HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Dua kepanasan yang diterima oleh orang kafir

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Dua kepanasan yang diterima oleh orang kafir   Sat Aug 07, 2010 2:48 pm

Kalau kita kaji kisah-kisah para Nabi yang banyak diceritakan dalam Al Quran, kita dapat melihat dua kepanasan yang Allah sediakan kepada orang kafir. Kepanasan pertama adalah kepanasan hati ketika di dunia. Kepanasan kedua adalah azab Jahanam di akhirat kelak.

Apabila kita kaji psikologi manusia, jika seseorang itu suka berdusta, dia akan jadi panas hati apabila gagal kemukakan bukti. Sebab itu Al Quran banyak membawakan skrip-skrip ucapan orang kafir terdahulu seperti menuduh Nabi mereka ahli sihir atau menulis cerita dongeng untuk menunjukkan sifat jawapan orang yang tengah panas hati.

Mereka tak mampu tunjukkan di mana tak betulnya hujah yang Nabi itu kemukakan, sebaliknya mereka hanya bercakap melepaskan emosi. Begitulah kita akan dipertemukan dengan orang-orang berdusta pada hari ini yang ciri-ciri hujah mereka persis dengan hujah orang kafir terdahulu.

Itulah kesan buruk apabila hidup berdusta. Bukannya kena tunggu di akhirat untuk mendapat balasan, di dunia lagi kita sudah nampak balasan yang Allah berikan dengan membakar hati mereka kepanasan setelah gagal menutup apa yang mereka ada-adakan.

Oleh kerana kita sudah nampak balasan Allah adalah cepat, maka hiduplah dengan cara yang benar. Pastikan sesuatu amalan atau perbuatan yang kita ingin lakukan ada bukti-buktinya. Jadi apabila orang bertanya kenapa kita perlu buat sesuatu amalan, mudah kita jawapan sebab-sebabnya.

Paling mudah kita ikut sahaja apa yang Allah telah sempurnakan dalam Al Quran. Tak perlu nak ada-adakan amalan yang tidak wujud dalam Al Quran kerana kelak nanti kita dimasukkan dalam orang-orang yang terbakar hatinya akibat gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran sebagai bukti.

Jika kita ikut apat yang wujud dalam Al Quran, mudah kita hendak bawakan no. surah dan no. ayatnya bila diminta sesuatu bukti. Kita pun tak terkial-kial nak cari nama si polan bin si polan. Bukankah itu lebih baik?
Back to top Go down
View user profile
Fiza
Siswazah
Siswazah


Posts : 103
Points : 2431
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Dua kepanasan yang diterima oleh orang kafir   Sat Aug 07, 2010 3:40 pm

Lalu Allah telah mensyariatkan solat kepada orang Islam. Orang Islam yang mendirikan solat akan merasa sejuknya rahmat Allah mengalir disetiap urat nadinya. Orang Islam yang beriman akan begetar hatinya bila disebut Nama Allah. Bilamana orang Islam belum menunaikan sembahyang, dia akan terasa seperti kepanasan dan hatinya tidak tenteram hingga dia bertemu dengan Allah dalam solatnya. Orang yang bersolat akan tampak mukanya bercahaya hasil dari bercahayanya hatinya yang beriman. Ini tidak akan berlaku pada orang kafir atau orang yang tidak sembahyang. Akan ditarik keberkatan usia dan rezekinya. Kerisauannya akan tertumpu kepada memenuhi hidupnya yang telah ditarik kebahagiaan oleh Allah.




Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts : 601
Points : 2999
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Dua kepanasan yang diterima oleh orang kafir   Sat Aug 07, 2010 4:20 pm

Fiza wrote:
Bilamana orang Islam belum menunaikan sembahyang, dia akan terasa seperti kepanasan dan hatinya tidak tenteram hingga dia bertemu dengan Allah dalam solatnya

Salam,

Apabila mengetahui bahawa solat itu bukanlah sembahyang ritual, barulah kita tahu bahawa kita bukan di kalangan orang-orang yang menyekutukan Tuhan dan apabila fikiran kita sentiasa terbuka untuk mendengar pendapat hati kita tak mudah panas kerana daripada pendapat2 itulah kita dapat memilih yang terbaik.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Dua kepanasan yang diterima oleh orang kafir   Sun Aug 08, 2010 3:20 pm

Admin wrote:
Fiza wrote:
Bilamana orang Islam belum menunaikan sembahyang, dia akan terasa seperti kepanasan dan hatinya tidak tenteram hingga dia bertemu dengan Allah dalam solatnya

Salam,

Apabila mengetahui bahawa solat itu bukanlah sembahyang ritual, barulah kita tahu bahawa kita bukan di kalangan orang-orang yang menyekutukan Tuhan dan apabila fikiran kita sentiasa terbuka untuk mendengar pendapat hati kita tak mudah panas kerana daripada pendapat2 itulah kita dapat memilih yang terbaik.
Salam

Benar Admin. Cuba lihat orang yang mengada-adakan amalan ritual tak masuk akal, mereka sukar nak berhujah dengan hati yang tenang untuk menerima perbezaan pendapat. Mereka rasa puak mereka sahaja yang betul dengan sesuatu amalan ritual, dan puak lain mereka kata kafir.

Dengan mengeluarkan diri daripada kehidupan panas begitu, maka Allah akan masukkan kita ke dalam kehidupan yang sejuk (aman) sebab panas lawannya sejuk.

Nak berbeza pendapat pun bukan suatu yang sukar lagi, sebab matlamat kita berforum adalah untuk mencari mana yang benar dan yang terbaik sahaja, bukannya untuk pertahanankan amalan tak masuk akal itu lagi.

Puji-pujian bagi Allah yang menyediakan keamanan jiwa kepada orang yang menjauhi segala bentuk pendustaan.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Dua kepanasan yang diterima oleh orang kafir   Today at 7:35 pm

Back to top Go down
 
Dua kepanasan yang diterima oleh orang kafir
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» makan ayam sembelihan orang kafir
» apakah orang kafir juga akan dihisab?
» faktor yang menyebabkan manusia menjadi kafir
» Ilmuwan-Ilmuwan Islam
» Keturunan "nabi agung" yang murtad dari ajaran "agung"

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: