HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
Payau Putih
Siswazah
Siswazah


Posts : 106
Points : 2428
Reputation : 0
Join date : 2010-08-06
Location : Bumi Bertuah

PostSubject: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Fri Aug 06, 2010 4:32 pm

Saya tertarik dengan firman Allah ini yang bermaksud;

AQ 23: 52-54. Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu[1006], dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. 53. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).54. Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu.

Berdasarkan ayat diatas, apa yang dapat difahami bahwa sesiapa sahaja yang bergolongan dalam agama maka merekalah yang sesat sehingga ke hari kiamat (sampai waktu). Jadi bagaimanakah kedudukan yang berbangga sebagai golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), Syiah, Wahabi, Khawarij dan sebagainya..?

Dalam Golongan ASWJ itu sendiri pula wujud lagi golongan-golongan atau pecahan-pecahan tertentu yg disebut sebagai mahzab Syafii, Hambali, Maliki dan Hanafi (betulkan saya jika salah). Apakah ini sesat lagi menyesatkan ?

Mohon di kupas....
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts : 601
Points : 2999
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Fri Aug 06, 2010 5:17 pm

Salam,

Bagi golongan yang mereka pegang dan bangga-banggakan, sudah pasti mereka akan kata mereka tak sesat. yang sesat golongan itu dan golongan ini. tiada golongan yang masing-masing mengaku mereka sesat. orang yang bukan daripada golongan mereka pasti dilabel sesat sebab tidak mahu ikut cara amalan mereka.

jadi dalam ayat 23.52-54 di atas, Allah dah bagi peringatan bahawa orang yang mewujudkan golongan-golongan ini harus dibiarkan sahaja kesesatan mereka sampai suatu waktu.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Fri Aug 06, 2010 8:01 pm

Salam,

Sebenar al-deen bukan bermaksud agama tetapi ia adalah cara hidup. Tuhan telah menetapkan cara hidup yang direstuiNya kepada kita. Semuanya telah Tuhan jelaskan di dalam Al-Quran. Sebab itulah kita perlu menjadikan semua ketetapan Tuhan di dalam Al-Quran sebagai komitmen kita.

Jika kita lihat di sekitar kita, semua makhluk dan ciptaan Tuhan hidup dalam suatu set cara hidup masing-masing. Mereka tidak ingkar atau lari dari norma atau tabiat atau fitrah kejadian yang Tuhan telah tetapkan ke atas mereka. Hanya manusia yang mempunyai banyak pilihan untuk menentukan arah hidup - mereka boleh menguasai ilmu, membina atau meruntuhkan tamadun dan sebagainya. Semua ini adalah kelebihan manusia dan Tuhan mahu kita memanfaatkannya. Apa yang penting kita tidak melampaui batasan-batasan ketetapan yang telah Tuhan restui. Kita mesti sentiasa memantau diri kita sendiri supaya sentiasa berada di atas landasan cara hidup yang telah Tuhan tetapkan itu.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Fiza
Siswazah
Siswazah


Posts : 103
Points : 2431
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Fri Aug 06, 2010 8:30 pm

Salam semua,
Agama Islam yang dibawa oleh Nabi membawa pengertian tauhid yang benar. Manusia tidak akan mampu mencapai tauhid yang sebenar tanpa melalui Nabi. Batas ilmu manusia terhad pada alam nyata, sedangkan tauhid adalah sesuatu yang ghaib. Walaupun Al quran menyebut perkara-perkara ghaib, malaikat, syurga, neraka; namun manusia tidak mampu menggambarkannya melainkan hanya perlu beriman dengan sepenuhnya. Sejauhmana manusia mampu mengimaninya adalah berdasarkan info yang dia terima. Kalau seseorang itu tiada info mengenainya, perkara ghaib ini lebih menjadi sangkaan mereka semata-mata.
Malah Allah bagi mereka juga adalah menurut sangkaan sahaja, kalau mereka tidak mahu mengenali Allah yang diajar oleh Nabi saw. Nabi berkata yang maksudnya ' Aku lebih tahu dan lebih takwa kepada Allah'. Kalau seseorang yang tidak mengenali Allah, bagaimanakah dia menafsirkan ayat-ayat Allah? Seseorang yang tidak bertakwa kepada Allah, dia akan menafsirkan ayat secara mudah dengan niat yang sama iaitu tidak takut pada Allah.Kalau dia seorang yang cintakan dunia, dia akan tafsirkan syurga sekadar sesuatu yang tidak menarik hatinya. Dia akan menggambarkan neraka yang tidak merasakan ancaman baginya. Akhirnya tidak ada ketaatan yang ada pada dia. Agama ialah apa yang dibawa oleh Nabi pada umatnya. Kalau seorang menggunakan kitab Allah sekali pun tetapi bertentangan dgn agama yang Nabi bawa, itu bukanlah agama sebaliknya kesesatan. Perlu difahami, agama telah tetap, ia datang dari Allah dan diturunkan kepada manusia melalui Rasul. Ini adalah sunatullah yang tidak berubah. Bila membaca Al quran, kita tahu siapa Rasul dan siapa kita sebagai pengikut rasul, jangan tersalah menganggap kita pula Rasul. Melalui apa yang saya baca, semua mereka yang berbeza bila mentafsirkan Al quran, ialah mereka yang menyamakan taraf mereka seperti Rasul.
Orang yang menganggap mereka Rasul, tidak akan mengikut Rasul. Musuh utama syaitan ialah Para Nabi. Racun syaitan ialah menggoda manusia supaya tidak mengikut Para Rasul seperti petunjuk dan pengajaran Al Quran. Selagi kita tidak berupaya menjadi pengikut Rasul, itu adalah tanda kita belum mendapat petunjuk yang benar. Ia terbukti bila mereka yang tidak mengikut Rasul, akhirnya tidak mampu beragama dan hidupnya sama dengan cara hidup orang kafir.






































Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Fri Aug 06, 2010 10:28 pm

Quote :
Fiza menulis,

Agama Islam yang dibawa oleh Nabi membawa pengertian tauhid yang benar.
Manusia tidak akan mampu mencapai tauhid yang sebenar tanpa melalui
Nabi.

Salam,

Kalau ikut Tuhan seperti yang direkodkan di dalam Al-Quran, Tuhan kata tiada sesiapa pun yang mampu memberi petunjuk kepada orang lain kecuali Tuhan sendiri. Hanya Tuhan yang akan memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya. Nabi pun mendapat petunjuk dari Tuhan.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Fri Aug 06, 2010 11:28 pm

Salam,

Benar TM. Jika Nabi pun nak dapat petunjuk kena melalui Tuhan, macam mana mereka boleh buat dakwaan palsu kononnya manusia tak mampu capai tauhid yang sebenar tanpa melalui Nabi? Tak masuk akal betul.

Katakan kereta A nak masuk highway kena melalui tol. Takkanlah kereta B nak masuk highway kena melalui kereta A pula? Bukankah lebih logik kereta B pun kena melalui tol juga? Begitulah perumpamaannya (tetapi orang kafir tak suka perumpamaan).
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Fri Aug 06, 2010 11:38 pm

Salam Juang,

Perangkap Syaitan dalam menyesatkan manusia sebenarnya sama saja. Tapi majoriti manusia gagal memikirkannya.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Fri Aug 06, 2010 11:55 pm

Salam,

Kenapa mereka gagal memikirkannya? Sebab daripada kecil sampai dewasa, mereka sudah dididik kononnya ajaran pembesar agama mereka semestinya benar. Kononnya merekalah golongan yang benar dan golongan lain semuanya sesat.

Jadi mereka pun rasa malas nak buat kajian dan penyelidikan sendiri untuk membezakan benar atau dusta. Mereka telan mentah-mentah apa yang pembesar agama mereka tetapkan.

Mereka selesa dengan "Islam baka" yang mereka dapat tanpa perlu bersusah payah macam Nabi mencari dan menyampaikan kebenaran.

Kerana itulah jiwa mereka lemah dan sering gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran sebagai bukti.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2965
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sat Aug 07, 2010 12:17 am

Salam Juang,

Benar. Itulah norma yang dapat kita lihat dari semua penganut agama di dunia ini, bukan umat Islam saja. Setiap umat kata cara mereka saja betul, yang lain semuanya kafir belaka.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sat Aug 07, 2010 2:20 pm

Salam,

Di sini kita telah nampak, punca wujudnya manusia yang bergolongan dalam agama (cara hidup) adalah kerana mereka perasan merekalah puak yang benar dan puak lain semuanya kafir. Penyakit inilah kita kena ubati dahulu kalau mahu melihat perubahan dalam cara hidup atau tamadun manusia.

Hairannya, manusia sudah mencapai tahap tamadun yang boleh meneroka ke angkasa lepas. Tetapi masih terdapat manusia yang tak bertamadun macam orang-orang kafir terdahulu yang suka bergolong-golongan dalam kehidupan.

Apakah mereka tidak mempunyai minda?
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sat Aug 07, 2010 5:55 pm

Juang wrote:
Salam,

Di sini kita telah nampak, punca wujudnya manusia yang bergolongan dalam agama (cara hidup) adalah kerana mereka perasan merekalah puak yang benar dan puak lain semuanya kafir. Penyakit inilah kita kena ubati dahulu kalau mahu melihat perubahan dalam cara hidup atau tamadun manusia.

Hairannya, manusia sudah mencapai tahap tamadun yang boleh meneroka ke angkasa lepas. Tetapi masih terdapat manusia yang tak bertamadun macam orang-orang kafir terdahulu yang suka bergolong-golongan dalam kehidupan.

Apakah mereka tidak mempunyai minda?

salam

apa madsud agama pada pendapat tuan .
Back to top Go down
View user profile
Fiza
Siswazah
Siswazah


Posts : 103
Points : 2431
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sat Aug 07, 2010 5:57 pm

Saya hidup di negara ini dan dari dulu sampai kini hanya ada satu sahaja agama Islam dan yang lain itu adalah agama Budha, Hindu dan Kristian. Adakah kewujudan golongan agama ini dikatakan tidak bertamadun? Adakah kemajuan tamadun dunia kita menyama tarafkan semua agama? Atau kita tidak perlukan agama lagi, sebagai bukti bahawa kita telah maju? Inikah yang Allah kehendaki.
Sekadar bertanya kerana saya menghormati agama yang dipercayai oleh forumer lain.
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sat Aug 07, 2010 7:31 pm

Fiza wrote:
Saya hidup di negara ini dan dari dulu sampai kini hanya ada satu sahaja agama Islam dan yang lain itu adalah agama Budha, Hindu dan Kristian. Adakah kewujudan golongan agama ini dikatakan tidak bertamadun? Adakah kemajuan tamadun dunia kita menyama tarafkan semua agama? Atau kita tidak perlukan agama lagi, sebagai bukti bahawa kita telah maju? Inikah yang Allah kehendaki.
Sekadar bertanya kerana saya menghormati agama yang dipercayai oleh forumer lain.

salam

dah banyak agama , kata satu
Back to top Go down
View user profile
Fiza
Siswazah
Siswazah


Posts : 103
Points : 2431
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sat Aug 07, 2010 7:48 pm

Salam En.Othman,

Mungkin En. Othman mengetahui tentang golongan yang banyak itu. Apakah ada forumer yang termasuk dalam sesuatu golongan itu? Yang pastinya di akhirat nanti ada golongan kiri dan kanan.
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sun Aug 08, 2010 1:23 am

Fiza wrote:
Salam En.Othman,

Mungkin En. Othman mengetahui tentang golongan yang banyak itu. Apakah ada forumer yang termasuk dalam sesuatu golongan itu? Yang pastinya di akhirat nanti ada golongan kiri dan kanan.

salam

kadang2 diaorang ni saja2 cakap jer , sekadar nak berforum . kita bersangka baik jer .
Back to top Go down
View user profile
Payau Putih
Siswazah
Siswazah


Posts : 106
Points : 2428
Reputation : 0
Join date : 2010-08-06
Location : Bumi Bertuah

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sun Aug 08, 2010 2:51 am

othman wrote:
Fiza wrote:
Salam En.Othman,

Mungkin En. Othman mengetahui tentang golongan yang banyak itu. Apakah ada forumer yang termasuk dalam sesuatu golongan itu? Yang pastinya di akhirat nanti ada golongan kiri dan kanan.

salam

kadang2 diaorang ni saja2 cakap jer , sekadar nak berforum . kita bersangka baik jer .

Salam,

Jadi apakah pendapat tuan berkenaan ayat AQ 23: 52-54 yg saya kemukakan diatas... adakah sekadar cakap jer....
Back to top Go down
View user profile
Fiza
Siswazah
Siswazah


Posts : 103
Points : 2431
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sun Aug 08, 2010 8:12 am

supaya tak bergolongan, kita simpan saje topik ini, kerana ia tidak akan mengurangkan golongan yang telah ada sebaliknya akan menambahnya lagi.
Taatlah kepada Allah dan Rasul.
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts : 601
Points : 2999
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sun Aug 08, 2010 11:28 am

Fiza wrote:
Saya hidup di negara ini dan dari dulu sampai kini hanya ada satu sahaja agama Islam dan yang lain itu adalah agama Budha, Hindu dan Kristian. Adakah kewujudan golongan agama ini dikatakan tidak bertamadun? Adakah kemajuan tamadun dunia kita menyama tarafkan semua agama? Atau kita tidak perlukan agama lagi, sebagai bukti bahawa kita telah maju? Inikah yang Allah kehendaki.
Sekadar bertanya kerana saya menghormati agama yang dipercayai oleh forumer lain.

Salam,

Islam bukan agama tapi satu cara hidup yang dianjurkan Tuhan. Jika kita ikut cara hidup ini, maka kita akan selamat sama ada di dunia mahupun akhirat.

Allah tidak suruh kita hidup bergolongan dalam cara hidup islam kerana akibat wujudnya golongan-golongan ini akan membawa perpecahan dan akibat yang buruk. Dan, kesannya kita dapat lihat hari ini.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sun Aug 08, 2010 4:25 pm

Salam,

Samalah konsepnya cara pemanduan yang selamat adalah dengan memandu denga cermat, bertimbang-rasa, berfikir panjang dan tidak menurut rasa, mematuhi peraturan lalu-lintas dan banyak lagi.

Adakah kita perlu buat puak kononnya "akulah pemandu yang selamat". Tak perlu pun. Bila berada di atas jalanraya, kita kena tahulah apakah perbuatan yang perlu dilakukan selaku pemandu yang selamat. Sekadar mengaku "akulah pemandu selamat" tetapi bawa kereta atau motor macam pelesit, apalah ertinya.

Begitulah dalam hidup ini. Untuk cara hidup yang selamat (Islam), kita hanya perlu ikut cara yang Tuhan tetapkan sebab kita tumpang alam Tuhan ini. Kita bukan tumpang alam "pembesar agama" sebab mereka bukannya sekutu Tuhan untuk dipercayai membuta-tuli segala apa yang mereka ada-adakan.

Oleh kerana Tuhan tak suruh kita buat puak untuk cara hidup yang selamat seperti kita tidak buat puak untuk cara pemanduan yang selamat, maka jauhilah kepuakan begitu. Tiada maknanya....
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sat Aug 14, 2010 1:03 am

Salam...

saudara payau putih...

memang kita kena buat golongan. Supaya orang boleh mengenal yang mana manikam dan yang mana kaca.

Rasulullah saw juga melabelkan beberapa golongan dgn gelaran khawarij , ruwaibidah dan sbgnya.

Di dalam quran juga Allah buat label bagi muslim yang berpura2 dgn gelaran munafik. Yang menolak seruan secara total di gelar kafir.

Malah diakhirat kelak juga ada golongan kiri dan golongan kanan...
Back to top Go down
View user profile
Payau Putih
Siswazah
Siswazah


Posts : 106
Points : 2428
Reputation : 0
Join date : 2010-08-06
Location : Bumi Bertuah

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sat Aug 14, 2010 1:17 am

gaara wrote:
Salam...

saudara payau putih...

memang kita kena buat golongan. Supaya orang boleh mengenal yang mana manikam dan yang mana kaca.

Rasulullah saw juga melabelkan beberapa golongan dgn gelaran khawarij , ruwaibidah dan sbgnya.

Di dalam quran juga Allah buat label bagi muslim yang berpura2 dgn gelaran munafik. Yang menolak seruan secara total di gelar kafir.

Malah diakhirat kelak juga ada golongan kiri dan golongan kanan...

Salam,

Jadi apakah pendapat tuan berkenaan ayat AQ 23: 52-54 yg saya kemukakan diatas... ?
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sat Aug 14, 2010 1:27 am

Payau Putih wrote:
othman wrote:
Fiza wrote:
Salam En.Othman,

Mungkin En. Othman mengetahui tentang golongan yang banyak itu. Apakah ada forumer yang termasuk dalam sesuatu golongan itu? Yang pastinya di akhirat nanti ada golongan kiri dan kanan.

salam

kadang2 diaorang ni saja2 cakap jer , sekadar nak berforum . kita bersangka baik jer .

Salam,

Jadi apakah pendapat tuan berkenaan ayat AQ 23: 52-54 yg saya kemukakan diatas... adakah sekadar cakap jer....

salam

saya faham apa yg saudara madsudkan tapi pendekatan yg saudara guna jugak seperti tuan jugak berada dalam satu golongan yg tersendiri .
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sat Aug 14, 2010 1:33 am

Salam...

saudara payau putih..

pada dasarnya AQ 23:52-54 menerangkn ttg:

agama para Rasul itu adalah agama yang satu yaitu agama tauhid yang mengakui ke Esaan Allah SWT dan tidak ada sekutu bagi-Nya.

Kemudian pada ayat menerangkan bahwa umat para Rasul itu telah menyeleweng dari ajaran mereka sehingga mereka terpecah belah menjadi beberapa golongan, masing-masing golongan menganggap bahwa golongannyalah yang benar.

dan agama2 yg dikatakan oleh nabi sperti khawarij dan ruwaibidah mmg layak dikategorigkn menurut ayt2 di atas..

mengenai terdptnya 4 mazhab dlm Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) mereka ttp mengakui keesaan ALLAh.. dan tiada antra mereka pun yg perng menggap dr mereka lbh baik dr yg len...
Back to top Go down
View user profile
Payau Putih
Siswazah
Siswazah


Posts : 106
Points : 2428
Reputation : 0
Join date : 2010-08-06
Location : Bumi Bertuah

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sat Aug 14, 2010 1:42 am

gaara wrote:
Salam...

saudara payau putih..

pada dasarnya AQ 23:52-54 menerangkn ttg:

agama para Rasul itu adalah agama yang satu yaitu agama tauhid yang mengakui ke Esaan Allah SWT dan tidak ada sekutu bagi-Nya.

Kemudian pada ayat menerangkan bahwa umat para Rasul itu telah menyeleweng dari ajaran mereka sehingga mereka terpecah belah menjadi beberapa golongan, masing-masing golongan menganggap bahwa golongannyalah yang benar.

dan agama2 yg dikatakan oleh nabi sperti khawarij dan ruwaibidah mmg layak dikategorigkn menurut ayt2 di atas..

mengenai terdptnya 4 mazhab dlm Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) mereka ttp mengakui keesaan ALLAh.. dan tiada antra mereka pun yg perng menggap dr mereka lbh baik dr yg len...

Salam,

Cuba tuan baca bebaik ayat berikut;

AQ 23: 52-54. Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua,
agama yang satu[1006], dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. 53. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).54. Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu.


Bukankah ASWJ bangga dengan golongannya begitu juga Syiah, Khawarij dsbnya dan masing2 menuduh golongan lain sesat... siap keluarkan fatwa lagi....
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Sat Aug 14, 2010 1:50 am

Payau Putih wrote:
gaara wrote:
Salam...

saudara payau putih..

pada dasarnya AQ 23:52-54 menerangkn ttg:

agama para Rasul itu adalah agama yang satu yaitu agama tauhid yang mengakui ke Esaan Allah SWT dan tidak ada sekutu bagi-Nya.

Kemudian pada ayat menerangkan bahwa umat para Rasul itu telah menyeleweng dari ajaran mereka sehingga mereka terpecah belah menjadi beberapa golongan, masing-masing golongan menganggap bahwa golongannyalah yang benar.

dan agama2 yg dikatakan oleh nabi sperti khawarij dan ruwaibidah mmg layak dikategorigkn menurut ayt2 di atas..

mengenai terdptnya 4 mazhab dlm Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) mereka ttp mengakui keesaan ALLAh.. dan tiada antra mereka pun yg perng menggap dr mereka lbh baik dr yg len...

Salam,

Cuba tuan baca bebaik ayat berikut;

AQ 23: 52-54. Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua,
agama yang satu[1006], dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. 53. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).54. Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu.


Bukankah ASWJ bangga dengan golongannya begitu juga Syiah, Khawarij dsbnya dan masing2 menuduh golongan lain sesat... siap keluarkan fatwa lagi....

salam

ayat itu menerangkan pada masa nabi juga sudah ada yg berpecah belah . pada pandangan saudara apa kah yg menjadikan mereka berpecah belah . apakah yg di banggakan oleh mereka .
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata   Today at 7:29 pm

Back to top Go down
 
Bergolong Dalam Agama Adalah Sesat Yang Nyata
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next
 Similar topics
-
» pemaksaan agama adalah perbuatan setan
» bagaimana cara ibadah puasa dalam agama kristen?
» adakah nabi yang berjenis kelamin perempuan?
» berapa jumlah nabi dan rasul sejak zaman adam?
» hukum memutihkan gigi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: