HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 28 on Tue Sep 30, 2014 11:58 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 
Share | 
 
 Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts: 1003
Points: 2617
Reputation: 1
Join date: 2010-07-24
Location: Malaysia

PostSubject: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 12:41 am

Admin wrote:
gaara wrote:
Salam....

bagi saya tak kisah lah hadis sepuluh versi pun...

yang penting ia datang dari Allah...

Salam,

Macam mana kononnya datang dari Allah kalau riwayat hadis yang pelbagai versi itu bertentangan dengan al-quran?

Salam...

jangan hanya berkata kata....

buktikanlah yang mana satu bertentangan saudara admin....

nak tau jugak betul ke tak.... geek
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts: 1397
Points: 3064
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 37

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 1:10 am

Salam,

Quote :
Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa.

Nombor 1838 Hadis Dalam Sahih Muslim
Jika kita perhatikan riwayat hadis ini, bermakna jika seseorang itu tidak menyegerakan berbuka puasa, dia berada dalam kejahatan.

Dalam Al Quran, tiada satu ayat pun menetapkan perbuatan melambatkan berbuka puasa termasuk dalam senarai kejahatan. Tak logik Nabi nak pandai-pandai menokok-tambah apa yang Allah tidak ajar melalui Al Quran.

Jadi di antara Allah dengan si polan yang kata Rasulullah cakap itu dan ini, siapa lagi benar kata-katanya?

Quote :
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.
Nombor 1793 Hadis Dalam Sahih Muslim

Dalam Al Quran, tidak pernah dikatakan Allah menetapkan pintu-pintu syurga hanya terbuka ketika bulan Ramadan dan pintu neraka ditutup pada sesuatu bulan. Di akhirat kelak, pintu kedua-dua destinasi itu memang terbuka untuk sesiapa yang layak. Al Quran pun tidak pernah tetapkan bulan-bulan tertentu untuk syaitan dibelenggu. Tetapi si polan itu kata Rasulullah menetapkan begitu. Di antara Allah dengan si polan itu, siapa yang lebih benar kata-katanya?

Quote :
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Dalam Al Quran, Allah tak pernah ajar Nabi menetapkan masjidil haram itu terletak di Mekkah dan masjidil aqsa itu di Palestin. Si polan itu yang mengatakan Nabi tetapkan sebegitu. Di antara Allah dengan si polan, siapa lagi benar kata-katanya?

Pandai-pandailah nak ikut Allah ke nak ikut si polan itu?
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts: 1003
Points: 2617
Reputation: 1
Join date: 2010-07-24
Location: Malaysia

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 1:45 am

Quote :
Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa.

Nombor 1838 Hadis Dalam Sahih Muslim

Jika kita perhatikan riwayat hadis ini, bermakna jika seseorang itu tidak menyegerakan berbuka puasa, dia berada dalam kejahatan.

Dalam Al Quran, tiada satu ayat pun menetapkan perbuatan melambatkan berbuka puasa termasuk dalam senarai kejahatan.

Quote :
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.
Nombor 1793 Hadis Dalam Sahih Muslim

Dalam Al Quran, tidak pernah dikatakan Allah menetapkan pintu-pintu syurga hanya terbuka ketika bulan Ramadan dan pintu neraka ditutup pada sesuatu bulan.

Quote :
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Dalam Al Quran, Allah tak pernah ajar Nabi menetapkan masjidil haram itu terletak di Mekkah dan masjidil aqsa itu di Palestin.

Salam...

terima kasih kerana membawa hadis dengan tafsiran ( pandai pun guna tafsiran walaupun sebelum nie tolak.... Very Happy )....

soalan saya mudah...

sila bawa paling banyak satu ayat Al-quran yang bertentangan dengan Hadis tersebut...

kerana sebelum ini saudara/i kata hadis bertentangan dengan ayat Alquran....

kerana "tidak ada" dan "bertentangan" mempunyai implikasi dan maksud yang sangat besar

P/S: ingat saudara juang hujah saudara sendiri ini: MASALAHNYA TIDAK SEMUA BENDA ALLAH NYATAKAN DALAM AL-QURAN..... ingt g kan?
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts: 1397
Points: 3064
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 37

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 2:21 am

Quote :
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.
Nombor 1793 Hadis Dalam Sahih Muslim

2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa Dia telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.
Dalam Al Quran, Ramadhan hanya dikaitkan dengan penurunan petunjuk Al Quran. Tidak pernah pula Tuhan mengatakan Dia membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka pada bulan tersebut.

Lainlah Rasulullah ada kuasa nak buka pintu syurga dan neraka itu, logiklah baginda boleh berkata apa pun tanpa perlu ayat-ayat Allah. Jadi macam mana kita nak percaya pada cakap si polan itu sedangkan Kitab Allah yang Nabi pernah sampaikan pun tak pernah sebut pun pasal Allah bukakan pintu syurga dan tutupkan pintu neraka pada sesuatu bulan.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts: 1397
Points: 3064
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 37

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 2:35 am

Quote :
Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa.

Nombor 1838 Hadis Dalam Sahih Muslim

9:88. Tetapi rasul, dan orang-orang yang percaya bersama dia, berjuang dengan harta mereka, dan jiwa mereka; dan mereka itu, bagi merekalah yang baik-baik; mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung.
Dalam Al Quran, balasan baik diberikan kepada rasul dan orang-orang yang beriman yang berjuang harta dan jiwa mereka. Jika ikut riwayat hadis di atas, selagi manusia itu tak selalu segerakan berbuka puasa, mereka tak berada dalam kebaikan. Ini sudah mencanggahi ayat 9:88 yang menawarkan balasan baik kepada orang-orang yang berjuang tanpa mengira mereka segera berbuka puasa atau tidak.

Tak tahulah nak kata apa, kalau masih tak nampak-nampak percanggahan macam itu walaupun sudah dibawakan ayat-ayat Al Quran.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts: 1397
Points: 3064
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 37

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 2:44 am

Quote :
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari.

17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh (masjidil aqsa) di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.
Dalam ayat 17:1, masjidil haram dan masjidil aqsa tidak dispesifikkan pada sesuatu lokasi.

2:149. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.

2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku menyempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.

Dalam riwayat hadis di atas, lokasi masjidil haram ditetapkan di Mekah. Tetapi dalam ayat 2:149 dan 2:150, lokasi masjidil haram tidak ditetapkan sehingga mudah untuk kita memalingkan muka ke arahnya di mana sahaja kita keluar.

Apakah perbezaan yang begitu ketara masih sukar hendak dibezakan? Sedangkan orang buta dalam surah Abasa itu pun tahu membezakan benar atau dusta.
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah

Posts: 401
Points: 1980
Reputation: 0
Join date: 2010-08-01

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 2:49 am

Juang wrote:
Salam,

Quote :
Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa.

Nombor 1838 Hadis Dalam Sahih Muslim
Jika kita perhatikan riwayat hadis ini, bermakna jika seseorang itu tidak menyegerakan berbuka puasa, dia berada dalam kejahatan.

Dalam Al Quran, tiada satu ayat pun menetapkan perbuatan melambatkan berbuka puasa termasuk dalam senarai kejahatan. Tak logik Nabi nak pandai-pandai menokok-tambah apa yang Allah tidak ajar melalui Al Quran.

Jadi di antara Allah dengan si polan yang kata Rasulullah cakap itu dan ini, siapa lagi benar kata-katanya?

Quote :
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.
Nombor 1793 Hadis Dalam Sahih Muslim

Dalam Al Quran, tidak pernah dikatakan Allah menetapkan pintu-pintu syurga hanya terbuka ketika bulan Ramadan dan pintu neraka ditutup pada sesuatu bulan. Di akhirat kelak, pintu kedua-dua destinasi itu memang terbuka untuk sesiapa yang layak. Al Quran pun tidak pernah tetapkan bulan-bulan tertentu untuk syaitan dibelenggu. Tetapi si polan itu kata Rasulullah menetapkan begitu. Di antara Allah dengan si polan itu, siapa yang lebih benar kata-katanya?

Quote :
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Dalam Al Quran, Allah tak pernah ajar Nabi menetapkan masjidil haram itu terletak di Mekkah dan masjidil aqsa itu di Palestin. Si polan itu yang mengatakan Nabi tetapkan sebegitu. Di antara Allah dengan si polan, siapa lagi benar kata-katanya?

Pandai-pandailah nak ikut Allah ke nak ikut si polan itu?

Salam juang
kalau mengikut yang saya fahami melalui pengamatan saya sendiri lah kan.,.,
Nabi mengajar atau manyampaikan sesuatu mengikut faham yang bertanya ketika itu.
so , jika si A itu pendek akalnya, maka nabi sampaikah mengikut cara yang A boleh fahami.
Dan contohnya dalam keilmuan nabi ada 100 tingkat , ( tingkat ke 100 paling tingggi)
jadi semasa A bertanya itu , nabi lihat si A boleh faham dengan tingkat ke 10, jadi nabi sampaikan cara tingkat 10 lah tul tak, ( jadi hadis tingkat sepuluh yang kita pegang sekarang ini jika kita baca hadis itu) sedang kan di masa yang lain pula si A bertanya lagi , bila si A sudah macam faham sikit lalu nabi sampaikan ilmu tingkat 11 atau 12 ,13 .
Di masa itu si A adalah dari kecil hidup di kalangan orang jahiliah dan baru masuk islam ketika umur 20 tahun .,atau 30 ,tahun atau 15 tahun ( Baru kenal islam) , bukan nya satu perkara mudah untuk sampaikan keseluruhan ilmu sehingga tingkat ke 100 seperti yang ada pada nabi, hanya Mungkin saya rasa yang dapat hampir penuh ialah 4 sahabat yang rapat dengan beliau , Abu bakar , omar, osman, Ali.
Dan pada saya , saya amati, hadis hadis yang nabi sampaikan kepada 4 orang ini merupakan pengajaran tingkat tinggi ilmunya. kerana itulah Abu bakar lebih banyak Berdiam diri kerana Banyak mengetahui rahsia dari Nabi sehingga Nabi s.a.w apabila di minta oleh Abu bakar untuk mentafsirkan Mimpi ketika ada seorang datang bertanya Nabi , lalu nabi mengizinkan Abu bakar mentafsirkannya dan membenarkan apa yang di tafsirkan oleh Abu Bakar.

Dan kerana itulah kita apabila Baca hadis , ada yang kita dapati sesetengahnya bertentangan kerana nabi sampaikan mengikut tahaf ilmu yang bertanya.
Ada satu kisah seorang yang berzikir mengunakan Batu untuk mengira , lalu di lihat nabi s.a.w lalu nabi menegur ( Bukannya Marah atau larang) , tegurnya " Hendak kah kamu aku ajarkan yang lebih baik dari apa yang kamu lakukan" ( bukan marah atau larang tuu cuma mengajak /mengajar tahaf ilmu yang lebiih baik) tetapi bila sekarang ini orang yang salah faham akan menafsirkan bahawa berzikir dengan mengira guna batu adalah di larang lah itu lah ini lah sedangkan mereka yang menafsir itu pun , entah berzikir entah tidak ( amal pun tak ) asyik cari fatwa jerk..Macam mana nak dapat yang lebih baik kalau camtuuuu.......kaka

dan ..boleh faham ker cerita saya nie...macam bebelit sikit..arrrr
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts: 1397
Points: 3064
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 37

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 2:57 am

Salam,
Quote :

kalau mengikut yang saya fahami melalui pengamatan saya sendiri lah kan.,.,
Nabi mengajar atau manyampaikan sesuatu mengikut faham yang bertanya ketika itu.
so , jika si A itu pendek akalnya, maka nabi sampaikah mengikut cara yang A boleh fahami.
Dan contohnya dalam keilmuan nabi ada 100 tingkat , ( tingkat ke 100 paling tingggi)
jadi semasa A bertanya itu , nabi lihat si A boleh faham dengan tingkat ke 10, jadi nabi sampaikan cara tingkat 10 lah

Masalahnya sekarang, apa yang didakwa dalam riwayat itu bercanggah dengan Al Quran. Umpamanya Al Quran tidak tetapkan lokasi masjidil haram agar di mana jua manusia itu keluar, mereka boleh pandang masjidil haram. Tiba-tiba datang si polan bawa kata-kata kononnya daripada Nabi bahawa masjidil haram itu di Mekah. Takkanlah Nabi nak menetapkan sesuatu yang Al Quran sendiri tidak pernah tetapkan? Kalau ditetapkan masjidil haram itu di sesuatu lokasi, macam mana nak membenarkan ayat Al Quran yang mengatakan ia boleh dipandang di mana jua kita berada?

Logikkah Nabi nak mencanggahi Al Quran yang baginda sampaikan sendiri atas alasan nak sampai ilmu tahap tingkat 10 itu? Seorang Prof matematik yang hebat macam mana pun, dia tidak akan mencanggahi hukum 1+1=2 bila sampaikan kepada budak-budak darjah 1. Kalau perkara asas pun sudah dicanggahi, Prof apa ke bendanya itu?
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah

Posts: 401
Points: 1980
Reputation: 0
Join date: 2010-08-01

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 3:26 am

salam juang,
Dalam ilmu metametik SYARIAT 1+1=2 ( itulah yang di pandang di alam kemanusiaan )
Tetapi ilmu metametik Makrifat 1+1=3 .....jawapannya adalah bercanggah dari pandangan Syariat tetapi logik bagi yang berakal cerdas dari pandangan (makrifat) dan akan selari dengan syariat.

kerana dalam memahami metametik 1+1=3 perlu ada cerita nya / jalannya / rahsianya.......Inilah yang tidak di fahami orang Awam yang tiada dalam buku metametik Asas. kerana di takuti tersalah faham akan maksudnya . dan untuk mengetahuinya perlu Berguru berhadapan dengan guru . Ini adalah kerana agar Guru yang bermakrifat dapat melihat keadaan diri si murid sewaktu berhadapan itu samaada dapat menerima ilmu tahap 1+1=3 itu atau sebaliknya.
Jika muka berkerut kebingungan tu alamatnya kena simpan dulu lah cerita 1+1=3 tuhh
Bila dah tenang nanti baru boleh cerita.....Begitulah kaedahnya..

Bukankah begitu??

p/s: Kalau si murid tu dah faham sendiri , tu kira lainlah ,,,,,kira nya Cerdas otaknya tuhh
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts: 1397
Points: 3064
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 37

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 1:36 pm

iltizam wrote:

salam juang,
Dalam ilmu metametik SYARIAT 1+1=2 ( itulah yang di pandang di alam kemanusiaan )
Tetapi ilmu metametik Makrifat 1+1=3 .....jawapannya adalah bercanggah dari pandangan Syariat tetapi logik bagi yang berakal cerdas dari pandangan (makrifat) dan akan selari dengan syariat.

kerana dalam memahami metametik 1+1=3 perlu ada cerita nya / jalannya / rahsianya.......Inilah yang tidak di fahami orang Awam yang tiada dalam buku metametik Asas. kerana di takuti tersalah faham akan maksudnya . dan untuk mengetahuinya perlu Berguru berhadapan dengan guru . Ini adalah kerana agar Guru yang bermakrifat dapat melihat keadaan diri si murid sewaktu berhadapan itu samaada dapat menerima ilmu tahap 1+1=3 itu atau sebaliknya.
Jika muka berkerut kebingungan tu alamatnya kena simpan dulu lah cerita 1+1=3 tuhh
Bila dah tenang nanti baru boleh cerita.....Begitulah kaedahnya..

Bukankah begitu??

p/s: Kalau si murid tu dah faham sendiri , tu kira lainlah ,,,,,kira nya Cerdas otaknya tuhh
Salam,

Sekadar cakap 1+1=3 tanpa kemukakan apa-apa bukti yang Allah tetapkan, orang Nasrani pun boleh cakap konsep 1+1+1=1 tanpa apa-apa bukti. Mungkin itu ilmu makrifat orang-orang Nasrani untuk memperlihatkan kononnya konsep Al Masih anak Tuhan itu benar.

Jadi kalau benar kita Islam, takkanlah tiru hujah macam orang-orang Nasrani tersebut?
Dalam Al Quran ada sebut langit dan bumi. 1 langit + 1 bumi = 2 makhluk Tuhan yang berbeza. Sehebat-hebat Al Quran, ia tidak menipu manusia dengan hukum bilangan. Apakah nilai Al Quran itu lebih rendah daripada 1+1=3 dengan 1+1+1=1 yang tiada apa-apa bukti di semesta alam ini?
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor

Posts: 601
Points: 2252
Reputation: 1
Join date: 2010-07-22
Location: Selangor

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 3:19 pm

gaara wrote:
Admin wrote:
gaara wrote:
Salam....

bagi saya tak kisah lah hadis sepuluh versi pun...

yang penting ia datang dari Allah...

Salam,

Macam mana kononnya datang dari Allah kalau riwayat hadis yang pelbagai versi itu bertentangan dengan al-quran?

Salam...

jangan hanya berkata kata....

buktikanlah yang mana satu bertentangan saudara admin....

nak tau jugak betul ke tak.... geek

Salam,

Kita sudah lama berforum di sini. Jadi, kita seharusnya sudah diberi pengetahuan melalui topik-topik yg berkaitan tentang hal tersebut.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts: 1397
Points: 3064
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 37

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 5:02 pm

Salam,

Quote :
“Aku akan menjadi ketua bagi umat manusia pada Hari Kiamat.” Manusia akan berharap seseorang dapat menjadi perantara dengan Allah dan memberikan syafaat kepada mereka. Kecuali Isa, Adam, Nuh, Ibrahim dan Musa menolak kerana mereka ada cacat cela manakala Isa pula akan menyuruh mereka mendatangi nabi Muhammad yang akan menyampaikannya kepada Allah. Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.378 ms.129-132. Lihat juga jld.1 buku 1 no.381 ms.133.

1) Dalam riwayat ini kononnya Nabi Muhammad-lah ketua segala umat manusia.

28:74. Pada hari apabila Dia memanggil mereka, dan Dia berkata, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang kamu mendakwa?"

28:75. Dan Kami mengeluarkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan Kami berkata, "Kemukakanlah bukti kamu!" Kemudian mereka mengetahui bahawa yang benar (hak) kepunyaan Allah, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka mengada-adakan.

Tetapi dalam Al Quran, setiap umat ada saksi masing-masing. Tiada konsep seorang Rasul melebihi Rasul-rasul yang lain diajar oleh Al Quran. Kepercayaan orang Nasrani sahaja yang melebihkan Al Masih berbanding Rasul-rasul Allah yang lain. Takkanlah orang Islam itu sama perangainya macam orang Nasrani terdahulu?

2) Dalam riwayat hadis ini, seolah-olah Nabi Muhammad itu merendah-rendahkan Nabi Isa, Adam, Nuh, Ibrahim dan Musa kononnya mereka ada cacat cela sehingga tidak mampu memberi syafaat?

20:109. Pada hari itu, syafaat (pengantaraan) tidak bermanfaat kecuali orang yang kepadanya Yang Pemurah memberi izin, dan ucapannya Dia sangat berpuas hati.

Dalam Al Quran, siapakah orang-orang yang Allah izinkan untuk memberi syafaat, tidak diketahui oleh Nabi Muhammad kerana semua itu dalam Pengetahuan Allah. Tetapi dalam riwayat itu seolah-olah Nabi Muhammad tahu dirinya sahaja layak beri syafaat sehingga nabi-nabi lain pun diperkecil-kecilkan. Logikkah Nabi Muhammad berperangai begitu? Itu bukannya sifat seorang Nabi yang ditunjukkan dalam Al Quran kerana mana logik seorang Nabi sampai terkena penyakit berbangga diri macam itu.

Betapa jauhnya nilai akhlak yang Al Quran tonjolkan berbanding nilai akhlak yang wujud dalam banyak riwayat hadis. Patutlah yang taksub riwayat itu mudah sangat kena penyakit berbangga diri macam iblis yang merendah-rendahkan Adam.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts: 1397
Points: 3064
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 37

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 5:14 pm

Quote :
“Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Malaikat Maut dihantar kepada Musa (alaihissalam) bagi memaklumkan panggilan Tuhan. Bila malaikat tiba, Musa menumbuknya dan matanya terpacul keluar. Dia (Malaikat Maut) kembali kepada Tuhan dan berkata: Kau menghantar aku kepada seorang hamba yang tidak mahu mati. Allah kemudian memulihkan matanya (malaikat),…” Sahih Muslim jld.4 buku 29 no.5851 ms.1264. Juga Sahih Muslim jld.4 buku 28 no.5852 ms.1265.

Dalam Al Quran, tiada kisah seseorang Nabi menumbuk mana-mana malaikat bila datang suruhan Allah itu. Contohnya kisah Nabi Ibrahim ditemui malaikat-malaikat yang mahu memberitakan tentang mendapat anak dan azab pada kaum Luth, baginda melayan tetamu itu dengan sopan.

Tetapi dalam riwayat di atas, Nabi Musa ditunjukkan bersifat terburu-buru dan ganas. Tidak hairanlah ramai orang Melayu suka bertumbuk seperti bila fanatik tengok bolasepak.

Nampak tak perbezaan sifat riwayat hadis? Untuk mendewa-dewakan Nabi Muhammad, apa sahaja berkaitan Nabi Muhammad, diceritakan dengan indah-indah. Tetapi tentang Nabi-nabi lain, riwayat itu memburukkan Nabi itu dengan menonjolkan perangai buruk.

Kalau kita tidak suka buat perbandingan dengan Al Quran, memang kita akan taksub membuta-tuli dengan riwayat-riwayat sebegitu.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts: 1397
Points: 3064
Reputation: 4
Join date: 2010-07-25
Age: 37

PostSubject: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 5:45 pm

Quote :
Sahih Muslim jld.3 buku 24 no.5389,5390 ms.1185 berbunyi, “Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Janganlah kamu memberi salam kepada orang Yahudi dan Kristian sebelum mereka memberi salam kepadamu dan bila kamu bertemu salah seorang daripada mereka di jalanan, paksalah mereka untuk mengikuti laluan yang sempit."

Dalam riwayat hadis ini menunjukkan perbuatan yang buruk terhadap orang-orang Yahudi dan Kristian. Umpamanya jangan beri salam dahulu kepada mereka. Kemudian paksa mereka guna jalan yang sempit.

Tetapi dalam Al Quran, akhlak yang ditonjolkan berbeza seperti ayat di bawah;

43:88. Dan ucapannya, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya mereka ini adalah kaum yang tidak mempercayai."
43:89. Namun begitu, maafkan mereka, dan katakanlah,"Salam!" Kelak mereka akan mengetahui.

Allah suruh kita maafkan mereka dan sampaikan "Salam" kepada mereka. Betapa mulianya ajaran Al Quran.

Nampak tak perbezaan sifat-sifat jiwa yang diajar oleh Al Quran dan riwayat. Al Quran mengajar kita membentuk jiwa yang baik dan mulia, tetapi kitab riwayat mengajar kita bentuk jiwa yang membenci dan bermusuhan. Sebab itulah umat Islam hari ini mudah membuat keganasan gara-gara disuapkan dengan kitab yang tidak mengajar nilai-nilai mulia seperti Al Quran. Dengan adanya perbandingan di antara Al Quran dengan riwayat, tahulah kita puncanya kenapa umat Islam hari ini begitu sekali perangainya.
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah

Posts: 401
Points: 1980
Reputation: 0
Join date: 2010-08-01

PostSubject: Re: Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran   Sun Oct 17, 2010 9:56 pm

salam

Bagaimana dengan hadis ini

Telah mengabarkan kepada kami Al Walid bin An Nadlr Ar Ramli dari Masarrah bin Ma'bad -dari Bani Al Harits bin Abu Al Haram dari Lakhmin- dari Al Wadliin Bahwa seorang laki-laki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata:

Hai Rasulullah, kami dahulu adalah orang-orang jahiliyah penyembah berhala dan kami membunuh anak-anak kami, ketika itu kami mempunyai anak yang senang apabila saya memanggilnya. Suatu hari saya pun memanggilnya dan dia langsung menyahut dan mengikuti saya.
Ketika saya sampai di sebuah sumur keluarga, saya langsung memegang tangannya dan saya ceburkan dia ke sumur, itulah akhir kebersamaan saya dengannya. Dia memanggil 'wahai ayahku, wahai ayahku.

' Rasulullah pun menangis sampai air matanya bercucuran. Lalu seseeorang yang duduk-duduk bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada laki-laki tersebut: kamu telah membuat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedih.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada orang tersebut: biarkan dia karena dia bertanya tentang sesuatu yang penting yang dihadapinya, kemudian Rasul berkata kepada laki-laki tersebut: Ulangi lagi cerita kamu tadi, lalu dia pun mengulangi ceritanya dan Rasul menangis lagi sampai bercucuran air matanya, membasahi janggutnya, lalu beliau bersabda: Allah subhanahu wata'ala telah menghapus dosa-dosa yang dilakukan pada masa jahiliyah oleh karena itu mulailah perbuatan kamu dengan lembaran baru yang bersih.
Back to top Go down
View user profile
 
Contoh2 Riwayat Hadis Yang Bertentangan Dengan Al-Quran

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 11Go to page : 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next

 Similar topics

-
» Me and The Quran
» Interaksi Dengan Admin
» cerpen pendek islam yang menarik !
» Video Manusia Bersetubuh Dengan Hewan
» Peraturan Yang Harus Ditaati Bersama

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda ::  :: -