E-Minda
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 2 Bots

None

Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm
Top posters
Juang
Tidak ditanya Vote_lcapTidak ditanya Voting_barTidak ditanya Vote_rcap 
gaara
Tidak ditanya Vote_lcapTidak ditanya Voting_barTidak ditanya Vote_rcap 
tolokminda
Tidak ditanya Vote_lcapTidak ditanya Voting_barTidak ditanya Vote_rcap 
Admin
Tidak ditanya Vote_lcapTidak ditanya Voting_barTidak ditanya Vote_rcap 
othman
Tidak ditanya Vote_lcapTidak ditanya Voting_barTidak ditanya Vote_rcap 
faried
Tidak ditanya Vote_lcapTidak ditanya Voting_barTidak ditanya Vote_rcap 
iltizam
Tidak ditanya Vote_lcapTidak ditanya Voting_barTidak ditanya Vote_rcap 
masterpiece7070
Tidak ditanya Vote_lcapTidak ditanya Voting_barTidak ditanya Vote_rcap 
lia
Tidak ditanya Vote_lcapTidak ditanya Voting_barTidak ditanya Vote_rcap 
Payau Putih
Tidak ditanya Vote_lcapTidak ditanya Voting_barTidak ditanya Vote_rcap 

 

 Tidak ditanya

Go down 
+2
Juang
Admin
6 posters
AuthorMessage
Admin
Canselor
Canselor
Admin


Posts : 601
Points : 5665
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptyMon Jul 26, 2010 3:46 am

Salam,

Umat Islam sekarang ini lebih suka menuruti apa yang diusahakan oleh umat-umat yang terdahulu. Sebab itulah apa sahaja perbuatan dan amalan umat terdahulu, cuba ditiru oleh umat sekarang.

Mungkin mereka terlepas pandang petunjuk al-quran ini.

"Itulah umat yang telah berlalu; baginya apa yang mereka mengusahakan, dan bagi kamu, apa yang kamu mengusahakan; kamu tidak ditanya mengenai apa yang mereka buat." (2:134)

Jelas, apa yang diusahakan oleh umat terdahulu tidak akan ditanya kepada kita apa yang mereka buat. Ianya atas usaha masing-masing.

Pendek kata, kita tidak akan ditanya tentang dosa-dosa umat terdahulu dan umat terdahulu tidak juga ditanya apa yang kita buat sekarang ini. Begitu juga umat-umat terkemudian.

"Katakanlah, 'Kamu tidak ditanya mengenai dosa-dosa kami dan tidak juga kami ditanya mengenai apa yang kamu buat.'" (34:25)

Al-quran sudah ada sebagai petunjuk. Jadi, mengapa kita sibuk nak jaga tepi kain orang-orang dahulu?
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptyTue Jul 27, 2010 7:23 am

Salam,

Bila kita faham Peringatan Allah dalam ayat-ayat tersebut, maka kita tidak perlu menurut membuta-tuli perbuatan-perbuatan nenek moyang kita. Bukankah dalam Al Quran menceritakan sifat-sifat orang kafir terdahulu beramal mengikut apa yang mereka lihat bapa-bapa (nenek moyang) mereka lakukan?

Jika mereka lahir dalam kaum yang sujud kepada matahari, mereka anggap amalan itu diperintahkan oleh Tuhan. Jika mereka lahir dalam kaum yang sujud kepada bulan, mereka anggap amalan itu diperintahkan oleh Tuhan.

Rasa ingin menyelidik dan mengkaji apa yang diterapkan secara tradisi itu tiada dalam diri mereka. Walhal Nabi Ibrahim adalah seorang yang tidak membuta-tuli ikut ajaran tradisi kaumnya sendiri.
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 551
Points : 5547
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptyTue Jul 27, 2010 12:54 pm

salam

tak bertanya sesat jalan ....
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6030
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptyWed Jul 28, 2010 12:03 am

saya rasa apa yg cuba ditiru umat masa kini bukanlah umat terdahulu..

tetapi nabi kita yakni Muhammad yg wajib kita tiru dan ikuti.... Tidak ditanya Icon_lol Tidak ditanya Icon_smile Tidak ditanya Icon_biggrin
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptyThu Jul 29, 2010 5:46 am

Salam,

Semua orang boleh dakwa apa yang mereka buat kononnya perintah Tuhan daripada Nabi Muhammad seperti mana orang kafir terdahulu pun senang-senang dakwa amalan mereka daripada perintah Tuhan.

Menggunakan nama-nama orang yang sudah tiada, bukanlah cara orang yang berani menegakkan kebenaran.

Cuba kita kaji sifat Rasulullah yang wujud dalam Al Quran. Bila baginda ditanya tentang sesuatu, baginda berikan jawapan berdasarkan hujah yang rasional. Tidak pernah baginda diwahyukan untuk berkata "amalan ini dilakukan kerana si polan bin si polan nampak Nabi terdahulu melakukan demikian" (menyandarkan pada nama orang yang sudah tiada).

Jadi macam mana boleh wujud golongan yang mengaku beragama Islam, tetapi bila ditanya tentang sesuatu amalan mereka jawap, "sebab si polan bin si polan pernah nampak Nabi buat macam itu". Itukah jawapan yang bermutu tinggi?

Berikut adalah contoh jawapan Nabi bila ditanya sesuatu untuk kita buatkan perbandingan;

2:215. Mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah, “Apa sahaja kebaikan yang kamu menafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang musafir, dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

2:219. Mereka menanyai kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, “Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.” Dan mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah, “Yang berlebihan.” Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu memikirkan.

2:220 Dunia dan akhirat. Mereka menanyai kamu mengenai anak yatim. Katakanlah, “Untuk memperbetulkan urusan mereka adalah baik, dan jika kamu bercampur dengan mereka, maka mereka itu adalah saudara-saudara kamu. Allah mengetahui benar orang yang membuat kerosakan daripada orang yang membetulkan; dan sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia mempersulitkan kamu. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.”

2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, “Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu.” Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.

17:51. …Kemudian mereka berkata, “Siapakah yang akan mengembalikan kami?” Katakanlah, “Dia yang memulakan kamu pada kali pertama.” Kemudian mereka menggelengkan kepala mereka kepada kamu, dan mereka berkata, “Bilakah ia?” Katakanlah, “Boleh jadi ia sudah dekat,

7:187. Mereka menanyai kamu mengenai Saat (Kiamat), bilakah ia melabuhkan. Katakanlah, “Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada yang akan mendedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka menanyai kamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, “Pengetahuannya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

17:85. Mereka menanyai kamu mengenai Roh. Katakanlah, “Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit.”

Semua jawapan yang Nabi kemukakan berdasarkan hujah yang boleh difikirkan. Bukannya menggunakan nama riwayat orang-orang yang sudah mati. Tetapi ramai yang tidak menyedari mutu jawapan Nabi yang ada dalam Al Quran dengan apa yang mereka dakwa riwayat Nabi. Sedikit sekali mereka memikirkan.
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6030
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptyThu Jul 29, 2010 3:33 pm

Salam...

Saolnnya siapa sipolan tersebut?

ada mereka org yg duduk tepi longkang... tentulah tdk...

mereka umur 10 thn da jd tahfiz.. kita umur 10 thn apa kita buat?....

tp kita nk berlagak lebih bijak dr mereka2 nie....

dan mmg la jawpn nabi tidk ada yg "sipolan bin sipolan penh mnpk nabi??"...

pakai logik akal bila perlu... ni nk putr ayt2 Al-Quran br nk pakai.... Tidak ditanya Affraid

sbgai cnth; xkn lah saya nk ckp... " sy pernah nmpk sy buat".... Tidak ditanya Icon_geek
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor
Admin


Posts : 601
Points : 5665
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptyThu Jul 29, 2010 5:45 pm

Salam,

gaara wrote:
mereka umur 10 thn da jd tahfiz.. kita umur 10 thn apa kita buat?....

tp kita nk berlagak lebih bijak dr mereka2 nie....

Tiada siapa yang berlagak jadi bijak. Masing-masing boleh menyuarakan pandangan masing-masing. Yang terbaik daripada setiap pandangan itulah yang kita ikut.

gaara wrote:
dan mmg la jawpn nabi tidk ada yg "sipolan bin sipolan penh mnpk nabi??"...

pakai logik akal bila perlu... ni nk putr ayt2 Al-Quran br nk pakai....

sbgai cnth; xkn lah saya nk ckp... " sy pernah nmpk sy buat"....

Begitulah, kita tidak harus menyandarkan kepercayaan kita dengan 'cakap-cakap orang' apatah lagi yang disandarkan atas nama nabi.
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptyFri Jul 30, 2010 7:47 am

Salam,

Siapa si polan bin si polan itu bukannya penentu kebenaran. Persoalannya sekarang dalam Al Quran tidak pun menceritakan Nabi menjawab apabila ditanya sesuatu soalan dengan bersandarkan pada nama si polan bin si polan.

Oleh kerana Nabi pun mampu berpegang pada sesuatu kepercayaan tanpa nama si polan bin si polan, takkanlah kita yang mengaku ikut Nabi gagal nak hidup tanpa nama si polan bin si polan?

Lainlah Allah ada menetapkan "selain Nabi, semua manusia tidak akan boleh hidup tanpa nama si polan bin si polan", logik jugalah kita kena berpegang pada nama si polan bin si polan.

Cuba lihat pepatah Melayu kita sendiri. Setiap pepatah itu tidak disandarkan pada nama si polan bin si polan pun. Ini kerana isi pepatah itu suatu yang benar. Kebenaran tidak memerlukan nama-nama manusia untuk menguatkannya. Hanya yang dusta sahaja terpaksa guna nama-nama icon masyarakat yang kebiasaannya icon itu sudah mati dan tiada orang sekarang dapat bertanya tentang benar atau tidak si icon pernah berkata demikian.

Itulah perbezaan suatu yang benar dan yang diada-adakan.
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6030
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptyFri Jul 30, 2010 11:49 pm

Admin wrote:



Salam,

Tiada siapa yang berlagak jadi bijak. Masing-masing boleh menyuarakan pandangan masing-masing. Yang terbaik daripada setiap pandangan itulah yang kita ikut.

saudara admin pandangan terbaik tentulah dr mereka yg lbh tau dr kita... ( ulamak )

sbgi cnth bila kita pergi klinik kita mau saje percaya ckp doktor... ( sbb mereka pakar )

tp bila dlm hal2 agama kita tolak ulamak walaupn kita tau mereka lbh pakar dr kita... ( maybe syaitan da rasuk.... Tidak ditanya Affraid )

Quote :
Begitulah, kita tidak harus menyandarkan kepercayaan kita dengan 'cakap-cakap orang' apatah lagi yang disandarkan atas nama nabi.

lain la org tersebut duduk tepi longkang mmg la kita x leh caya....

tp mereka nie org yg lbh pakar dr kita.. jd wajib kita percya.. seperti firman ALLAH..

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. ( 16:43 )


Last edited by gaara on Sat Jul 31, 2010 12:00 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6030
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptyFri Jul 30, 2010 11:59 pm

[quote="Juang"]

Quote :
Siapa si polan bin si polan itu bukannya penentu kebenaran.


bukankah siapa sipolan tu penting bila kita jatuh sakit...

tentulah sipolan tersebut doktor yg merawt kita..

bukankah sipolan penting bila kereta kita rosak...

tentulah sipolan tersebut mekanik..

tp bila sentuh bab2 agama sipolan x penting dan bleh buat tafsran sendri... begitu kah?

Quote :
Persoalannya sekarang dalam Al Quran tidak pun menceritakan Nabi menjawab apabila ditanya sesuatu soalan dengan bersandarkan pada nama si polan bin si polan.

nie sy da jwb di atas...

mmg lah nabi tdk merujk kpd sesiapa sbb org yg kita perlu ikut adaalh diri nabi sendiri...

dan org lain ( yakni ulaamk2 ) bg tau apa yg nabi buat...

ke saudara juang buat2 x fhm ... atau fhm tp putar belit
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6030
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptySat Jul 31, 2010 12:01 am

Admin wrote:


gaara wrote:
dan mmg la jawpn nabi tidk ada yg "sipolan bin sipolan penh mnpk nabi??"...

pakai logik akal bila perlu... ni nk putr ayt2 Al-Quran br nk pakai....

sbgai cnth; xkn lah saya nk ckp... " sy pernah nmpk sy buat"....

Begitulah, kita tidak harus menyandarkan kepercayaan kita dengan 'cakap-cakap orang' apatah lagi yang disandarkan atas nama nabi.

nie saudara admin buat2 x fhm kenyataan sy.....
Back to top Go down
faried
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 524
Points : 5540
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptySat Jul 31, 2010 7:48 am

gaara wrote:

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. (16:43)

ahla alththikri diterjemahkan: orang-orang yang berpengetahuan ugama.

Silakan perhatikan transliterasinya, adalak di situ kata yang dapat diterjemahkan dengan ugama?

Anda menggunakan terjemahan yang mengada-ada.

Quote :
16:43 (Malay) "Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,"

Wama arsalna min qablika illa rijalan noohee ilayhim faisaloo ahla alththikri in kuntum la taAAlamoona

Ahla dapat berarti pakar atau ahli (expert)

Alththikri adalah peringatan yang tidak lain adalah Alquran.

Kata tersebut sangat jauh diplesetkan jika dipahami:

ahla alththikri = ulama

karena

ulama sendiri adalah kata Arabiy yang berarti ilmuwan (scientist).

"Ulama" yang diketahui secara umum disebut dalam Alquran sebagai Ahli Kitab; para "ulama" tersebut ahli/pakar/expert tentang berbagai ketetapan (kitab) Allah, yang sayangnya banyak berbagai ketetapan (kitab) Allah tersebut dikaburkan/diselewengkan/dikorupsi/dibuang oleh mereka.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptySat Jul 31, 2010 2:32 pm

Quote :
bukankah siapa sipolan tu penting bila kita jatuh sakit...

tentulah sipolan tersebut doktor yg merawt kita..

bukankah sipolan penting bila kereta kita rosak...

tentulah sipolan tersebut mekanik..

tp bila sentuh bab2 agama sipolan x penting dan bleh buat tafsran sendri... begitu kah?
Kalau kita sakit, kita terus jumpa doktor. Nak dengar kata-kata doktor, tak perlu ada si polan bin si polan tolong sampaikan kata-kata doktor itu kepada kita. Sebab belum tentu si polan bin si polan itu menyampaikan sama seperti yang doktor itu sampaikan.

Jika doktor itu sudah tinggalkan buku panduan menjaga kesihatan dan merawat kesihatan, maka buku panduan itulah yang jadi rujukan utama kita. Kenapa pula nak bersandarkan kata-kata si polan bin si polan yang bukan doktor?

Begitulah, Nabi sudah tinggalkan kepada kita Al Quran sebagai Kitab pedoman dan panduan hidup. Kenapa tidak akses terus kepada apa yang Nabi tinggalkan? Kenapa nak bersandar pada yang bukan Nabi?

Apakah Kitab yang Nabi tinggalkan kepada kita itu tidak cukup lengkap tanpa si polan bin si polan?

Quote :
nie sy da jwb di atas...

mmg lah nabi tdk merujk kpd sesiapa sbb org yg kita perlu ikut adaalh diri nabi sendiri...

dan org lain ( yakni ulaamk2 ) bg tau apa yg nabi buat...

ke saudara juang buat2 x fhm ... atau fhm tp putar belit
Masalahnya bila masa pula Nabi suruh "jika mahu ikut apa yang aku sampaikan" ikutlah ulamak sahaja?

Ikutlah apa jua yang benar tidak kira dari sesiapa pun, sebab yang benar itukan semuanya datang daripada Allah?

Jangan nak sempitkan kebenaran itu hanya milik golongan tertentu sahaja macam orang Yahudi dan Nasrani dahulu lakukan.
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6030
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptySun Aug 01, 2010 12:54 am

[quote="Juang"]

Quote :
Kalau kita sakit, kita terus jumpa doktor. Nak dengar kata-kata doktor, tak perlu ada si polan bin si polan tolong sampaikan kata-kata doktor itu kepada kita. Sebab belum tentu si polan bin si polan itu menyampaikan sama seperti yang doktor itu sampaikan.

aaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkk

bkn sblm jumpa doktor kita ada transit tuk jumpa die punya jururawat dulu ke..

Quote :
Jika doktor itu sudah tinggalkan buku panduan menjaga kesihatan dan merawat kesihatan, maka buku panduan itulah yang jadi rujukan utama kita. Kenapa pula nak bersandarkan kata-kata si polan bin si polan yang bukan doktor?

doktor xkn tingggalkn satu buku panduan sahaja..

die akan meniggalkn beberapa buku panduan...

dan tdk mungkin kita akan fhm 100% kandungn dlm buku tersebut tanpa kita bertanya kembali kpd doktr tersebut..

tp klau doktr tersebt ditakdirkan sudh meninggal dunia kita tentu akn bertanya kpd pewaris2 doktr tersebt..

fhm kan saudra juang.... Tidak ditanya Icon_lol Tidak ditanya Icon_lol Tidak ditanya Icon_lol

Quote :
Masalahnya bila masa pula Nabi suruh "jika mahu ikut apa yang aku sampaikan" ikutlah ulamak sahaja?

Ikutlah apa jua yang benar tidak kira dari sesiapa pun, sebab yang benar itukan semuanya datang daripada Allah?

Jangan nak sempitkan kebenaran itu hanya milik golongan tertentu sahaja macam orang Yahudi dan Nasrani dahulu lakukan.

mcm logik di atas la saudara...

sakit jumpa doktr..

kereta rosak jumpa mekanik...

x tau hal2 agama jgn berlagak pandai tp sila lah berjumpa dan bertanya kpd ulamak.... Tidak ditanya Icon_lol Tidak ditanya Icon_lol
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6030
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptySun Aug 01, 2010 12:58 am

faried wrote:
gaara wrote:

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. (16:43)

ahla alththikri diterjemahkan: orang-orang yang berpengetahuan ugama.

Silakan perhatikan transliterasinya, adalak di situ kata yang dapat diterjemahkan dengan ugama?

Anda menggunakan terjemahan yang mengada-ada.

Quote :
16:43 (Malay) "Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,"

Wama arsalna min qablika illa rijalan noohee ilayhim faisaloo ahla alththikri in kuntum la taAAlamoona

Ahla dapat berarti pakar atau ahli (expert)

Alththikri adalah peringatan yang tidak lain adalah Alquran.

Kata tersebut sangat jauh diplesetkan jika dipahami:

ahla alththikri = ulama

karena

ulama sendiri adalah kata Arabiy yang berarti ilmuwan (scientist).

"Ulama" yang diketahui secara umum disebut dalam Alquran sebagai Ahli Kitab; para "ulama" tersebut ahli/pakar/expert tentang berbagai ketetapan (kitab) Allah, yang sayangnya banyak berbagai ketetapan (kitab) Allah tersebut dikaburkan/diselewengkan/dikorupsi/dibuang oleh mereka.

untuk pengetahun saudara faried..

sy tdk mengada-ngada..

tp sy menggunakan terjemahn para ulamak yg tentunya lbh tepat dan lbh bijak dr saudara faried nie... Tidak ditanya Icon_biggrin Tidak ditanya Icon_biggrin Tidak ditanya Icon_smile Tidak ditanya Icon_lol Tidak ditanya Icon_lol Tidak ditanya Bom
Back to top Go down
Fiza
Siswazah
Siswazah
Fiza


Posts : 103
Points : 5097
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptySun Aug 01, 2010 1:37 am

Siapakah kita yang meragui agama yang dibawa oleh Nabi saw? Sepatutnya tidak akan berlaku sama sekali tentang persoalan macamana nak solat? macamana nak puasa? haji dan sebagainya. Kerana ayat al quran itu turun beransur-ansur dan Nabi telah menunjukkan cara pada umatnya bagaimana nak melaksanakan Islam yang dikehendaki Allah dan wajib bagi orang Islam mentaati segala perintah Allah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad saw. Jahillah kita sekiranya kita tidak tahu bagaimana Islam itu bertapak dan berkembang dari wahyu yang pertama hinggalah wahyu terakhir yang melengkapkan agama itu. Dan wafat nya Nabi saw setelah baginda menyempurnakan amanah Allah sebagai pesuruh Allah. Kalau sejarah agama sendiri pun kita tidak tahu, apa lagi sejarah kaum Yahudi dan Nasrani yang lebih lama. Macamana timbulnya trinity dalam agama masehi? sedangkan dalam Perjanjian lama dan Perjanjian Baru, Tuhan hanya Allah, dan Nabi Isa disebut Hamba Allah. Paulus adalah seorang Yahudi yang mengajar Injil pada orang kafir sedangkan Injil diturunkan untuk Bani Israel. Surat-surat yang ditulis oleh Paulus telah mashyur antara tahun 50 hingga 64 masehi. ajaran yang tersirat dalam surat-surat Paulus dan Injil Paulinis inilah yang telah menghasilkan ucapan ibadat kepada Jesus Kristus. Konsul Umum pada tahun 325, menerima ajaran Paulus dan telah menyamakan Tuhan Bapa dan Tuhan Anak. Konsul Constantinopel I pada tahun 381 menetapkan pula Roh Kudus sebagai Tuhan dan lahirlah trinity. Bagaimanapun masih lagi terjadi tetangan terhadap Trinity ini oleh sebahagian golongan kristian hingga kini. Lahirnya agama yang sesat bila Kitab ditafsirkan oleh golongan kafir sebagai mana lahirnya agama kristen dari ajaran Paulus. Kita tentu tidak mahu menjadi sebagai mana bangsa Yahudi yang dimurkai kerana mereka tahu tetapi sengaja tidak mahu taat, dan kita tidak mahu jadi seperti bangsa Nasrani yang sesat kerana mereka kurang pengetahuan; kerana tempoh nabi Isa bersama umatnya terlalu singkat kira-kira 5 tahun sahaja dan pengikutnya hanya 12 orang sahaja.

Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptySun Aug 01, 2010 2:35 am

gaara wrote:
aaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkk

bkn sblm jumpa doktor kita ada transit tuk jumpa die punya jururawat dulu ke..
Tetapi jururawat bukannya periwayat kata-kata doktor. Nak dapat mesej daripada doktor, tetap kena jumpa doktor.

Quote :
doktor xkn tingggalkn satu buku panduan sahaja..

die akan meniggalkn beberapa buku panduan...
Berapa banyak buku panduan yang doktor itu tinggalkan, pasti tidak berlaku percanggahan di antaranya. Andaikata doktor tulis dalam buku panduan pertamanya bahawa merokok adalah bahaya untuk kesihatan, tak logik buku panduan lain doktor itu kata merokok boleh memanjangkan umur dan sihat sejahtera.

Begitulah, jika buku panduan pertama Nabi sudah melarang sujud kepada matahari dan bulan, tak logik tiba-tiba Nabi suruh sujud kepada pokok. Harap-harap faham. Smile

Quote :

dan tdk mungkin kita akan fhm 100% kandungn dlm buku tersebut tanpa kita bertanya kembali kpd doktr tersebut..

tp klau doktr tersebt ditakdirkan sudh meninggal dunia kita tentu akn bertanya kpd pewaris2 doktr tersebt..

fhm kan saudra juang.... Tidak ditanya Icon_lol Tidak ditanya Icon_lol Tidak ditanya Icon_lol
Pewaris-pewaris doktor itu sudah pasti orang-orang yang amalkan apa yang doktor itu tinggalkan sejak buku pertama lagi. Kalau buku pertama pun sudah tak mahu ikut dan buat amal yang bercanggah dengan amalan kedoktoran, pewaris apa ke bendanya itu? Smile

Quote :
mcm logik di atas la saudara...

sakit jumpa doktr..

kereta rosak jumpa mekanik...

x tau hal2 agama jgn berlagak pandai tp sila lah berjumpa dan bertanya kpd ulamak.... Tidak ditanya Icon_lol Tidak ditanya Icon_lol
Doktor yang layak dirujuk sudah pasti doktor yang patuh pada buku amalan kedoktorkan.. Kalau rujuk pada doktor palsu, parah jadinya.

Nak repair kereta sudah pasti kena jumpa mekanik yang patuh dengan hukum-hukum yang melayakkan sesebuah kereta rosak diperbaiki. Kalau jumpa mekanik palsu yang tak mahu ikut ilmu mekanikal, sudah pasti kereta rosak bertambah jahanam.

Begitulah, nak rujuk orang berilmu pasti dengan mencari orang yang mahu jadikan Al Quran sebagai peringatan. Jika cari "ulamak" yang jadikan Al Quran sebagai lagu-laguan, bertambah tak dapat peringatanlah gamaknya.

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.

Gara-gara mereka jadikan Al Quran sebagai lagu-laguan (syair) bukannya sebagai peringatan, maka mereka rasa Al Quran tak cukup jelas dan perlukan kitab-kitab riwayat sebagai penjelasannya.

Logik sekali ayat 36:69 sebagai jawapan kenapa ramai umat Islam hari ini nampak Al Quran tak jelas dan perlukan kitab riwayat.

Smile
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6477
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptySun Aug 01, 2010 11:05 am

Fiza wrote:
Siapakah kita yang meragui agama yang dibawa oleh Nabi saw?
Orang yang meragui apa yang dibawa oleh Nabi adalah orang yang meragui Al Quran.

Quote :
Sepatutnya tidak akan berlaku sama sekali tentang persoalan macamana nak solat? macamana nak puasa? haji dan sebagainya.
Memang pun, sebab semuanya telah dikitabkan dalam Al Quran. Sebab itu kita rujuk Al Quran.

Alangkah tak logiknya jika cara-cara memandu kereta dengan selamat telah dikitabkan dalam buku peraturan jalanraya, alih-alih manusia itu pergi dengar riwayat pegawai JPJ yang sudah mati. Ada akal ke tidak manusia itu?

Quote :
Kerana ayat al quran itu turun beransur-ansur dan Nabi telah menunjukkan cara pada umatnya bagaimana nak melaksanakan Islam yang dikehendaki Allah dan wajib bagi orang Islam mentaati segala perintah Allah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad saw.
Kerana Al Quran itu turun beransur-ansurlah ia adalah Kitab yang mudah difahami. Nabi sudah jelaskan Peringatan Allah yang turun kepadanya dalam bentuk bahasa yang mudah, yang pergi gatal-gatal buat alasan kena cari kitab lain itu apa ke halnya?

Alangkah jahilnya manusia itu, jika sesuatu buku yang Allah jamin ia mudah difahami (asalkan mahu mengambil peringatan), alih-alih mereka tak mahu ikut Al Quran dan lebih taksub pada kitab riwayat. Nampak sangat mereka tak mahu mengambil Peringatan Allah itu secara serius.

Quote :
Jahillah kita sekiranya kita tidak tahu bagaimana Islam itu bertapak dan berkembang dari wahyu yang pertama hinggalah wahyu terakhir yang melengkapkan agama itu.
Bertambah jahilnya manusia itu bila mereka tahu agama disempurnakan oleh Nabi tanpa wujud lagi nama imam-imam riwayat hadis pada waktu itu, alih-alih mereka kata dalam agama kena ikut imam-imam riwayat itu.

Quote :
Dan wafat nya Nabi saw setelah baginda menyempurnakan amanah Allah sebagai pesuruh Allah.
Jika Nabi berjaya tunaikan amanah Allah pada waktu tidak wujudnya imam-imam riwayat lagi, yang pergi taksub dengan imam-imam riwayat itu apa ke halnya? Apakah Al Quran yang wujud pada hari ini tak sempurna tanpa imam riwayat? Apakah Allah ada mengatakan demikian?

Seperti biasa, orang-orang yang mengada-adakan sesuatu perkara pasti gagal kemukakan bukti baik berbentuk ayat Al Quran sekali pun.

Quote :
Kalau sejarah agama sendiri pun kita tidak tahu, apa lagi sejarah kaum Yahudi dan Nasrani yang lebih lama.
Bukankah dalam Al Quran sudah ada dengan jelas menceritakan pasal kaum Yahudi dan Nasrani? Tak jelas lagi ke sejarah kaum Yahudi dan Nasrani dalam Al Quran itu?

Tadi kata Nabi sudah sempurnakan amanah Allah, tetapi mereka cakap seolah-olah Nabi lupa bawakan sejarah orang Yahudi dan Nasrani dalam Al Quran dengan lengkap. Tidakkah mereka mempunyai akal?

Quote :
Macamana timbulnya trinity dalam agama masehi? sedangkan dalam Perjanjian lama dan Perjanjian Baru, Tuhan hanya Allah, dan Nabi Isa disebut Hamba Allah.
Sebab ada manusia yang suka mengada-adakan apa yang tiada dalam Kitab Allah. Itu yang timbul macam-macam ajaran tak masuk akal dan bercanggahan antara satu sama lain.

Nampak tak kesan buruk mengada-adakan sesuatu yang Kitab Allah tak pernah suruh? Itu yang kita ajak mereka kembali kepada Kitab Allah sebagai Peringatan, tetapi mereka degil buat lagu-laguan. Macam manalah mereka tak berperangai seperti orang Nasrani yang mengada-adakan perkara yang Kitab Allah tak suruh buat.

Quote :
Paulus adalah seorang Yahudi yang mengajar Injil pada orang kafir sedangkan Injil diturunkan untuk Bani Israel. Surat-surat yang ditulis oleh Paulus telah mashyur antara tahun 50 hingga 64 masehi. ajaran yang tersirat dalam surat-surat Paulus dan Injil Paulinis inilah yang telah menghasilkan ucapan ibadat kepada Jesus Kristus. Konsul Umum pada tahun 325, menerima ajaran Paulus dan telah menyamakan Tuhan Bapa dan Tuhan Anak. Konsul Constantinopel I pada tahun 381 menetapkan pula Roh Kudus sebagai Tuhan dan lahirlah trinity. Bagaimanapun masih lagi terjadi tetangan terhadap Trinity ini oleh sebahagian golongan kristian hingga kini. Lahirnya agama yang sesat bila Kitab ditafsirkan oleh golongan kafir sebagai mana lahirnya agama kristen dari ajaran Paulus. Kita tentu tidak mahu menjadi sebagai mana bangsa Yahudi yang dimurkai kerana mereka tahu tetapi sengaja tidak mahu taat, dan kita tidak mahu jadi seperti bangsa Nasrani yang sesat kerana mereka kurang pengetahuan; kerana tempoh nabi Isa bersama umatnya terlalu singkat kira-kira 5 tahun sahaja dan pengikutnya hanya 12 orang sahaja.
Kalau kita fikir logik, jika Paulus mahu jadikan Injil sebagai peringatan hidup, tidaklah dia tergamak mengada-adakan hukum apa yang Allah tidak tetapkan dalam Injil.

Sebab itulah kita cari orang yang mahu jadikan Al Quran sebagai peringatan (ahli dzikri), untuk bertanya pasal agama, bukannya orang-orang yang jadikan Al Quran sebagai lagu-laguan sebab tak layak Allah ajar Nabi bersyair. Ini bertujuan supaya kita tidak ikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani itu.

Tidakkah mereka mahu mengambil peringatan?
Back to top Go down
gaara
Sarjana
Sarjana
gaara


Posts : 1003
Points : 6030
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptyMon Aug 02, 2010 1:18 am

Juang wrote......

Quote :
Tetapi jururawat bukannya periwayat kata-kata doktor. Nak dapat mesej daripada doktor, tetap kena jumpa doktor
.

yg sebenarnya jururawat meriwayatkn apa yg dikatakn oleh doktr.. seperti ubat mana yg perlu diberi...

sama seperti para ulamak yg meriwayatkn apa yg dibuat dan dikatakan oleh nabi...

kn sama je tu..

tp SEPERTI BIASA ckp jururawt percya tp ulamak xmau percya...

Quote :
berapa banyak buku panduan yang doktor itu tinggalkan, pasti tidak berlaku percanggahan di antaranya. Andaikata doktor tulis dalam buku panduan pertamanya bahawa merokok adalah bahaya untuk kesihatan, tak logik buku panduan lain doktor itu kata merokok boleh memanjangkan umur dan sihat sejahtera.

Begitulah, jika buku panduan pertama Nabi sudah melarang sujud kepada matahari dan bulan, tak logik tiba-tiba Nabi suruh sujud kepada pokok. Harap-harap faham.

point yg sgt berharga dr saudara juang

dan

nampknya sauadra juang da mula fhm maksd sy..

Quote :
Pewaris-pewaris doktor itu sudah pasti orang-orang yang amalkan apa yang doktor itu tinggalkan sejak buku pertama lagi. Kalau buku pertama pun sudah tak mahu ikut dan buat amal yang bercanggah dengan amalan kedoktoran, pewaris apa ke bendanya itu?

satu lg point penting dan sama seperti apa maksud dy dr awl lg..

jd skrng sila bawkn ke depan klau mampu apa yg saudara juang dan puak akai yg tak pakai akai kata terdpt percanggh antra Al-Quran dan Kitab2 Hadis tuk kita buat kajian ilmiah dan bkn hentam membuta tuli.

Quote :
Doktor yang layak dirujuk sudah pasti doktor yang patuh pada buku amalan kedoktorkan.. Kalau rujuk pada doktor palsu, parah jadinya.

Nak repair kereta sudah pasti kena jumpa mekanik yang patuh dengan hukum-hukum yang melayakkan sesebuah kereta rosak diperbaiki. Kalau jumpa mekanik palsu yang tak mahu ikut ilmu mekanikal, sudah pasti kereta rosak bertambah jahanam.

Begitulah, nak rujuk orang berilmu pasti dengan mencari orang yang mahu jadikan Al Quran sebagai peringatan. Jika cari "ulamak" yang jadikan Al Quran sebagai lagu-laguan, bertambah tak dapat peringatanlah gamaknya.

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.

Gara-gara mereka jadikan Al Quran sebagai lagu-laguan (syair) bukannya sebagai peringatan, maka mereka rasa Al Quran tak cukup jelas dan perlukan kitab-kitab riwayat sebagai penjelasannya.

Logik sekali ayat 36:69 sebagai jawapan kenapa ramai umat Islam hari ini nampak Al Quran tak jelas dan perlukan kitab riwayat.

sila bawa terjemhn penuh...

Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan.

Dalam ayat ini, Allah membantah tuduhan kaum kafir yang mengatakan bahwa Alquran adalah syair yang diciptakan oleh Nabi Muhammad sendiri. Dengan demikian. menurut tuduhan mereka, Muhammad adalah seorang penyair. Hal ini dibantah keras dalam ayat ini, karena Alquran wahyu Allah yang membawa kebenaran. Sedang Nabi Muhammad menyampaikannya kepada umat manusia.

jd tujuan ayat tersebut diturunkn adalah untuk membanth tuduhan org kafir yg mengatkn Al-Quran adalah ciptaan nabi..

dan tiada larangn langsung tuk menyanyikan ( taranum ) Al-quran dlm ayat tersbt....
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor
Admin


Posts : 601
Points : 5665
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya EmptyMon Aug 02, 2010 1:38 am

Salam,

Saya bawa hujah tuan gaara di atas supaya kita dapat fokus kepada topik perbincangan yang berkaitan.

Sila klik di sini. Terima kasih.

https://eminda.forumotion.com/islam-f3/al-quran-nyanyian-atau-peringatan-t27.htm#307
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
Sponsored content





Tidak ditanya Empty
PostSubject: Re: Tidak ditanya   Tidak ditanya Empty

Back to top Go down
 
Tidak ditanya
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pak Arab Tidak Al Quran
» Benarkah Para Nabi Tidak Perlu Menyelidik?
» Orang-orang berilmu untuk ditanya
» Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: