| Jangan Mendekati Zina! | |
|
|
Author | Message |
---|
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5665 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Jangan Mendekati Zina! Tue Aug 03, 2010 12:56 pm | |
| 17:32. Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.
Salam,
Lihatlah, betapa cantiknya peringatan di atas agar jangan mendekati zina. Bukan sahaja satu kesumbangan tapi jalan yang jahat.
Kesumbangan bermaksud songsang yakni tidak betul. Maknanya, tanpa ikatan perkahwinan, bersetubuh dengan sesiapa sahaja.
Jalan yang jahat - Yang boleh memporak-porandakan masyarakat spt kes buang bayi dsb.
Kalau kita patuh kepada larangan ini, maknanya kita sudah melaksanakan solat kerana solat itu menghilangkan kejahatan. | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5665 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Jangan Mendekati Zina! Tue Aug 03, 2010 12:59 pm | |
| Salam,
Marilah kita saling mengambil peringatan ini agar kita tidak termasuk di kalangan orang-orang yang fasiq. | |
|
| |
Fiza Siswazah
Posts : 103 Points : 5097 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Jangan Mendekati Zina! Tue Aug 03, 2010 4:14 pm | |
| Kita bukan sahaja mematuhi larangan Allah. Tetapi kita juga mematuhi perintah Allah. 'Amal maaruf nahi mungkar'. Meninggalkan sembahyang lebih besar dosanya dari berzina sehinggakan hukuman akan dibalas di akhirat kelak. Sebaik-baik pembalasan nikmat adalah di akhirat dan seburuk-buruk balasan azab juga diakhirat. | |
|
| |
faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5540 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Jangan Mendekati Zina! Tue Aug 03, 2010 4:31 pm | |
| - Fiza wrote:
Meninggalkan sembahyang lebih besar dosanya dari berzina sehinggakan hukuman akan dibalas di akhirat kelak. Bersembahyang dengan tidak mengerti petunjuk yang terkandung dalam Alquran yang dikatakan ketika sedang sembahyang (salat) dilarang untuk didekati yaitu sama dengan larangan mendekati zina (4.43). | |
|
| |
Fiza Siswazah
Posts : 103 Points : 5097 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Jangan Mendekati Zina! Tue Aug 03, 2010 8:21 pm | |
| Tidak bersalahan dengan syarat sah sembahyang iaitu dalam keadaan sedar bukan dalam keadaan mabuk/atau tidak sempurna akalnya. Tetapi tidak bermaksud gugur kewajiban sembahyangnya. Sebaliknya harus diganti setelah sedar /atau kembali semula akalnya. Pengajarannya ialah meninggalkan perkara yang boleh melalaikan solat. Belajar ilmu adalah wajib agar solat dalam keadaan berilmu. Ia bukan sahaja dalam perkara solat malah dalam semua perkara agama hendaklah berilmu. | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5665 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Jangan Mendekati Zina! Tue Aug 03, 2010 8:51 pm | |
| Salam,
Bagaimana cara yang terbaik agar kita tidak mendekati zina? Lakukanlah solat dengan cara melakukan perbuatan-perbuatan baik kerana perbuatan baik itu akan menghapuskan kejahatan termasuk mendekati zina.
Last edited by Admin on Tue Aug 03, 2010 11:02 pm; edited 1 time in total | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6477 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Re: Jangan Mendekati Zina! Tue Aug 03, 2010 9:50 pm | |
| Salam,
Setiap perbuatan baik seperti meletakkan batu-batu untuk membina benteng dalam jiwa. Manakala perbuatan jahat seperti memecahkan batu-batu pada benteng jiwa kita.
Jika seseorang itu selalu membuat kebaikan, tentulah benteng jiwanya semakin kukuh. Syaitan tidak mudah menghasut manusia itu berbuat kejahatan.
Sebaliknya jika seseorang itu selalu membuat kejahatan, maka suda tentulah benteng jiwanya mudah runtuh kerana dipecahkan. Bila benteng jiwa sudah runtuh, jangankan dihasut mendekai zina, dihasut melagu-lagukan Al Quran pun mereka sudah lemah menghalangnya.
| |
|
| |
tolokminda Sarjana
Posts : 627 Points : 5631 Reputation : 1 Join date : 2010-07-29
| Subject: Re: Jangan Mendekati Zina! Tue Aug 03, 2010 11:20 pm | |
| Salam,
Tuhan kata jangan dekati zina. Jadi sebagai pembaca Al-Quran yang percaya, apa yang kita perlu lakukan adalah supaya menjadikan pesanan Tuhan itu, iaitu jangan dekati zina sebagai komitmen atau solaa kita. Jika kita komited untuk tidak mendekati zina tentulah kita tidak akan berzina. Semudah itu saja. Solaa atau komitmen yang Tuhan suruh kita pegang adalah solaa atau komitmen kepada semua ketetapan-ketetapanNya yang telah dinyatakan atau dijelaskan di dalam Al-Quran. Orang yang tidak komited kepada Al-Quran mereka bukan saja akan berzina malah akan mudah terjebak dengan amalan-amalan buruk lain termasuklah amalan menyekutukan Tuhan - satu-satunya kesalahan yang Tuhan tidak akan ampunkan. | |
|
| |
faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5540 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Jangan Mendekati Zina! Sun Aug 08, 2010 4:32 pm | |
| - Fiza wrote:
- Tidak bersalahan dengan syarat sah sembahyang iaitu dalam keadaan sedar bukan dalam keadaan mabuk/atau tidak sempurna akalnya.
Sebaliknya harus diganti setelah sedar /atau kembali semula akalnya. Pemahaman saya, bukan diganti tetapi salat harus dilakukan dalam keadaan sadar hingga mengerti apa yang dikatakan, yaitu memahami ayat-ayat Alquran yang dikatakan ketika melaksanakan salat. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6477 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Re: Jangan Mendekati Zina! Sun Aug 08, 2010 5:48 pm | |
| Salam,
Maknanya kalau orang itu nak melaksanakan solat guna Al Quran bahasa Arab, dia kena fahami bahasa Arab dahulu barulah solat. Ini kerana larangan mendekati salat dalam keadaan tidak memahami Al Quran sama tarafnya dengan larangan mendekati zina.
Berkenaan menjauhi zina, memang ia memerlukan tekad dan azam yang kuat. Oleh kerana zina lawannya kahwin, maka untuk tidak mendekati zina, maka kena ada azam untuk berkahwin. | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Jangan Mendekati Zina! | |
| |
|
| |
| Jangan Mendekati Zina! | |
|