Who is online? | In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests None Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm |
| | Antara benar dan dusta | |
| | Author | Message |
---|
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6507 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Antara benar dan dusta Thu Jul 29, 2010 8:40 am | |
| Benar adalah suatu yang wujud (ada bukti) sedangkan yang dusta adalah suatu yang kosong atau diada-adakan.
Katakan suatu yang benar itu diberikan nilai 1 dan suatu yang dusta itu diberikan nilai 0, maka jika 1 didarabkan dengan 10, kita akan dapat 10 (1x10=10). Kita akan dapat peningkatkan nilainya daripada 1 kepada 10. Sebaliknya jika 0 didarabkan dengan 1000, maka kita tetap dapat 0 juga (0x1000=0). Kita tetap tidak mendapat apa-apa.
Begitulah jika kita buat amalan yang benar dengan amalan yang palsu. Contoh amalan yang benar adalah belajar dan membaca. Walaupun kita baca sedikit demi sedikit (10 ayat umpamanya), tetapi kerana amalan itu suatu yang benar, pasti kita akan dapat peningkatannya. Ilmu kita akan bertambah. Sebaliknya jika manusia itu beritual mengadap matahari 1000 kali sehari, tetapi oleh kerana perbuatan itu adalah dusta dan diada-adakan, hakikatnya manusia itu dapat 0 sahaja. Manusia itu hanya merasakan dengan bilangan 1000 kali itu, dia sudah dapat banyak ganjaran atau menjadi orang yang mulia. Tetapi apalah ertinya jika 1000 x 0 kerana jawapannya tetap 0.
Jadi, sebelum nak melakukan sesuatu perbuatan, jangan lihat pada berapa kali ia dibuat, tetapi tentukanlah dahulu nilai amalan itu sama ada ia benar atau dusta. Buat amalan dusta sejuta kali sehari pun, nilainya tetap kosong.
| |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5695 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Antara benar dan dusta Fri Jul 30, 2010 12:26 pm | |
| Salam,
Benar Juang. Bukan sahaja nilai amalan mereka kosong. Malah, orang yang suka berdusta ini ada penyakit dalam hati mereka. Makin banyak mereka berdusta, makin banyaklah penyakit yang Allah tambah.
Di dunia sahaja, mereka sudah penyakit dalam hati. Di akhirat kelak, azab yang pedih menanti.
2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah menambahkan penyakit mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih kerana mereka mendustakan. | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6507 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Antara benar dan dusta Sat Jul 31, 2010 11:44 am | |
| Salam,
Kalau kita fikir logik pun, kalau hati manusia itu bersih dan baik, dia tak akan berdusta. Pastilah hati-hati yang berpenyakit sahaja tergamak buat macam itu. | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6507 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Antara benar dan dusta Sat Jul 31, 2010 6:13 pm | |
| Suatu yang benar, ia mudah dipertahankan. Ini kerana buktinya wujud. Tak payah guna nama si polan bin si polan yang sudah mati pun kita mudah kemukakan bukti.
Contohnya dalam membuktikan Keesaan Allah (walaupun Allah itu ghaib daripada pandangan kasar manusia), Nabi dengan mudah membawakan bukti KeesaanNya seperti ayat di bawah;
17:42. Katakanlah, "Sekiranya ada tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka mengatakan, tentu mereka mencari jalan kepada Yang mempunyai Arasy."
Logik sekali ayat di atas. Andaikata tuhan-tuhan ada banyak selain Dia, pastilah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Tuhan Yang Memerintah semesta alam ini. Lihat bila ada manusia dengan manusia nak jadi pemimpin negara, mereka akan mencari jalan nak jatuhkan manusia yang memiliki kerajaan itu. Ini kerana, kalau mereka tidak menguasai kerajaan, macam mana keinginan/kehendak mereka dapat dipenuhi?
Tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani sekadar cakap "Uzair putera Allah" dan "Al Masih itu putera Allah" gagal kemukakan bukti melainkan sekadar percaya membuta-tuli kepada pembesar-pembesar agama mereka (rujuk ayat 9:30~31). Dakwaan mereka hanyalah suatu yang diada-adakan kerana mereka nak berbangga diri dengan menjadi puak Yahudi atau Nasrani, merekalah kekasih-kekasih Tuhan.
Begitulah perbezaan sesuatu yang ditetapkan oleh Allah dengan sesuatu yang ditetapkan oleh pembesar-pembesar agama puak-puak tertentu. Yang ditetapkan oleh manusia itu hanyalah kerana nak berbangga diri puak merekalah yang benar.
Namun sedikit sekali manusia yang menyedari perbezaan tersebut.
| |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6507 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Antara benar dan dusta Sat Jul 31, 2010 6:59 pm | |
| Salah satu kekuatan kebenaran adalah ia tidak bergantung kepada ijmak segolongan manusia. Contohnya kebenaran hukum semudah 1+1=2 bukan kerana imjak ilmuan matematik menetapkan demikian, tetapi kerana hukum Allah menetapkan sedemikian. Jika ada ijmak ilmuan matematik palsu mengatakan 1+1=3 sekalipun, mereka tidak boleh mendustai jari-jemari mereka sendiri yang menunjukkan bilangan 1+1 tetap memberikan jawapan 2.
Jadi bila ada sesuatu ketetapan yang dikeluarkan mengikut ijmak sesuatu golongan manusia, nampak sangat itu bukan daripada Allah. Sesuatu yang datang daripada Allah, orang perseorangan pun boleh kemukakan buktinya. Sebab itulah para Rasul kebanyakannya bersendirian sahaja untuk mengatakan kebenaran. Bukannya mereka kena tunggu ketetapan ijmak pembesar agama mereka untuk hidup sebagai hamba Allah.
Apakah kita sudah hidup sebagai mana para Nabi yang dikhabarkan dalam Al Quran melaksanakan kehidupan sebagai hamba Allah (bukan hamba selainNya)? Malah Nabi-Nabi pun tak suruh manusia jadi hamba mereka.
3:79. Tiadalah bagi seseorang manusia bahawa Allah memberinya al-Kitab, dan Pemutus, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu mengetahui al-Kitab, dan dengan sebab kamu mempelajarinya."
| |
| | | Fiza Siswazah
Posts : 103 Points : 5127 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Antara benar dan dusta Sun Aug 01, 2010 1:59 am | |
| 3:31 " katakanlah (wahai Muhammad) Kalau kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku; kemudian Allah akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah maha pengampun, penyayang."
9:119 "Wahai orang beriman, takutilah akan Allah dan bersertalah dengan orang-orang yang benar lagi taat" | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6507 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Antara benar dan dusta Sun Aug 01, 2010 2:41 am | |
| - Quote :
- 9:119 "Wahai orang beriman, takutilah akan Allah dan bersertalah dengan orang-orang yang benar lagi taat"
Salam, Jelas sekali kita disuruh berserta dengan orang-orang yang benar. Orang yang benar, mereka pasti jadikan Al Quran sebagai Peringatan. Jika ada manusia jadikan Al Quran sebagai lagu-laguan (syair), itukah orang yang takut kepada Allah? 36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas. Mereka tak rasa takut ke kepada Allah yang mengatakan Dia tidak mengajar Nabi bersyair tetapi Al Quran sebagai Peringatan? Tak faham-faham lagikah mereka apa itu Peringatan? | |
| | | tolokminda Sarjana
Posts : 627 Points : 5661 Reputation : 1 Join date : 2010-07-29
| Subject: Re: Antara benar dan dusta Tue Aug 03, 2010 11:44 pm | |
| Salam,
Orang yang benar tidak akan menyekutukan Tuhan dengan apa-apa pun. Contoh yang jelas adalah para rasul yang Tuhan ceritakan melalui Al-Quran. | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6507 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Antara benar dan dusta Thu Aug 05, 2010 9:36 am | |
| 36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.
Menjadikan Al Quran sebagai Peringatan dan Kitab yang menjelaskan adalah perbuatan yang benar.
Menjadikan Al Quran sebagai nyanyian dan Kitab yang perlukan penjelasan adalah perbuatan yang palsu.
Katakan seseorang itu menyanyikan Al Quran 10 kali sehari (sebab dia rasa susah nak fahami isi kandungannya, jadi setakat lagu-lagukan pun kira oklah). Namun kerana perbuatan itu adalah suatu yang tidak benar (nilainya 0), maka 10x0=0. Sia-sia sahaja apa yang manusia itu lakukan.
Katakan seseorang itu membaca Al Quran untuk mendapat peringatan hanya 2 kali sehari. Tetapi kerana perbuatan menjadikan Al Quran itu suatu yang benar (nilainya wujud atau 1), maka 2x1=2.
Maknanya walaupun orang itu setakat buat 2 kali sehari pun, tetapi kerana amalan itu benar, dia tetap mendapat hasil dan peningkatannya berbanding orang yang buat 10 kali amalan yang dusta itu. Pasti yang jadikan Al Quran itu sebagai peringatan lebih mantap ilmu di dada berbanding orang yang menyanyikan Al Quran itu.
| |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Antara benar dan dusta | |
| |
| | | | Antara benar dan dusta | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |