HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 
Share | 
 
 Apa itu Al-Hikmah?

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4  Next
AuthorMessage
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Apa itu Al-Hikmah?   Thu Aug 12, 2010 4:24 pm

First topic message reminder :

Salam......

Kita tidak sepatutnya menggap tugas nabi adalh sbgai posmen iaitu hanya menghantar Al-quran...

Salah satu tugas nabi ialah Mengajar al-Hikmah, iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam al-Qur’an.

Terdapat dua ragam dan pola susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an.

Ragam pertama adalah apabila perkataan al-Hikmah berdiri dengan sendirinya. Ia memiliki beberapa erti seperti sifat-sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan syari’at agama, setiapnya bergantung kepada konteks perbincangan ayat. Berikut dikemukakan beberapa contoh:

Dan Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan al-Hikmah (pangkat kenabian-nubuwah) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. ( 2:251 )

Allah memberikan al-Hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan al-Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. ( 2:269 )

Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa al-Hikmah (syari’at agama), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. [az-Zukhruf 43]

Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan al-Kitab, iaitu al-Kitab dan al-Hikmah. Contohnya ialah ayat-ayat berikut:

Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. [an-Nisaa’ 4]

Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta al-Hikmah.[an-Nisaa’ 4]

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan al-Hikmah. [‘Ali Imran 3:164]

Dalam ragam kedua ini, perkataan al-Hikmah bererti segala sumber syari’at, ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci (al-Kitab ).

Ini adalah kerana Allah Azza waJalla tidak akan membicarakan dua perkara yang sama dengan dua istilah yang berbeza melainkan yang dimaksudkan oleh-Nya adalah dua perkara yang berbeza juga

Pikir pakai lojik juga la saudra/i...

mungkinkah kita akan berkata kepada kawan...

"SAYA NAK PERGI KE LONDON DAN ENGLAND"

Demikian juga, al-Qur’anul Karim dengan segala kemukjizatan dan kekayaan bahasanya tidak akan merujuk kepada dua objek yang sama dengan dua istilah yang berlainan melainkan yang dirujuki adalah dua subjek yang berlainan juga.

Oleh itu al-Hikmah bukanlah bererti al-Kitab atau kitab suci yang diturunkan oleh Allah dari langit kepada para RasulNya tetapi ia adalah segala sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci.

Segala apa yang disampaikan oleh para Rasul Allah tentang ­al-Hikmah, baik ia dalam bentuk lisan, praktikal atau pengiktirafan, itulah yang dikenali sebagai as-Sunnah.

Para Rasul Allah yang diberikan al-Kitab juga diberikan al-Hikmah (an-Nisaa’ 4:54) dan ini termasuklah Rasul Allah yang terakhir Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam (an-Nisaa’ 4:113).

Baginda bukan sahaja diberi al-Hikmah tetapi ditugaskan untuk mengajar al-Hikmah tersebut kepada umatnya (‘Ali Imran 3:164).

Selain dua ragam utama di atas tentang susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an, terdapat satu susunan lain yang sedikit berbeza, iaitu dalam ayat:

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; Dan ketika Aku mengajarmu al-Kitab, dan al-Hikmah dan Kitab Taurat dan Kitab Injil.[al-Maidah 5:110, lihat juga ‘Ali Imran 3:48]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan bahawa Dia telah mengajar Nabi Isa alaihi-salam empat perkara: [1] al-Kitab, [2] al-Hikmah, [3] Taurat dan [4] Injil.

Memandangkan Taurat dan Injil adalah dua kitab suci yang Allah turunkan dari langit, maka perkataan al-Kitab yang pertama tidak bererti kitab suci juga, tetapi ia bererti tulisan. Ini adalah kerana perkataan al-Kitab memiliki beberapa erti dalam bahasa Arab dan dalam konteks susunan dan perbincangan ayat di atas, ia bererti kebolehan menulis dalam usia masih bayi yang diajarkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada Nabi Isa alaihi-salam.
Ini adalah sebagaimana kebolehan berkata-kata yang dikurniakan Allah kepada baginda dalam usia bayinya.

Perkataan al-Hikmah pula bererti sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan ilmu-ilmu agama yang diajarkan Allah kepada Nabi Isa. Termasuk dalam pengertian al-Hikmah ini ialah segala sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci Taurat dan Injil.
Back to top Go down
View user profile

AuthorMessage
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Thu Aug 19, 2010 2:36 pm

Salam...

begitu jgk lah saudara, Al-kitab dan Al-hikmah.... Al-quran dan As-Sunnah

setelah ia diwahyukan kpd manusia melalui nabi...

ia mempunyai fungsi yg sama iaitu membwa manusia kpd jalan syurga...

Very Happy

dan seperti yg pernah sy tanya baagimana fungsi yg sama bleh diletak dlm ayat yg sama...

x logik kn....

dan bagamna mungkn ia merujuk kpd perkara yg sama...

x logik kn... Smile

Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Thu Aug 19, 2010 10:50 pm

gaara wrote:

dan seperti yg pernah sy tanya baagimana fungsi yg sama bleh diletak dlm ayat yg sama...

x logik kn....
Salam,

Al Kitab dan Al Hikmah adalah dua maksud yang berlainan tetapi kedua-dua itu terkandung dalam Al Quran. Jadi mana ada dua fungsi yang sama diletakkan dalam ayat yang sama.

Samalah macam fungsi bapa dan suami itu berbeza. Tetapi kedua-duanya itu terkandung pada diri seorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak-isteri.

Jadi bukannya satu yang pelik bila disebut "lelaki itu adalah seorang suami dan bapa". Begitulah bukanlah suatu yang tak logik bila disebut Al Quran adalah Kitab dan Hikmah.

Quote :

dan bagamna mungkn ia merujuk kpd perkara yg sama...

x logik kn... Smile

Samalah konsepnya macam suami dan bapa itu merujuk kepada si lelaki tersebut.

Cuba buka minda lagi luas-luas. Bukan susah pun nak fikirkannya... Smile
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Fri Aug 20, 2010 4:29 pm

Quote :
Jadi bukannya satu yang pelik bila disebut "lelaki itu adalah seorang suami dan bapa". Begitulah bukanlah suatu yang tak logik bila disebut Al Quran adalah Kitab dan Hikmah.

salam...

x mungkin Al-quran adalah al-kitab dan al-hikmah....

krana mungkinkh Al-quran adalah al-quran dan kebijaksanaan...

pakai logik akal yg waras saudara... jng main hentam je... yg penting secocok yek... geek

Quote :
Samalah konsepnya macam suami dan bapa itu merujuk kepada si lelaki tersebut.

mmg sama jgk jika kita kata Al-kitab dan Al-hikmah merujuk kpd wahyu....
Very Happy

Quote :
Al Kitab dan Al Hikmah adalah dua maksud yang berlainan tetapi kedua-dua itu terkandung dalam Al Quran. Jadi mana ada dua fungsi yang sama diletakkan dalam ayat yang sama.

bukankh sauadara yg mengatakn suami dan bapa bleh merujuk kpd benda yg sama....

mmg sama dan boleh.....

tp jika mengikut konteks ayat ia akn membwa mksd yg berbeza.... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Fri Aug 20, 2010 11:33 pm

gaara wrote:

salam...

x mungkin Al-quran adalah al-kitab dan al-hikmah....

krana mungkinkh Al-quran adalah al-quran dan kebijaksanaan...

pakai logik akal yg waras saudara... jng main hentam je... yg penting secocok yek... geek
Salam,

Saudara nampak Al Kitab itu hanyalah Al Quran, sedangkan Al Quran itu adalah Al Kitab dan Al Hikmah. Kitab adalah sesuatu yang tertulis/termaktub. Dan Al Quran tertulis penuh dengan kebijaksanaan.

Itu bezanya Al Quran dengan kitab riwayat. Kitab riwayat itu pun dipanggil kitab juga, tetapi tidak mengandungi kebijaksanaan. Sebab itulah orang-orang yang ikut kitab riwayat itu tidak bijak sehingga hidup berpecah-belah, tidak kreatif, hidup pemalas dan lemah berbanding bangsa-bangsa lain yang mereka kata kafir itu. Smile

Quote :
Quote :
Samalah konsepnya macam suami dan bapa itu merujuk kepada si lelaki tersebut.

mmg sama jgk jika kita kata Al-kitab dan Al-hikmah merujuk kpd wahyu....
Very Happy
Oleh kerana Al Quran itu wahyu, maka betullah Al Kitab dan Al Hikmah itu terkandung dalam Al Quran.

Quote :
Quote :
Al Kitab dan Al Hikmah adalah dua maksud yang berlainan tetapi kedua-dua itu terkandung dalam Al Quran. Jadi mana ada dua fungsi yang sama diletakkan dalam ayat yang sama.

bukankh sauadara yg mengatakn suami dan bapa bleh merujuk kpd benda yg sama....

mmg sama dan boleh.....

tp jika mengikut konteks ayat ia akn membwa mksd yg berbeza.... Very Happy
Saudara nampak berbeza kerana saudara anggap Al Quran hanyalah Al Kitab. Sedangkan kalau kita lihat ayat-ayat Al Quran secara keseluruhannya, Al Quran itu mengandungi Al Kitab dan Al Hikmah.

Saudara dilihat cuba nak berusaha mengatakan Al Hikmah itu adalah riwayat hadis kumpulan si polan bin si polan itu. Mana logik riwayat hadis itu Al Hikmah. Nanti seolah-olah Al Quran tidak mempunyai kebijaksanaan di dalamnya pula berbanding kitab riwayat itu. Smile
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah

Posts : 401
Points : 2724
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 12:18 am

Juang wrote:

Saudara dilihat cuba nak berusaha mengatakan Al Hikmah itu adalah riwayat hadis kumpulan si polan bin si polan itu. Mana logik riwayat hadis itu Al Hikmah. Nanti seolah-olah Al Quran tidak mempunyai kebijaksanaan di dalamnya pula berbanding kitab riwayat itu. Smile

Riwayat Hadis Juga Hikmah yang jelas bagi menerangkan yang benar atau Huraian yang Benar dari Allah tentang Alquran yang turun kepada Rasullullah lalu menerangkan /menghuraikan kepada sahabat, tabi'e, tabiein,aulia aulia, ulama ulama, ustaz ustaz.

Dan Alquran yang Anda baca sekarang ini bukannya terus turun kepada Anda.
Ianya turun kepada Rasulullah,Di tulis Sahabat, di kumpulkan, Di terjemahkan oleh ulamak ulamak terdahulu yang Amanah memeliharanya dengan izin Allah.
Dan Rasulullahlah yang paling benar menghuraikan Tentang Ayat Alquran dan Allahlah yang Memahamkan.

Cari Muhammad Dahulu sehingga ketemu Barulah Anda Akan kenal Allah dengan Benar. Kerana Allah memperkenalkan dirinya kepada para nabi yang mana penghulunya Muhammadurrasullah...........Bukan Anda Rasulullah.

Cari HAdis dulu barulah Anda memahami Alquran Kerana Tiada Yang Baharu Gelaplah yang lama.

Muhammad Yang terpuji=Yang terpujilah Yang dapat menerangkan dengan Benar Akan berita dari AlHAMD......AlhamdulillahiRobbilA'lamin.
Anda=?..............Mungkin terjemahan di serta dengan kenafsuan atau keduniaan, Kita? ......Amat Jauh dari Sifat YangTerpuji....Malah Mungkin Yang tercela.

68:4,Dan sesungguhnya kamu(muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.

p/s: Hikmah itu turun kepada mereka yang suci hati, Atas kehendak Allah

Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 12:39 am

Salam,

Dalam Al Quran itulah ada muhammad atau sifat-sifat terpuji. Dalam diri manusia pun ada muhammad. Cuma ada manusia membuang muhammad dalam diri kerana nak berbangga diri macam iblis.

Mereka mewujudkan puak-puak angkuh kononnya merekalah puak yang benar. Terlucutlah sifat muhammad dalam diri mereka.

Atas sebab itulah kita ajak mereka kembali kepada Al Quran setelah melihat kesan buruk mereka ikut kitab riwayat, mereka tak bersifat terpuji dalam diri, sebaliknya sifat-sifat buruk sahaja banyak.

Nak kembali kepada Al Quran, dua perkara sahaja perlu buat untuk mudah memahaminya,

1) Jadikan Al Quran sebagai Peringatan (bukan lagu-laguan) agar tidak tiru perangai orang kafir terdahulu.

2) Fikirkan Al Quran itu, bukannya serahkan kepercayaan pada ulamak ugama macam orang Yahudi dan Nasrani terdahulu lakukan.

Jika 2 perkara tersebut dapat mereka lakukan, akan terpancarkan sinar kebijaksanaan (Al Hikmah) dari dalam diri mereka. 2 perkara inilah yang Nabi lakukan dahulu juga sehingga menjadi seorang yang bijaksana.
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 12:52 am

Salam...

Quote :
JUang Wrote...

Saudara nampak Al Kitab itu hanyalah Al Quran, sedangkan Al Quran itu adalah Al Kitab dan Al Hikmah.

mmg betul Al-kitab itu Al-quran tetapi Al-quran tdk mungkin Al-quran dan kebijaksanaan...

pakai logik la sauadra juang yg bijakasana...

kan pelik je bila Kata Al-quran itu Alquran dan kebijaksanaan.... geek

Quote :

Oleh kerana Al Quran itu wahyu, maka betullah Al Kitab dan Al Hikmah itu terkandung dalam Al Quran.

seperti sudah dinyatkn dlm ragam kedua Al-hikmah dan Al-quran dpt dibezakn...

kaji2 dan hayatilah balik saudra juang yg bijaksana dgn hati yg suci..

krana seperti kata saaudra iltizam....

Code:
Hikmah itu turun kepada mereka yang suci hati, Atas kehendak Allah
....

Quote :
iltizam wrote...

Dan Alquran yang Anda baca sekarang ini bukannya terus turun kepada Anda.
Ianya turun kepada Rasulullah,Di tulis Sahabat, di kumpulkan, Di terjemahkan oleh ulamak ulamak terdahulu yang Amanah memeliharanya dengan izin Allah.
Dan Rasulullahlah yang paling benar menghuraikan Tentang Ayat Alquran dan Allahlah yang Memahamkan.

benar saudra iltizam...

Al-quran yg sibuk dok kita bc sekarang nie adaalh hasil usaha pengumpuln dr ulamak yg kita hina skrang... sedar x sedar....

Quote :
Cari Muhammad Dahulu sehingga ketemu Barulah Anda Akan kenal Allah dengan Benar.

bila Sunnah nabi kita perlekek dan hina...

mungkn kah pencarian Muhammad akn dijumpai....

minta lah Petunjjk dr ALLAH supaya kita dpt kenal MUhammad yg sebenarnya...

br lah kita akan kenal ALLAH dgn benar...

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 12:59 am

gaara wrote:
Salam...

mmg betul Al-kitab itu Al-quran tetapi Al-quran tdk mungkin Al-quran dan kebijaksanaan...

pakai logik la sauadra juang yg bijakasana...

kan pelik je bila Kata Al-quran itu Alquran dan kebijaksanaan.... geek
Salam,

Al Quran bermaksud bacaan.
Bacaan yang mengandungi ketetapan (Kitab) dan kebijaksanaan (Hikmah).

Buku sains pun bacaan yang mengandungi ketetapan dan kebijaksanaan. Jadi tak logik Al Quran tidak mempunyai kebijaksanaan di dalamnya sehingga terpaksa dikumpulkan riwayat. Buku sains pun tak perlu kita kumpul riwayat saintis terdahulu untuk tahu kebenaran hukumnya. Cukuplah kita bereksperimen untuk melihat bukti kebenarannya.

Fahamlah kenapa umat Islam hari ini kurang bijak berbanding bangsa-bangsa lain. Rupa-rupanya mereka tak jumpa dalam Al Quran, mengandungi kebijaksanaan. Smile

Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2878
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 1:05 am

salam

sebelum ada bacaan pun dah ada al hikmah . israil cipta roket dari al hikah bukan dia kaji al quran .
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 1:13 am

Salam,

Israel diizinkan cipta roket sebab mereka ikut apa yang Allah suruh iaitu rajin berfikir. Bukankah dalam Al Quran banyak ayat suruh berfikir dan menggunakan akal?

Sama ada orang Israil itu kaji Al Quran atau tidak, yang pentingnya apa yang mereka capai itu hasil daripada tindakan yang selari dengan apa yang Al Quran suruh buat.

Tetapi ada manusia itu buat tindakan yang bercanggah dengan Al Quran, macam manalah nak kalahkan Israel itu? Logik semudah itu pun mereka tidak mampu memikirkannya.
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 1:19 am

Salam....

Quote :
Al Quran bermaksud bacaan.
Bacaan yang mengandungi ketetapan (Kitab) dan kebijaksanaan (Hikmah).

apa yg sauadra juang jelaskn nie adalah seperti dlm ragam pertama di atas...

Code:
al-Hikmah berdiri dengan sendirinya. Ia memiliki beberapa erti seperti sifat-sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan syari’at agama, setiapnya bergantung kepada konteks perbincangan ayat.

jd sy tdk pernh mengtakn ia bkn kebijaksanaan

akan tetapi ia jauh berbeza dgn ragam kedua di atas.....

Code:
Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan al-Kitab, iaitu al-Kitab dan  al-Hikmah. Contohnya ialah ayat-ayat berikut:

Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. [an-Nisaa’ 4]

jika kita pikir pakai logik pun sesuaikah jika kita selitkan dlm surah an-Nisaa tersbt dgn perkara Al-quran dan kebijaksanaan...

tepuk dada tanya Iman...

Code:
Ini adalah kerana Allah Azza waJalla tidak akan membicarakan dua perkara yang sama dengan dua istilah yang berbeza melainkan yang dimaksudkan oleh-Nya adalah dua perkara yang berbeza juga

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 1:23 am

Quote :
Israel diizinkan cipta roket sebab mereka ikut apa yang Allah suruh iaitu rajin berfikir. Bukankah dalam Al Quran banyak ayat suruh berfikir dan menggunakan akal?

di dunia mereka diizikn kerana ALLAH MAHA PEMURAh.....

tp apakh Nasib mereka diakhirat....

jgn kita cuba meniru gaya mereka yg hanya mengutamkn ilmu duniawi shja...

sebenarnya ia adlah mungkn hukumn ALLAH di dunia kpd umat islam yg semakin jauh dr Al-quran dan As-Sunnah....

Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 1:36 am

gaara wrote:

Code:
Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan al-Kitab, iaitu al-Kitab dan  al-Hikmah. Contohnya ialah ayat-ayat berikut:

Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. [an-Nisaa’ 4]

jika kita pikir pakai logik pun sesuaikah jika kita selitkan dlm surah an-Nisaa tersbt dgn perkara Al-quran dan kebijaksanaan...
Salam,

Ini kerana saudara sempitkan untuk mengatakan Al Quran itu Al Kitab semata-mata. Sedangkan Kitab itu bermaksud sesuatu yang ditetapkan/dituliskan oleh Allah. Al Hikmah pula adalah kebijaksanaan mengaplikasikan apa yang telah Allah tetapkan. Dan Al Quran adalah bacaan yang mengandungi sesuatu yang Allah tetapkan (Kitab), dan bagaimana cara para Nabi terdahulu mengaplikasikan apa yang Allah tetapkan itu (hikmah).

Itu yang saya lihat tak logik bila Al Hikmah cuba nak dipisahkan daripada Al Quran seolah-olah dalam Al Quran tak wujud kebijaksanaan para Nabi mengaplikasikan ketetapan Allah.

Makin jelaslah punca kenapa umat Islam hari ini tidak bijak. Smile
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 1:39 am

Salam...

Quote :
Ini kerana saudara sempitkan untuk mengatakan Al Quran itu Al Kitab semata-mata. Sedangkan Kitab itu bermaksud sesuatu yang ditetapkan/dituliskan oleh Allah. Al Hikmah pula adalah kebijaksanaan mengaplikasikan apa yang telah Allah tetapkan. Dan Al Quran adalah bacaan yang mengandungi sesuatu yang Allah tetapkan (Kitab), dan bagaimana cara para Nabi terdahulu mengaplikasikan apa yang Allah tetapkan itu (hikmah).

Itu yang saya lihat tak logik bila Al Hikmah cuba nak dipisahkan daripada Al Quran seolah-olah dalam Al Quran tak wujud kebijaksanaan para Nabi mengaplikasikan ketetapan Allah.

sbb berfikiran terbuka lah terdpt dua ragam di atas...

apakh saudra juang tdk dpt hidayah dr ALLAH lg utk memahaminya...

sekarng kita bleh tau siapa yg cuba sempitkn pemikiran org.... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 1:42 am

gaara wrote:

di dunia mereka diizikn kerana ALLAH MAHA PEMURAh.....

tp apakh Nasib mereka diakhirat....

jgn kita cuba meniru gaya mereka yg hanya mengutamkn ilmu duniawi shja...

sebenarnya ia adlah mungkn hukumn ALLAH di dunia kpd umat islam yg semakin jauh dr Al-quran dan As-Sunnah....
Salam,

Kalau kita fikir logik, orang Arab sanalah paling dekat dengan Al Quran sebab mereka tahu cakap Arab. Dan merekalah pelopor ajaran kitab riwayat. Tetapi mereka jugalah yang lemah dan berpecah-belah.

Setelah mengkaji psikologi manusia, kita nampak manusia jadi lemah bila mereka malas berfikir dan malas mengkaji. Bila Al Quran pun mereka tidak mahu fikirkan dan kaji, macam manalah Allah nak tolong mereka?

Sekurang-kurangnya orang Israel tidak hipokrit. Mereka tidak perlu mewar-warkan bahawa mereka ikut Al Quran. Tetapi amalan dan perbuatan mereka yang rajin berfikir dan mengkaji itu selari dengan suruhan Al Quran.

Berbeza dengan umat Islam hari ini, mereka begitu hipokrit. Mereka mewar-warkan kononnya merekalah puak yang ikut Al Quran, tetapi amalan dan perbuatan mereka selari dengan kitab Bible yang mereka benci itu. Mereka hidup malas berfikir dan suka menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi persis orang-orang Yahudi dan Nasrani terdahulu.

Bukankah Allah tidak menyukai manusia yang hipokrit (berpura-pura)?
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 1:45 am

gaara wrote:

sbb berfikiran terbuka lah terdpt dua ragam di atas...

apakh saudra juang tdk dpt hidayah dr ALLAH lg utk memahaminya...

sekarng kita bleh tau siapa yg cuba sempitkn pemikiran org.... Very Happy
Salam,

Malangnya ragam kedua yang saudara cuba ada-adakan itu tidak logik. Bila saudara cuba gunakan ayat Al Quran pasal Nabi Ibrahim itu, tetap Al Hikmah dalam ayat itu masih merujuk kepada kebijaksanaan yang saudara kata ragam pertama itu.

Lainlah dalam Al Quran ada kisah Nabi Muhammad kumpulkan riwayat hadis Nabi Ibrahim atas alasan itulah yang dimaksudkan Al Hikmah, logik jugalah saudara nak wujudkan ragam kedua itu.

Smile
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 1:50 am

Quote :
Kalau kita fikir logik, orang Arab sanalah paling dekat dengan Al Quran sebab mereka tahu cakap Arab. Dan merekalah pelopor ajaran kitab riwayat. Tetapi mereka jugalah yang lemah dan berpecah-belah.

Setelah mengkaji psikologi manusia, kita nampak manusia jadi lemah bila mereka malas berfikir dan malas mengkaji. Bila Al Quran pun mereka tidak mahu fikirkan dan kaji, macam manalah Allah nak tolong mereka?

Sekurang-kurangnya orang Israel tidak hipokrit. Mereka tidak perlu mewar-warkan bahawa mereka ikut Al Quran. Tetapi amalan dan perbuatan mereka yang rajin berfikir dan mengkaji itu selari dengan suruhan Al Quran.

Berbeza dengan umat Islam hari ini, mereka begitu hipokrit. Mereka mewar-warkan kononnya merekalah puak yang ikut Al Quran, tetapi amalan dan perbuatan mereka selari dengan kitab Bible yang mereka benci itu. Mereka hidup malas berfikir dan suka menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi persis orang-orang Yahudi dan Nasrani terdahulu.

Bukankah Allah tidak menyukai manusia yang hipokrit (berpura-pura)?

Salam...

saudra...

apakh Al-quran itu utk org arab shja....

pelopor kpd hadis itu adalh nabi muhaamad utusan ALLAH... dan bukanya org arab saudra..

Quote :
Setelah mengkaji psikologi manusia, kita nampak manusia jadi lemah bila mereka malas berfikir dan malas mengkaji. Bila Al Quran pun mereka tidak mahu fikirkan dan kaji, macam manalah Allah nak tolong mereka?

betul sauadra juang....

selagi mana kita tinggalkn Al-quran dan As-sunnah selagi itu ALLAh tdk akn tolong kita umat pilihan....

Quote :
Sekurang-kurangnya orang Israel tidak hipokrit. Mereka tidak perlu mewar-warkan bahawa mereka ikut Al Quran. Tetapi amalan dan perbuatan mereka yang rajin berfikir dan mengkaji itu selari dengan suruhan Al Quran.

ini akan hanya dpt dipastikn diakhirat kelak bila mereka dihumban kedlm neraka apakh amaln mereka mengikut Al-quran dan As-Sunnah...
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 1:54 am

Quote :
Malangnya ragam kedua yang saudara cuba ada-adakan itu tidak logik. Bila saudara cuba gunakan ayat Al Quran pasal Nabi Ibrahim itu, tetap Al Hikmah dalam ayat itu masih merujuk kepada kebijaksanaan yang saudara kata ragam pertama itu.

Ya saudara juang ragam kedua tersbt hanya akan nampk logik jika kita guna nas Al-quran dan Hadis dr petunjk ALLAH....

Quote :
Lainlah dalam Al Quran ada kisah Nabi Muhammad kumpulkan riwayat hadis Nabi Ibrahim atas alasan itulah yang dimaksudkan Al Hikmah, logik jugalah saudara nak wujudkan ragam kedua itu.

ini pernh sy jwb sblm nie...

mungkn saudra juang buat2 lupe....

org yg perlu kita ikut adalah nabi muhammad itu sendri...

jd buat ape nabi muhammad nk kumpul ksh nabi ibrahim....

logik kn saudra.... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2878
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 1:58 am

Juang wrote:
Salam,

Israel diizinkan cipta roket sebab mereka ikut apa yang Allah suruh iaitu rajin berfikir. Bukankah dalam Al Quran banyak ayat suruh berfikir dan menggunakan akal?

Sama ada orang Israil itu kaji Al Quran atau tidak, yang pentingnya apa yang mereka capai itu hasil daripada tindakan yang selari dengan apa yang Al Quran suruh buat.

Tetapi ada manusia itu buat tindakan yang bercanggah dengan Al Quran, macam manalah nak kalahkan Israel itu? Logik semudah itu pun mereka tidak mampu memikirkannya.

salam

jadi tuan malas berfikir lah .. kaji quran tapi malas berfikir sebab tu tak pandai2 . orang yg buat kajian ni dia pegi U . kalau setakat kaji sendiri tak kemana pun . adakah tuan nak kata orang israil yg pandai berfikir tu tak masuk U macam tuan . tuan ingat quran ada kuasa dan boleh berkata2 ke tak perlu belajar masuk U .
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 2:29 am

gaara wrote:

Salam...

saudra...

apakh Al-quran itu utk org arab shja....

pelopor kpd hadis itu adalh nabi muhaamad utusan ALLAH... dan bukanya org arab saudra..
Salam,

Malangnya tidak pula ada ayat Al Quran mewahyukan kepada Nabi agar suruh manusia mengumpul riwayat hadis atas namanya bila baginda telah wafat. Jadi Nabi bukannya pelopor kepada amalan kumpulan riwayat atas nama si polan bin si polan. Sebab itulah untuk Nabi Muhammad tahu pasal Nabi-nabi sebelum baginda, tidak ada nama si polan pun disandarkan.

Dan yang jelas dalam Al Quran adalah suruh manusia memikirkan Peringatan yang Nabi telah perjelaskan (iaitu Al Quran).

Quote :

betul sauadra juang....

selagi mana kita tinggalkn Al-quran dan As-sunnah selagi itu ALLAh tdk akn tolong kita umat pilihan....
Mereka telah lama tinggalkan Al Quran untuk pegang kitab riwayat, sebab itulah Allah tidak tolong mereka.

Ini yang kita ajak mereka kembali kepada Al Quran bermula kepada amalan yang mudah dilakukan seperti rajin berfikir, tidak menurut membuta-tuli, tidak melagu-lagukan Al Quran, terbuka berbincang pasal agama dan tidak mewujudkan puak-puak.

Semua amalan itu dilakukan oleh para Nabi terdahulu. Percayalah...

Quote :
]ini akan hanya dpt dipastikn diakhirat kelak bila mereka dihumban kedlm neraka apakh amaln mereka mengikut Al-quran dan As-Sunnah...
Begitulah juga dengan umat Islam hari ini yang perasan macamlah mereka sahaja layak masuk syurga. Nanti di akhirat kita tengoklah ke mana mereka pergi.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 2:36 am

gaara wrote:

Ya saudara juang ragam kedua tersbt hanya akan nampk logik jika kita guna nas Al-quran dan Hadis dr petunjk ALLAH....
Salam,

Saya sudah guna Al Quran (ayat yang saudara sendiri kemukakan) dan Hadis iaitu Al Quran yang dikhabarkan atas nama Allah (sebab itu dalam Al Quran banyak sebut "dengan nama Allah", bukannya hadis dikhabarkan oleh si polan bin si polan). Jelas tidak wujud ragam kedua yang saudara ada-adakan itu.

Quote :
ini pernh sy jwb sblm nie...

mungkn saudra juang buat2 lupe....

org yg perlu kita ikut adalah nabi muhammad itu sendri...

jd buat ape nabi muhammad nk kumpul ksh nabi ibrahim....

logik kn saudra.... Very Happy
Saudara ni macam orang tak pernah baca Al Quranlah. Nabi Muhammad kan mencontohi anutan Nabi Ibrahim. Samalah macam kita nak mencontohi anutan Nabi Muhammad.

Tetapi untuk Nabi Muhammad mencontohi Nabi Ibrahim, baginda tidak disuruh oleh Allah untuk kumpulkan riwayat atas nama si polan. Begitulah sepatutnya kita buat jika contohi baginda. Jika kita nak contohi anutan Nabi Muhammad, kenapa pula perlukan riwayat atas nama si polan?

Lebih baik kita guna Hadis atas nama Allah iaitu Al Quran. Bukankah Allah sebaik-baik Pengajar segala ilmu?

Saudara ini macam orang tak percaya kepada Tuhan tetapi lebih percaya kepada si polan. Smile
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 2:41 am

othman wrote:

salam

jadi tuan malas berfikir lah .. kaji quran tapi malas berfikir sebab tu tak pandai2 . orang yg buat kajian ni dia pegi U . kalau setakat kaji sendiri tak kemana pun . adakah tuan nak kata orang israil yg pandai berfikir tu tak masuk U macam tuan . tuan ingat quran ada kuasa dan boleh berkata2 ke tak perlu belajar masuk U .
Salam,

Kalau saya malas berfikir, sampai ke hari inilah saya menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi sehingga tak sedar banyak amalan dicedok daripada Bible.

Yang mula-mula cipta kapal terbangdahulu pun bukannya orang yang masuk U sebab masa itu mana wujud U yang ajar buat kapal terbang. Semuanya kerana minat dan yakin dengan hukum-hukum alam yang Allah tetapkan.

Begitulah Nabi dapat Al Quran pun bukannya masuk mana-mana U yang ajar Al Quran. Allah Pengajar yang tidak boleh dilupakan. Tetapi ramai manusia gagal melihat logik semudah itu.
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 2:44 am

Quote :
Saya sudah guna Al Quran (ayat yang saudara sendiri kemukakan) dan Hadis iaitu Al Quran yang dikhabarkan atas nama Allah (sebab itu dalam Al Quran banyak sebut "dengan nama Allah", bukannya hadis dikhabarkan oleh si polan bin si polan). Jelas tidak wujud ragam kedua yang saudara ada-adakan itu.

ye saudra juang apakh logiknya penjelasn saudra ttg kebijaksanaan dlm ragam kedua tersebut..

misalnya logikkah jika kita letak Al-quran dan kebijaksann dlm surah an-Nisaa tersbt...

bukankh nmpk pelik dan jangkal...

dan apa yg saudra jelaskn itu telah jgk dijelaskn dlm ragam pertama di atas...

Quote :
Saudara ni macam orang tak pernah baca Al Quranlah. Nabi Muhammad kan mencontohi anutan Nabi Ibrahim. Samalah macam kita nak mencontohi anutan Nabi Muhammad.

Tetapi untuk Nabi Muhammad mencontohi Nabi Ibrahim, baginda tidak disuruh oleh Allah untuk kumpulkan riwayat atas nama si polan. Begitulah sepatutnya kita buat jika contohi baginda. Jika kita nak contohi anutan Nabi Muhammad, kenapa pula perlukan riwayat atas nama si polan?

Lebih baik kita guna Hadis atas nama Allah iaitu Al Quran. Bukankah Allah sebaik-baik Pengajar segala ilmu?

ye saudra nabi muhammad mencontohi nabi ibrahim...

soalnya pakai logik akal saudra yg bijaksana itu...

buat ape nabi muhammad nk kumpul riwayat ttg nabi lain jika org yg kita perlu ikut itu sendri adalah nabi muhammad... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 3:39 am

gaara wrote:

ye saudra juang apakh logiknya penjelasn saudra ttg kebijaksanaan dlm ragam kedua tersebut..

misalnya logikkah jika kita letak Al-quran dan kebijaksann dlm surah an-Nisaa tersbt...

bukankh nmpk pelik dan jangkal...

dan apa yg saudra jelaskn itu telah jgk dijelaskn dlm ragam pertama di atas...
Salam,

Kalau kita perhatikan tulisan Arab dalam ayat-ayat surah An Nisaa itu, ia hanya menyebut Al Kitab dan Al Hikmah.

Saudara pegang pada tafsiran bahawa Al Kitab itu adalah Al Quran sebab itu diletakkan perkataan Al Quran dalam kurungan. Tetapi Al Kitab dan Al Hikmah itu adalah dua fungsi yang terkandung dalam Al Quran seperti mana fungsi suami dan bapa terkandung pada seorang lelaki.

Cuba saudara letakkan diri saudara secara neutral tanpa mahu mempertahankan kepercayaan tradisi saudara. Bila Al Quran sebut Allah mengajar Rasul Kitab dan Hikmah, maka itulah Al Quran sebab ada ayat lain mengatakan Allah ajar Al Quran.

5:1. Yang Pemurah,
55:2. Mengajar al-Qur'an.
55:3. Dia mencipta manusia,

Kalau ayat 55:2 itu mengatakan "yang mengajar Al Quran dan Al Hikmah" barulah benar menunjukkan Al Quran dan Al Hikmah itu sesuatu yang berbeza. Tetapi bila ayat ini mengatakan Allah mengajar Nabi Al Quran, kemudian ayat An Nisaa itu kata Allah ajar Nabi Al Kitab dan Al Hikmah, bukankah secara mantiknya kita boleh nampak yang Al Kitab dan Al Hikmah itu subset bagi Al Quran?

Quote :

ye saudra nabi muhammad mencontohi nabi ibrahim...

soalnya pakai logik akal saudra yg bijaksana itu...

buat ape nabi muhammad nk kumpul riwayat ttg nabi lain jika org yg kita perlu ikut itu sendri adalah nabi muhammad... Very Happy
Jika Nabi Muhammad mampu contohi Nabi Ibrahim tanpa guna riwayat atas nama si polan, macam itulah kita mampu contohi Nabi Muhammad tanpa guna riwayat atas nama si polan.

Apakah saudara tak nampak mantik semudah itu?
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2878
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Sat Aug 21, 2010 3:50 am

salam

yg saudara ambil ialah pendapat yg setengah masak . saudara mencontohi orang lain dan macam tak ada pegangan .

contohnya puasa, saudara samakan dgn mati yg tak tentu ketikanya . kalau amalan mesti lah ada masa . macam kanak2 , sekejap ikut orang ni , sekejap orang tu .

kalau tak saudara ni sakit . mungkin berak saudara pun tak ikut masa . jumpa la doktor .

tanda2 penyakit tu macam tu la .. kalau diabetes dia datang nak kencing tak tentu masa .
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content

PostSubject: Re: Apa itu Al-Hikmah?   Today at 1:44 pm

Back to top Go down
 
Apa itu Al-Hikmah?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 4Go to page : Previous  1, 2, 3, 4  Next
 Similar topics
-
» hikmah di balik kisah isra' mi'raj
» hikmah dan keutamaan berwudhu
» pernikahan jangan ditunda-tunda
» Hikmah Diharamkannya Menikahi Saudara Sesusuan
» HIKMAH disetiap pernikahan nabi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: