Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6478 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Menjauhi Pembohongan Mon Aug 16, 2010 9:35 am | |
| Siakap senohong Gelama ikan duri Bercakap bohong Lama-lama jadi pencuri
Manusia berani buat sesuatu kejahatan apabila dia tidak takut untuk berbohong atau berdusta. Jika hendak berbohong pun dia takut, sudah pasti hendak buat kejahatan yang lebih besar pun dia akan takut.
Ciri-ciri utama pembohong atau pendusta adalah mereka gagal kemukakan bukti. Sebab itulah Al Quran membezakan para Nabi dengan para pembohong iaitu para Nabi mampu kemukakan bukti-bukti yang waras difikirkan (sehingga Keesaan Allah yang tak nampak pun mampu dibuktikan), sedangkan orang-orang kafir gagal kemukakan bukti melainkan atas dasar kepercayaan tradisi.
Dan orang-orang berdusta sebegitu takut hendak berhujah lama-lama tentang kepercayaan mereka kerana mereka tahu yang mereka tiada bukti. Malah kalau berhujah, pasti mereka akan panas hati bila dicabar kemukakan sesuatu bukti.
Bila kita mudah kenal perbezaan orang yang benar dengan orang yang dusta, mudahlah kita menjauhi diri daripada segala bentuk pendustaan dan sesuatu yang diada-adakan.
Berforum begini dapat melatih ketajaman minda kita untuk membezakan kata-kata yang benar (ada bukti) dengan kata-kata dusta (yang tiada bukti).
Kata-kata benar hanya bergantung kepada bukti-bukti yang wujud di serata alam sedangkan kata-kata dusta terpaksa disandarkan atas nama si polan bin si polan yang menjadi ikon masyarakat. Sebab itulah setiap ayat Al Quran tidak disandarkan atas nama mana-mana manusia yang meriwayat atau mencatatkan ayat-ayat tersebut. Kita tidak perlu tahu siapa yang menulis ayat 2:114 umpamanya. Cukuplah kebenaran ayat tersebut boleh dibuktikan guna konsep-konsep yang Allah wujudkan di serata alam.
| |
|