HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 
Share | 
 
 Maksud Taat Allah dan RasulNya

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next
AuthorMessage
iltizam
Siswazah
Siswazah

Posts : 401
Points : 2726
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sat Aug 14, 2010 10:14 pm

First topic message reminder :

Admin wrote:
othman wrote:
Juang wrote:
Salam,

Memanglah ayat 2:187 itu tulis suruh makan dan minum sebelum fajar, tetapi tidak pula dikatakan tidak boleh makan dan minum selepas fajar.

Kalau dalam ayat itu tidak ada sebut dilarang makan atau disuruh makan semasa berpuasa, kenapa nak mengada-adakan larangan tak boleh makan dan minum masa puasa? Bukankah makan dan minum itu satu fitrah?

Oleh kerana makan dan minum itu satu fitrah, maka kita ambillah yang fitrah sebab Islam itu selari dengan fitrah. Amalan orang kafir sahaja tak selari dengan fitrah.

Jadi, tak tahu ke nak menimbang sesuatu perkara itu selari dengan fitrah atau tidak. Membuat amalan yang tak selari dengan fitrah, samalah macam kaum Nabi Luth yang buat amalan di luar fitrah manusia.

salam

kalau macam tu jangan bercakap sajalah . kalau kerja tentulah tak boleh puasa sebab bila kerja kena bercakap . susah jugak .

Salam,

Carilah hari yang sesuai dan memberi kelapangan kepada kita. Bukankah Allah mengkehendaki kita kemudahan dan tidak mengkehendaki kita kesukaran?

yang sesuai pun kalau tidak menepati syariat rasul tidak bererti don..pak

agak agak kita lah kan.

mengapa Allah asyik menyebut ALLAH DAN RASUL,
bukannya ALLAH Atau Rasul....

kenapa ya ALLAH DAN RASUL.....
Kalau kita lihat nya seakan Allah dan rasul tidak pernah berpisah pula ya.

Jika sekarang / la nie /zaman nie kita nak ikut Allah

Bagaimana?

Dan Nak Ikut Rasul Bagaimana?

Quote :
Yunus
101Katakanlah: "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman

Annur 62
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu karena sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Annur52
Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan

Annur32
Katakanlah: "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir".

jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir"
jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir"

kenapa ya?

Last edited by iltizam on Sat Aug 21, 2010 2:01 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile

AuthorMessage
iltizam
Siswazah
Siswazah

Posts : 401
Points : 2726
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sat Aug 21, 2010 4:41 am

Juang wrote:
gaara wrote:

Quote :
Faried wrote...

Tetapi bertentangan dengan Alquran sebagai petunjuk Allah.

Quote :

Salam,

Logik yang mudah. Kata-kata Nabi di dalam Al Quran itu mengandungi petunjuk Allah (tak logik kata-kata seseorang Nabi tiada petunjuk, nanti apa beza Nabi dengan ulamak ugama yang musyrik itu?). Jadi benarlah Al Quran mengandungi Hadis-hadis dan Petunjuk. Tak wujud pertentangan pun kalau minda itu terbuka.

Smile

Salam..

senagnya saudara campak kenyataan faried...

tp x menghairankn...

bila dgn mudahnya..

seseorg itu mencampk Hadis nabi....
Salam,

Kalau saya campak kenyataan faried itu, tidaklah saya masukkan pasal petunjuk Allah itu. Lainlah saya tulis "Allah itu hanyalah ada hadis Nabi dan tiada petunjuk langsung", logiklah itu menunjukkan saya campak kenyataan saudara faried itu. Logik semudah itu pun gagal saudara nak fikirkan.

Memang logiklah Al Quran mengandungi hadis-hadis yang menyampaikan petunjuk Allah. Takkanlah hadis-hadis dalam Al Quran itu tidak ada petujuk? Hanya lahwal hadis sahaja tidak ada petunjuk.

Itu namanya menegakkan benang Basah.
Dalam Alquran jelas mengatakan "Inilah Alquran"
Tiada di katakan Inilah Hadis.

jika nak tahu beza Alquran dan hadis, kenalah baca kedua duanya

Bacalah dengan tartill

Back to top Go down
View user profile
lia
Siswazah
Siswazah

Posts : 120
Points : 2427
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sat Aug 21, 2010 10:25 am

Saya dapati ada yang tak tahu apa kah ayat-ayat al Quran dan tidak dapat membezakan perkataan nabi dengan ayat-ayat Al Quran. Kitabullah itu memang telah wujud dalam loh mahfuz. Janganlah berkata sesuatu yang jahil. Ketika Jibril a.s membacakan Al Quran kepada Nabi saw, baginda tergesa-gesa mengikut bacaan itu kerana takut terlupa.Lalu Allah memberitahu, Dia lah yang memudahkan Nabi saw mengingati Ayat-ayat itu. Dalam bulan Ramadan, Jibril akan bersama Nabi saw membaca Al Quran dan Jibril a.s pernah membacakan Al Quran dalam 7 loghat bahasa Arab. Maka Al Quran adalah Kalam Allah bukan perkataan Nabi saw. Tetapi bila menyampaikan maksud ayat Al quran Nabi akan menggunakan bahasa percakapan baginda sendiri dan inilah dinamakan hadis/bicara yang turut diingati dan dihafal oleh orang-orang beriman. Selain dari menyampai wahyu(al quran), Jibril a.s juga akan membawa khabar tentang syurga, neraka, kisah umat nabi terdahulu, tentang keadaan umat akan datang, keadan yang akan berlaku pada hari Akhirat. Kisah ini akan disampaikan semula oleh Nabi saw kepada pengikutnya. Ia tidak terdapat dalam ayat Al Quran. Ada ketikanya Jibril a.s akan membawa firman Allah tetapi bukan dalam bentuk ayat al Quran, jadi bila Nabi menyampaikan kepada pengikutnya Baginda dengan bersabda seperti 'Allah swt berfirman..'. Ini bukan ayat al Quran sebaliknya dipanggil Hadis Qudsi. Ini tidak terdapat pada ayat-ayat al Quran sebaliknya kita percaya ianya terkandung dalam maksud tersirat keseluruhan kitab al Quran itu. Sebab itu kita tidak boleh berkata ianya tidak ada dalam al Quran tanpa memahami apa jua ilmu dari Nabi saw. Sebagai orang beriman kita lebih takuti Allah dari menyatakan sesuatu yang kita tidak tahu dan mengaitkannya dengan Kalam Allah. Sebab itu adalah lebih baik al Quran itu ditafsirkan mengikut kaedah yang betul dan dalam keadaan berilmu . Ini lah ilmu agama yang wajib dipelajari terlebih dahulu dan apa yang dipercayai oleh orang beriman memang tidak bertentang dengan amalan Islam itu sendiri kerana kandungan Al quran dan segala perintah dan larangan Allah telah pun jelas dan difahami sejak zaman Nabi saw hingga kini.
Kalau seseorang itu kata Hadis itu dusta samalah maksudnya dia berkata apa yang dibicarakan oleh Nabi itu dusta. Apakah bila Nabi menceritakan tentang keadaan syurga dan neraka, pengikutnya tidak percaya? Apa kah bila Nabi menunjukkan cara solat, dengan melakukan Qiyam, rukuk dan sujud dengan mengadap kiblat, pengikutnya akan mendustakannya? Adakah bila Nabi saw berpuasa dengan menahan dari makan dan minum di bulan Ramadhan, pengikutnya pula kata boleh makan dan minum, sedangkan amalan puasa(tidak makan itu telah diketahui) oleh mereka, orang Quraish dan orang Yahudi di zaman itu. Adakah pengikutnya akan membantah dengan berkata Ya Rasulullah, mengapa tuan berpuasa seperti orang Yahudi?
Gunalah akal untuk mentaati Allah dan Rasul bukan utk menentangnya.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sat Aug 21, 2010 12:00 pm

iltizam wrote:

Itu namanya menegakkan benang Basah.
Dalam Alquran jelas mengatakan "Inilah Alquran"
Tiada di katakan Inilah Hadis.

jika nak tahu beza Alquran dan hadis, kenalah baca kedua duanya

Bacalah dengan tartill
Salam,

Saudara bercakap macam orang yang tidak pernah baca Al Quran (mungkin juga sebab selama ini sibuk melagu-lagukan Al Quran). Punyalah banyak ayat Al Quran memaksudkan ia adalah hadis.

7:185. Tidakkah mereka merenungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan mempercayai?

18:6. Boleh jadi, jika mereka tidak mempercayai hadis ini, kamu membinasakan diri kamu dengan kesedihan kerana mereka.

20:9. Sudahkah datang kepada kamu hadis Musa?
20:10. Apabila dia melihat api, dan berkata kepada keluarganya, "Menetaplah kamu di sini; aku melihat api. Mudah-mudahan aku mendatangkan kepada kamu sepotong kayu yang bernyala, atau aku mendapati di api, petunjuk."
20:11. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, "Wahai Musa,

39:23. Allah menurunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka menjadi lembut pada mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang memberi petunjuk.

Dalam Al Quran ada Hadis Allah. Ada Hadis Nabi Musa. Semuanya tidak memerlukan nama si polan bin si polan.

Bayangkan ayat 20:9 itu, untuk Nabi Muhammad tahu hadis Nabi Musa, tidak wujud pun nama si polan bin si polan yang meriwayatkan kisah Nabi Musa. Nabi Muhammad guna Al Quran sahaja.

Jadi untuk tahu pasal hadis Nabi Muhammad, kenapa perlu guna nama si polan bin si polan pula, kenapa tak rujuk Al Quran seperti Nabi Muhammad lakukan?

4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah yang lebih benar hadisnya daripada Allah?

Takkanlah di antara hadis Allah dengan hadis riwayat si polan bin si polan, hadis Allah kurang benar daripada si polan bin si polan itu? Tak logik betullah.

Bukan susah sangat nak patahkan hujah orang yang suka mengada-adakan. Guna Al Quran sahaja sebagai bukti.
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah

Posts : 401
Points : 2726
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sat Aug 21, 2010 3:58 pm

hahaha....pandai ..memang Pandai

Betul lah Alquran menyebutkan secara Ma'ninya akan Hadis itu

الْحَدِيثِ= speech/kata kata/perbualan/chat
itu lah sebabnya saya katakan Hadis itu bersifat BAHARU
Untuk faham Alquran dari Loh Mahfodz dengan benar , kena cari Hadis Muhammad kerana Beliaulah Baharu Yang Pertama tama sekali /paling Awal faham Alquran

Hadis Alam ada...Alam pun berkata kata jugak
Hadis Musa Ada..
macam macam hadis ada dalam quran...kan
Jangan Nak putar belit melincong ke lain jika tak nak pakai Hadis
Ituah sebabnya tafsiran Alquran jadi semborono di buat saudara
Cuba cubalah ingat diri sikit....

Hadis MUHAMMAD MANA...

CAri Hadis Muhammad sampai jumpa

Baru Fahamkan semula Alquran tu,,,
Back to top Go down
View user profile
masterpiece7070
Siswazah
Siswazah

Posts : 260
Points : 2566
Reputation : 0
Join date : 2010-08-20
Age : 35

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sat Aug 21, 2010 5:06 pm

WAHAI JUANG N GANG!!!

SUDAHLAH ANDA TIDAK MAHU MENGGUNAKAN HADIS2 DAN AYAT2 AQ PULA ANDA MENTERJEMAHKAN MELALUI TAHAP KEDANGKALAN AKAL ANDA DAN TIDAK MAHU MEMPERCAYAI APA YG TELAH DITERJEMAHKAN OLEH PIHAK2 BERKUASA (ULIL-AMRI).

TETAPI KALIAN MASIH BERSIKAP EGO, SOMBONG, BONGKAK, TAKBUR MENGATAKAN ORANG2 SEALIRAN DGN KAMI (AHLUSSUNNAH WALJAMAAH) TIDAK MEMAHAMI AQ, BUANG AQ, TAK IKUT AQ, MEMBUAT TAFSIR/TERJEMAHAN TIDAK BETUL DLL SEBAGAIMANA GENG2 ANDA YANG BEGITU TAKSUB DAN KOMITED SERTA YAKIN DENGAN KEHEBATAN ILMU AKAL MASING2 MENGALAH SEGALA CENDIKIAWAN TERDAHULU YANG BERSUSAH PAYAH DAN BERUSAHA MENJAGA DAN MENGKAJI DAN MENYELIDIK AQ DENGAN CARA PALING TERBAIK SEKALI.

SEDARLAH DAN BERTAUBATLAH, ANDA BUKANNYA SEMPURNA DAN AKAL ANDA TIDAK SEHEBAT MANA PUN, YANG SEMPURNA DAN HEBAT HANYALAH ALLAH AZZAWAJALLA.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sat Aug 21, 2010 7:53 pm

Salam MP,

Sesungguhnya Yang berhak memberi petunjuk hanyalah Tuhan.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sat Aug 21, 2010 8:05 pm

masterpiece7070 wrote:

SEDARLAH DAN BERTAUBATLAH, ANDA BUKANNYA SEMPURNA DAN AKAL ANDA TIDAK SEHEBAT MANA PUN, YANG SEMPURNA DAN HEBAT HANYALAH ALLAH AZZAWAJALLA.[/b][/color]
Salam,

Sebab Allah itu Hebatlah kita ikut apa yang Allah tetapkan, bukannya yang diada-adakan oleh si polan bin si polan. Semudah itu pun mereka gagal nak memikirkan.

Cuba renungkan ketika Allah datangkan bencana tsunami pada negeri yang terkenal atas nama jolokan Serambi Mekkah, siapa pembesar ugama mereka yang dapat menahan azab Allah itu? Tidakkah mereka mempunyai akal?
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sat Aug 21, 2010 8:08 pm

tolokminda wrote:
Salam MP,

Sesungguhnya Yang berhak memberi petunjuk hanyalah Tuhan.
Salam TM,

2:135. Dan mereka berkata, "Hendaklah kamu menjadi Yahudi atau Nasrani, dan kamu akan mendapat petunjuk." Katakanlah, "Tidak, tetapi anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang menyekutukan."

Dulu orang Yahudi dan Nasrani hanya suruh jadi macma mereka sahaja kalau hendak dapat petunjuk. Tak sangka di zaman globalisasi ini ada yang berperangai macam Yahudi dan Nasrani. Nampak sangat mereka tidak ambil pelajaran di atas kesilapan generasi terdahulu.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sat Aug 21, 2010 8:13 pm

Salam Juang,

Tuhan menjelaskan berulang-ulang kali bahawa hanya Dia yang akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Malangnya manusia lebih percaya kepada si polan dan si polan.

Yang membaca Surah Fatihah berulang-ulang kali sehari bukan tidak tahu mereka memohon kepada Tuhan supaya memberi petunjuk kepada mereka. Tuhan sudah pun memberi petunjuk kepada mereka dan Surah Al-Fatihah itu sendiri sebahagian daripadanya. Malangnya petunjuk si polan dan sipolan juga yang mereka mahu percaya. Sungguh luar biasa!
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sat Aug 21, 2010 11:30 pm

tolokminda wrote:
Salam Juang,

Tuhan menjelaskan berulang-ulang kali bahawa hanya Dia yang akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Malangnya manusia lebih percaya kepada si polan dan si polan.

Yang membaca Surah Fatihah berulang-ulang kali sehari bukan tidak tahu mereka memohon kepada Tuhan supaya memberi petunjuk kepada mereka. Tuhan sudah pun memberi petunjuk kepada mereka dan Surah Al-Fatihah itu sendiri sebahagian daripadanya. Malangnya petunjuk si polan dan sipolan juga yang mereka mahu percaya. Sungguh luar biasa!
Salam TM,

Itulah yang dihairankan. Mereka kata mereka taat kepada Allah dan Rasul. Tetapi si polan bin si polan itu juga mereka taksubi. Bukanlah kita nak kata si polan bin si polan itu semuanya tak betul. Tetapi bersikap terbukalah dalam menerima yang terbaik walaupun ia datang bukannya daripada orang yang ada pangkat "imam" sekali pun. Ini kerana sesuatu yang terbaik itu pasti datangnya daripada Allah, sebab mana logik ada kuasa lain boleh datangkan yang terbaik selain Allah?

Jika ada ilmu yang terbaik yang ditemui oleh orang Israel sekali pun, hakikatnya semua itu datang daripada Allah juga. Jadi bukalah minda itu untuk mengikut yang paling baik di antaranya.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sat Aug 21, 2010 11:56 pm

Saya mengambil masa yang agak lama untuk memahami dan menerima kebenaran ini. Saya percaya orang lain begitu juga. Apa yang penting jangan berhenti memikirkannya.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 12:28 am

tolokminda wrote:
Salam Juang,

Saya mengambil masa yang agak lama untuk memahami dan menerima kebenaran ini. Saya percaya orang lain begitu juga. Apa yang penting jangan berhenti memikirkannya.
Salam TM,

Apakah punca utama yang mendorong saudara berfikir dan ingin mencari kebenaran? Bukankah sebagai orang yang telah diasuh dengan kepercayaan tradisi yang dikatakan itulah yang benar pasti tidak tergerak nak mencari kebenaran lagi?

Saya dahulu pun termasuk dalam kategori taksub riwayat. Jadi hari ini bila baca tulisan orang-orang yang taksub riwayat itu yang marah bila kepercayaan tradisi disentuh, saya teringat balik apa yang pernah saya rasai dahulu. Smile
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 12:45 am

Juang wrote:
tolokminda wrote:
Salam Juang,

Saya mengambil masa yang agak lama untuk memahami dan menerima kebenaran ini. Saya percaya orang lain begitu juga. Apa yang penting jangan berhenti memikirkannya.
Salam TM,

Apakah punca utama yang mendorong saudara berfikir dan ingin mencari kebenaran? Bukankah sebagai orang yang telah diasuh dengan kepercayaan tradisi yang dikatakan itulah yang benar pasti tidak tergerak nak mencari kebenaran lagi?

Saya dahulu pun termasuk dalam kategori taksub riwayat. Jadi hari ini bila baca tulisan orang-orang yang taksub riwayat itu yang marah bila kepercayaan tradisi disentuh, saya teringat balik apa yang pernah saya rasai dahulu. Smile

Salam Juang,

Sama macam tuan jugalah..
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2880
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 12:47 am

salam

kebenaran apa .. mana bukti saudara benar . orang gila pun boleh bagi pendapat dan kata pendapat dia betul .

hanya manusia yg melakukan kemungkaran saja yg melakukan aktiviti yg tak ada masa tertentu atau jadual .

lagi pun sangat nampak saudara bangga dgn kebenaran yg saudara kata itu . ntah2 setan yg bagi idea kat sedara .
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2964
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 12:54 am

Salam Othman,

Ya, betul. Orang gila pun boleh kata pendapat dia betul. Maka dengan itu saya tidak boleh berbangga dengan kepercayaan saya dalam apa keadaan sekalipun. Terima kasih atas ingatan tuan.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3363
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 12:54 am

Salam...

jgn marah mereka saudra othman dan pedro...

juang n the gang ternanti-nanti hidayah drNYA yg belum kunjung tiba... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 1:16 am

Salam,

Bermain-mainlah. Bukannya orang kafir terdahulu tidak pernah bermain-main bila diberi peringatan. Smile

Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3363
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 1:22 am

Salam...

ini buka cubaan sauadra...

ini benar2 berlaku... Laughing
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 1:25 am

Salam,

2:8. Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir"; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang mempercayai).

2:9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang percaya, dan hanya diri-diri mereka sendiri yang mereka tipu, dan mereka tidak menyedari.

Sama nadanya seperti ada manusia hari ini berkata "kami taat kepada Allah dan Rasul". Bila diseru kepada Kitab Allah yang Rasul itu sampaikan, kebanyakan mereka berpaling.

Mereka hendak menipu Allah, tetapi sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2880
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 1:31 am

Juang wrote:
Salam,

2:8. Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir"; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang mempercayai).

2:9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang percaya, dan hanya diri-diri mereka sendiri yang mereka tipu, dan mereka tidak menyedari.

Sama nadanya seperti ada manusia hari ini berkata "kami taat kepada Allah dan Rasul". Bila diseru kepada Kitab Allah yang Rasul itu sampaikan, kebanyakan mereka berpaling.

Mereka hendak menipu Allah, tetapi sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.

salam

nak percaya macam mana kalau apa yg saudara bawak tu tak logik dan berlawan dgn hukum alam . ini bukan masalah nak menipu allah tapi tipuan kamu .
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 1:35 am

Salam,

Setakat hanya mampu kata apa yang orang lain sampaikan tak logik, sedangkan diri sendiri tak mampu tunjukkan apa yang logiknya, tiada bezanya dengan perangai orang kafir terdahulu yang setakat mampu berkata "inilah sihir yang nyata" tanpa mampu buktikan apa yang tak sihirnya daripada mereka.

Balik-balik perangai orang kafir terdahulu juga yang mereka tiru. Tiada contoh lain ke mereka nak ikut?
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3363
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 1:40 am

Salam....

relaks sauadra othman....

Very Happy

mungkn saudara othman pun sedar kot....

ini je lah kemampuan juang and the geng.....

cuba saudra othmn kira brape kali hujah mereka asyik yg sama dan berulang ulang dr awal...

ketandusan idea....

dan mereka setia menanti hidayah dariNYA yg enth bila akn tiba.... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 1:44 am

Salam,

Yang hairannya dalam Al Quran pun banyak ulang-ulangkan peringatan Tuhan. Malah ayat seperti di bawah diulang 4 kali dalam surah yang sama.

54:17. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mahu mengingati (mudzakiri)?

54:22. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

54:32. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

54:40. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

Manusia perlu diberi peringatan berulang-ulang sebab mereka selalu lupa. Tetapi kalau sengaja buat kesalahan lalu, itu bengap namanya. Smile
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3363
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 1:47 am

Juang wrote:
Salam,

Yang hairannya dalam Al Quran pun banyak ulang-ulangkan peringatan Tuhan. Malah ayat seperti di bawah diulang 4 kali dalam surah yang sama.

54:17. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mahu mengingati (mudzakiri)?

54:22. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

54:32. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

54:40. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

Manusia perlu diberi peringatan berulang-ulang sebab mereka selalu lupa. Tetapi kalau sengaja buat kesalahan lalu, itu bengap namanya. Smile

Salam....

ya yaya ya

mmg ada manusia bengap yg tolak Al-quran dan Hadis saudara..... Very Happy

Last edited by gaara on Sun Aug 22, 2010 1:54 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana

Posts : 551
Points : 2880
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Sun Aug 22, 2010 1:51 am

Juang wrote:
Salam,

Setakat hanya mampu kata apa yang orang lain sampaikan tak logik, sedangkan diri sendiri tak mampu tunjukkan apa yang logiknya, tiada bezanya dengan perangai orang kafir terdahulu yang setakat mampu berkata "inilah sihir yang nyata" tanpa mampu buktikan apa yang tak sihirnya daripada mereka.

Balik-balik perangai orang kafir terdahulu juga yang mereka tiru. Tiada contoh lain ke mereka nak ikut?

salam

kamu bawak ajaran baru jadi kamu lah yg kena buktikan . kamu nak orang percaya yg kamu bawak ayat al quran . jgn pulak nak tuduh org kapir kalau kita tak berani mengaku dapat wahyu .
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content

PostSubject: Re: Maksud Taat Allah dan RasulNya   Today at 8:09 am

Back to top Go down
 
Maksud Taat Allah dan RasulNya
View previous topic View next topic Back to top 
Page 4 of 7Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next
 Similar topics
-
» taat kepada Allah dan rasulnya
» Taati Allah dan rasulNya
» mendahulukan cinta keada Allah dan Rasulnya
» Quraish's Representative Negotiates With The Messenger Of Allah
» The Question for Hizb 8: Allah will not leave the believers in the state in which you are now, until He ________ the wicked from the good.

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: