| | Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir | |
|
|
| Author | Message |
|---|
tolokminda Sarjana


Posts: 627 Points: 1298 Reputation: 1 Join date: 2010-07-29
 | Subject: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 12:35 am | |
| Di dalam Al-Quran Tuhan telah memberi pelbagai contoh mengenai amalan, perbuatan atau sikap orang-orang kafir (orang-orang yang tidak percaya). Dalam thread ini saya ingin mengajak tuan/puan mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada orang-orang kafir supaya kita boleh memahami dan mengenali mereka dari petunjuk-petunjuk yang telah Tuhan berikan kepada kita semua supaya kita tidak meletakkan diri tergolong dalam golongan yang tidak mendapat petunjuk Tuhan.
Saya mulakan pengumpulan ini dengan 18:56.
18:56 Dan Kami tidak mengutuskan rasul-rasul kecuali sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Tetapi mereka yang tidak percaya akan mempertikaikannya menggunakan kepalsuan untuk menutup kebenaran dengannya. Dan mereka telah mengambil ayat-ayatKu dan apa yang telah diperingatkan kepada mereka untuk dipersenda-sendakan.
|
|
 | |
lia Siswazah


Posts: 120 Points: 761 Reputation: 0 Join date: 2010-08-17
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 12:42 am | |
| Boleh saya guna bahasa sendiri. Orang kafir ialah selain dari orang yang beragama Islam. |
|
 | |
iltizam Siswazah


Posts: 401 Points: 1060 Reputation: 0 Join date: 2010-08-01
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 1:06 am | |
| Lebih mulia jika mengumpulkan Alquran di dalam Dada, dan mengamalkannya daripada mengumpulkan di screen computer lalu membahaskannya
Seolah olah melemparkan alquran kesana dan kesini...
Nasihat untuk diriku sendiri... |
|
 | |
othman Sarjana

Posts: 551 Points: 1214 Reputation: 0 Join date: 2010-07-26
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 1:38 am | |
| | tolokminda wrote: | Di dalam Al-Quran Tuhan telah memberi pelbagai contoh mengenai amalan, perbuatan atau sikap orang-orang kafir (orang-orang yang tidak percaya). Dalam thread ini saya ingin mengajak tuan/puan mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada orang-orang kafir supaya kita boleh memahami dan mengenali mereka dari petunjuk-petunjuk yang telah Tuhan berikan kepada kita semua supaya kita tidak meletakkan diri tergolong dalam golongan yang tidak mendapat petunjuk Tuhan.
Saya mulakan pengumpulan ini dengan 18:56.
18:56 Dan Kami tidak mengutuskan rasul-rasul kecuali sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Tetapi mereka yang tidak percaya akan mempertikaikannya menggunakan kepalsuan untuk menutup kebenaran dengannya. Dan mereka telah mengambil ayat-ayatKu dan apa yang telah diperingatkan kepada mereka untuk dipersenda-sendakan.
|
salam
apakah kepalsuan yg di gunakan utk menutup kebenaran .
|
|
 | |
lia Siswazah


Posts: 120 Points: 761 Reputation: 0 Join date: 2010-08-17
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 4:53 am | |
| betul tu ilmu tanpa amal, seperti pohon tiada berbuah. Amal tanpa ilmu pula akan jadi sesat. Marilah kita sama-sama keluar menuntut ilmu. Ilmu tak akan datang mencari kita. |
|
 | |
faried Sarjana

Posts: 524 Points: 1207 Reputation: 0 Join date: 2010-07-26
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 6:39 am | |
| | lia wrote: | | Boleh saya guna bahasa sendiri. Orang kafir ialah selain dari orang yang beragama Islam. |
Secara harfiah, kafir = menutup = to cover.
Jadi orang kafir adalah orang yang menutup diri dari petunjuk Allah (Alquran).
Meskipun demikian, kafir sering dimaksudkan menolak petunjuk Allah.
Saya sering jadi rancu, karena menolak kata Arabiynya adalah ingkar. |
|
 | |
Juang Sarjana

Posts: 1397 Points: 2144 Reputation: 4 Join date: 2010-07-25 Age: 35
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 8:48 am | |
| Salam, Logik juga apa yang saudara Faried katakan itu. Ini kerana orang-orang kafir menutup hati mereka daripada memikirkan Peringatan Allah. Umpamanya bila Allah kata Al Quran bukannya syair, mereka pergi bantai melagu-lagukan Al Quran. Nampak tak bertapa tertutup rapatnya hati mereka. Kalau hati mereka tidak tertutup, pastilah bila sudah dikemukakan ayat 36:69 itu, datang keinsafan kepada mereka untuk meninggalkan amalan tradisi melagu-lagukan Al Quran. Di sini kita nampak sifat yang lain yang ada pada orang-orang kafir iaitu membuat sesuatu yang Allah telah jelas menidakkannya.  |
|
 | |
lia Siswazah


Posts: 120 Points: 761 Reputation: 0 Join date: 2010-08-17
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 10:17 am | |
| Kalau kita melawati Web orang yahudi mereka juga mengatakan kafir pada orang beragama lain temasuk orang Islam. Bagi orang beragama Islam, mereka yang engkar pada agama/menutup hatinya pada agama Islam adalah kafir. Bagi orang yang bukan Islam seperti orang Yahudi, mereka kata orang yang menolak agama Yahudi pula kafir. Menentukan siapa kafir adalah terlalu umum, maka yang lebih penting siapa yang Muslim, kerana yang lainnya adalah non-muslim.
|
|
 | |
iltizam Siswazah


Posts: 401 Points: 1060 Reputation: 0 Join date: 2010-08-01
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 10:35 am | |
| Salam
Untuk melihat siapa kafir ( Mengenal contoh contoh kekafiran) kita tidan perlu berdiri di pihak yahudi dan melihat orang islam kafir, dan kita tidak perlu berdiri di pihak diri kita sendiri lalu meletakkan yahudi kafir
yang benar nya Kita Berdiri seDIRI ( bersatu diri) dengan Alquran dan Hadis lalu dari sana kita melihat siapakah yang di katakan kafir.
Baru lah benar dan jelas |
|
 | |
Admin Canselor


Posts: 601 Points: 1332 Reputation: 1 Join date: 2010-07-22 Location: Selangor
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 12:00 pm | |
| 18:56 Dan Kami tidak mengutuskan rasul-rasul kecuali sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Tetapi mereka yang tidak percaya akan mempertikaikannya menggunakan kepalsuan untuk menutup kebenaran dengannya. Dan mereka telah mengambil ayat-ayatKu dan apa yang telah diperingatkan kepada mereka untuk dipersenda-sendakan.
Salam,
Daripada ayat yang dikemukakan di atas, ada dua ciri-ciri orang kafir yang kita nampak;
1. Mempertikaikan ayat-ayat Allah dengan cara yang palsu utk menutup kebenaran 2. Mengambil ayat-ayat Allah untuk dipersenda-sendakan. |
|
 | |
Admin Canselor


Posts: 601 Points: 1332 Reputation: 1 Join date: 2010-07-22 Location: Selangor
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 12:13 pm | |
| Salam,
Kita teruskan dengan ayat yang lain;
2:6. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu memberi amaran kepada mereka, atau tidak memberi amaran kepada mereka, mereka tidak mempercayai.
Pepatah Melayu ada mengatakan "Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri".
Mereka ini seperti buat-buat bodoh atau buat-buat tak tahu. Tak makan saman.
Bagi peringatan atau tidak, tetap tak nak percaya.
|
|
 | |
Juang Sarjana

Posts: 1397 Points: 2144 Reputation: 4 Join date: 2010-07-25 Age: 35
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 9:08 pm | |
| Salam,
8:30. Dan apabila orang-orang yang tidak percaya membuat tipu daya terhadap kamu, untuk menahan kamu, atau membunuh kamu, atau mengusir kamu, dan membuat tipu daya, dan Allah membuat tipu daya; dan Allah yang terbaik daripada pembuat-pembuat tipu daya.
Orang kafir mempunyai niat jahat untuk menahan, membunuh atau mengusir orang yang beriman yang tidak menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi mereka. Mereka takut ajaran tak masuk akal mereka dibuktikan salah melalui ayat-ayat Allah. |
|
 | |
othman Sarjana

Posts: 551 Points: 1214 Reputation: 0 Join date: 2010-07-26
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 10:37 pm | |
| salam
mana boleh main pakai percaya jer . sekarang ni pun dah nampak yg bawak peringatan pun tak bersatu padu .. satu begitu , satu begini . yg mana satu nak ikut pun tak jelas . semua pun ada hadis sendiri . |
|
 | |
Juang Sarjana

Posts: 1397 Points: 2144 Reputation: 4 Join date: 2010-07-25 Age: 35
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Thu Aug 19, 2010 8:27 am | |
| Salam, Orang yang taksub riwayat hadis pun berbeza pendapat. Satu pakai riwayat hadis yang diiktiraf oleh puak Sunnah dan satu pakai riwayat hadis yang diiktiraf oleh puak Syiah. Kemudian mereka berperang sesama sendiri macam di negara-negara Arab itu. Bezanya orang yang percaya kepada Al Quran, walaupun berbeza pendapat, mereka tidak wujudkan golongan-golongan dan mereka boleh terima pendapat yang telah dibuktikan kukuh. Umpamanya yang saya nampak, walaupun dalam beberapa perkara TM dan Faried ada perbezaan pendapat, tetapi dalam bab puasa mereka semua setuju dengan kisah Maryam puasa dengan tahan berkata-kata pada manusia untuk fokus pada petunjuk Allah. Berbeza pendapat memang tidak boleh dielakkan untuk perkara yang tidak difahami dengan jelas. Tetapi bila sudah jelas seperti Al Quran bukannya untuk nyanyian, orang yang percaya kepada Al Quran semua setuju untuk tidak menyanyi-nyanyikan Al Quran. Namun orang kafir tertutup hati melihat itu semua.  |
|
 | |
iltizam Siswazah


Posts: 401 Points: 1060 Reputation: 0 Join date: 2010-08-01
 | Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Thu Aug 19, 2010 12:48 pm | |
| | Juang wrote: | Salam,
Orang yang taksub riwayat hadis pun berbeza pendapat. Satu pakai riwayat hadis yang diiktiraf oleh puak Sunnah dan satu pakai riwayat hadis yang diiktiraf oleh puak Syiah. Kemudian mereka berperang sesama sendiri macam di negara-negara Arab itu.
Bezanya orang yang percaya kepada Al Quran, walaupun berbeza pendapat, mereka tidak wujudkan golongan-golongan dan mereka boleh terima pendapat yang telah dibuktikan kukuh. Umpamanya yang saya nampak, walaupun dalam beberapa perkara TM dan Faried ada perbezaan pendapat, tetapi dalam bab puasa mereka semua setuju dengan kisah Maryam puasa dengan tahan berkata-kata pada manusia untuk fokus pada petunjuk Allah. Berbeza pendapat memang tidak boleh dielakkan untuk perkara yang tidak difahami dengan jelas. Tetapi bila sudah jelas seperti Al Quran bukannya untuk nyanyian, orang yang percaya kepada Al Quran semua setuju untuk tidak menyanyi-nyanyikan Al Quran.
Namun orang kafir tertutup hati melihat itu semua.  |
Ya , Saya juga bersetuju sememangnya Maryam Berpuasa dengan tidak berkata kata, kerana ayat itu jelas. Yang tidak di persetujui ialah Mempromisikan bahawa itulah puasa yang sebenar benar yang perlu di ikuti pada Bulan Ramadhan adalah tidak di persetujui. Bukan Al quran yang silap.....Pemahaman yang silap. Tapi dalam soal ini , tiada paksaan dari orang lain untuk supaya mengikuti pihak yang lain Yang di bimbangi jika pendapat yang salah itu di Amalkan oleh Pak turut yang tak mengerti. |
|
 | |
| | Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir | |
|