HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Jangan takut selain Allah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Jangan takut selain Allah   Tue Oct 26, 2010 11:47 am

Salah satu sifat utama para Nabi dan Rasul terdahulu adalah mereka hanya takut kepada Allah semata-mata. Mereka tidak takut kepada ulamak ugama yang wujud zaman mereka. Jadi kalau kita ingin mencontohi semangat mereka, kita pun janganlah takut kepada manusia atau siapa jua selainNya. Jangan menurut membuta-tuli apa yang diada-adakan oleh manusia.

Dalam Al Quran banyak sekali ayat yang menyuruh kita jangan takut kepada selain Allah. Ini kerana apa yang diada-adakan oleh manusia belum tentunya benar-benar terjadi, sedangkan apa yang ditetapkan oleh Allah, pasti terjadi.

Contohnya apabila Allah suruh kita berfikir, janganlah ikut kata-kata manusia yang melarang berfikir, sebab mereka bukannya tuhan yang lagi Kuat daripada Allah. Sedangkan mereka pun diciptakan seperti mana kita diciptakan, kenapa nak menurut membuta-tuli apa yang mereka ada-adakan? Malah kita sudah nampak kesan buruk ajaran orang yang melarang berfikir itu di mana kaum mereka jadi lemah kerana ketinggalan banyak ilmu-ilmu Allah di serata alam ini. Takkanlah kita nak takut pada si pemalas-pemalas berfikir itu?

Berikut adalah ayat-ayat Al Quran yang menyeru kita supaya jangan takut kepada selainNya. Kita hanya perlu takut kepada Allah, sebab apabila Allah datangkan azab seperti tsunami di Acheh dahulu, tiada ulamak ugama di situ pun dapat menghalang bencana besar seperti itu. Begitu juga bila Allah datangkan bencana gempa bumi di China, tiada sami-sami yang dapat menghalangnya. Ketika Allah timpakan gempa bumi di Rom, tiada paderi-paderi dapat menghalangnya. Ketika Allah timpakan bencana gempa bumi di Iran, tiada mullah-mullah dapat menghalangnya. Jadi kenapa perlu takut kepada mereka yang lemah dan tidak berkuasa itu? Takutilah Allah semata-mata.

Berikut adalah beberapa contoh ayat-ayat Al Quran menyeru kita hanya takut kepada Allah sahaja.

33:39. Orang-orang yang menyampaikan Mesej-Mesej Allah, dan takut kepada-Nya, dan tidak takut pada sesiapa jua kecuali kepada-Nya; dan cukuplah Allah sebagai penghitung.

9:18. Yang akan membangunkan ketetapan yang direstui Allah (masajidallah) hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan melakukan komitmen, dan memberikan kemurnian, dan tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk.

5:44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya; dengannya Nabi-Nabi yang menundukkan diri menghakimkan perkara untuk orang-orang Yahudi; seperti dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah saksi-saksi ke atasnya. Maka janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi kamu takutilah Aku, dan janganlah menjual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang tidak percaya (kafir).

2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah batasan ketetapan yang direstui, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku menyempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.

16:51. Allah berkata, "Janganlah mengambil untuk kamu dua tuhan. Dia hanyalah Tuhan Yang Satu; maka kepada-Ku-lah kamu berasa gerun."


Contohilah Rasulullah yang tidak takut kepada ulamak ugama Nasrani yang mengadakan konsep anak Tuhan itu. Biarpun mereka buat ketetapan, "sesiapa tidak percaya Al Masih putera Allah adalah anti-christ", namun Rasulullah tidak takut pada mereka. Begitulah kita hendaknya, bila ada si polan dan si polan mengada-adakan hukum atas nama si polan dan si polan sebelum mereka (itu menunjukkan mereka tidak yakin dengan hukum-hukum yang mereka tetapkan sehingga terpaksa bersandarkan atas nama si polan terdahulu), janganlah takut kepada mereka. Takutilah kepada Allah yang apabila Dia menetapkan sesuatu, pasti ada kesan yang jelas terjadi. Yakinlah pada Allah semata-mata kerana Allah tidak menungkiri janji.

Apabila kita sudah tahu membezakan mana satu ayat-ayat Tuhan dengan ayat-ayat si polan, kita tidak perlu takut sehingga menurut membuta-tuli lagi. Kita sudah tahu menilai mana baik dan mana buruk. Itulah kemerdekaan yang paling tinggi nilainya iaitu minda kita sudah tidak dibelenggu kepercayaan tak masuk akal lagi.
Back to top Go down
View user profile
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts : 52
Points : 2345
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

PostSubject: Re: Jangan takut selain Allah   Tue Oct 26, 2010 11:26 pm

Salam Juang
Quote :
Kita sudah tahu menilai mana baik dan mana buruk. Itulah kemerdekaan yang paling tinggi nilainya iaitu minda kita

Nasihat Yang bermanafaat.
Benar juang..teruskan

Yang paling utama ialah menyampaikan kebenaran tanpa rasa takut kepada selain Allah
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Jangan takut selain Allah   Wed Oct 27, 2010 2:03 am

24:52. Sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, dan takut kepada Allah, dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang menang.

Ketika ini umat Islam adalah orang-orang yang dikalahkan. Di merata dunia kita lihat umat Islam mudah dibuli. Nak ubah nasib di Palestin pun mereka bagaikan tiada idea.

Berdasarkan ayat Al Quran di ayat, ini menunjukkan umat Islam hari ini tidak taat kepada Allah dan penyampai risalahNya. Mereka lebih taat kepada si polan dan si polan sahaja sehinggakan jika dibawakan ayat-ayat Allah pun mereka tolak kerana tidak selari dengan ajaran atas nama si polan dan si polan terdahulu mereka itu.

Selain itu, keadaan hari ini menunjukkan mereka tidak takut kepada Allah, sebaliknya mereka lebih takut kepada ulamak ugama mereka yang mengada-adakan hukum atas nama si polan dan si polan. Mereka tidak nampak hukum-hukum alam yang Allah tetapkan seperti kebarangkalian terjadinya gempa bumi atau tsunami bila sampai keadaan yang layak seperti kebarangkalian turunnya hujan bila sampai keadaan yang layak yang mana tiada ulamak ugama mana pun boleh menahannya.

Umat Islam hari ini sibuk pasal pakaian zahir seperti serban, janggut dan jubah, daripada pakaian taqwa. Sehinggakan kalau pemimpin mereka pakai baju kot, ia dilihat tidak Islamik berbanding yang pakai serban dan jubah. Walhal terang-terang Al Quran sebut pakaian taqwa itulah yang diutamakan oleh Allah.

Jadi fahamlah kita punca-punca mengapa umat Islam hari ini lemau semacam sahaja walaupun ramai. Tiga kunci utama di atas tidak diikuti oleh majoriti umat Islam hari ini yang menyebabkan mereka mudah dikalahkan.

Benar sungguh janji Allah.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Jangan takut selain Allah   Wed Oct 27, 2010 11:11 pm

35:28. Antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang berilmu); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun.

Ada manusia kata yang paling takut kepada Allah adalah ulamak ugama sahaja. Tetapi mengikut Al Quran, yang paling takut kepada Allah adalah orang yang berilmu. Ini kerana orang-orang berilmu takut nak berdusta. Mereka tidak takut pada si polan dan si polan. Mereka tidak berkata seperti "bumi berbentuk sfera kerana si polan cakap begitu". Sebaliknya mereka kemukakan bukti-bukti yang menunjukkan Allah tetapkan bentuk bumi adalah bulat.

Takut lawannya berani. Berani datang daripada yakin diri. Nak yakin pada diri, kita kena berpegang pada sesuatu yang benar, yang kita tahu bukti-buktinya, bukannya menurut membuta-tuli cakap-cakap si polan. Itu sudah macam sembah si polan itu.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Jangan takut selain Allah   Today at 7:30 pm

Back to top Go down
 
Jangan takut selain Allah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Quraish's Representative Negotiates With The Messenger Of Allah
» The Question for Hizb 8: Allah will not leave the believers in the state in which you are now, until He ________ the wicked from the good.
» Oh Allah!
» Words dearer to Allah
» *May Allah guide my...*

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: