HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4  Next
AuthorMessage
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Sat Jul 31, 2010 12:23 am

First topic message reminder :

Menjadikan al-Qur’an sebagai kamus bahasa Arab

Menjadikan kitab al-Qur’anul Karim sebagai satu-satunya kamus bahasa Arab. Kitab al-Qur’anul Karim tidak diturunkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada manusia untuk dijadikan sebuah kamus. Al-Qur’an boleh digunakan sebagai salah satu sumber rujukan bagi mengetahui dan memahami pengertian sesuatu perkataan Arab dan cara menggunakannya tetapi ia tidak boleh dimutlak sebagai sebagai satu-satunya kamus dan penjelas bahasa Arab. Ini kerana:

Al-Qur’an bukanlah kitab yang memperkenalkan bahasa Arab kepada masyarakat Arab 1400 tahun yang lalu. Ketika al-Qur’an mula diturunkan, masyarakat ketika itu sudah sedia mengetahui dan menguasai bahasa Arab. Jika benar al-Qur’an adalah satu-satunya kamus bahasa Arab, maka bagaimana mungkin masyarakat Arab ketika itu hendak memahami ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan ?

Memilih ayat yang secocok, mendiamkan ayat yang bertentangan.

Ragam seterusnya yang sangat masyhur di kalangan Golongan Anti Hadis adalah menghujahkan sebahagian ayat dan mendiamkan sebahagian lain. Ayat yang secocok dengan fahaman mereka dijadikan hujah manakala ayat yang tidak secocok dan bertentangan didiamkan. Terdapat banyak bukti dan contoh yang boleh dikemukakan...

Golongan Anti Hadis ini adalah mirip kepada tindakan kaum Yahudi dan Nasrani yang sering menyembunyikan ayat-ayat dalam kitab Taurat dan Injil masing-masing apabila ayat tersebut tidak secocok dengan kehendak mereka. Al-Qur’anul Karim telah beberapa kali menyinggung sikap seperti ini:

Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain ?

Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. [al-Baqarah 2]

Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan di antara beberapa kumpulan dari orang-orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya. [ar-Ra’d 13]

Samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi; (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain). [Hijr 15-91]

Jika Golongan Anti Hadis menyengajai perbuatan menghujahkan sebahagian ayat dan menyembunyikan sebahagian lain, maka mereka menepati sifat-sifat yang ditegur dan disinggung oleh ayat-ayat a-Qur’an di atas. Akan tetapi jika Golongan Anti Hadis tidak menyengajainya kerana tidak tahu atau terlepas pandang (overlook) maka dinasihatkan agar lebih berhati-hati di masa akan datang.
Back to top Go down
View user profile

AuthorMessage
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Sat Aug 07, 2010 4:43 am

gaara wrote:
marah nmpk...

Salam,

Tidak marah. Cuma berbulu dengan sikap tuan yang mendakwa itu ini tapi bila diminta bukti langsung tak boleh beri.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Sat Aug 07, 2010 4:43 am

gaara wrote:
buku sains bahasa inggeris pun sudh awl2 lg berasal dr bahasa klasik yg telh diupgrade....

yg uniknya Al-quran ini klau kita nk fhm kena rujuk kpd kamus klasik yg asal iatu dr ulamak...
Salam,

Walaupun bahasa Inggeris telah diupgradekan, tetapi hukum sains itu tetap boleh dibuktikan benar di zaman kita.

Begitulah dengan Al Quran. Biarpun diterjemahkan kepada bahasa moden, hukum-hukum dalam Al Quran tetap boleh dibuktikan benar di zaman kita. Yalah, takkanlah kita nak kata Al Quran lebih lemah daripada buku sains itu. Tak logik...

Jadi apalah ertinya kamus klasik itu kerana nilai kebenaran terletak pada kemampuan ia dibuktikan benar, bukannya kerana kamus klasik.
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Sat Aug 07, 2010 4:45 am

bukti sudah diberi...

tp bukti diputar belit... mudah saja...

x ubh mcm yahudi dan nasrani dizaman nabi dulu....
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Sat Aug 07, 2010 4:46 am

tolokminda wrote:
gaara wrote:
marah nmpk...

Salam,

Tidak marah. Cuma berbulu dengan sikap tuan yang mendakwa itu ini tapi bila diminta bukti langsung tak boleh beri.
Salam TM,

Orang-orang kafir terdahulu pun suka buat dakwaan macam itu. Kononnya Nabi tulis cerita dongenlah. Nabi tukang sihirlah. Tetapi bila Nabi cabar agar mereka bawakan surah serupa Al Quran mutunya, mereka gagal.

Tidakkah saudara mengira, berapa kali mereka gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran bila diminta? Bukankah sama keadaan mereka macam orang kafir terdahulu yang gagal kemukakan surah yang serupa Al Quran itu?
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Sat Aug 07, 2010 4:47 am

gaara wrote:
bukti sudah diberi...

tp bukti diputar belit... mudah saja...

x ubh mcm yahudi dan nasrani dizaman nabi dulu....
Salam,

Mana dia ayat AL Quran kata kena guna kamus klasik tu? Cakap sahaja bukti sudah diberi, tetapi tiada pun.

Apalah. Nak bawa bukti pun lemah. Lemah tenaga batin ke apa?
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Sat Aug 07, 2010 4:48 am

Salam,

Kalau bukti kukuh mana boleh sangkal. Yahudi dan Nasrani pun gagal berhujah dengan Nabi sebab Nabi guna Al-Quran dan mereka guna kepercayaan turun temurun atau dengan kata lain riwayat atau hadis.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Sat Aug 07, 2010 4:51 am

salam......

tp bukankah puak yahudi dan nasrani pernh mengatkn Al-quran adalh sihir ciptaan nabi..

target utama mereka adalh al-quran...

tp puak akai plak mengatkn hadis yg berasal dr ulaamk adlh sihir yg bukn dr nabi...

sama tp x serupa...
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Sat Aug 07, 2010 4:58 am

Salam,

Kalau tahu orang Yahudi dan Nasrani target Al Quran, sepatutnya kita pertahankan Al Quran. Yang pergi pertahankan riwayat hadis itu buat apa?

Dalam permainan bolasepak, pasukan A target nak tendang bola masuk ke pintu gol pasukan B. Yang pasukan B pergi pertahankan pengadil daripada kena sepak bola buat apa? Begitu perumpamaan puak pertahankan riwayat hadis itu. Mereka pertahankan sesuatu yang bukannya target.

Nabi sendiri pun pertahankan Al Quran. Bukannya baginda pertahankan riwayat si polan bin si polan pun.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Sat Aug 07, 2010 5:00 am

gaara wrote:
salam......

tp bukankah puak yahudi dan nasrani pernh mengatkn Al-quran adalh sihir ciptaan nabi..

target utama mereka adalh al-quran...

tp puak akai plak mengatkn hadis yg berasal dr ulaamk adlh sihir yg bukn dr nabi...

sama tp x serupa...

Salam,

Yang kata Quran itu sihir ciptaan Nabi adalah kaumnya sendiri. Bukan orang Kristian atau Yahudi.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Sat Aug 07, 2010 6:31 am

Salam....

skarang kita terpaksa memperthkn Al-quran dan Hadis....

dan betul yg mengatkn sihir ciptaan nabi adalh kaumnya sendri yg munafik atau bkan beragama islam.... ( kaum nabi ada banyk agama seperti kristian dan yahudi.. pe la saudara nie.... )
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Sat Aug 07, 2010 1:01 pm

Salam,

Kalau tahu kaum Nabi ada banyak agama, kenapa kata puak Yahudi dan Nasrani sahaja mengatakan Al Quran adalah sihir?

Quote :
tp bukankah puak yahudi dan nasrani pernh mengatkn Al-quran adalh sihir ciptaan nabi..

Bukankah orang kafir lain yang wujud pada waktu itu pun kata Al Quran itu sihir?

Oleh kerana target orang kafir adalah kitab Al Quran, bukannya riwayat hadis (sebab zaman nabi mana wujud kitab riwayat hadis lagi), maka sebab itulah kita kena pertahankan Al Quran. Ini kerana Nabi pun pertahankan Al Quran, bukannya pertahankan riwayat di polan bin si polan.

Apalah. Logik sebegitu mudah pun tidak boleh nak difikirkan.
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Mon Aug 09, 2010 1:10 am

Juang wrote:
Salam,

Kalau tahu kaum Nabi ada banyak agama, kenapa kata puak Yahudi dan Nasrani sahaja mengatakan Al Quran adalah sihir?

Quote :
tp bukankah puak yahudi dan nasrani pernh mengatkn Al-quran adalh sihir ciptaan nabi..

Bukankah orang kafir lain yang wujud pada waktu itu pun kata Al Quran itu sihir?

Oleh kerana target orang kafir adalah kitab Al Quran, bukannya riwayat hadis (sebab zaman nabi mana wujud kitab riwayat hadis lagi), maka sebab itulah kita kena pertahankan Al Quran. Ini kerana Nabi pun pertahankan Al Quran, bukannya pertahankan riwayat di polan bin si polan.

Apalah. Logik sebegitu mudah pun tidak boleh nak difikirkan.

oleh kerana nabi telah meniggalkan wasiat utk berpegng teguh kpd Al-quran dan As sunnah maka kita terpaksa mempertahankn drpa org2 yg mengancamnya...

ada org yg ckp pegangn die Al-quran shj.. tp kita bleh tengk cara mereka bersolat... cara mereka berpuasa..

semuanya mengikut sunnah nabi... melalui hadis sahih....
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Mon Aug 09, 2010 1:19 am

Juang wrote:


Mana dia ayat AL Quran kata kena guna kamus klasik tu? Cakap sahaja bukti sudah diberi, tetapi tiada pun.

Quote :
faried wrote..

karena itu, untuk mengetahui arti dari kata yang digunakan dalam Alquran maka harus menggunakan Kamus Bahasa Arab yang klasik, yang salah satunya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris adalah Lane Lexicon.

mana plak ayat al-quran yg mengatakan kita kena menggunakn kamus klasik milik orientalis seperti lane lexicon...

maksd sy adalh lbh bijak dan tept jika kita mengunkn kamus klasik ulamak dr puak orientalis...

malangnya ada yg lbh mempercayai orientalis drpd ulamak....
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Mon Aug 09, 2010 1:23 am

Quote :
tolokminda wrote...


Yang kata Quran itu sihir ciptaan Nabi adalah kaumnya sendiri. Bukan orang Kristian atau Yahudi.



Quote :


juang wrote...



Bukankah orang kafir lain yang wujud pada waktu itu pun kata Al Quran itu sihir?




sebenarnya yg tergamak mengatakn begitu adalah org kafir dan munafik sepanjg zaman...
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Mon Aug 09, 2010 2:39 am

Quote :
Ragam seterusnya yang sangat masyhur di kalangan Golongan Anti Hadis adalah menghujahkan sebahagian ayat dan mendiamkan sebahagian lain. Ayat yang secocok dengan fahaman mereka dijadikan hujah manakala ayat yang tidak secocok dan bertentangan didiamkan. Terdapat banyak bukti dan contoh yang boleh dikemukakan...

di sini diberikn satu contoh bagaimana bkn shja maksud asal telah didiamkn malah telah diubah...

Terjemahan Rashad Khalifa... ( ini adalah ayat-ayat al-Qur’an sebagaimana yang diterjemahkan oleh Rashad Khalifa dalam Quran: The Final Scripture (Authorized English Version), pg 75-76. versi asal dlm bahasa english tp telah diterjemah dlm bahasa melayu.. )
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan Kitab Allah maka mereka itulah orang-orang kafir. [al-Maidah 5:44]
Terjemahan asal Abdullah Yusuf Ali....
It was We who revealed the law (to Moses): therein was guidance and light. By its standard have been judged the Jews, by the Prophets who bowed (as in Islam) to Allah`s will, by the rabbis and the doctors of law: for to them was entrusted the protection of Allah`s book, and they were witnesses thereto: therefore fear not men, but fear me, and sell not my signs for a miserable price. If any do fail to judge by (the light of) what Allah hath revealed, they are (no better than) Unbelievers
Tafsir Ar-Rahman...
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi pertunjuk dan cahaya yang menerangi dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulamak mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat- ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.
Sekarang perbandingkan rangkap ayat al-Qur’an yang diterjemahkan sebagai hujah oleh Rashad Khalifa dan terjemahannya yang sebenar. Perhatikan bagaimana beliau menukar ayat (bima anzalAllah yang bermaksud dengan apa yang diturunkan oleh Allah sebagai Kitab Allah. )
Jelas di sini kelihatan tindakan menukar maksud ayat-ayat Allah Subhanahu waTa’ala semata-mata kerana ingin menolak dari berhukum dengan hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.
ini baru satu contoh salah laku golongn anti hadis...
Back to top Go down
View user profile
faried
Sarjana
Sarjana


Posts : 524
Points : 2871
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Mon Aug 09, 2010 9:00 am

gaara wrote:
Quote :
Ragam seterusnya yang sangat masyhur di kalangan Golongan Anti Hadis adalah menghujahkan sebahagian ayat dan mendiamkan sebahagian lain. Ayat yang secocok dengan fahaman mereka dijadikan hujah manakala ayat yang tidak secocok dan bertentangan didiamkan. Terdapat banyak bukti dan contoh yang boleh dikemukakan...

di sini diberikn satu contoh bagaimana bkn shja maksud asal telah didiamkn malah telah diubah...

Terjemahan Rashad Khalifa...
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan Kitab Allah maka mereka itulah orang-orang kafir. [al-Maidah 5]

Terjemahan asal Abdullah Yusuf Ali....
If any do fail to judge by (the light of) what Allah hath revealed, they are (no better than) Unbelievers

Tafsir Ar-Rahman...
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

Sekarang perbandingkan rangkap ayat al-Qur’an yang diterjemahkan sebagai hujah oleh Rashad Khalifa dan terjemahannya yang sebenar. Perhatikan bagaimana beliau menukar ayat (bima anzalAllah yang bermaksud dengan apa yang diturunkan oleh Allah sebagai Kitab Allah. )

Jelas di sini kelihatan tindakan menukar maksud ayat-ayat Allah Subhanahu waTa’ala semata-mata kerana ingin menolak dari berhukum dengan hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

ini baru satu contoh salah laku golongn anti hadis...

Secara harfiah/literal:

bima anzalAllah = dengan apa-apa yang Allah turunkan.

Terjemahan Rashad Khalifa: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan Kitab Allah

Abdullah Yusuf Ali: by (the light of) what Allah hath revealed

Tafsir Ar-Rahman:dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya)

Terjemahan Rashad Khalifa tidak dapat dikatakan mendiamkan atau menyembunyikan maksud ayat.

Apa yang diturunkan oleh Allah tentu saja adalah Kitab Allah.

Maksud ayat justru disimpangkan/diselewengkan jika dipahami bahwa apa yang diturunkan oleh Allah adalah hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

"Hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam" tidak diturunkan atau diwahyukan

tetapi

dikumpulkan/diriwayatkan.


Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Mon Aug 09, 2010 10:55 am

Salam,

Benar Faired. Kalau kita fikir logik, ayat 5:44 suruh kita berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, bukannya berhukum dengan apa yang diriwayatkan oleh si polan bin si polan kononnya mendengar/melihat Nabi ucap/buat itu dan ini.

Jauh bezanya apa yang Allah turunkan terus kepada Nabi dengan apa yang diriwayatkan oleh si polan bin si polan pasal Nabi yang entah betul entah tidak.

Takkanlah perbezaan semudah itu mereka buta melihatnya?
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts : 551
Points : 2878
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Mon Aug 09, 2010 10:28 pm

Juang wrote:
Salam,

Benar Faired. Kalau kita fikir logik, ayat 5:44 suruh kita berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, bukannya berhukum dengan apa yang diriwayatkan oleh si polan bin si polan kononnya mendengar/melihat Nabi ucap/buat itu dan ini.

Jauh bezanya apa yang Allah turunkan terus kepada Nabi dengan apa yang diriwayatkan oleh si polan bin si polan pasal Nabi yang entah betul entah tidak.

Takkanlah perbezaan semudah itu mereka buta melihatnya?

salam

untuk memanjangkan perbincangan saya ingin bertanya juang apakah hukuman bagi pencuri jika mengikut al quran .
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Mon Aug 09, 2010 11:09 pm

gaara wrote:
Quote :
tolokminda wrote...


Yang kata Quran itu sihir ciptaan Nabi adalah kaumnya sendiri. Bukan orang Kristian atau Yahudi.



Quote :


juang wrote...



Bukankah orang kafir lain yang wujud pada waktu itu pun kata Al Quran itu sihir?




sebenarnya yg tergamak mengatakn begitu adalah org kafir dan munafik sepanjg zaman...

Salam,

34:43 Dan apabila ayat-ayat Kami yang jelas dibacakan kepada mereka, mereka berkata: Ini bukan kecuali seorang lelaki yang mahu memalingkan kamu dari apa yang telah diabdikan oleh bapa-bapa kamu. Dan mereka berkata: Ini bukan kecuali satu pembohongan yang diada-adakan. Dan apabila kebenaran sampai kepada mereka yang tidak percaya berkata: Ini tidak lain adalah sihir yang nyata.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Mon Aug 09, 2010 11:44 pm

othman wrote:

salam

untuk memanjangkan perbincangan saya ingin bertanya juang apakah hukuman bagi pencuri jika mengikut al quran .
Salam,

Mungkin elok dibuka topik lain bab hukuman jenayah yang disebut dalam Al Quran. Mudah kita nak fokus.
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts : 601
Points : 2996
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Mon Aug 09, 2010 11:47 pm

Salam,

Benar Juang. Harap perbincangan kita fokus kepada topik yang berkaitan sahaja. Jika belum ada topik, boleh buat topik baru. saya sentiasa alu-alukan sesiapa sahaja forumer yang bersedia membuka topik baru.

Terima kasih.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Mon Aug 09, 2010 11:48 pm

tolokminda wrote:
Salam,

34:43 Dan apabila ayat-ayat Kami yang jelas dibacakan kepada mereka, mereka berkata: Ini bukan kecuali seorang lelaki yang mahu memalingkan kamu dari apa yang telah diabdikan oleh bapa-bapa kamu. Dan mereka berkata: Ini bukan kecuali satu pembohongan yang diada-adakan. Dan apabila kebenaran sampai kepada mereka yang tidak percaya berkata: Ini tidak lain adalah sihir yang nyata.
Salam TM,

Dariapda ayat yang saudara kemukakan itu, kita dapat lihat sifat orang-orang kafir hanya menurut apa yang telah diabdikan oleh bapa-bapa mereka. Sama macam sifat rata-rata orang "Islam" hari ini.

Bila ada sesiapa bawakan ayat-ayat Al Quran yang bercanggah dengan kepercayaan atau amalan tradisi mereka, mereka kata itu adalah tak betul. Seolah-olah mereka nak mengatakan Al Quran itu tidak betul.

Nampak tak betapa hipokritnya mereka terhadap Al Quran? Mulut manis mengaku ikut Al Quran. Tetapi apa yang mereka amalkan bercanggah dengan Al Quran.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Tue Aug 10, 2010 12:36 am

Salam,

Tentang kepercayaan ibubapa Tuhan menyuruh kita mengambil sikap begini,

29:8 Dan kami telah menetapkan ke atas manusia kebaikan kepada ibubapanya, dan jika mereka bertegas kepada kamu supaya kamu menyekutukan Aku, yang mana kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, jangan turuti mereka, kepada Aku adalah kepulangan kamu, maka Aku akan memberitahu kamu apa yang telah kamu lakukan.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Tue Aug 10, 2010 12:43 am

Salam,

Allah melarang kita mengikut sesuatu yang tiada pengetahuan tentang sesuatu perkara atau perbuatan biarpun ia disuruh oleh ibubapa kita sendiri.

Ikutilah apa yang Allah turunkan. Ini kerana Allah turunkan sesuatu yang benar dan ada manfaatnya. Sedangkan ramai manusia suka mengada-adakan hukum untuk berbangga diri kononnya merekalah puak yang Allah kasihi.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Tue Aug 10, 2010 12:49 am

Juang wrote:
Salam,

Allah melarang kita mengikut sesuatu yang tiada pengetahuan tentang sesuatu perkara atau perbuatan biarpun ia disuruh oleh ibubapa kita sendiri.

Ikutilah apa yang Allah turunkan. Ini kerana Allah turunkan sesuatu yang benar dan ada manfaatnya. Sedangkan ramai manusia suka mengada-adakan hukum untuk berbangga diri kononnya merekalah puak yang Allah kasihi.

Benar Juang. Bila Tuhan kata jangan ikut apabila kita tidak mempunyai pengetahuan, maksudnya jangan ikut apabila kita tidak menemui perkara berkenaan di dalam Al-Quran. Al-Quran adalah sumber rujukan mutlak yang perlu kita jadikan sebagai petunjuk, penjelas dan pembeza. Jika sesuatu itu tidak ada di dalam Al-Quran janganlah pandai-pandai mengada-adakan pula.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Sponsored content




PostSubject: Re: MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....   Today at 1:42 pm

Back to top Go down
 
MENGENAL RAGAM GOLONGAN ANTI HADIS....
View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 4Go to page : Previous  1, 2, 3, 4  Next
 Similar topics
-
» 7 Golongan yang Mendapat Naungan Allah di Hari Kiamat
» Anti-Inflammatories: can they TRIGGER migraine?
» Anti Humanism
» YES!!Gerakan Anti MUSLIM TELAH DIMULAI, AKIBAT PEMENGGALAN TENTARA INGGRIS OLEH MUSLIM!
» Kalimat Syahadat Menurut Hadis Muslim..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: