E-Minda
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm
Top posters
Juang
Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_lcapApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Voting_barApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_rcap 
gaara
Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_lcapApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Voting_barApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_rcap 
tolokminda
Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_lcapApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Voting_barApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_rcap 
Admin
Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_lcapApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Voting_barApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_rcap 
othman
Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_lcapApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Voting_barApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_rcap 
faried
Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_lcapApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Voting_barApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_rcap 
iltizam
Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_lcapApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Voting_barApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_rcap 
masterpiece7070
Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_lcapApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Voting_barApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_rcap 
lia
Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_lcapApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Voting_barApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_rcap 
Payau Putih
Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_lcapApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Voting_barApa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Vote_rcap 

 Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"

Go down 
+4
Muhammad
Juang
lia
Admin
8 posters
AuthorMessage
Admin
Canselor
Canselor
Admin

Posts : 601
Points : 5665
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyFri Aug 27, 2010 3:48 pm

3:19. Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.

3:85. Sesiapa mencari agama selain daripada Islam, ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirat dia adalah antara orang-orang yang rugi.

Salam,

Bagi saya jika islam itu berkaitan dengan 'agama' ia lebih kepada amalan ritual manakala 'cara hidup' itu adalah garis panduan spt yg terdapat dalam kitab2Nya.
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
lia
Siswazah
Siswazah
lia

Posts : 120
Points : 5094
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyFri Aug 27, 2010 5:04 pm

Tidak ada bezanya bagi orang Islam. Agama bagi orang Islam tidak sama seperti tafsiran agama bagi orang bukan Islam. Orang bukan Islam boleh memisahkan agama dari urusan hidup yang lain. Orang Islam tidak boleh memisahkan urusan hidupnya dari agama, kerana setiap detik dan setiap urusannya tertakluk kepada hukum Allah. Bagi orang Islam hidup dan matinya adalah agama.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptySat Aug 28, 2010 10:55 am

Admin wrote:

Salam,

Bagi saya jika islam itu berkaitan dengan 'agama' ia lebih kepada amalan ritual manakala 'cara hidup' itu adalah garis panduan spt yg terdapat dalam kitab2Nya.
Salam,

Memang logik Admin. Kalau kita lihat di sekeliling kita, yang suka berpuak-puak itu adalah orang yang amalan ritual bermacam jenis itu. Yang mengadap matahari kata yang mengadap bulan tak betul. Yang mengadap bulan mengatakan mereka sahaja betul, yang lain tak betul. Yang mengadap binaan daripada "tangan" Allah kata yang mengadap binaan daripada tangan manusia tak betul, dan begitulah sebaliknya.

Tetapi Islam tidak ajar hidup angkuh sebegitu kerana itu hanyalah sifat-sifat yang ada pada iblis. Islam mengajar sifat-sifat mulia, bukannya berperangai angkuh sebegitu. Jadi biarkan para ritualist itu terjun dengan keangkuhan-keangkuhan mereka.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyMon Aug 30, 2010 11:31 pm

Salam

3:85. Sesiapa mencari agama selain daripada Islam, ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirat dia adalah antara orang-orang yang rugi.

91:7. Demi jiwa dan Yang membentukkannya,
91:8. Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan!
91:9. Beruntunglah orang yang menyucikannya,
91:10. Dan kecewalah orang yang mengotorinya.

Jiwa adalah suatu yang kekal. Alam akhirat yang terhampir dengan manusia adalah jiwanya sendiri.

Untung lawannnya rugi.

Orang yang sucikan jiwanya dengan sifat-sifat mulia, dia akan dimasukkan dalam orang-orang yang untung.

Orang yang mengotori jiwanya dengan sifat-sifat terkeji, dia akan dimasukkan dalam orang-orang yang rugi.

Islam adalah ajaran untuk menyucikan jiwa agar jauh daripada penyakit berbangga diri, angkuh dan "masuk bakul angkat sendiri". Berbeza dengan "agama" yang diada-adakan oleh sesuatu kaum, mereka hendak berbangga diri kononnya puak mereka sahajalah yang benar.

Back to top Go down
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi
Muhammad

Posts : 52
Points : 5011
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyTue Aug 31, 2010 1:59 am

Quote :
Orang yang sucikan jiwanya dengan sifat-sifat mulia, dia akan dimasukkan dalam orang-orang yang untung

Boleh ka Manusia sucikan jiwa kalau tidak tuhan yang menyucikan?
Dan tentang Untung pula, jika menyucikan jiwa nak cari untuk ka enchik?
Back to top Go down
fikirman
Siswa-siswi
Siswa-siswi
fikirman

Posts : 3
Points : 4962
Reputation : 0
Join date : 2010-08-30

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyTue Aug 31, 2010 2:24 am

Kejayaan seluruh manusia hanya dalam AGAMA, sejauh mana kita taat pada perintah Allah dan mengikut cara kehidupan suci baginda nabi Muhammad saw.

Agama itu adalah 'the way of life'..yakni cara hidup. Untuk menyempurnakan kehidupan kita dengan cara kehidupan beragama, Allah swt telah utuskan para ambia dikalangan manusia sendiri untuk menunjukkan kepada kita bagaimanakah kehidupan ini perlu kita lalui dengan cara beragama.

Untuk kita, sebagai ummat akhir zaman, Allah swt telah utuskan baginda nabi Muhammad saw untuk memperlihatkan bagaimanakah untuk menjalani kehidupan ini secara beragama.

Baginda Nabi saw telah tu tunjukkan kepada ummat itu, agama itu bukanlah sekadar satu ibadat sahaja (yg dikatakan amalan ritual cara tradisi oleh puak2 anti hadis ni). tetapi baginda nabi Muhammad saw telah tunjukkan agama itu perlu diamalkan dari segi :

1) iman (keyakinan pada Allah swt)
2) ibadat (solat, puasa, haji zakat dll)
3) muamalat (jual beli - perniagaan)
4) muasyarat (pentadbiran, perhubungan sesama komuniti)
5) akhlak (penonjolan diri dengan sifat2 mulia)

Inilah agama Islam yang sebenar. salah faham ummat hari ini dengan menyangka bahawa agama itu sekadar ibadat sahaja. Sedangkan agama ini adalah seluruh kehidupan. Dari bangun tidur hingglah kita tidur kembali, hendaklah kita ikatkan diri kita dengan kehidupan beragama.

Kerana itu, hari ini untuk berjaya dalam kehidupan beragama, kita kena kembali melihat sejarah bagaimana baginda nabi Muhammad saw menjalani kehidupan baginda.

Apabila kita menolak amalan2 sunnah baginda nabi, apabila tolak sabdaan2 baginda nabi, bererti kita juga telah menolak kehidupan baginda nabi itu sendiri, ecara tak langsung kita telah menolak kehidupan secara beragama.

Memang kita boleh ragui hadis2 nabi saw... tetapi kita perlu kaji sejarah, lihat bagaimana sejrah hadis itu dikumpulkan. Bagaimana kita boleh menyakini quran yg ada hari ini, begitu juga kita kena yakini hadis2 yang dikumpulkn oleh para sahabat nabi.

Hanya Allah maha mengetahui!
Back to top Go down
tolokminda
Sarjana
Sarjana
tolokminda

Posts : 627
Points : 5631
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyTue Aug 31, 2010 2:05 pm

Salam,

Tuhan melantik Nabi menjadi rasul untuk menyampaikan Al-Quran. Nabi sendiri adalah seorang yang percaya dan patuh kepada Al-Quran. Jadi jika kita percaya kepada Nabi maka Kitab itu jugalah yang patut kita jadikan sebagai sumber rujukan kerana Kitab Tuhan.

Kitab riwayat hadis bukan saja bukan tidak datang dari Tuhan malah ia tidak datang dari Nabi. Ia datang dari para periwayat hadis. Tidak ada sama sekali Tuhan kata kita perlu percaya kepada apa-apa yang datang dari mana-mana periwayat kecuali nabi dan rasul. Dan riwayat para nabi dan rasul yang authentic semuanya sudah terkandung di dalam Al-Quran.
Back to top Go down
http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyTue Aug 31, 2010 3:03 pm

Muhammad wrote:
Boleh ka Manusia sucikan jiwa kalau tidak tuhan yang menyucikan?
Salam,

Kalau manusia itu berbuat sesuatu yang melayakkan jiwanya disucikan oleh Allah, maka bermakna manusia itu boleh melakukannya. Allah bukannya "kuli" manusia untuk sucikan jiwa manusia tanpa manusia itu sendiri berusaha ke arahnya. Manusia itu kena ada inisiatif ke arah menyucikan jiwa. Selepas berusaha pada jalan yang Tuhan janjikan, pastilah manusia itu akan mencapainya. Bukankah Tuhan tidak memungkiri janji?

Quote :
Dan tentang Untung pula, jika menyucikan jiwa nak cari untuk ka enchik?
Keuntungan yang diperolehi oleh orang-orang yang menyucikan jiwa daripada penyakit angkuh dan berbangga diri adalah mereka dicabut daripada perasaan permusuhan, dendam, hasad dengki, benci-membenci, hasut-menghasut dan perasaan yang tidak mententeramkan jiwa. Itulah keuntungan yang dibawakan ke akhirat.

Jangan sempitkan minda bahawa keuntungan itu bersifat material sahaja.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyTue Aug 31, 2010 3:08 pm

tolokminda wrote:
Salam,

Tuhan melantik Nabi menjadi rasul untuk menyampaikan Al-Quran. Nabi sendiri adalah seorang yang percaya dan patuh kepada Al-Quran. Jadi jika kita percaya kepada Nabi maka Kitab itu jugalah yang patut kita jadikan sebagai sumber rujukan kerana Kitab Tuhan.

Kitab riwayat hadis bukan saja bukan tidak datang dari Tuhan malah ia tidak datang dari Nabi. Ia datang dari para periwayat hadis. Tidak ada sama sekali Tuhan kata kita perlu percaya kepada apa-apa yang datang dari mana-mana periwayat kecuali nabi dan rasul. Dan riwayat para nabi dan rasul yang authentic semuanya sudah terkandung di dalam Al-Quran.
Salam TM,

Perbezaan ketara di antara kisah-kisah Nabi yang diriwayatkan di dalam Al Quran dengan yang diriwayatkan di luar Al Quran adalah, Al Quran tidak memerlukan nama si polan bin si polan untuk disandarkan sebagai bukti kesahihan sesuatu riwayat.

Kisah-kisah Nabi yang wujud di dalam Al Quran boleh dibuktikan dengan melihat tanda-tanda peninggalan kaum mereka di merata dunia untuk kita ambil iktibar bagaimana kaum terdahulu yang angkuh kepada Tuhan kerana taksub dengan kepercayaan tradisi mereka dimusnahkan sekelip mata. Apakah tanda-tanda semua itu tidak mampu menginsafkan ramai manusia agar tidak mengada-adakan sesuatu hukum tak masuk akal hanya untuk berbangga-bangga diri kononnya merekalah puak yang didekatkan kepada Tuhan sahaja?
Back to top Go down
faried
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 524
Points : 5540
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyTue Aug 31, 2010 4:14 pm

tolokminda wrote:

Kitab riwayat hadis bukan saja bukan tidak datang dari Tuhan malah ia tidak datang dari Nabi. Ia datang dari para periwayat hadis. Tidak ada sama sekali Tuhan kata kita perlu percaya kepada apa-apa yang datang dari mana-mana periwayat kecuali nabi dan rasul. Dan riwayat para nabi dan rasul yang authentic semuanya sudah terkandung di dalam Al-Quran.

Hebatnya, dengan label Hadis dan Sunnah umat jadi terkecoh dan sering menempatkan petunjuk dalam Riwayat lebih tinggi daripada petunjuk dalam Alquran.
Back to top Go down
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi
Muhammad

Posts : 52
Points : 5011
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyTue Aug 31, 2010 7:25 pm

Salam saudara Faried / tm / juang
Saya lihat , mereka yang paling taksub dengan Periwayat periwayat atau taksub nama nama perawi ini ialah dari pengikut WAHABI, mereka seolah membesarkan Nama Periwayat mengagungkan periwayat sehingga kadang kadang cerita Intipati dari Nabi hilang begitu sahaja dalam dakwah mereka kerana di tengelamkah oleh cerita Sahih hadis ,cerita di riwayat oleh itu dan ini , dan terkadang tu jika kita baca hadis dari mereka , nama nama periwayat berjela sehingga 5 baris tetapi perkataan nabi hanya sebaris.

mengapa terjadi begitu saudara faried/tm/juang
Adakah mereka itu telah bernabikan Periwayat dan bertuhankan IMAM IMAM.
kelihatan mereka berselimut dengan perawi dan keta kata yang tidak mereka Amalkan.
mereka Galak menceritakan tentang hadis datang dari itu dan ini di tulis oleh itu dan ini di terbit oleh itu dan ini sehinggalah mereka percaya bahawa cerita itu dan ini soheh bagi mereka, tetapi cerita soheh itu tidak mereka Amalkan dan sikap mereka tidak seperti apa yang mereka perkatakan.

Mereka seolah Mengitiraf perawi dan tidak mengitiraf nabi. Apatah lagi Alquran, Nampak macam langsung tidak mahu jeling . bila kita bawa Ayat Alquran sebagai petunjuk yang benar, mereka akan menuduh orang lain sebagai anti hadis dan sebagainya lagi. Sedangkan kita sendiri mengkaji mereka mereka ini kelihatan seperti Anti Nabi kerana tidak mengkaji apa yang nabi perkatakan , sebaliknya mengkaji susur galur perawi.
bila di tanya apa maksud yang Perawi kata yang daripada nabi itu .....mereka sendiri tak faham.....kenapa ini berlaku ( Taksub nama nama yang populer , yang di populerkan)
Adakah saudara pernah mengkaji tentang ini.
Back to top Go down
tolokminda
Sarjana
Sarjana
tolokminda

Posts : 627
Points : 5631
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyWed Sep 01, 2010 12:16 am

Saya tidak nampak ada banyak perbezaan di antara puak Wahabi atau yang lain-lain. Yang saya nampak perbezaan mereka hanya pada imam-imam kegemaran mereka. Apa yang imam mereka percaya itulah yang mereka percaya. Tetapi itu pun kadang-kadang tidak mutlak begitu. Ada benda yang imam mereka tidak percaya pun mereka percaya juga. Misalnya amalan bertahlil dan beryasin. Kononnya siapa yang tidak percaya dikatakan puak Wahabi sedangkan imam besar merekan sendiri pun sebenarnya tidak percaya juga. Perkara ini boleh disemak di https://eminda.forumotion.com/islam-f3/tahlil-kenduri-arwah-haram-t56.htm

Pada pendapat saya tidak kiralah siapa imam ikutan masing-masing yang penting apa yang perlu kita tanya adalah mereka ikut Al-Quran atau mereka ikut apa?
Back to top Go down
http://www.tolokminda.wordpress.com
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi
Muhammad

Posts : 52
Points : 5011
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyWed Sep 01, 2010 1:01 am

Salam Tolokminda

Terima kasih atas pendapat yang di beri.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyWed Sep 01, 2010 4:04 am

Salam,

Saya berpendapat menjadikan nama-nama imam terdahulu sebagai orang-orang yang ditaksubi, ada persamaannya dengan perangai kaum Nabi Nuh yang "mempertuhankan" banyak nama-nama selain Allah.

Contohnya bila dikatakan "imam Bukhari" mensahihkan "riwayat hadis" Nabi tertentu, terus dalam benak mereka percaya semua itu pastilah benar dan ikut Al Quran. Sedangkan Al Quran pun mereka tidak pernah kaji isi kandungannya untuk membuat perbandingan apakah yang disahihkan oleh Bukhari itu benar-benar selari dengan Al Quran.

Perangai suka sandarkan sesuatu kepercayaan yang diterima daripada bapa-bapa mereka tanpa mahu membuat penyelidikan itulah yang ada dalam diri orang-orang musyrik terdahulu.
Back to top Go down
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi
Muhammad

Posts : 52
Points : 5011
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyWed Sep 01, 2010 4:57 am

Benar.
Asyik mahu makan orang lain punya / hak orang lain.
Dan makanan sendiri tidak mahu makan.
Itulah yang terjadi.

Rasulullah Memberi makanan untuk kita, seharusnya kita Ambil dan makan.
Tetapi yang berlaku hanyalah mengambil makanan dari rasulullah lalu di simpan dalam peti.
setiap hari asyik menceritakan tentang makanan dalam peti.
Tetapi tidak pernak makan, hanya cerita sahaja untuk buat Berbangga.

Seharusnya Manusia Mengambil makanan yang di beri Rasul dan apabila kehabisan Ambil pula terus pada Allah seperti yang di Ajarkan Rasul.
Back to top Go down
faried
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 524
Points : 5540
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyWed Sep 01, 2010 8:48 am

Muhammad wrote:
Salam saudara Faried / tm / juang
Saya lihat , mereka yang paling taksub dengan Periwayat periwayat atau taksub nama nama perawi ini ialah dari pengikut WAHABI, mereka seolah membesarkan Nama Periwayat mengagungkan periwayat sehingga kadang kadang cerita Intipati dari Nabi hilang begitu sahaja dalam dakwah mereka kerana di tengelamkah oleh cerita Sahih hadis ,cerita di riwayat oleh itu dan ini , dan terkadang tu jika kita baca hadis dari mereka , nama nama periwayat berjela sehingga 5 baris tetapi perkataan nabi hanya sebaris.

mengapa terjadi begitu saudara faried/tm/juang
Adakah mereka itu telah bernabikan Periwayat dan bertuhankan IMAM IMAM.
kelihatan mereka berselimut dengan perawi dan keta kata yang tidak mereka Amalkan.
mereka Galak menceritakan tentang hadis datang dari itu dan ini di tulis oleh itu dan ini di terbit oleh itu dan ini sehinggalah mereka percaya bahawa cerita itu dan ini soheh bagi mereka, tetapi cerita soheh itu tidak mereka Amalkan dan sikap mereka tidak seperti apa yang mereka perkatakan.

Mereka seolah Mengitiraf perawi dan tidak mengitiraf nabi. Apatah lagi Alquran, Nampak macam langsung tidak mahu jeling . bila kita bawa Ayat Alquran sebagai petunjuk yang benar, mereka akan menuduh orang lain sebagai anti hadis dan sebagainya lagi. Sedangkan kita sendiri mengkaji mereka mereka ini kelihatan seperti Anti Nabi kerana tidak mengkaji apa yang nabi perkatakan , sebaliknya mengkaji susur galur perawi.
bila di tanya apa maksud yang Perawi kata yang daripada nabi itu .....mereka sendiri tak faham.....kenapa ini berlaku ( Taksub nama nama yang populer , yang di populerkan)
Adakah saudara pernah mengkaji tentang ini.

Saya sangat sederhana saja.

Hadis yang pasti dibawa oleh Muhammad adalah Alquran, yang tidak ada keraguan di dalamnya (2.2).

Alquran adalah hadis yang terbaik.

Quote :
Allahu nazzala ahsana alhadeethi kitaban mutashabihan mathaniya taqshaAAirru minhu juloodu allatheena yakhshawna rabbahum thumma taleenu julooduhum waquloobuhum ila thikri Allahi thalika huda Allahi yahdee bihi man yashao waman yudlili Allahu fama lahu min hadin
39:23 (Malay) Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur'an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya
kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk
baginya.

Selain Alquran sebagai Ahsanal Hadis (hadis terbaik), maka itu termasuk Lahwa Alhadis (perkataan yang tidak berguna).

Quote :
Wamina alnnasi man yashtaree lahwa alhadeethi liyudilla AAan sabeeli Allahi bighayri AAilmin wayattakhithaha huzuwan olaika lahum AAathabun muheenun
31:6 (Malay) Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa
pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.

Salam.
Back to top Go down
lia
Siswazah
Siswazah
lia

Posts : 120
Points : 5094
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyThu Sep 02, 2010 6:44 am

Amalan majoriti orang Islam sekarang ini bukan tahap sederhana malahan sangat lemah kalau dibandingkan dengan amalan umat Islam dahulu. Taksub pada fahaman hanya segelintir sahaja. Kalau dulu mereka taksub kerana sifat mahu menjadi terbaik dalam mentaati Allah dan Rasul. Tetapi sekarang ini orang Islam lebih banyak yang tak perdulikan agama. Dan timbul pula fahaman yang menganggap Islam sama seperti agama yang lain jadi mereka langsung tidak beragama, ini bukan taksub ia lebih kepada sifat tidak mahu mentaati Allah dan Rasul. Hayatilah Al Fatihah segala isi alQuran terkandung di dalamnya. Kalau kita ikhlas nak memahami Al Quran, bacalah Al Fatihah 17 kali sebelum kita belajar al Quran dan selawat keatas Nabi saw yang diturunkan al Quran melaluinya sebanyaknya tanda kita cintakan Rasul. Ada satu golongan yang al Fatihah meminta kita ikut dan dua golongan yang kita kena jauhi. Inilah cara hidup agama Islam tak perlu kita bertelagah.Sesiapa yang ikhlas mahu mencari keredhaan Allah dan mengeratkan silatulrahim sesama orang beriman, pasti mendapat petunjuk jalan yang lurus seperti yang terkandung dalam al Fatihah.

Back to top Go down
tolokminda
Sarjana
Sarjana
tolokminda

Posts : 627
Points : 5631
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyFri Sep 03, 2010 1:58 am

lia wrote:
Amalan majoriti orang Islam sekarang ini bukan tahap sederhana malahan sangat lemah kalau dibandingkan dengan amalan umat Islam dahulu. Taksub pada fahaman hanya segelintir sahaja. Kalau dulu mereka taksub kerana sifat mahu menjadi terbaik dalam mentaati Allah dan Rasul. Tetapi sekarang ini orang Islam lebih banyak yang tak perdulikan agama. Dan timbul pula fahaman yang menganggap Islam sama seperti agama yang lain jadi mereka langsung tidak beragama, ini bukan taksub ia lebih kepada sifat tidak mahu mentaati Allah dan Rasul. Hayatilah Al Fatihah segala isi alQuran terkandung di dalamnya. Kalau kita ikhlas nak memahami Al Quran, bacalah Al Fatihah 17 kali sebelum kita belajar al Quran dan selawat keatas Nabi saw yang diturunkan al Quran melaluinya sebanyaknya tanda kita cintakan Rasul. Ada satu golongan yang al Fatihah meminta kita ikut dan dua golongan yang kita kena jauhi. Inilah cara hidup agama Islam tak perlu kita bertelagah.Sesiapa yang ikhlas mahu mencari keredhaan Allah dan mengeratkan silatulrahim sesama orang beriman, pasti mendapat petunjuk jalan yang lurus seperti yang terkandung dalam al Fatihah.

Salam,

Al-Quran itulah petunjuk Tuhan. Kalau tak baca mana Tuhan nak beri petunjuk?
Back to top Go down
http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptySat Sep 04, 2010 11:47 am

Salam,

Benar TM. Kalau hati tidak mahu berserah diri kepada Al Quran, memang Allah tidak beri petunjuk. Orang-orang kafir terdahu tidak dapat petunjuk sebab mereka tidak mahu berserah diri pada Al Quran yang Nabi sampaikan. Mereka kata Al Quran itu dongeng orang terdahulu yang Nabi tulis dan imlakkan pagi dan petang. Mereka kata Nabi sampaikan sihir yang nyata-lah. Kalau sudah macam itu hati mereka, macam manalah Allah nak beri petunjuk. Jadi kalau ada orang sekarang tiru perangai orang terdahulu itu, pastilah mereka dapat balasan yang sama.

Samalah konsepnya jika pelajar tahun 1979 tidak mahu serah dirinya untuk belajar dan fahami buku Fizik telah menyebabkan dia gagal subjek Fizik pada SPM 1979 tu, tak logik pelajar tahun 2010 yang sama perangai pemalasnya itu akan lulus kertas Fizik SPM 2010 dengan cemerlang? Allah Maha Adil.
Back to top Go down
iltizam
Siswazah
Siswazah
iltizam

Posts : 401
Points : 5393
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" EmptyMon Oct 04, 2010 11:22 am

salam...

Pegangan yang teguh
Back to top Go down
Sponsored content

Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty
PostSubject: Re: Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"   Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam" Empty

Back to top Go down
 
Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Islam: Agama atau Cara Hidup?
» Islam itu satu cara hidup
» Cara Hidup Warisan
» Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata
» Islam Mengkhawatirkan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: