HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Suruhan Membaca Al Quran

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Suruhan Membaca Al Quran   Sun Oct 10, 2010 5:38 am

29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan tegakkanlah komitmen; komitmen melarang kesumbangan dan mungkar. Dan mengingati Allah adalah lebih besar; dan Allah mengetahui apa yang kamu mengerjakan.

73:4. Atau menambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.

73:20. ..Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. ..


Daripada tiga ayat Al Quran di atas, kita nampak jelas adanya suruhan Allah agar kita membaca Al Quran (Kitab Allah). Apabila ada suruhan membaca Al Quran, maka kembangan daripada suruhan tersebut pastilah Al Quran perlu ditulis, dikumpulkan dan dibukukan agar manusia lain dapat membaca Al Quran juga. Ini kerana tugas Rasul Allah adalah menyampaikan ayat-ayat Allah, maka Al Quran perlu disampaikan kepada manusia lain juga dalam bentuk yang mereka boleh membacanya.

56:77. Sesungguhnya ia adalah sebuah al-Qur'an yang mulia,

Al Quran juga adalah bahan bacaan yang mulia.

80:13. Pada naskhah-naskhah gulungan yang dimuliakan,
80:14. Dinaikkan, dibersihkan,
80:15. Oleh tangan-tangan para jurutulis,


Dan bahan bacaan yang mulia itu dinaikkan martabatnya dan dibersihkan oleh tangan-tangan jurutulis daripada kepercayaan karut-marut. Ini membuktikan suruhan menulis atau membukukan Al Quran wujud dalam Al Quran.

Kita lihat dalam Al Quran mengandungi bukti suruhan Allah agar kita membaca Al Quran. Dan ada keperluan Al Quran agar ia ditulis (dibukukan). Asas kenapa kita perlu berpegang pada Al Quran itu jelas dengan adanya ayat-ayat Al Quran suruh kita membaca Al Quran.

Namun tiada asas yang kukuh kita perlu percaya pada kitab riwayat kerana tiada suruhan Allah agar kita membaca kitab riwayat. Bila tiada suruhan agar membaca kitab riwayat, maka apa gunanya kita mengumpul dan membukukan riwayat-riwayat si polan dan si polan itu?
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Suruhan Membaca Al Quran   Sun Oct 10, 2010 1:40 pm

96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,

Ayat yang paling popular ini menyuruh manusia membaca dengan nama Tuhan. Sebab itulah Al Quran dimulakan dengan ayat "dengan nama Allah". Tetapi kalau kita renungkan kitab-kitab riwayat, sesuatu ayatnya dimulakan dengan nama si polan dan si polan seperti "diriwayatkan oleh si polan bin si polan bahawa si polan mendengar Nabi bersabda...". Jauh sekali mereka hendak menyebut nama Tuhan dahulu.

Mari kita lihat perbandingan bagaimana Rasulullah hendak menceritakan hadis tentang Nabi sebelumnya.

20:1. Tha Ha.
20:2. Kami tidak menurunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu menjadi sengsara,
20:3. Tetapi hanya sebagai peringatan bagi orang yang takut.
20:4. Satu penurunan daripada-Nya yang mencipta bumi dan langit yang tinggi.
20:5. Yang Pemurah, duduk di atas Arasy,
20:6. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit, dan apa yang di dalam bumi, dan semua yang di antara keduanya, dan semua yang di bawah tanah.
20:7. Kamu lantangkanlah ucapan kamu; namun demikian, sesungguhnya Dia mengetahui rahsia, dan apa yang lebih tersembunyi.
20:8. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama yang paling baik.
20:9. Sudahkah datang kepada kamu hadis Musa?
20:10. Apabila dia melihat api, dan berkata kepada keluarganya, "Menetaplah kamu di sini; aku melihat api. Mudah-mudahan aku mendatangkan kepada kamu sepotong kayu yang bernyala, atau aku mendapati di api, petunjuk."


Sebelum Rasulullah hendak menceritakan hadis Nabi Musa, baginda menyebut pasal Tuhan dahulu. Mengajak para pembaca mengingati Allah dengan melihat Sifat-sifatNya dan tanda-tanda KekuasaanNya. Selepas itu barulah Rasulullah bawakan hadis Nabi Musa.

Berbeza jauh tarafnya berbanding riwayat hadis. Ia dimulakan atas nama si polan dan si polan yang kononnya para sahabat Nabi. Akibatnya manusia jadi mendewa-dewakan si polan itu sehinggakan apa sahaja kata-kata yang disandarkan atas nama si polan dan si polan itu mereka percaya ianya benar. Itulah perbuatan menyekutukan Tuhan dengan si polan dan si polan. Jauh sekali mereka hendak mengajak manusia memikirkan Keagungan Tuhan dan KekuasaanNya.

Atas sebab itulah kita tidak jumpa dalam Al Quran suruhan membaca kitab riwayat kerana ia hanya menjauhkan manusia daripada mengagungkan Pencipta alam ini. Mereka hanya agungkan si polan dan si polan mereka seperti mana orang-orang Nasrani mengagungkan gospel atas nama si polan mereka juga.
Back to top Go down
View user profile
 
Suruhan Membaca Al Quran
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Membaca Al-Quran disamping kuburan saat ziarah
» perlukah berwudhu sebelum membaca Qur'an
» Quran Reading Program: Hizb 59
» Quran Reading Guests & members welcome [Now posted DAILY inshaAllah from Hizb 1]
» transliteration.org/quran

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: