sepatutnya ayat-ayat Allah itulah kita mengesahkan. Yang pergi sahkan ayat-ayat si polan dan si polan membuta-tuli itu kenapa? Apakah mereka itu yang mencipta kita?

Sebab itulah Rasulullah sahkan Taurat dan Injil, bukannya gospel-gospel atas nama si polan tersebut. Jadi, jika kita nak contohi Rasulullah, sahkanlah Al Quran, bukannya riwayat-riwayat si polan bin si polan itu.

55:1. Yang Pemurah,
55:2. Mengajar al-Qur'an.
55:3. Dia mencipta manusia,

Dan yang menciptakan manusia itulah Tuhan yang mengajar kepada Nabi pengetahuan Al Quran. Jadi yang taksub membuta-tuli kepada manusia yang mengajar kitab riwayat itu buat apa? Kalau kita rasa terhutang budi pada Allah yang mencipta, sepatutnya kita mahu belajar Al Quran dengan Allah, bukannya pergi belajar kitab riwayat si polan itu. Dasar tak tahu mengenang budi langsung.

53:45. Dan bahawa Dia Sendiri yang mencipta dua jenis, lelaki dan perempuan,

Selain Dia sendiri menciptakan kita, Dia jugalah yang menciptakan manusia ada dua jenis iaitu lelaki dan perempuan yang setiap mereka ada fungsi-fungsi yang tersendiri. Jadi yang pergi taksub pada riwayat si polan dan si polan untuk mengada-adakan apa yang Pencipta kita tidak pernah tetapkan buat apa? Dasar tak tahu mengenang budi Tuhan langsung.

51:56. Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-ku.

Tidaklah jin dan manusia diciptakan melainkan untuk berbakti kepada Tuhan, bukannya kepada mana-mana si polan. Takkanlah nak berbakti kepada Tuhan tanpa apa-apa perantaraan pun tak tahu? Bukankah Allah sudah berikan akal untuk berfikir?
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts: 551
Points: 1214
Reputation: 0
Join date: 2010-07-26

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Sun Oct 03, 2010 12:42 pm

Quote:
57:4. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya. Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah melihat apa yang kamu buat.


hari bersandar kepada siang dan malam dan bersandar pula kepada langit dan bumi . bagaimana pulak enam hari yg di kira untuk mencipta sekiranya langit dan bumi belum ada .
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Sun Oct 03, 2010 1:49 pm

othman wrote:

hari bersandar kepada siang dan malam dan bersandar pula kepada langit dan bumi . bagaimana pulak enam hari yg di kira untuk mencipta sekiranya langit dan bumi belum ada .

Salam,

Ikut perspektif manusia yang hidup atas muka bumi, tempoh satu hari dikira daripada proses peredaran malam kepada siang dan sampai kembali ke malam (satu kitaran lengkap siang-malam). Maka di sisi Allah sudah tentu mengukur hari menggunakan proses yang membentuk satu kitaran lengkap juga. Cuma buat masa ini manusia tidak tahu kitaran manakah yang dirujuk oleh Allah dalam ayat Al Quran tersebut.

Andaikata manusia dapat mengkaji dengan lebih luas alam semesta ini, akan nampaklah maksud 2 hari/6 hari yang digunakan dalam Al Quran seperti mana 7 lapisan langit yang ada dalam Al Quran diterima pakai dalam sains juga setelah manusia mula mengkaji alam semesta ini.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Mon Oct 04, 2010 9:14 pm

54:49. Sesungguhnya Kami mencipta segala sesuatu menurut ukuran.

Apabila Allah mencipta segala sesuatu, ada ukuran-ukuran yang Dia turuti. Maknanya Allah tidak melakukan sesuatu secara sebarangan dan tidak teliti. Daripada petunjuk tersebut, sesuatu yang datang daripada Allah, pasti boleh difikirkan kerana wujudnya ukuran-ukuran tertentu. Tetapi yang datang daripada si polan dan si polan, tidak ada apa-apa bukti melainkan atas dasar kepercayaan membuta-tuli seperti mana orang-orang Nasrani membuta-tuli terima konsep tiga dalam satu. Mana ada hukum ukuran membenarkan 3 = 1?

Tetapi perangai menurut membuta-tuli gospel-gospel si polan itulah yang diikuti oleh kebanyakan orang-orang beragama Islam hari ini.

50:16. Sesungguhnya Kami mencipta manusia; dan Kami mengetahui apa yang jiwanya membisikkan kepadanya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher.

Pada pembuluh-pembuluh leher (urat saraf), terdapat isyarat-isyarat yang membawa sesuatu maklumat. Maklumat-maklumat yang mengalir dalam jaringan saraf itu boleh diketahui oleh Allah kerana Allah-lah yang mencipta sistem tersebut, seperti mana maklumat-maklumat yang mengalir dalam jaringan sistem komputer (seperti internet) boleh diketahui oleh manusia kerana manusia yang mencipta sistem tersebut (setelah rajin berfikir).

Jika Allah mencipta sistem saraf manusia ada ukurannya, dan saintis mencipta sistem jaringan komputer ada ukurannya, takkanlah kita nak taksub pada si polan dan si polan yang tidak membawa apa-apa ukuran melainkan suruh beritual membuta-tuli itu? Jangan jadi bodoh macam kaum Nabi Ibrahim yang membuta-tuli beritual tanpa memikirkan apa yang mereka turuti daripada nenek-moyang mereka?

49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

Selain Allah menciptakan manusia ada jenis lelaki dan perempuan, Dia juga menciptakan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling kenal mengenali, bukannya untuk bergaduh merasakan kaum mereka sahaja benar dan dikasihi Allah dan kaum lain semuanya kafir. Gara-gara taksub kepada si polan dan si polan itulah ada kaum-kaum yang jadi ekstrim merasakan diri mereka lebih mulia daripada yang lain, walhal Allah melihat kemuliaan manusia pada ketaqwaannya bukan pada keturunannya.

Ayat Al Quran semudah itu pun mereka tak faham-faham lagi.
Back to top Go down
View user profile
lia
Siswazah
Siswazah


Posts: 120
Points: 761
Reputation: 0
Join date: 2010-08-17

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Tue Oct 05, 2010 1:25 pm

Salam En Othman,
Mereka yang tak faham dan tak mahu belajar Islam akhirnya keluar dari Islam dan mengikut nafsu sendiri. Orang Islam mempunyai fahaman yang satu dan sangat jelas tentang apa yang mereka tidak fahami. Selagi mereka bercakap semakin sesat dari Islam. Kalau kita berfikir kearah kiri sudah tentulah ke kiri perginya walaupun mentafsir ayat yang sama. Itukan telah disebut dalam al Quran. Mereka yang menolak Islam tidak akan faham makna al Quran. Itulah yang paling logik.
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts: 601
Points: 1332
Reputation: 1
Join date: 2010-07-22
Location: Selangor

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Tue Oct 05, 2010 6:41 pm

lia wrote:
Salam En Othman,
Mereka yang tak faham dan tak mahu belajar Islam akhirnya keluar dari Islam dan mengikut nafsu sendiri. Orang Islam mempunyai fahaman yang satu dan sangat jelas tentang apa yang mereka tidak fahami. Selagi mereka bercakap semakin sesat dari Islam. Kalau kita berfikir kearah kiri sudah tentulah ke kiri perginya walaupun mentafsir ayat yang sama. Itukan telah disebut dalam al Quran. Mereka yang menolak Islam tidak akan faham makna al Quran. Itulah yang paling logik.


Salam,

Rasanya, forumer di sini tidak ada yang menolak islam. Cuma, yang tidak manisnya, bila mempergunakan nama islam untuk mempromosikan amalan-amalan ritual yang tidak terkandung dalam al-quran.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Thu Oct 14, 2010 10:37 pm

Salam,

Yang menyebabkan ramai manusia melampaui batas kerana mereka tidak sedar diri yang mereka diciptakan. Akibat disogok dengan sesuatu kepercayaan tradisi yang mereka rasa merekalah puak yang benar dan puak-puak lain semuanya salah, mereka menjadi golongan yang lupa diri bahawa mereka hanyalah hasil ciptaan Tuhan (makhluk).

Ada yang berlagak seperti tuhan untuk menetapkan hukum-hukum yang Tuhan pun tak pernah tetapkan sedemikian. Ada pula yang menjadikan orang-orang yang berlagak seperti tuhan itu sebagai perantaraan mereka dengan Tuhan sehingga segala hukum-hukum yang ditokok-tambah itu dipercayai dan dituruti membuta-tuli.

Tetapi apabila kita sedar diri yang kita ini adalah produk ciptaan Tuhan, pasti kita tidak berani nak berdusta dan mengada-adakan apa yang Dia tidak pernah tetapkan. Pasti kita takut nak membawa cerita kononnya Nabi naik ke langit jumpa Tuhan. Pasti kita takut hendak mengatakan adanya azab kubur sedangkan kita sendiri tiada bukti ayat-ayat Tuhan.
Back to top Go down
View user profile
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts: 52
Points: 678
Reputation: 0
Join date: 2010-08-31

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Fri Oct 15, 2010 8:13 pm

Salam juang

Teruskan , kerana saya suka sekali dengan tajuk ini.
Mungkin lebih mulia jika kita menceritakan , mengali mencari rahsia ciptaan Allah dan lupakan yang lain lain.

Tentang Hari atau masa iru , sefaham saya hanya ada satu Hari sahaja. ini kerana yang kita nampak berbilang bagi hari adalah kerana di tutup oleh malam .

bagaimana dengan fikiran juang./ semua
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Sat Oct 16, 2010 10:46 pm

Salam,

Manusia menggunakan kitaran siang dan malam untuk mengukur bilangan hari. Kemudian menggunakan perjalanan bumi mengelilingi matahari untuk mengukur bilangan tahun. Pengukuran masa adalah penting untuk kita membuat perancangan di masa hadapan. Bila ada pengukuran masa, barulah kita tahu menghargai masa seperti yang dianjurkan dalam surah Al Ashr.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Sun Oct 17, 2010 1:00 pm

46:3. Kami tidak mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang dinyatakan; tetapi orang-orang yang tidak percaya berpaling daripada amaran yang mereka diberi.

Banyak kali dalam Al Quran mengulang-ulang bahawa Dia mencipta langit dan bumi dengan benar, bukannya secara dusta. Oleh kerana Allah membina struktur langit dan bumi secara benar, manusia boleh mengkaji dan menyelidiki sehingga faham bermacam-macam hukum sains yang tidak terfikir sebelum ini. Dan dengan mengetahui pelbagai hukum-hukum tersebut, manusia boleh berevolusi untuk mengubah tamadun mereka pada satu keadaan yang belum pernah dilalui oleh nenek moyang terdahulu.

Berbeza dengan monyet atau beruk, mereka tidak mampu mengubah nasib mereka. Jika beruk di zaman Rasulullah hidup keadaan seperti itu, beruk di zaman kita hari ini pun sama sahaja keadaannya (jadi kalau orang Melayu tak tahu mengubah nasibnya sehingga masih ketinggalan seperti zaman sebelum merdeka, apa bezanya orang Melayu dengan beruk?).

Tetapi tidak bagi manusia, kerana kurniaan akal itu, kehidupan manusia boleh berubah kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya daripada hasil penyelidikan orang-orang yang rajin berfikir, kita dapat lihat satu makhluk baru bernama komputer atau telefon bimbit yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia 20 tahun yang lalu.

Nampak tak proses penciptaan yang manusia lakukan sama seperti yang Allah lakukan iaitu perlukan kebenaran dan tempoh waktu tertentu? Bezanya ukuran masa yang Tuhan guna dengan yang manusia guna berbeza.

46:33. Apa, tidakkah mereka melihat bahawa Allah yang mencipta langit dan bumi, dan tidak berasa letih menciptanya, berkuasa untuk menghidupkan yang mati? Ia, sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Setelah kita sedar bahawa Allah Mencipta langit dan bumi secara benar dengan tempoh tertentu tanpa keletihan, dan berupaya menghidupkan apa yang telah mati seperti mana Dia mampu mencipta sesuatu makhluk daripada tiada kepada ada, maka kepada siapa kita patut taati? Pada Allah-kah atau pada si polan dan si polan?

Ketetapan siapa yang layak kita patuhi? Ketetapan yang direstui Allah atau ketetapan yang diada-adakan atas nama si polan dan si polan seperti mana iblis mengadakan ketetapan bahawa diciptakan daripada api lebih baik daripada tanah?

Kita boleh nampak ketetapan daripada Tuhan berbeza sifatnya dengan ketetapan yang diada-adakan oleh makhluk-makhluk yang tak sedar diri lagi suka berbangga diri.

Bagaimana mereka boleh dipalingkan sedangkan mereka hidup menumpang bumi ciptaan Tuhan, bukannya bumi ciptaan si polan?
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts: 551
Points: 1214
Reputation: 0
Join date: 2010-07-26

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Sun Oct 17, 2010 1:07 pm

menyalahkan orang memang senang .. dah tak paham apa yg saudara nak sampaikan . para ulamak pun tak ada pernah melarang manusia mencipta atau belajar sehingga kemana pun . tak ada kaitan langsung . umpamanya ramai jugak yg makan daging babi tapi tak jugak pandai mencipta .
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts: 1397
Points: 2144
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 35

PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Sun Oct 17, 2010 1:26 pm

45:22. Allah mencipta langit dan bumi dengan benar, dan supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa yang ia mengusahakan, dan mereka tidak akan dizalimi.

Allah mencipta langit dan bumi agar setiap jiwa berusaha. Sesiapa yang rajin berusaha, dapatlah balasan sesuai dengan kerajinannya. Sesiapa yang malas berusaha, dapatlah balasan sesuai dengan kemalasannya. Sesiapa yang berusaha pada jalan yang baik, dapatlah balasan yang baik. Sesiapa berusaha pada jalan yang jahat, dapatlah balasan yang jahat juga. Sesiapa yang berusaha pada arah yang benar, dapatlah balasan yang benar (realistik). Sesiapa yang berusaha pada arah yang dusta, dapatlah balasan yang dusta (khayalan). Semua dibalas secara adil dan saksama.

Allah tak pandang pun label Yahudi, Nasrani atau apa-apa agama pun. Hanya penganut-penganut itu yang perasan puak mereka lebih baik daripada puak-puak yang lain seperti mana iblis perasan puaknya yang diciptakan oleh api lagi baik daripada tanah.

44:38. Kami tidak mencipta langit dan bumi dan semua yang di antara keduanya dengan bermain-main,


Cuba kita renungkan bagaimana planet-planet boleh patuh kepada ketetapan yang direstui Allah iaitu agar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. Sudah berapa juta tahun Allah cipta planet-planet itu, tiada satu pun yang sengaja nak berlanggar di antara satu sama lain. Mereka tidak berdengki pun untuk berebut-rebut siapa yang lebih dengan dengan matahari.

Tetapi cuba lihat perangai manusia. Mereka hidup berlanggar (berperang) di antara satu sama lain kerana nak berbangga diri dengan ketaksuban pada puak masing-masing akibat ajaran pembesar-pembesar mereka yang menghasut ke arah permusuhan akibat berlainan kepercayaan. Ada yang berebut kuasa atas kepercayaan puak merekalah yang layak masuk syurga daripada puak lain. Nampak tak kebodohan manusia itu? Patuhlah di akhirat kelak, spesis manusia tak sedar diri itu yang disumbat ke dalam neraka.

Oleh kerana Allah mencipta itu semua secara benar dan bukannya bermain-main, sebab itulah sesuatu yang ditetapkan oleh Allah bersifat kukuh dan teguh. Tetapi yang diada-adakan atas nama si polan dan si polan, ia tidak kukuh malah mudah dipatahkan dengan ayat-ayatNya.
Back to top Go down
View user profile
 

Allah Yang Mencipta

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 7Goto page : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

 Similar topics

-
» Kepiting yang dengki
» Si Pitung yang Digeruni Belanda
» Gaya Hidup yang Tak Sihat
» cerpen pendek islam yang menarik !
» teka teki yang perlu diberi penampaq

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-