HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Antara benar dan dusta

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Antara benar dan dusta   Thu Jul 29, 2010 8:40 am

Benar adalah suatu yang wujud (ada bukti) sedangkan yang dusta adalah suatu yang kosong atau diada-adakan.

Katakan suatu yang benar itu diberikan nilai 1 dan suatu yang dusta itu diberikan nilai 0, maka jika 1 didarabkan dengan 10, kita akan dapat 10 (1x10=10). Kita akan dapat peningkatkan nilainya daripada 1 kepada 10. Sebaliknya jika 0 didarabkan dengan 1000, maka kita tetap dapat 0 juga (0x1000=0). Kita tetap tidak mendapat apa-apa.

Begitulah jika kita buat amalan yang benar dengan amalan yang palsu. Contoh amalan yang benar adalah belajar dan membaca. Walaupun kita baca sedikit demi sedikit (10 ayat umpamanya), tetapi kerana amalan itu suatu yang benar, pasti kita akan dapat peningkatannya. Ilmu kita akan bertambah. Sebaliknya jika manusia itu beritual mengadap matahari 1000 kali sehari, tetapi oleh kerana perbuatan itu adalah dusta dan diada-adakan, hakikatnya manusia itu dapat 0 sahaja. Manusia itu hanya merasakan dengan bilangan 1000 kali itu, dia sudah dapat banyak ganjaran atau menjadi orang yang mulia. Tetapi apalah ertinya jika 1000 x 0 kerana jawapannya tetap 0.

Jadi, sebelum nak melakukan sesuatu perbuatan, jangan lihat pada berapa kali ia dibuat, tetapi tentukanlah dahulu nilai amalan itu sama ada ia benar atau dusta. Buat amalan dusta sejuta kali sehari pun, nilainya tetap kosong.
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts : 601
Points : 2998
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Antara benar dan dusta   Fri Jul 30, 2010 12:26 pm

Salam,

Benar Juang. Bukan sahaja nilai amalan mereka kosong. Malah, orang yang suka berdusta ini ada penyakit dalam hati mereka. Makin banyak mereka berdusta, makin banyaklah penyakit yang Allah tambah.

Di dunia sahaja, mereka sudah penyakit dalam hati. Di akhirat kelak, azab yang pedih menanti.

2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah menambahkan penyakit mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih kerana mereka mendustakan.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Antara benar dan dusta   Sat Jul 31, 2010 11:44 am

Salam,

Kalau kita fikir logik pun, kalau hati manusia itu bersih dan baik, dia tak akan berdusta. Pastilah hati-hati yang berpenyakit sahaja tergamak buat macam itu.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Antara benar dan dusta   Sat Jul 31, 2010 6:13 pm

Suatu yang benar, ia mudah dipertahankan. Ini kerana buktinya wujud. Tak payah guna nama si polan bin si polan yang sudah mati pun kita mudah kemukakan bukti.

Contohnya dalam membuktikan Keesaan Allah (walaupun Allah itu ghaib daripada pandangan kasar manusia), Nabi dengan mudah membawakan bukti KeesaanNya seperti ayat di bawah;

17:42. Katakanlah, "Sekiranya ada tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka mengatakan, tentu mereka mencari jalan kepada Yang mempunyai Arasy."

Logik sekali ayat di atas. Andaikata tuhan-tuhan ada banyak selain Dia, pastilah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Tuhan Yang Memerintah semesta alam ini. Lihat bila ada manusia dengan manusia nak jadi pemimpin negara, mereka akan mencari jalan nak jatuhkan manusia yang memiliki kerajaan itu. Ini kerana, kalau mereka tidak menguasai kerajaan, macam mana keinginan/kehendak mereka dapat dipenuhi?

Tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani sekadar cakap "Uzair putera Allah" dan "Al Masih itu putera Allah" gagal kemukakan bukti melainkan sekadar percaya membuta-tuli kepada pembesar-pembesar agama mereka (rujuk ayat 9:30~31). Dakwaan mereka hanyalah suatu yang diada-adakan kerana mereka nak berbangga diri dengan menjadi puak Yahudi atau Nasrani, merekalah kekasih-kekasih Tuhan.

Begitulah perbezaan sesuatu yang ditetapkan oleh Allah dengan sesuatu yang ditetapkan oleh pembesar-pembesar agama puak-puak tertentu. Yang ditetapkan oleh manusia itu hanyalah kerana nak berbangga diri puak merekalah yang benar.

Namun sedikit sekali manusia yang menyedari perbezaan tersebut.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Antara benar dan dusta   Sat Jul 31, 2010 6:59 pm

Salah satu kekuatan kebenaran adalah ia tidak bergantung kepada ijmak segolongan manusia. Contohnya kebenaran hukum semudah 1+1=2 bukan kerana imjak ilmuan matematik menetapkan demikian, tetapi kerana hukum Allah menetapkan sedemikian. Jika ada ijmak ilmuan matematik palsu mengatakan 1+1=3 sekalipun, mereka tidak boleh mendustai jari-jemari mereka sendiri yang menunjukkan bilangan 1+1 tetap memberikan jawapan 2.

Jadi bila ada sesuatu ketetapan yang dikeluarkan mengikut ijmak sesuatu golongan manusia, nampak sangat itu bukan daripada Allah. Sesuatu yang datang daripada Allah, orang perseorangan pun boleh kemukakan buktinya. Sebab itulah para Rasul kebanyakannya bersendirian sahaja untuk mengatakan kebenaran. Bukannya mereka kena tunggu ketetapan ijmak pembesar agama mereka untuk hidup sebagai hamba Allah.

Apakah kita sudah hidup sebagai mana para Nabi yang dikhabarkan dalam Al Quran melaksanakan kehidupan sebagai hamba Allah (bukan hamba selainNya)? Malah Nabi-Nabi pun tak suruh manusia jadi hamba mereka.

3:79. Tiadalah bagi seseorang manusia bahawa Allah memberinya al-Kitab, dan Pemutus, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu mengetahui al-Kitab, dan dengan sebab kamu mempelajarinya."

Back to top Go down
View user profile
Fiza
Siswazah
Siswazah


Posts : 103
Points : 2430
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Antara benar dan dusta   Sun Aug 01, 2010 1:59 am

3:31 " katakanlah (wahai Muhammad) Kalau kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku; kemudian Allah akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah maha pengampun, penyayang."

9:119 "Wahai orang beriman, takutilah akan Allah dan bersertalah dengan orang-orang yang benar lagi taat"
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Antara benar dan dusta   Sun Aug 01, 2010 2:41 am

Quote :
9:119 "Wahai orang beriman, takutilah akan Allah dan bersertalah dengan orang-orang yang benar lagi taat"
Salam,

Jelas sekali kita disuruh berserta dengan orang-orang yang benar. Orang yang benar, mereka pasti jadikan Al Quran sebagai Peringatan. Jika ada manusia jadikan Al Quran sebagai lagu-laguan (syair), itukah orang yang takut kepada Allah?

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.

Mereka tak rasa takut ke kepada Allah yang mengatakan Dia tidak mengajar Nabi bersyair tetapi Al Quran sebagai Peringatan?

Tak faham-faham lagikah mereka apa itu Peringatan?
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Antara benar dan dusta   Tue Aug 03, 2010 11:44 pm

Salam,

Orang yang benar tidak akan menyekutukan Tuhan dengan apa-apa pun. Contoh yang jelas adalah para rasul yang Tuhan ceritakan melalui Al-Quran.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Antara benar dan dusta   Thu Aug 05, 2010 9:36 am

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.

Menjadikan Al Quran sebagai Peringatan dan Kitab yang menjelaskan adalah perbuatan yang benar.

Menjadikan Al Quran sebagai nyanyian dan Kitab yang perlukan penjelasan adalah perbuatan yang palsu.

Katakan seseorang itu menyanyikan Al Quran 10 kali sehari (sebab dia rasa susah nak fahami isi kandungannya, jadi setakat lagu-lagukan pun kira oklah). Namun kerana perbuatan itu adalah suatu yang tidak benar (nilainya 0), maka 10x0=0. Sia-sia sahaja apa yang manusia itu lakukan.

Katakan seseorang itu membaca Al Quran untuk mendapat peringatan hanya 2 kali sehari. Tetapi kerana perbuatan menjadikan Al Quran itu suatu yang benar (nilainya wujud atau 1), maka 2x1=2.

Maknanya walaupun orang itu setakat buat 2 kali sehari pun, tetapi kerana amalan itu benar, dia tetap mendapat hasil dan peningkatannya berbanding orang yang buat 10 kali amalan yang dusta itu. Pasti yang jadikan Al Quran itu sebagai peringatan lebih mantap ilmu di dada berbanding orang yang menyanyikan Al Quran itu.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Antara benar dan dusta   Today at 8:11 am

Back to top Go down
 
Antara benar dan dusta
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» tafsir Qs 2:62 agama yahudi dan nasrani ternyata juga benar
» Kita Adu di Sini, Ajaran Agama / Kepercayaan Mana Yang Benar
» Apa sih perbedaan antara Katolik vs Protestan itu?
» khusus buat muslim bahas tentang hadits matahari berada di antara 2 tanduk setan dan Ar Rahmaan 17
» apakah walisongo benar-benar sakti?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: