HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 
Share | 
 
 Siapakah Ulama itu?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Fiza
Siswazah
Siswazah

Posts : 103
Points : 2431
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Siapakah Ulama itu?   Sat Aug 07, 2010 3:01 pm

Pada pendapat saya, ulama bukannya pangkat seperti mufti atau apa-apa jawatan agama. Kita jangan tersalah konsep sehingga tidak tahu siapakah Nabi dan Rasul dan siapakah ulama atau siapakah diri kita sendiri. Mungkin kita sendiri tidak kenal siapakah kita diri kita sendiri. Orang yang tidak kenal diri sendiri akan menjadi seperti firaun yang menganggap dia pula tuhan. Orang yang menganggap dirinya pandai dalam segalanya, tidak akan kenal kepada Yang Maha Mengetahui. Nabi mengakui dia adalah Rasul. Taraf Rasul adalah lebih tinggi dari ulama. Kita mesti tahu perkara asas agama supaya orang tidak lari dari kita yang menunjukkan kejahilan kita sendiri. Rasul membawa kebenaran agama dan tugasnya mengajak manusia kepada agama yang benar. Manusia hanya perlu menjadi pengikut Rasul dan mentaati agama yang dibawanya. Manusia yang paling banyak menimba ilmu agama dari Rasul, dipanggil orang yang berilmu. Ulama=orang yang tahu. Kalau orang itu paling beilmu dalam sains, dia adalah ulama sains. Atau kita lebih mudah menamakan ahli sains. Kalau seorang itu mempunyai ilmu yang tinggi dalam ilmu agama kerana rapat dengan Nabi, dan sentiasa belajar dengan Nabi, dia juga dikatakan ulama. Para sahabat adalah ulama sebenar kerana Nabi sendiri telah mengakuinya. Ulama bukan pangkat tetapi kerana diketahui mereka berilmu tinggi, kita panggil secara umum sebagai ulama.
Kita tidak boleh kata jangan ikut ulama, kerana sama maksudnya kita kata jangan ikut orang yang berilmu. Kalau kita tak ikut orang berilmu secara otomatisnya kita mengikut orang yang jahil, samada dari orang yang jahil atau dari kejahilan diri sendiri. Apakah tugas orang berilmu? Orang berilmu wajib menyebarkan ilmu atau menyampaikan kepada orang lain, kerana Allah melaknat ulama Bani Israel yang menyembunyikan ilmu. Sebab itu masyarakat mengenali seorang ulama dengan ilmu yang disampaikan. Bila masyarakat belajar dan menerima ilmu dan mengikut Ulama itu, maka dia dipanggil Imam, sebagai seorang yang boleh diikuti. Ini adalah konsep asas bagaimana ilmu agama itu disebarkan dan diamalkan.
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor

Posts : 601
Points : 2999
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Sun Aug 08, 2010 1:22 pm

Salam,

Saya setuju dengan pendapat puan tentang istilah ulama itu yakni orang-orang yang tahu dan berilmu. cuma, dalam bab-bab tentang kitab Allah kita kena tanya ulama yang benar-benar tahu tentang kitab Allah itu sahaja.

Kalau nak tanya tentang bab-bab riwayat hadis, tanyalah ulama yang yang berkaitan.

Tapi, perlu kita ingat Allah hanya turunkan al-quran kepada kita bukan turunkan riwayat hadis itu.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Sun Aug 08, 2010 5:24 pm

Salam,

Benar Admin. Kalau nak tahu pasal Al Quran dan Rasulullah, tanyalah ahli peringatan (ahlaldzikri). Itulah ulamak (orang berilmu) pasal Al Quran dan Rasulullah. Ini kerana Al Quran adalah Peringatan dan Rasulullah adalah pemberi peringatan.

Samalah konsepnya kalau kita nak tanya pasal buku perubatan dan doktor, tanyalah ahli perubatan. Kalau tanya ahli muzik, tentulah kita tidak dapat jawapan yang tepat tentang isi buku perubatan dan amalan kedoktoran sebab ahli muzik tidak mengamalkan apa yang doktor itu lakukan.

Jadi, jika manusia itu menjadikan Al Quran sebagai alunan lagu-laguan sahaja, kita tidak akan dapat jawapan yang terbaik mengenai isi Al Quran dan tentang amalan Rasulullah, berbanding kita tanya orang yang benar-benar jadikan Al Quran sebagai peringatan dan dia telah melakukan tugas memberi peringatan seperti Rasulullah pernah lakukan.

Perlu kita ingat, para Rasul adalah orang-orang yang berhijrah meninggalkan kepercayaan tradisi untuk berpegang sesuatu yang diturunkan oleh Allah sahaja.

Hanya jauhari mengenal manikam.
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Wed Aug 11, 2010 11:39 pm

Salam...

bleh plak wujud perkataan ulamak dlm post saudra admin dan juang....

mula2 kata ulamk xperlu ikut...

lps tu kata ada ulamk hadis dan ulamk Al-quran...

lps tu kena ikut ulamk Al-quran je la plak...

menggelikkan....
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Thu Aug 12, 2010 7:53 am

Salam,

Saya tak katakan perlunya "ulamak ugama", sebab saudara gunakan "ulamak ugama". Ulamak peringatan perlu, ulamak sains perlu, ulamak perubatan perlu, ulamak ekonomi perlu, ulamak pentadbiran perlu.

Mana ada ulamak "cara hidup" (ugama)? Nak tentukan cara hidup sendiri pun tak reti-reti lagi ke? Lemahnya manusia itu? Nak kawal cara hidup sendiri pun tak tahu. Sebab itu saya tak perlukan "ulamak ugama" sebab Al Quran pun tak suruh kita buat macam itu.

Kalau kita fikirkan, benih rambutan pun tahu menentukan cara hidupnya sendiri biarpun kita tanam di kebun durian. Takkanlah manusia yang ada akal, tak tahu menentukan cara hidupnya sendiri sehingga menurut membuta-tuli cara hidup orang lain?

Bila nak tentukan cara hidup sendiri pun mereka sudah lemah, macam manalah umat mereka tak lemah semacam sahaja?
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Thu Aug 12, 2010 1:01 pm

Juang wrote:

salam

ya . banyak terjemahan al quran kini . boleh rujuk sendiri2 .
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor

Posts : 601
Points : 2999
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Thu Aug 12, 2010 1:31 pm

Salam,

Benar, di akhirat nanti pun orang lain tak dapat nak tolong kita. Kena jawab sendiri-sendiri. bukan orang lain yang tolong jawabkan untuk kita.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Fri Aug 13, 2010 12:06 am

othman wrote:

salam

ya . banyak terjemahan al quran kini . boleh rujuk sendiri2 .
Sebab banyak terjemahanlah kita perlu berforum untuk bertukar-tukar pendapat dan mengikut yang paling baik.

Dan walaupun banyak terjemahan Al Quran, kebanyakannya menterjemah ayat 39:18 dengan menyuruh kita ikut yang terbaik.

(39:18)
Indon: yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.

e-Bacaan: Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

YUSUFALI: Those who listen to the Word, and follow the best (meaning) in it: those are the ones whom Allah has guided, and those are the ones endued with understanding.

PICKTHAL: Who hear advice and follow the best thereof. Such are those whom Allah guideth, and such are men of understanding.

SHAKIR: Those who listen to the word, then follow the best of it; those are they whom Allah has guided, and those it is who are the men of understanding.

Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Fri Aug 13, 2010 3:24 am

saya jugak guna pendekatan yg sama , cari terjemahan yg paling banyak keserupaan dan bandingkan dgn yg ganjil . saya pun tak tahu bahasa arab . bila nampak keganjilan tu senang kita nak rujuk dan kaji benda yg sukar kita faham . kita pelan2 cari kenapa berbeda terjemahan tu . kalau kita jujur dan ikhlas dan kita mintak dgn tuhan maka kita serahkan lah ketidak tentuan tu pada tuhan hingga kita dapat petunjuknya .
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Sat Aug 14, 2010 8:54 am

Salam,

Benar saudara. Atas sebab itulah kita buat forum sebegini, agar sesiapa yang ada terjemahan yang paling baik boleh kemukakan di sini. Barulah minda kita terbuka. Saya memang mengalu-alukan insan-insan seperti saudara TM dan Faried membawa terjemahan mereka untuk kita sama-sama belajar Al Quran di samping kita rujuk mana-mana terjemahan yang ada. Dengan ini kita dapat menjauhkan sifat taksub pada seseorang "ulamak ugama" seperti kebanyakan orang musyrik terdahulu lakukan.

Ilmu itu milik Allah. Dia akan berikan kepada sesiapa yang Dia Lihat layak. Bukan urusan manusia nak tentukan manusia mana layak sampaikan ilmu Allah. Serahkan pada Allah menentukan. Jadi bila kita faham konsep itu, maka kita kena belajar terbuka mendengar segala pandangan walaupun orang itu bukannya "ulamak" di mata masyarakat.

Orang kafir terdahulu selalu tertipu dengan pandangan mata mereka kerana menyangka "ulamak ugama" kaum mereka itulah yang berilmu tinggi untuk dipercayai membuta-tuli. Walhal rasul-rasul mereka yang berjalan di pasar-pasar itulah yang Allah berikan bermacam-macam kebijaksanaan. Jadi takkanlah kita nak tertipu lagi macam orang kafir terdahulu kan?
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Sun Aug 15, 2010 1:41 am

Salam....

saudra juang...

org2 kafir sama ada berpandukan kpd paderi2 mereka atau tdk mereka mmg sesat lg menyesatkan....

jd sy kurng fhm knape slalu sgt saudra juang fokus kpd org kafir nie... Very Happy

siap bg tittle ulamak kpd pembesar2 mereka.... Smile
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2881
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Sun Aug 15, 2010 4:30 am

Juang wrote:
Salam,

Benar saudara. Atas sebab itulah kita buat forum sebegini, agar sesiapa yang ada terjemahan yang paling baik boleh kemukakan di sini. Barulah minda kita terbuka. Saya memang mengalu-alukan insan-insan seperti saudara TM dan Faried membawa terjemahan mereka untuk kita sama-sama belajar Al Quran di samping kita rujuk mana-mana terjemahan yang ada. Dengan ini kita dapat menjauhkan sifat taksub pada seseorang "ulamak ugama" seperti kebanyakan orang musyrik terdahulu lakukan.

Ilmu itu milik Allah. Dia akan berikan kepada sesiapa yang Dia Lihat layak. Bukan urusan manusia nak tentukan manusia mana layak sampaikan ilmu Allah. Serahkan pada Allah menentukan. Jadi bila kita faham konsep itu, maka kita kena belajar terbuka mendengar segala pandangan walaupun orang itu bukannya "ulamak" di mata masyarakat.

Orang kafir terdahulu selalu tertipu dengan pandangan mata mereka kerana menyangka "ulamak ugama" kaum mereka itulah yang berilmu tinggi untuk dipercayai membuta-tuli. Walhal rasul-rasul mereka yang berjalan di pasar-pasar itulah yang Allah berikan bermacam-macam kebijaksanaan. Jadi takkanlah kita nak tertipu lagi macam orang kafir terdahulu kan?

salam

selalu berdoa dan sabar ...
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Mon Aug 16, 2010 8:53 am

gaara wrote:
Salam....

saudra juang...

org2 kafir sama ada berpandukan kpd paderi2 mereka atau tdk mereka mmg sesat lg menyesatkan....

jd sy kurng fhm knape slalu sgt saudra juang fokus kpd org kafir nie... Very Happy

siap bg tittle ulamak kpd pembesar2 mereka.... Smile
Salam,

Di mata orang kafir terdahulu, pembesar ugama mereka itulah "ulamak" (orang yang berilmu). Sebab itulah mereka patuh membuta-tuli dan tolak Al Quran yang Nabi sampaikan?

Jadi kalau ada orang sekarang yang menganggap pembesar ugama mereka sahajalah "ulamak" dan tolak Al Quran yang nabi sampaikan, bukankah sifat mereka sama macam orang kafir terdahulu?

Fokus saya supaya kita tak tiru balik perangai orang kafir terdahulu. Perangai itulah menentukan siapa manusia itu yang sebenarnya. Smile
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Mon Aug 16, 2010 9:01 am

othman wrote:

salam

selalu berdoa dan sabar ...
Salam,

Saya setuju dengan saudara. Sebab itulah saya kembali kepada Al Quran kerana ia mengajar kita bergantung dan berharap hanya pada Allah dan mengajar kita bersabar.

Kita sudah nampak orang yang menolak Al Quran kerana taksub riwayat, mereka tidak boleh bersabar. Mereka berpuak-puak dan berperang sesama mereka kerana tiada lagi kesabaran dalam diri.

Hanya orang yang bersabar sahaja tak suka buat puak-puak. Sebab itulah para Nabi tak wujudkan puak-puak yang berbangga diri kononnya puak mereka sahaja benar dan puak lain salah.

Jadi orang-orang yang tak wujudkan puak-puak itulah ulamak sebenar bagi saya sebab mereka mencontohi apa yang para Nabi terdahulu lakukan.

Bukankah ulamak itu dikatakan pewaris Nabi? Tentulah sepatutnya sifat mereka sama macam Nabi. Umpamanya bila Nabi tak jadikan Al Quran sebagai syair dan lagu-laguan sebaliknya sebagai Peringatan, maka orang-orang yang mewarisi sifat Nabi itu pastilah buat perkara yang sama. Jika Nabi tidak sujud kepada matahari, bulan atau binaan manusia, maka pewaris Nabi itu pastilah tidak sujud kepada mana-mana objek pun atas apa alasan sekali pun. Jika Nabi tidak mengada-adakan ketetapan atas nama si polan bin si polan yang kononnya meriwayatkan ucapan Nabi terdahulu, tentulah pewaris Nabi pun tak kumpulkan riwayat si polan bin si polan.

Nama pun pewaris Nabi, kenalah waris sifat-sifat Nabi. Bukannya pewaris jari hantu... Smile
Back to top Go down
View user profile
faried
Sarjana
Sarjana

Posts : 524
Points : 2874
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Mon Aug 16, 2010 9:25 am

Juang wrote:

Orang kafir terdahulu selalu tertipu dengan pandangan mata mereka kerana menyangka "ulamak ugama" kaum mereka itulah yang berilmu tinggi untuk dipercayai membuta-tuli. Walhal rasul-rasul mereka yang berjalan di pasar-pasar itulah yang Allah berikan bermacam-macam kebijaksanaan. Jadi takkanlah kita nak tertipu lagi macam orang kafir terdahulu kan?

Konsep salat, puasa dan haji adalah agar orang berilmu dan tahu petunjuk Allah dan tidak tergantung kepada 'ulama'.

Konsep tersebut ditutupi dan diselewengkan oleh 'ulama' sehingga umat tetap dalam ketidak tahuan, sehingga umat senantiasa tergantung kepada 'ulama', yang tragisnya mereka tambah jauh dari Alquran, dan lebih parah lagi karena jika diberi tahu tentang Alquran, mereka menolaknya.

Salam.
Back to top Go down
View user profile
faried
Sarjana
Sarjana

Posts : 524
Points : 2874
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Mon Aug 16, 2010 9:30 am

Admin wrote:

Benar, di akhirat nanti pun orang lain tak dapat nak tolong kita. Kena jawab sendiri-sendiri. bukan orang lain yang tolong jawabkan untuk kita.

Ketika itu pengikut menjadi sangat menyesal dan menyalahkan 'ulama' dan pemuka agama yang mereka ikuti.

Pengikut menginginkan menempatkan pemuka agama yang mereka ikuti mereka injak dan tempatkan di bawah kaki mereka.

Salam.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Mon Aug 16, 2010 9:41 am

Salam,

Malah mereka mahu pemuka agama mereka itu diazab berlipat kali ganda daripada apa yang mereka rasai. Walhal yang mereka pergi menurut membuta-tuli itu buat apa, sedangkan mereka ada Kitab Allah dan akal untuk memikirkan peringatan Tuhan itu?

16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka memikirkan.
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Thu Aug 19, 2010 4:27 pm

Juang wrote:
gaara wrote:
Salam....

saudra juang...

org2 kafir sama ada berpandukan kpd paderi2 mereka atau tdk mereka mmg sesat lg menyesatkan....

jd sy kurng fhm knape slalu sgt saudra juang fokus kpd org kafir nie... Very Happy

siap bg tittle ulamak kpd pembesar2 mereka.... Smile
Salam,

Di mata orang kafir terdahulu, pembesar ugama mereka itulah "ulamak" (orang yang berilmu). Sebab itulah mereka patuh membuta-tuli dan tolak Al Quran yang Nabi sampaikan?

Jadi kalau ada orang sekarang yang menganggap pembesar ugama mereka sahajalah "ulamak" dan tolak Al Quran yang nabi sampaikan, bukankah sifat mereka sama macam orang kafir terdahulu?

Fokus saya supaya kita tak tiru balik perangai orang kafir terdahulu. Perangai itulah menentukan siapa manusia itu yang sebenarnya. Smile

salam...

tu di mata org kafir sauadra....

tapi bagaimana saudara pun boleh mennyamakn dgn mereka....

bukankh saudra mengaku Islam....

tp mengapa dan kenape idea copy dr org kafir.... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Fri Aug 20, 2010 8:29 am

gaara wrote:

salam...

tu di mata org kafir sauadra....

tapi bagaimana saudara pun boleh mennyamakn dgn mereka....

bukankh saudra mengaku Islam....

tp mengapa dan kenape idea copy dr org kafir.... Very Happy
Salam,

Itu menunjukkan orang kafir ada "ulamak ugama" mereka untuk dipercayai membuta-tuli. Jadi tak logik orang Islam perangainya sama macam orang kafir membuta-tuli menurut "ulamak ugama".

Ikutilah sesuatu yang benar tidak kira daripada siapa pun. Dan sifat sesuatu yang benar, ia pasti mudah dibuktikan. Sedangkan hukum-hukum yang dikaji dan ditemui oleh saintis pun mudah dibuktikan benar, tak logiklah pasal amalan ritual, hukum yang mereka tetapkan itu tidak dapat dibuktikan. Nampak sangat mereka mengada-adakan. Seolah-olah para saintis itu lebih mulia daripada para ritualis. Smile
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content

PostSubject: Re: Siapakah Ulama itu?   Today at 7:31 pm

Back to top Go down
 
Siapakah Ulama itu?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» dalil ulama yang memperbolehkan lagu
» hubungan antara ulama dan umara
» Siapakah yang mengangkat Muhammad menjadi nabi...?
» orang yang merugi di akhirat
» JEHOVAH WITNESSES...SAKSI YEHUWA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: