E-Minda
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm
Top posters
Juang
Allah Yang Mencipta Vote_lcapAllah Yang Mencipta Voting_barAllah Yang Mencipta Vote_rcap 
gaara
Allah Yang Mencipta Vote_lcapAllah Yang Mencipta Voting_barAllah Yang Mencipta Vote_rcap 
tolokminda
Allah Yang Mencipta Vote_lcapAllah Yang Mencipta Voting_barAllah Yang Mencipta Vote_rcap 
Admin
Allah Yang Mencipta Vote_lcapAllah Yang Mencipta Voting_barAllah Yang Mencipta Vote_rcap 
othman
Allah Yang Mencipta Vote_lcapAllah Yang Mencipta Voting_barAllah Yang Mencipta Vote_rcap 
faried
Allah Yang Mencipta Vote_lcapAllah Yang Mencipta Voting_barAllah Yang Mencipta Vote_rcap 
iltizam
Allah Yang Mencipta Vote_lcapAllah Yang Mencipta Voting_barAllah Yang Mencipta Vote_rcap 
masterpiece7070
Allah Yang Mencipta Vote_lcapAllah Yang Mencipta Voting_barAllah Yang Mencipta Vote_rcap 
lia
Allah Yang Mencipta Vote_lcapAllah Yang Mencipta Voting_barAllah Yang Mencipta Vote_rcap 
Payau Putih
Allah Yang Mencipta Vote_lcapAllah Yang Mencipta Voting_barAllah Yang Mencipta Vote_rcap 

 Allah Yang Mencipta

Go down 
+4
Admin
lia
othman
Juang
8 posters
Go to page : 1, 2, 3, 4  Next
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptyFri Oct 01, 2010 11:32 pm

96:1 Bacalah dengan nama Pemeliharamu yang Menciptakan,

Tanda-tanda Kekuasaan Tuhan yang paling utama adalah kemampuan Dia mencipta bermacam-macam jenis makhluk. Wujudnya langit dan bumi serta yang terkandung di dalamnya adalah hasil Keupayaan Tuhan menciptakan. Tidak hairanlah dalam Al Quran banyak menyebut tentang Allah menciptakan bermacam-macam makhluk. Perkataan "mencipta" banyak disebut di dalam Al Quran.

Dengan merenung segala macam jenis ciptaan oleh Tuhan, ia dapat menanam rasa kerdil dan rendah diri kita kepadaNya. Lihatlah bagaimana Allah ciptakan langit dan bumi secara benar di mana kewujudan makhluk-makhluk ini tidak mungkin dapat dinafikan.

16:3. Dia mencipta langit dan bumi dengan benar; tingginya Dia daripada apa yang mereka menyekutukan.

Oleh kerana Tuhan mampu mencipta makhluk seluas semesta alam ini secara benar (boleh dikaji dan masuk akal), takkanlah Tuhan menurunkan ajaran yang karut-marut dan tak masuk akal kepada manusia? Sudah pasti itu bukannya datang daripada Tuhan, tetapi diada-adakan seperti mana orang-orang Nasrani mengada-adakan kepercayaan karut mereka melalui gospel-gospel atas nama si polan dan si polan.

30:54. Allah ialah Dia yang mencipta kamu daripada keadaan lemah, kemudian Dia membuatkan setelah keadaan lemah, kekuatan, kemudian setelah kekuatan, Dia membuatkan berkeadaan lemah dan beruban; Dia mencipta apa yang Dia mengkehendaki, dan Dia Yang Mengetahui, Yang Berkuasa.

Lihat pula pada bukti yang paling hampir dengan manusia iaitu proses kejadian manusia di muka bumi bermula dalam keadaan lemah (bayi), menjadi kuat (dewasa) dan kembali kepada lemah (tua). Adakah proses itu suatu yang sukar difikirkan dan tidak masuk akal?

Pernahkah Allah ciptakan manusia, pada hari ini manusia itu seperti bayi, esoknya bertukar menjadi seorang tua, kemudian minggu depan jadi dewasa, bulan depan bertukar jadi bayi balik? Tidak, Allah tidak mencipta secara tak masuk akal. Apa yang Allah tetapkan, semuanya mudah difikirkan.

Daripada sekecil-kecil makhluk sehinggalah sebesar-besar makhluk, semuanya Allah ciptakan secara benar yang mana manusia boleh mengkaji dan melihat betapa Bijaksananya Allah melakukan semua itu. Namun kenapa masih ada manusia menurut membuta-tuli ajaran karut-marut yang tidak ada sokongan hukum-hukum yang ada di langit dan bumi itu? Bagaimana mereka boleh sampai ke tahap menyekutukan Tuhan? Apakah mereka tidak melihat penciptaan-penciptaan itu semua termasuk penciptaan diri mereka sendiri?

16:17. Adakah Yang mencipta sama dengan yang tidak mencipta? Tidakkah kamu mengambil peringatan?

Jadi apakah Tuhan yang Mencipta itu sama dengan si polan dan si polan yang tidak mencipta itu? Kenapa ayat-ayat Pencipta ditolak semata-mata taksub kepada gospel-gospel si polan dan si polan tersebut?
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 03, 2010 6:45 am

36:81. Tidakkah Dia yang mencipta langit dan bumi berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Ia, Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui.

Umat terdahulu hanya nampak sistem semesta ini ada bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang. Bumi adalah planet yang mengeliling matahari. Bulan adalah satelit yang mengelilingi planet.

Saintis hari ini telah menemui beberapa planet-planet lain yang seiras sifatnya dengan bumi yang boleh dijadikan tempat kehidupan manusia yang mengelilingi bintang-bintang di langit.

Bayangkan lebih 1500 tahun yang lalu Al Quran sudah beri petunjuk tentang Allah berkuasa menciptakan sistem solar serupa yang manusia duduki, baru hari ini manusia dapat menemuinya.

Di sini kita nampak, walaupun Al Quran tidak sebutkan secara terperinci tentang kewujudan planet-planet tersebut, tetapi Al Quran memberitahu konsepnya yang masuk akal. Bermakna walaupun perihal planet-planet itu tidak disebut dalam Al Quran, tetapi Allah dahulukan dengan menyebut tentang kemungkinan kewujudan planet-planet itu.

Berbeza dengan azab kubur, tidak diceritakan konsepnya pun di dalam Al Quran. Ia hanya diada-adakan dalam kitab riwayat.

Jika Allah boleh perbanyakan manusia setelah menciptakan manusia pertama, takkanlah menjadi satu yang susah untuk Allah mencipta planet-planet yang serupa dengan bumi di serata alam ini?

Dengan memahami bagaimana Allah mencipta sesuatu dengan benar, mudahlah kita membezakan sesuatu ajaran yang datang daripada Allah dan ajaran yang diada-adakan atas nama si polan seperti orang-orang Nasrani terdahulu lakukan.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 03, 2010 7:26 am

41:9. Katakanlah, "Apa, adakah kamu tidak percaya kepada-Nya yang mencipta bumi dalam dua hari, dan adakah kamu mengadakan rakan-rakan bagi-Nya? Itulah Pemelihara semua alam.

Ayat ini menunjukkan kelogikan Allah mencipta sesuatu pun memerlukan tempoh masa. Walaupun Allah katakan "jadilah", pasti ia terjadi, tetapi untuk menjadikan sesuatu perkara, Allah melakukannya dalam tempoh waktu tertentu. Ini memang fitrah penciptaan. Ia memerlukan masa ia dimulakan dan masa ia disiapkan.

Tetapi apakah si polan dan si polan yang dijadikan sekutu Tuhan itu mampu mencipta bumi dalam masa dua hari? Jadi kenapa riwayat yang disandarkan atas nama mereka dituruti membuta-tuli sedangkan mereka tidak mampu mencipta apa-apa pun?

57:4. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya. Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

Ayat di atas juga suatu yang logik. Jika penciptaan bumi yang kecil ini memerlukan dua hari, maka penciptaan langit dan bumi yang sudah tentu sistemnya lebih kompleks, maka Allah memerlukan enam hari.

Malah dalam bidang penciptaan sistem komputer (contohnya), jika program yang pendek dan tidak kompleks mengambil masa satu hari, sudah tentu untuk mencipta program yang lebih sukar dan kompleks memerlukan masa yang lebih lama. Tak logik program yang sukar mengambil masa yang kurang daripada program yang mudah untuk diciptakan.

Nampaknya bagaimana Al Quran menceritakan tentang Allah? Biarpun Allah itu Tuhan, tetapi Al Quran menceritakan tentang Allah dengan mengaitkanNya pada sesuatu yang masuk akal dan logik. Tetapi bagaimana ada manusia meriwayatkan pasal seseorang Nabi (yang hanya manusia biasa) dengan mengaitkan nabi pada perkara-perkara tak masuk akal? Bukankah jauh perbezaan Al Quran dengan kitab riwayat itu? Tetapi mereka masih buta lagi untuk menilai perbezaan tersebut.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 03, 2010 8:01 am

56:57. Kami mencipta kamu; maka mengapakah kamu tidak mengesahkan?

Allah yang mencipta kita. Kalau kita rasa terhutang budi diciptakan oleh Allah, sepatutnya ayat-ayat Allah itulah kita mengesahkan. Yang pergi sahkan ayat-ayat si polan dan si polan membuta-tuli itu kenapa? Apakah mereka itu yang mencipta kita?

Sebab itulah Rasulullah sahkan Taurat dan Injil, bukannya gospel-gospel atas nama si polan tersebut. Jadi, jika kita nak contohi Rasulullah, sahkanlah Al Quran, bukannya riwayat-riwayat si polan bin si polan itu.

55:1. Yang Pemurah,
55:2. Mengajar al-Qur'an.
55:3. Dia mencipta manusia,

Dan yang menciptakan manusia itulah Tuhan yang mengajar kepada Nabi pengetahuan Al Quran. Jadi yang taksub membuta-tuli kepada manusia yang mengajar kitab riwayat itu buat apa? Kalau kita rasa terhutang budi pada Allah yang mencipta, sepatutnya kita mahu belajar Al Quran dengan Allah, bukannya pergi belajar kitab riwayat si polan itu. Dasar tak tahu mengenang budi langsung.

53:45. Dan bahawa Dia Sendiri yang mencipta dua jenis, lelaki dan perempuan,

Selain Dia sendiri menciptakan kita, Dia jugalah yang menciptakan manusia ada dua jenis iaitu lelaki dan perempuan yang setiap mereka ada fungsi-fungsi yang tersendiri. Jadi yang pergi taksub pada riwayat si polan dan si polan untuk mengada-adakan apa yang Pencipta kita tidak pernah tetapkan buat apa? Dasar tak tahu mengenang budi Tuhan langsung.

51:56. Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-ku.

Tidaklah jin dan manusia diciptakan melainkan untuk berbakti kepada Tuhan, bukannya kepada mana-mana si polan. Takkanlah nak berbakti kepada Tuhan tanpa apa-apa perantaraan pun tak tahu? Bukankah Allah sudah berikan akal untuk berfikir?
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 551
Points : 5548
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 03, 2010 1:42 pm

Quote :
57:4. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya. Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah melihat apa yang kamu buat.

hari bersandar kepada siang dan malam dan bersandar pula kepada langit dan bumi . bagaimana pulak enam hari yg di kira untuk mencipta sekiranya langit dan bumi belum ada .
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 03, 2010 2:49 pm

othman wrote:

hari bersandar kepada siang dan malam dan bersandar pula kepada langit dan bumi . bagaimana pulak enam hari yg di kira untuk mencipta sekiranya langit dan bumi belum ada .
Salam,

Ikut perspektif manusia yang hidup atas muka bumi, tempoh satu hari dikira daripada proses peredaran malam kepada siang dan sampai kembali ke malam (satu kitaran lengkap siang-malam). Maka di sisi Allah sudah tentu mengukur hari menggunakan proses yang membentuk satu kitaran lengkap juga. Cuma buat masa ini manusia tidak tahu kitaran manakah yang dirujuk oleh Allah dalam ayat Al Quran tersebut.

Andaikata manusia dapat mengkaji dengan lebih luas alam semesta ini, akan nampaklah maksud 2 hari/6 hari yang digunakan dalam Al Quran seperti mana 7 lapisan langit yang ada dalam Al Quran diterima pakai dalam sains juga setelah manusia mula mengkaji alam semesta ini.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptyMon Oct 04, 2010 10:14 pm

54:49. Sesungguhnya Kami mencipta segala sesuatu menurut ukuran.

Apabila Allah mencipta segala sesuatu, ada ukuran-ukuran yang Dia turuti. Maknanya Allah tidak melakukan sesuatu secara sebarangan dan tidak teliti. Daripada petunjuk tersebut, sesuatu yang datang daripada Allah, pasti boleh difikirkan kerana wujudnya ukuran-ukuran tertentu. Tetapi yang datang daripada si polan dan si polan, tidak ada apa-apa bukti melainkan atas dasar kepercayaan membuta-tuli seperti mana orang-orang Nasrani membuta-tuli terima konsep tiga dalam satu. Mana ada hukum ukuran membenarkan 3 = 1?

Tetapi perangai menurut membuta-tuli gospel-gospel si polan itulah yang diikuti oleh kebanyakan orang-orang beragama Islam hari ini.

50:16. Sesungguhnya Kami mencipta manusia; dan Kami mengetahui apa yang jiwanya membisikkan kepadanya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher.

Pada pembuluh-pembuluh leher (urat saraf), terdapat isyarat-isyarat yang membawa sesuatu maklumat. Maklumat-maklumat yang mengalir dalam jaringan saraf itu boleh diketahui oleh Allah kerana Allah-lah yang mencipta sistem tersebut, seperti mana maklumat-maklumat yang mengalir dalam jaringan sistem komputer (seperti internet) boleh diketahui oleh manusia kerana manusia yang mencipta sistem tersebut (setelah rajin berfikir).

Jika Allah mencipta sistem saraf manusia ada ukurannya, dan saintis mencipta sistem jaringan komputer ada ukurannya, takkanlah kita nak taksub pada si polan dan si polan yang tidak membawa apa-apa ukuran melainkan suruh beritual membuta-tuli itu? Jangan jadi bodoh macam kaum Nabi Ibrahim yang membuta-tuli beritual tanpa memikirkan apa yang mereka turuti daripada nenek-moyang mereka?

49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

Selain Allah menciptakan manusia ada jenis lelaki dan perempuan, Dia juga menciptakan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling kenal mengenali, bukannya untuk bergaduh merasakan kaum mereka sahaja benar dan dikasihi Allah dan kaum lain semuanya kafir. Gara-gara taksub kepada si polan dan si polan itulah ada kaum-kaum yang jadi ekstrim merasakan diri mereka lebih mulia daripada yang lain, walhal Allah melihat kemuliaan manusia pada ketaqwaannya bukan pada keturunannya.

Ayat Al Quran semudah itu pun mereka tak faham-faham lagi.
Back to top Go down
lia
Siswazah
Siswazah
lia

Posts : 120
Points : 5095
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptyTue Oct 05, 2010 2:25 pm

Salam En Othman,
Mereka yang tak faham dan tak mahu belajar Islam akhirnya keluar dari Islam dan mengikut nafsu sendiri. Orang Islam mempunyai fahaman yang satu dan sangat jelas tentang apa yang mereka tidak fahami. Selagi mereka bercakap semakin sesat dari Islam. Kalau kita berfikir kearah kiri sudah tentulah ke kiri perginya walaupun mentafsir ayat yang sama. Itukan telah disebut dalam al Quran. Mereka yang menolak Islam tidak akan faham makna al Quran. Itulah yang paling logik.
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor
Admin

Posts : 601
Points : 5666
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptyTue Oct 05, 2010 7:41 pm

lia wrote:
Salam En Othman,
Mereka yang tak faham dan tak mahu belajar Islam akhirnya keluar dari Islam dan mengikut nafsu sendiri. Orang Islam mempunyai fahaman yang satu dan sangat jelas tentang apa yang mereka tidak fahami. Selagi mereka bercakap semakin sesat dari Islam. Kalau kita berfikir kearah kiri sudah tentulah ke kiri perginya walaupun mentafsir ayat yang sama. Itukan telah disebut dalam al Quran. Mereka yang menolak Islam tidak akan faham makna al Quran. Itulah yang paling logik.

Salam,

Rasanya, forumer di sini tidak ada yang menolak islam. Cuma, yang tidak manisnya, bila mempergunakan nama islam untuk mempromosikan amalan-amalan ritual yang tidak terkandung dalam al-quran.
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptyThu Oct 14, 2010 11:37 pm

Salam,

Yang menyebabkan ramai manusia melampaui batas kerana mereka tidak sedar diri yang mereka diciptakan. Akibat disogok dengan sesuatu kepercayaan tradisi yang mereka rasa merekalah puak yang benar dan puak-puak lain semuanya salah, mereka menjadi golongan yang lupa diri bahawa mereka hanyalah hasil ciptaan Tuhan (makhluk).

Ada yang berlagak seperti tuhan untuk menetapkan hukum-hukum yang Tuhan pun tak pernah tetapkan sedemikian. Ada pula yang menjadikan orang-orang yang berlagak seperti tuhan itu sebagai perantaraan mereka dengan Tuhan sehingga segala hukum-hukum yang ditokok-tambah itu dipercayai dan dituruti membuta-tuli.

Tetapi apabila kita sedar diri yang kita ini adalah produk ciptaan Tuhan, pasti kita tidak berani nak berdusta dan mengada-adakan apa yang Dia tidak pernah tetapkan. Pasti kita takut nak membawa cerita kononnya Nabi naik ke langit jumpa Tuhan. Pasti kita takut hendak mengatakan adanya azab kubur sedangkan kita sendiri tiada bukti ayat-ayat Tuhan.
Back to top Go down
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi
Muhammad

Posts : 52
Points : 5012
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptyFri Oct 15, 2010 9:13 pm

Salam juang

Teruskan , kerana saya suka sekali dengan tajuk ini.
Mungkin lebih mulia jika kita menceritakan , mengali mencari rahsia ciptaan Allah dan lupakan yang lain lain.

Tentang Hari atau masa iru , sefaham saya hanya ada satu Hari sahaja. ini kerana yang kita nampak berbilang bagi hari adalah kerana di tutup oleh malam .

bagaimana dengan fikiran juang./ semua
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySat Oct 16, 2010 11:46 pm

Salam,

Manusia menggunakan kitaran siang dan malam untuk mengukur bilangan hari. Kemudian menggunakan perjalanan bumi mengelilingi matahari untuk mengukur bilangan tahun. Pengukuran masa adalah penting untuk kita membuat perancangan di masa hadapan. Bila ada pengukuran masa, barulah kita tahu menghargai masa seperti yang dianjurkan dalam surah Al Ashr.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 2:00 pm

46:3. Kami tidak mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang dinyatakan; tetapi orang-orang yang tidak percaya berpaling daripada amaran yang mereka diberi.

Banyak kali dalam Al Quran mengulang-ulang bahawa Dia mencipta langit dan bumi dengan benar, bukannya secara dusta. Oleh kerana Allah membina struktur langit dan bumi secara benar, manusia boleh mengkaji dan menyelidiki sehingga faham bermacam-macam hukum sains yang tidak terfikir sebelum ini. Dan dengan mengetahui pelbagai hukum-hukum tersebut, manusia boleh berevolusi untuk mengubah tamadun mereka pada satu keadaan yang belum pernah dilalui oleh nenek moyang terdahulu.

Berbeza dengan monyet atau beruk, mereka tidak mampu mengubah nasib mereka. Jika beruk di zaman Rasulullah hidup keadaan seperti itu, beruk di zaman kita hari ini pun sama sahaja keadaannya (jadi kalau orang Melayu tak tahu mengubah nasibnya sehingga masih ketinggalan seperti zaman sebelum merdeka, apa bezanya orang Melayu dengan beruk?).

Tetapi tidak bagi manusia, kerana kurniaan akal itu, kehidupan manusia boleh berubah kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya daripada hasil penyelidikan orang-orang yang rajin berfikir, kita dapat lihat satu makhluk baru bernama komputer atau telefon bimbit yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia 20 tahun yang lalu.

Nampak tak proses penciptaan yang manusia lakukan sama seperti yang Allah lakukan iaitu perlukan kebenaran dan tempoh waktu tertentu? Bezanya ukuran masa yang Tuhan guna dengan yang manusia guna berbeza.

46:33. Apa, tidakkah mereka melihat bahawa Allah yang mencipta langit dan bumi, dan tidak berasa letih menciptanya, berkuasa untuk menghidupkan yang mati? Ia, sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Setelah kita sedar bahawa Allah Mencipta langit dan bumi secara benar dengan tempoh tertentu tanpa keletihan, dan berupaya menghidupkan apa yang telah mati seperti mana Dia mampu mencipta sesuatu makhluk daripada tiada kepada ada, maka kepada siapa kita patut taati? Pada Allah-kah atau pada si polan dan si polan?

Ketetapan siapa yang layak kita patuhi? Ketetapan yang direstui Allah atau ketetapan yang diada-adakan atas nama si polan dan si polan seperti mana iblis mengadakan ketetapan bahawa diciptakan daripada api lebih baik daripada tanah?

Kita boleh nampak ketetapan daripada Tuhan berbeza sifatnya dengan ketetapan yang diada-adakan oleh makhluk-makhluk yang tak sedar diri lagi suka berbangga diri.

Bagaimana mereka boleh dipalingkan sedangkan mereka hidup menumpang bumi ciptaan Tuhan, bukannya bumi ciptaan si polan?
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 551
Points : 5548
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 2:07 pm

menyalahkan orang memang senang .. dah tak paham apa yg saudara nak sampaikan . para ulamak pun tak ada pernah melarang manusia mencipta atau belajar sehingga kemana pun . tak ada kaitan langsung . umpamanya ramai jugak yg makan daging babi tapi tak jugak pandai mencipta .
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 2:26 pm

45:22. Allah mencipta langit dan bumi dengan benar, dan supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa yang ia mengusahakan, dan mereka tidak akan dizalimi.

Allah mencipta langit dan bumi agar setiap jiwa berusaha. Sesiapa yang rajin berusaha, dapatlah balasan sesuai dengan kerajinannya. Sesiapa yang malas berusaha, dapatlah balasan sesuai dengan kemalasannya. Sesiapa yang berusaha pada jalan yang baik, dapatlah balasan yang baik. Sesiapa berusaha pada jalan yang jahat, dapatlah balasan yang jahat juga. Sesiapa yang berusaha pada arah yang benar, dapatlah balasan yang benar (realistik). Sesiapa yang berusaha pada arah yang dusta, dapatlah balasan yang dusta (khayalan). Semua dibalas secara adil dan saksama.

Allah tak pandang pun label Yahudi, Nasrani atau apa-apa agama pun. Hanya penganut-penganut itu yang perasan puak mereka lebih baik daripada puak-puak yang lain seperti mana iblis perasan puaknya yang diciptakan oleh api lagi baik daripada tanah.

44:38. Kami tidak mencipta langit dan bumi dan semua yang di antara keduanya dengan bermain-main,

Cuba kita renungkan bagaimana planet-planet boleh patuh kepada ketetapan yang direstui Allah iaitu agar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. Sudah berapa juta tahun Allah cipta planet-planet itu, tiada satu pun yang sengaja nak berlanggar di antara satu sama lain. Mereka tidak berdengki pun untuk berebut-rebut siapa yang lebih dengan dengan matahari.

Tetapi cuba lihat perangai manusia. Mereka hidup berlanggar (berperang) di antara satu sama lain kerana nak berbangga diri dengan ketaksuban pada puak masing-masing akibat ajaran pembesar-pembesar mereka yang menghasut ke arah permusuhan akibat berlainan kepercayaan. Ada yang berebut kuasa atas kepercayaan puak merekalah yang layak masuk syurga daripada puak lain. Nampak tak kebodohan manusia itu? Patuhlah di akhirat kelak, spesis manusia tak sedar diri itu yang disumbat ke dalam neraka.

Oleh kerana Allah mencipta itu semua secara benar dan bukannya bermain-main, sebab itulah sesuatu yang ditetapkan oleh Allah bersifat kukuh dan teguh. Tetapi yang diada-adakan atas nama si polan dan si polan, ia tidak kukuh malah mudah dipatahkan dengan ayat-ayatNya.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 2:27 pm

othman wrote:
menyalahkan orang memang senang .. dah tak paham apa yg saudara nak sampaikan . para ulamak pun tak ada pernah melarang manusia mencipta atau belajar sehingga kemana pun . tak ada kaitan langsung .
Salam,

Tiada mana-mana individu disalahkan. Ia hanyalah peringatan agar kita tunduk pada ketetapan Allah, bukannya ketetapan si polan. Itu sahaja. Jadi janganlah nak marah tak tentu pasal.

Quote :
umpamanya ramai jugak yg makan daging babi tapi tak jugak pandai mencipta .

Kerana Allah tidak pernah tetapkan "sesiapa makan babi, dia akan pandai mencipta", logiklah ramai yang makan babi pun tak tahu mencipta.

Nak pandai mencipta, kena rajin berfikir. Sebab itulah Al Quran banyak ayat suruh berfikir.

Bukan susah sangat pun nak fikir itu semua.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 3:22 pm

43:9. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" mereka akan berkata, "Yang Perkasa, Yang Mengetahui, mencipta mereka."

Kalau kita tanya mana-mana manusia baik yang beritual mengadap matahari, bulan atau apa jua objek, "siapakah yang mencipta langit dan bumi", pasti mereka tujukan kepada Tuhan Yang Mencipta itu.

Tetapi macam mana mereka boleh dipalingkan untuk percaya kepada si polan mereka yang suruh beritual mengadap sesuatu objek itu yang Tuhan tidak pernah turunkan suruhan begitu? Di mana perginya akal mereka?

43:12. Dan yang mencipta pasangan-pasangan, kesemuanya, dan membuatkan untuk kamu, kapal dan binatang ternak, seperti yang kamu tunggang,

Allah mencipta manusia berpasang-pasangan. Bukan sahaja pasangan dari segi jantina, tetapi sifat-sifat dalam diri manusia itu sendiri ada pasangan-pasangannya. Umpamanya rajin dan malas, baik dan jahat, sabar dan marah, damai dan bermusuhan, dan lain-lain. Bila kita tahu umat Islam hari ini lemah kerana malas dan cepat berputus asa, maka kita mampu mengubah keadaan itu kerana sifat rajin dan cekal ada dalam diri masing-masing. Cuma bergantung pada diri manusia itu sendiri hendak menanam sifat-sifat mulia itu.

Selain Allah mencipta manusia, Allah juga beri kepandaian kepada manusia untuk mencipta kapal dan menggunakan sumber tenaga seperti binatang (dan hari ini guna enjin minyak) untuk membuat pengangkutan. Semua nikmat-nikmat itu manusia perolehi bila tunduk pada hukum-hukum alam yang benar, bukannya pada hukum-hukum dusta yang diada-adakan atas nama si polan.

Orang Eropah yang lahir daripada keturunan yang mengadakan anak bagi Tuhan pun tidak dapat mencipta teknologi hari ini menggunakan kepercayaan tradisi agama mereka. Semuanya mereka dapat setelah berevolusi minda untuk kembali kepada hukum-hukum yang Tuhan tetapkan.

Contohnya, mereka mampu meneroka angkasa pada hari ini bukannya kerana kepercayaan bahawa Isa itu putera Allah. Kepercayaan itu tidak menyumbang apa-apa manfaat pun untuk teroka semesta alam ini. Semuanya kerana mereka percaya kepada hukum-hukum yang Allah tetapkan di serata alam ini.

43:87. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang mencipta kamu?" mereka akan berkata, "Allah." Bagaimanakah pula mereka dipalingkan?

Jika kita tanya orang yang menjadikan si polan dan si polan itu sebagai sekutu Tuhan (sehinggakan ketetapan yang mereka ada-adakan dituruti membuta-tuli), siapa yang mencipta mereka, pasti mereka jawab "Tuhan". Mereka sedar bukan si polan itu yang mencipta mereka.

Malangnya mereka tolak apa yang Allah tetapkan, untuk menurut apa yang disampaikan atas nama si polan tersebut. Mereka tolak Kitab Tuhan, untuk mengambil kitab riwayat si polan. Bagaimana mereka boleh berpaling sampai begitu sekali?
Back to top Go down
iltizam
Siswazah
Siswazah
iltizam

Posts : 401
Points : 5394
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 3:28 pm

Juang wrote:
[justify][color=green]
43:87. Jika kamu menanyakan mereka, "Siapakah yang mencipta kamu?" mereka akan berkata, "Allah." Bagaimanakah pula mereka dipalingkan?
justify]

Salam Juang
susulan dari pada ayat itu ialah

43:88. Dan ucapannya, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya mereka ini adalah kaum yang tidak mempercayai."
43:89. Namun begitu, maafkan mereka, dan katakanlah,"Salam!" Kelak mereka akan mengetahui

Quote :
Selain Allah mencipta manusia, Allah juga beri kepandaian kepada manusia untuk mencipta kapal dan menggunakan sumber tenaga seperti binatang (dan hari ini guna enjin minyak) untuk membuat pengangkutan. Semua nikmat-nikmat itu manusia perolehi bila tunduk pada hukum-hukum alam yang benar, bukannya pada hukum-hukum dusta yang diada-adakan atas nama si polan.

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, Kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga". إِ
Tuhan-mu adalah yang melayarkan kapal-Kapal di lautan untukmu, agar kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyayang terhadapmu
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 3:35 pm

Salam Iltizam,

Benar. Sebab itulah kita sampaikan "salam" kepada mereka biar macam mana pun mereka tak percaya kepada ayat-ayat Allah. Moga-moga kelak mereka akan mengetahui.
Back to top Go down
iltizam
Siswazah
Siswazah
iltizam

Posts : 401
Points : 5394
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 3:38 pm

Juang wrote:
Salam Iltizam,

Benar. Sebab itulah kita sampaikan "salam" kepada mereka biar macam mana pun mereka tak percaya kepada ayat-ayat Allah. Moga-moga kelak mereka akan mengetahui.

Semoga Allah memperkenankan
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 551
Points : 5548
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 4:16 pm

Juang wrote:
othman wrote:
menyalahkan orang memang senang .. dah tak paham apa yg saudara nak sampaikan . para ulamak pun tak ada pernah melarang manusia mencipta atau belajar sehingga kemana pun . tak ada kaitan langsung .
Salam,

Tiada mana-mana individu disalahkan. Ia hanyalah peringatan agar kita tunduk pada ketetapan Allah, bukannya ketetapan si polan. Itu sahaja. Jadi janganlah nak marah tak tentu pasal.

Quote :
umpamanya ramai jugak yg makan daging babi tapi tak jugak pandai mencipta .

Kerana Allah tidak pernah tetapkan "sesiapa makan babi, dia akan pandai mencipta", logiklah ramai yang makan babi pun tak tahu mencipta.

Nak pandai mencipta, kena rajin berfikir. Sebab itulah Al Quran banyak ayat suruh berfikir.

Bukan susah sangat pun nak fikir itu semua.

dalam hal kemajuan apakah larangan yg di kenakan sehingga saudara menyalah kan ulama . apakah kefahaman mereka berbeda dalam menafsir al quran membuatkan saudara merasa merekalah penyebab umat islam hari ini ketinggalan?
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 4:32 pm

othman wrote:

dalam hal kemajuan apakah larangan yg di kenakan sehingga saudara menyalah kan ulama . apakah kefahaman mereka berbeda dalam menafsir al quran membuatkan saudara merasa merekalah penyebab umat islam hari ini ketinggalan?
Salam,

Common jawapan orang-orang agama adalah "dalam Islam tidak boleh guna akal". Macam mana kemajuan nak dicapai kalau dilarang guna akal? Mana ada manusia jadi maju tanpa menggunakan akal?

Kemudian mereka mengatakan Al Quran perlu dijelaskan dengan riwayat hadis sedangkan Allah tidak pernah tetapkan demikian. Sedangkan Allah suruh agar Al Quran difikirkan, bukannya dijelaskan dengan kitab riwayat. Dan mana ada manusia boleh maju guna kitab riwayat? Orang Eropah jadi maju hari ini pun bukannya kerana berpegang pada gospel-gospel atas nama si polan, tetapi kerana mereka tunduk pada hukum alam Tuhan ini.

Jadi, janganlah nak menokok-tambah hukum yang Allah tak pernah tetapkan. Apa yang Allah sudah tetapkan dalam Al Quran itu, terimalah dengan hati terbuka. Kata nak masuk syurga. Nak masuk syurga, kenalah Tuhan bukakan pintu untuk kita. Tetapi kalau kita sendiri tak terbuka terima Kitab Tuhan kerana taksub kitab si polan, macam mana Dia nak balas serupa dengan apa yang kita inginkan?

Belajarlah terbuka menerima Kitab Tuhan, barulah akan sampai kemajuan itu. Orang-orang Jepun boleh maju pun sebab mereka terbuka menerima Al Quran dalam praktik hidup mereka. Sifat rajin berusaha, rajin berfikir, tidak membuang masa, berkomitmen tinggi itulah kunci mereka berjaya yang selari dengan saranan Al Quran. Tetapi ramai orang-orang Melayu tak sedar sebab mereka tidak menggunakan Al Quran untuk membuat perbandingan sifat-sifat baik dan buruk yang disebutkan dalam Al Quran itu.
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 551
Points : 5548
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 6:24 pm

adakah saudara menghadapi tekanan dari ulamak utk memajukan diri saudara . adakah kerana saudara tidak dapat mencipta roket maka saudara menyalahkan riwayat2 hadis ?

adakah utk belajar di jepun kena belajar kitab riwayat dan macam2 kitab yg di terbiykan oleh ulamak ? tak ada kan , bahkan kalau sedara nak makan babi pun tak ada yg halang pun . di malaysia ni pun bukan ada bangsa melayu sahaja . cina dan india langsung tidak terikat dgn riwayat dan kata2 ulamak .

saya rasa kalau kita tukar PM kita dgn orang jepun maka malaysia akan lebih maju dari menyalahkan ulamak .
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 6:46 pm

othman wrote:

adakah saudara menghadapi tekanan dari ulamak utk memajukan diri saudara . adakah kerana saudara tidak dapat mencipta roket maka saudara menyalahkan riwayat2 hadis ?
Salam,

Saya tidak menghadapi apa-apa tekanan (buat masa ini) untuk memajukan diri. Cuma saya sampaikan perbezaan ajaran Al Quran dengan ajaran ulamak. Tak tahulah kalau ada yang tertekan dengan apa yang saya sampaikan itu seperti mana orang-orang musyrik terdahulu tertekan bila Rasulullah sampaikan perbezaan ajaran Al Quran dengan ajaran ulamak ugama yang wujud pada zaman itu.

Quote :
adakah utk belajar di jepun kena belajar kitab riwayat dan macam2 kitab yg di terbiykan oleh ulamak ? tak ada kan , bahkan kalau sedara nak makan babi pun tak ada yg halang pun . di malaysia ni pun bukan ada bangsa melayu sahaja . cina dan india langsung tidak terikat dgn riwayat dan kata2 ulamak .

saya rasa kalau kita tukar PM kita dgn orang jepun maka malaysia akan lebih maju dari menyalahkan ulamak .
Saya hanya nak jelaskan perbezaan mana yang benar (mengikut perspektif Al Quran) dengan mana yang diada-adakan agar tiada yang berdusta kononnya Al Quran tak boleh difahami tanpa riwayat dan kata-kat ulamak.

Saya hanya nak membuktikan yang riwayat dan kata-kata ulamak bukannya satu kemestian yang perlu dipatuhi. Kata-kata Allah sahajalah perlu dipatuhi.

Dalam Al Quran tidak ada mengatakan dengan cara menukar PM dengan orang Jepun, sesuatu bangsa/negara akan maju. Yang Al Quran kata, ubah attitude dalam diri, barulah nasib sesuatu kaum itu akan berubah.

Mudah bukan? Semua jawapan sudah ada dalam Al Quran. Tak payah sampai nak tukar pemimpinlah itulah. Perangai umat Islam hari ini, suka sangat nak jatuhkan pemimpin daripada mengajak sama-sama menilai di mana lemahnya umat.

Dan yang tertekan sangat bila ada pihak nak ajak kembali kepada Al Quran apa halnya? Nak ajak kembali kepada Al Quran pun marah? Macam mana nak maju? Bila mundur dan lemah, mulalah nak salahkan Baratlah, padahal diri sendiri yang pemalas.
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana
avatar

Posts : 551
Points : 5548
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta EmptySun Oct 17, 2010 7:06 pm

Juang wrote:
othman wrote:

adakah saudara menghadapi tekanan dari ulamak utk memajukan diri saudara . adakah kerana saudara tidak dapat mencipta roket maka saudara menyalahkan riwayat2 hadis ?
Salam,

Saya tidak menghadapi apa-apa tekanan (buat masa ini) untuk memajukan diri. Cuma saya sampaikan perbezaan ajaran Al Quran dengan ajaran ulamak. Tak tahulah kalau ada yang tertekan dengan apa yang saya sampaikan itu seperti mana orang-orang musyrik terdahulu tertekan bila Rasulullah sampaikan perbezaan ajaran Al Quran dengan ajaran ulamak yang wujud pada zaman itu.

Quote :
adakah utk belajar di jepun kena belajar kitab riwayat dan macam2 kitab yg di terbiykan oleh ulamak ? tak ada kan , bahkan kalau sedara nak makan babi pun tak ada yg halang pun . di malaysia ni pun bukan ada bangsa melayu sahaja . cina dan india langsung tidak terikat dgn riwayat dan kata2 ulamak .

saya rasa kalau kita tukar PM kita dgn orang jepun maka malaysia akan lebih maju dari menyalahkan ulamak .
Saya hanya nak jelaskan perbezaan mana yang benar (mengikut perspektif Al Quran) dengan mana yang diada-adakan agar tiada yang berdusta kononnya Al Quran tak boleh difahami tanpa riwayat dan kata-kat ulamak.

Saya hanya nak membuktikan yang riwayat dan kata-kata ulamak bukannya satu kemestian yang perlu dipatuhi. Kata-kata Allah sahajalah perlu dipatuhi.

Dalam Al Quran tidak ada mengatakan dengan cara menukar PM dengan orang Jepun, sesuatu bangsa/negara akan maju. Yang Al Quran kata, ubah attitude dalam diri, barulah nasib sesuatu kaum itu akan berubah.

Mudah bukan? Semua jawapan sudah ada dalam Al Quran. Tak payah sampai nak tukar pemimpinlah itulah.

Dan yang tertekan sangat bila ada pihak nak ajak kembali kepada Al Quran apa halnya? Nak ajak kembali kepada Al Quran pun marah? Macam mana nak maju? Bila mundur dan lemah, mulalah nak salahkan Baratlah, padahal diri sendiri yang pemalas.

Kalau dah tahu diri sendiri malas jadi tak usahlah kita dok canang nak ajak orang ikut al quran . hal2 yg saudara kata ikut al quran tu pun tak ada pun melibatkan kesan kemajuan kepada sesuatu bangsa . ajak makan babi , solat tak ada cara , puasa cara mariam dan lain2 tu adalah amalan yg bangsa lain pun ada . bangsa jepun ada cara dia dan tak pun memberi kesan kepada kemajuan bangsa . dia pun ada ulamak dia , ada kitab riwayat dia .

Yg memimpin sesuatu bangsa itu yg memainkan peranan . saudara boleh baca banyak tamadun dunia yg utama adalah di corakkan oleh pemimpin yg berkesan . ulamak tak memcorakkan apa2 pun .

mungkin jugak saudara ni sakit jiwa . nak gila agak nya .
Back to top Go down
Sponsored content

Allah Yang Mencipta Empty
PostSubject: Re: Allah Yang Mencipta   Allah Yang Mencipta Empty

Back to top Go down
 
Allah Yang Mencipta
Back to top 
Page 1 of 4Go to page : 1, 2, 3, 4  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: