Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6477 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Di antara komik dan buku sains Wed Oct 20, 2010 8:07 am | |
| Komik adalah bahan bacaan ringan yang mengandungi unsur-unsur fantasi dan tak masuk akal. Membaca komik tidak memerlukan manusia berfikir secara realistik. Ia sekadar bahan hiburan dan tidak boleh dipercayai. Dan yang gemar membaca komik adalah kanak-kanak kerana tahap mentaliti mereka yang masih rendah.
Buku sains pula adalah bahan bacaan yang berat yang mengandungi fakta-fakta yang boleh difikirkan. Cuma ia memerlukan daya fikir yang tinggi apatah lagi bila ada formula atau rumus matematik dimasukkan. Buku sains berada atas dasar yang realistik kerana ia disokong oleh bukti-bukti eksperimen sebelum sesuatu teori itu dipercayai, bukan seperti komik yang hanya menggunakan khayalan si penulis ceritanya. Dan yang gemar membaca buku sains sudah semestinya orang dewasa yang mempunyai tahap mentaliti yang tinggi.
Kitab riwayat boleh disamakan dengan komik kerana mengandungi unsur-unsur fantasi dan tak masuk akal (bercanggah dengan hukum realiti). Al Quran pula boleh disamakan dengan buku sains kerana mengandung fakta-fakta dan selari dengan ketetapan Tuhan pada alam ini (bukannya mengikut khayalan penulisnya).
Bila kita nampak persamaan tersebut, kita boleh nampak perbezaan tahap mentaliti di antara yang suka kitab riwayat dengan yang suka pada Al Quran. | |
|
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5665 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Di antara komik dan buku sains Wed Oct 20, 2010 11:36 am | |
| Salam,
Benar Juang. Komik dan kitab riwayat, tak perlu susah-susah nak fikirkan. baca sahaja dan terus faham.
Berbanding sains dan al-quran, kita perlu memikirkannya. sebab itu Tuhan suruh guna akal supaya kita jadi orang yang berminda. | |
|
Jebon Siswa-siswi
Posts : 91 Points : 5084 Reputation : 0 Join date : 2010-08-12
| Subject: Re: Di antara komik dan buku sains Wed Oct 20, 2010 11:57 am | |
| Al-Quran: Ada diantara manusia yang menggunakan lahwal hadis, yang menyesatkan dari jalan Allah dengan tanpa ilmu dan mereka menjadikannya ditertawakan; (Q31:6) Salam | |
|
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6477 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Re: Di antara komik dan buku sains Thu Oct 21, 2010 5:46 am | |
| Salam,
Jelas sekali apa yang dikhabarkan melalui ayat 31:6. Yang menyebabkan umat Islam hari ini lemah semacam sahaja sebab mereka lebih suka baca buku setaraf komik (riwayat hadis) berbanding buku ilmiah (Al Quran). Itu sahaja punca yang mereka jadi ketinggalan begitu sekali walaupun mempunyai kuantiti yang ramai. Kualiti mereka tiada sebab bahan-bahan ilmiah tidak banyak dalam dada mereka. Bahan lawak sahaja (lahwal hadis) sahaja ada.
Kalau di sekolah dahulu pun, pelajar-pelajar yang pemalas baca buku teks dan lebih utamakan membaca komik-komik pasti akan ketinggalan dalam pelajaran malah mendapat keputusan peperiksaan yang teruk. Tetapi ramai orang-orang beragama Islam tak sedar hakikat itu walaupun mereka tak suka anak-anak mereka pemalas baca buku teks dan utamakan komik-komik.
Macam mana mereka tak suka anak-anak mereka membuang masa dengan bahan lawak dan khayalan begitu, macam itulah Allah Pencipta mereka tak suka manusia membuang masa dengan bahan-bahan khayalan yang tak berfaedah begitu. Allah sudah sediakan bahan-bahan ilmiah untuk difikir-fikirkan, bacalah bahan ilmiah itu. | |
|
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6477 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Re: Di antara komik dan buku sains Thu Oct 21, 2010 6:34 am | |
| - Admin wrote:
- Salam,
Benar Juang. Komik dan kitab riwayat, tak perlu susah-susah nak fikirkan. baca sahaja dan terus faham.
Berbanding sains dan al-quran, kita perlu memikirkannya. sebab itu Tuhan suruh guna akal supaya kita jadi orang yang berminda. Salam Admin, Cuba kita renungkan. Jika untuk membina kekuatan badan, manusia akan pergi ke gym untuk bersenam. Ada yang praktis angkat berat (perkara susah). Bila selalu angkat berat, barulah otot-otot itu tersembul keluar dan bentuk badan nampak kegagahannya. Macam itulah dengan minda manusia. Kena latih minda fikir perkara-perkara yang berat, barulah kuat dan gagah minda itu. Kalau asyik baca komik dan lahwal hadis (bahan-bahan ringan), bila masa minda itu hendak kuat? Punyalah banyak perumpamaan Allah sediakan untuk kita fikirkan itu semua yang dekat pada diri mereka, tetapi mereka tak nampak-nampak lagi. | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Di antara komik dan buku sains | |
| |
|