HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 28 on Tue Sep 30, 2014 11:58 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 
Share | 
 

 Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9 ... 17  Next
AuthorMessage
Jebon
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts: 91
Points: 1698
Reputation: 0
Join date: 2010-08-12

PostSubject: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Sun Aug 22, 2010 4:32 pm

First topic message reminder :

Didalam riwayat hadis dikatakan Nabi Muhammad naik kelangit untuk mendapatkan perintah solat, dan dikatakan juga Nabi tawar menawar dengan Allah untuk mengurangkan jumlah solat sehinggalah Nabi mendapat solat 5 waktu sehari...

Tidakkah riwayat hadis itu tidak logik kerana menggambarkan Allah tidak pandai planning dan flip-flop berkenaan perintah solat??

Dalam al-Quran menyebut Nabi mikraj tetapi tak kata pun Allah flip-flop dalam perintah solat... Laughing
Back to top Go down
View user profile

AuthorMessage
Jebon
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts: 91
Points: 1698
Reputation: 0
Join date: 2010-08-12

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Mon Aug 23, 2010 2:18 pm

faried wrote:
Dalam 17.1, saya memahami abdi = Musa.

Jika anda memahami abdi = Muhammad, saya tertarik mengetahui pemahaman anda tentang isra (17.1) dan mikraj. Terima kasih.
Jika ayat Q17:1 mesti disambung dgn ayat Q17:2-3, maka ia juga mestilah dibaca bersambung sehingga Q17:9 yg menjelaskan al-Quran sebagai bimbingan ke jalan paling lurus, oleh krn al-Quran diturunkan melalui Nabi Muhammad maka "abdi" pada ayat Q17:1 dpt difahami adalah Nabi Muhammad... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
faried
Sarjana
Sarjana


Posts: 524
Points: 2154
Reputation: 0
Join date: 2010-07-26

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Mon Aug 23, 2010 2:26 pm

Jebon wrote:
faried wrote:
Dalam 17.1, saya memahami abdi = Musa.

Jika anda memahami abdi = Muhammad, saya tertarik mengetahui pemahaman anda tentang isra (17.1) dan mikraj. Terima kasih.

Jika ayat Q17:1 mesti disambung dgn ayat Q17:2-3, maka ia juga mestilah dibaca bersambung sehingga Q17:9 yg menjelaskan al-Quran sebagai bimbingan ke jalan paling lurus, oleh krn al-Quran diturunkan melalui Nabi Muhammad maka "abdi" pada ayat Q17:1 dpt difahami adalah Nabi Muhammad... Very Happy

Ya, memang demikian yang ada dalam pikiran hampir semua orang yang beragama Islam,

tetapi

menurut Alquran,

Alquran adalah perkataan rasul yang mulia,

dan rasul yang mulia adalah Musa.

Salam.

Back to top Go down
View user profile
Jebon
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts: 91
Points: 1698
Reputation: 0
Join date: 2010-08-12

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Mon Aug 23, 2010 3:22 pm

faried wrote:
Ya, memang demikian yang ada dalam pikiran hampir semua orang yang beragama Islam,

tetapi

menurut Alquran,

Alquran adalah perkataan rasul yang mulia,

dan rasul yang mulia adalah Musa.

Salam.
Memang benar al-Quran perkataan rasul yg mulia

tetapi sebelom diperkatakan ia diwahyukan/direlevasikan dahulu dong...

Al-Quran: "Sesungguhnya Kami telah merelevasikan Kitab melalui kamu untuk manusia dengan kebenaran;...." (Q39:41)

Sudah tentu al-Quran direlevasikan melalui Nabi Muhammad

Seperti Nabi Musa, Nabi Muhammad juga rasul yg mulia...

Salam...
Back to top Go down
View user profile
faried
Sarjana
Sarjana


Posts: 524
Points: 2154
Reputation: 0
Join date: 2010-07-26

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Mon Aug 23, 2010 4:22 pm

Jebon wrote:
faried wrote:
Ya, memang demikian yang ada dalam pikiran hampir semua orang yang beragama Islam,

tetapi

menurut Alquran,

Alquran adalah perkataan rasul yang mulia,

dan rasul yang mulia adalah Musa.

Salam.
Memang benar al-Quran perkataan rasul yg mulia

tetapi sebelom diperkatakan ia diwahyukan/direlevasikan dahulu dong...

Al-Quran: "Sesungguhnya Kami telah merelevasikan Kitab melalui kamu untuk manusia dengan kebenaran;...." (Q39:41)

Sudah tentu al-Quran direlevasikan melalui Nabi Muhammad

Seperti Nabi Musa, Nabi Muhammad juga rasul yg mulia...

Tidak ada disebutkan dalam Alquran bahwa Muhammad adalah rasul yang mulia,

tetapi kalau menurut anda ada,

tolong ayatnya. Terima kasih.

Salam.
Back to top Go down
View user profile
Jebon
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts: 91
Points: 1698
Reputation: 0
Join date: 2010-08-12

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Mon Aug 23, 2010 5:48 pm

[quote="faried"] [quote="Jebon"]
faried wrote:
Tidak ada disebutkan dalam Alquran bahwa Muhammad adalah rasul yang mulia,

tetapi kalau menurut anda ada,

tolong ayatnya. Terima kasih.
Ayatnya ada jika anda mahu koreksi... soalan anda apa signifikan dgn kasus yg dibicarakan karena telah pun saya buktikan kata "abdi" pd ayat Q17:1 adalah Nabi Muhammad...

Kerana al-Quran direlevasikan/diwahyukan melalui Nabi Muhammad, so maksud al-Quran adalah perkataan rasul yg mulia adalah bermaksud mesej Allah yang telah dikatakan/diucapkan Nabi Muhammad...

Simple...

Salam...
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts: 627
Points: 2245
Reputation: 1
Join date: 2010-07-29

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Mon Aug 23, 2010 9:50 pm

Jebon wrote:
Walau bagaimanapun sy tidak setuju dikatakan ayat Q17:1 tidak ada hubungannya dgn Nabi Muhammad mikraj... he-he-he...

Salam Very Happy

Salam,

--> 17:1 “Pujian adalah untuk Yang Satu yang telah memukau hambaNya pada satu malam dari batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam) ke arah lingkungan ketetapan yang direstui (masjidilaqsa), yang mana ia diberkati, supaya dapat diperlihatkan kepadanya mukjizat-mukjizat Kami. Sesungguhnya Dia Mendengar dan Melihat”.

Ayat di atas Tuhan mengesahkan bahawa Dia telah memukau hambaNya pada satu malam untuk memperlihatkan mukijizat-mukjizatNya. Nabi Muhamad tidak pernah menerima sebarang mukjizat dari Tuhan selain Al-Quran. Perhatikan ayat ini.

--> 10:20 Dan mereka berkata: Mengapa tidak ada mukjizat yang telah diberikan kepadanya dari Pemeliharanya? Dan katakan: Yang ghaib hanya untuk Allah; oleh itu tunggu - sesungguhnya aku pun bersama kamu yang menunggu.


Ayat 10:20 memberi kita petunjuk bahawa Nabi Muhamad walaupun telah menjadi rasul yang menyampaikan wahyu Tuhan tidak menerima apa-apa mukjizat selain itu sehingga dipertikaikan oleh kaumnya yang tidak percaya. Dengan kedudukan seorang rasul bermakna Nabi sudah pun berpegang kepada ketetapan yang direstui (masjid) dan bukan lagi dalam lingkungan ketetapan yang direstui (masjidilaqsa) atau batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam). Menerima wahyu Tuhan bermakna menerima ketetapan yang direstui (masjid).

Tetapi dalam ayat 17:1 hamba yang dimaksudkan belum lagi menjadi rasul. Pada malam di mana beliau terpukau dan menerima mukjizat dari Tuhan beliau masih dalam batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam). Dikatakan beliau ke arah lingkungan ketetapan yang direstui (masjidilaqsa) kerana pada malam itu beliau telah diberi kelebihan oleh Tuhan secara terus - iaitu beberapa mukjizat supaya beliau bersemuka dengan Firaun. Jika beliau berjaya maka Tuhan berjanji akan menemui beliau buat kali kedua untuk memberinya Kitab (baca: ketetapan yang direstui). Siapakah yang telah melalui peristiwa ini?

Jawapannya dalam ayat-ayat ini.

--> 20:9 “Dan sudahkan cerita tentang Musa sampai kepada kamu?”

--> 20:10 “Apabila dia melihat api dan dia berkata kepada keluarganya, “Berhenti! Sesungguhnya aku melihat api, mungkin aku dapat membawa bara kepada kamu atau mendapatkan panduan di api itu”.

--> 20:11 “Jadi apabila dia datang kepadanya, satu suara kedengaran: “Wahai Musa:

--> 20:12 “Sesungguhnya akuTuhanmu, oleh itu bukalah kasutmu, sesungguhnya kamu berada di lembah suci, Tuwa”.

--> 20:13 “Dan Aku telah memilihmu, jadi dengarlah apa yang akan diwahyukan”.

--> 20:14 “Sesungguhnya Aku Allah, tidak ada Tuhan lain selain Aku, oleh itu berbaktilah kepadaKu dan tunaikan komitmen sebagai ingatan kepadaKu”.

--> 20:15 “Sesungguhnya masanya akan tiba – Aku akan memperlihatkannya – supaya setiap jiwa akan diberi ganjaran atas usahanya”.

--> 20:16 “Oleh itu jangan biarkan sesiapa yang tidak percayakannya dan menurut nafsu dangkalnya memalingkan kamu daripadanya supaya kamu gagal”.

--> 20:17 “Dan apakah yang ada di tangan kanan kamu, wahai Musa?”

--> 20:18 “Dia berkata; Ini tongkatku. Aku bersandar kepadanya dan aku menggunakannya untuk memukul daun-daun supaya jatuh sebagai makanan biri-biriku, aku juga menggunakanya untuk tujuan lain”.

--> 20:19 “Dia berkata: Campakkannya, wahai Musa!”

--> 20:20 “Jadi dia mencampakkannya, dan lo! Ia menjadi ular yang menjalar”.

--> 20:21 “Dia berkata: Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan kembalikan ia kepada bentuk asalnya”.

--> 20:22 “Dan tekan tangan kamu ke sisi kamu, ia akan menjadi putih bersih: satu lagi mukjizat”.

--> 20:23 “Semoga Kami akan tunjukkan mukjizat yang lebih hebat kepada kamu”.

--> 20:24 “Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas”.

--> 20:25 “Dia (Musa) berkata; Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku”.

--> 20:26 “Dan mudahkanlah urusanku”.

--> 20:27 “Dan bebaskan kelu lidahku…”

Perhatikan kisah Musa yang diceritakan dalam 20:9-27, ia selaras dengan ayat 17:1. Seorang yang belum menjadi rasul, pada suatu malam terpukau kerana bertemu dengan Penciptanya untuk menerima mukjizat. Sesungguhnya sememangnya pada malam itu Tuhan turun ke bumi menemui Musa hanya untuk memberikannya mukjizat.

Selepas Musa menjayakan tugasannya bersemuka dengan Firaun berbekalkan mukjizat-mukjizat yang diberikan Tuhan kepadanya barulah Tuhan turun sekali lagi menemui beliau sebagaimana yang dijanjikan. Kali ini untuk memberi Musa Kitab. Peristiwa penurunan Tuhan menemui Musa diceritakan dalam ayat-ayat ini.

--> 53:1 “Aku bersumpah demi bintang apabila ia jatuh”

--> 53:2 “Sahabatmu tidak salah dan tidak juga dia sesat”

--> 53:3 “Tidak juga dia bercakap dengan nafsu”

--> 53:4 “Ia bukan kecuali wahyu yang telah diwahyukan”

--> 53:5 “Tuhan yang Maha Berkuasa yang telah mengajarnya”

--> 53:6 ” Tuhan yang Memberi Kekuatan, supaya dia berjaya melaksanakan”

--> 53:7 “Dan Dia berada tinggi di kaki langit”

--> 53:8 “Kemudian Dia semakin hampir dan merendahkan diriNya”

--> 53:9 “Dia hanya berjarak 2 panahan panah atau lebih dekat”

--> 53:10 “Dan Dia mewahyukan kepada hambaNya apa yang Dia wahyukan”

--> 53:11 “Hatinya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya”

--> 53:12 “Apa? Kamu pertikaikan apa yang dia lihat?”

--> 53:13 “Dan sesungguhnya dia telah melihatNya di penurunan yang satu lagi”

--> 53:14 “Di sisi Sidratul Muntaha”

--> 53:15 “Yang hampir kepadanya syurga, tempat yang dituju”

--> 53:16 “Sidratul Muntaha yang dilitupi”

--> 53:17 “Matanya tidak berkelip, namun ia tidak salah”

--> 53:18 “Sesungguhnya dia melihat mukjizat-mukjizat terbesar dari Tuhannya”


Perhatikan ayat 53:2 - 53:12 Tuhan menceritakan tentang penurunanNya bertemu Musa untuk mengajarnya wahyu iaitu Kitab. Dan perhatikan ayat 53:13 - 53:18 di mana Tuhan mengingatkan kita tentang penurunanNya bertemu Isa sebelum itu - pertemuan pertama di mana Musa telah melihat/menerima mukjizat-mukjizat dari TuhanNya.

Dari semua petunjuk yang Tuhan berikan kepada kita melalui Al-Quran 17:1 adalah jelas merujuk kepada Musa. Dan dengan yang demikian riwayat tentang pensyariatan sembahyang di mana Nabi Muhamad kononnya telah diterbangkan ke langit untuk menerima syariat itu hanyalah cerita riwayat dusta semata-mata.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Jebon
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts: 91
Points: 1698
Reputation: 0
Join date: 2010-08-12

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Mon Aug 23, 2010 10:58 pm

tolokminda wrote:
Perhatikan kisah Musa yang diceritakan dalam 20:9-27, ia selaras dengan ayat 17:1. Seorang yang belum menjadi rasul, pada suatu malam terpukau kerana bertemu dengan Penciptanya untuk menerima mukjizat. Sesungguhnya sememangnya pada malam itu Tuhan turun ke bumi menemui Musa hanya untuk memberikannya mukjizat.
Ayat Q20:9 sehingga Q20:27 memang menceritakan tentang Nabi Musa, tidak dinafikan, tetapi anda kaitkannya dgn ayat Q17:1. Manakala frasa kata "ayat-ayat" sebagai mukjizat2 adalah tafsiran anda sahaja, frasa kata "ayat-ayat" byk digunakan dlm al-Quran dan mempunyai maksud yg berbeza-beza contohnya seperti pada ayat Q6:55.

Seperti yg sy katakan kpd sdr Faried diatas... jika ayat Q17:1 mesti disambung dgn ayat Q17:2-3, maka ia juga mestilah dibaca bersambung sehingga Q17:9 yg menjelaskan al-Quran sebagai bimbingan ke jalan paling lurus, oleh krn al-Quran diturunkan melalui Nabi Muhammad maka "abdi" pada ayat Q17:1 dpt difahami adalah Nabi Muhammad...

Ayat Q53:1 adalah berkenaan Nabi Muhammad tetapi anda tafsirkannya menjadi berkaitan Nabi Musa. Ayat tu perlu dibaca sehingga ayat Q53:22 dimana pada ayat Q53:19 menyatakan tentang "al-Lata dan al-Uzza" berhala yg disembah oleh orang2 Arab pd zaman Nabi Muhammad. Pada zaman Nabi Musa tidak ada berhala bernama al-Lata dan al-Uzza...

tolokminda wrote:
Dari semua petunjuk yang Tuhan berikan kepada kita melalui Al-Quran 17:1 adalah jelas merujuk kepada Musa. Dan dengan yang demikian riwayat tentang pensyariatan sembahyang di mana Nabi Muhamad kononnya telah diterbangkan ke langit untuk menerima syariat itu hanyalah cerita riwayat dusta semata-mata.
Riwayat hadis tentang Nabi Muhammad diterbangkan kelangit dan tawar-menawar dgn Allah berkenaan solat adalah tidak logik dan mengambarkan Allah flip-flop tidak pandai planning, tidak ada kena mengena dgn tafsiran sy diatas, itu semua setelah sy buat kajian tentangnya... harap jelas...

Salam Very Happy
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts: 401
Points: 2007
Reputation: 0
Join date: 2010-08-01

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Mon Aug 23, 2010 11:06 pm

kalau tak mahu solat ritual udah siang siang lagi tolak , macammana dan cerita israk mikraj.
kisahnya semua ada dalam solat ritual
Back to top Go down
View user profile
Jebon
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts: 91
Points: 1698
Reputation: 0
Join date: 2010-08-12

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Mon Aug 23, 2010 11:10 pm

iltizam wrote:
kalau tak mahu solat ritual udah siang siang lagi tolak , macammana dan cerita israk mikraj.
kisahnya semua ada dalam solat ritual
Sy berpendapat isra dlm al-Quran adalah menceritakan Nabi Muhammad menerima al-Quran bukan perintah solat sebagaimana yg disebut hadis...

Salam Very Happy
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts: 401
Points: 2007
Reputation: 0
Join date: 2010-08-01

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Mon Aug 23, 2010 11:14 pm

kalau tak letak dahi ke tanah ., cerita pun tak faham gaks..

kena letak dahi dulu baru datang rasa rendah macammana, dan siapa yang tinggi Very Happy


kakaka
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts: 1003
Points: 2644
Reputation: 1
Join date: 2010-07-24
Location: Malaysia

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Tue Aug 24, 2010 1:41 am

tolokminda wrote:
Salam,

Saya sudah katakan sebelum ini bahawa ayat 17:1 adalah dirujuk kepada Nabi Musa. Bukan Nabi Muhamad. Hujah saya boleh dibaca di http://tolokminda.wordpress.com/2010/01/11/kebergantungan-mutlak-kepada-ulama-mungkin-menyesatkan-kita-terus-ke-neraka/



Salam.....


mana die sauadra tolokminda permintaan sy utk tunjukkan paling banyk 1 tafsir ulamak yg mengatakn ia adaalh nabi musa.....

ingt g kn....

x yek..... geek
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts: 627
Points: 2245
Reputation: 1
Join date: 2010-07-29

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Tue Aug 24, 2010 2:02 am

Jebon wrote:
tolokminda wrote:
Perhatikan kisah Musa yang diceritakan dalam 20:9-27, ia selaras dengan ayat 17:1. Seorang yang belum menjadi rasul, pada suatu malam terpukau kerana bertemu dengan Penciptanya untuk menerima mukjizat. Sesungguhnya sememangnya pada malam itu Tuhan turun ke bumi menemui Musa hanya untuk memberikannya mukjizat.
Ayat Q20:9 sehingga Q20:27 memang menceritakan tentang Nabi Musa, tidak dinafikan, tetapi anda kaitkannya dgn ayat Q17:1. Manakala frasa kata "ayat-ayat" sebagai mukjizat2 adalah tafsiran anda sahaja, frasa kata "ayat-ayat" byk digunakan dlm al-Quran dan mempunyai maksud yg berbeza-beza contohnya seperti pada ayat Q6:55.

Seperti yg sy katakan kpd sdr Faried diatas... jika ayat Q17:1 mesti disambung dgn ayat Q17:2-3, maka ia juga mestilah dibaca bersambung sehingga Q17:9 yg menjelaskan al-Quran sebagai bimbingan ke jalan paling lurus, oleh krn al-Quran diturunkan melalui Nabi Muhammad maka "abdi" pada ayat Q17:1 dpt difahami adalah Nabi Muhammad...

Ayat Q53:1 adalah berkenaan Nabi Muhammad tetapi anda tafsirkannya menjadi berkaitan Nabi Musa. Ayat tu perlu dibaca sehingga ayat Q53:22 dimana pada ayat Q53:19 menyatakan tentang "al-Lata dan al-Uzza" berhala yg disembah oleh orang2 Arab pd zaman Nabi Muhammad. Pada zaman Nabi Musa tidak ada berhala bernama al-Lata dan al-Uzza...

tolokminda wrote:
Dari semua petunjuk yang Tuhan berikan kepada kita melalui Al-Quran 17:1 adalah jelas merujuk kepada Musa. Dan dengan yang demikian riwayat tentang pensyariatan sembahyang di mana Nabi Muhamad kononnya telah diterbangkan ke langit untuk menerima syariat itu hanyalah cerita riwayat dusta semata-mata.
Riwayat hadis tentang Nabi Muhammad diterbangkan kelangit dan tawar-menawar dgn Allah berkenaan solat adalah tidak logik dan mengambarkan Allah flip-flop tidak pandai planning, tidak ada kena mengena dgn tafsiran sy diatas, itu semua setelah sy buat kajian tentangnya... harap jelas...

Salam Very Happy

Salam Jebon,

Begitulah sifat orang yang diberi petunjuk. Ada yang melihat sekali lalu dan terus faham. Ada yang kena baca sungguh-sungguh baru faham. Ada yang dah kaji banyak kali pun tak faham-faham. Ada yang lebih senang ikut orang lain saja. Ada yang terlepas terus petunjuk tanpa menyedarinya.

Jadi terpulanglah kepada cara dan usaha masing-masing. Sesungguhnya hanya Tuhan yang memberi faham petunjuk itu kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts: 627
Points: 2245
Reputation: 1
Join date: 2010-07-29

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Tue Aug 24, 2010 2:04 am

gaara wrote:
tolokminda wrote:
Salam,

Saya sudah katakan sebelum ini bahawa ayat 17:1 adalah dirujuk kepada Nabi Musa. Bukan Nabi Muhamad. Hujah saya boleh dibaca di http://tolokminda.wordpress.com/2010/01/11/kebergantungan-mutlak-kepada-ulama-mungkin-menyesatkan-kita-terus-ke-neraka/



Salam.....


mana die sauadra tolokminda permintaan sy utk tunjukkan paling banyk 1 tafsir ulamak yg mengatakn ia adaalh nabi musa.....

ingt g kn....

x yek..... geek

Salam,

Tuan tidak bacakah tajuk artikel saya tu?

"Kebergantungan-mutlak-kepada-ulama-mungkin-menyesatkan-kita-terus-ke-neraka".

Tengok tajuk pun tuan boleh tau saya tak akan merujuk kepada mana-mana ulama kerana merekalah yang saya bidas.

Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts: 401
Points: 2007
Reputation: 0
Join date: 2010-08-01

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Tue Aug 24, 2010 2:19 am

tolokminda wrote:
gaara wrote:
tolokminda wrote:
Salam,

Saya sudah katakan sebelum ini bahawa ayat 17:1 adalah dirujuk kepada Nabi Musa. Bukan Nabi Muhamad. Hujah saya boleh dibaca di http://tolokminda.wordpress.com/2010/01/11/kebergantungan-mutlak-kepada-ulama-mungkin-menyesatkan-kita-terus-ke-neraka/



Salam.....


mana die sauadra tolokminda permintaan sy utk tunjukkan paling banyk 1 tafsir ulamak yg mengatakn ia adaalh nabi musa.....

ingt g kn....

x yek..... geek

Salam,

Tuan tidak bacakah tajuk artikel saya tu?

"Kebergantungan-mutlak-kepada-ulama-mungkin-menyesatkan-kita-terus-ke-neraka".

Tengok tajuk pun tuan boleh tau saya tak akan merujuk kepada mana-mana ulama kerana merekalah yang saya bidas.


Bergantung kepada ulama memanglah menyesatkan.
Kita di wajibkan bergantung kepada Allah semata mata
Tapi nak beritahu dengan jelas , ceritanya macammana yang di katakan kebergantungan pada ulama tu,,,,cakap biao terang
Kalau orang baru belajar darjah satu di suruh buang mak bapak mana logik tuan.
Nak cakap macam tu biar sepadan dengan ilmu orang yang di beritahu atau huraiannya biar jelas terang dan nyata....Atau sendiri yang tidak memahami untuk menjelaskannya???..mungkin
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts: 627
Points: 2245
Reputation: 1
Join date: 2010-07-29

PostSubject: Re: Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??   Tue Aug 24, 2010 2:22 am

iltizam wrote:
tolokminda wrote:
gaara wrote:
tolokminda wrote:
Salam,

Saya sudah katakan sebelum ini bahawa ayat 17:1 adalah dirujuk kepada Nabi Musa. Bukan Nabi Muhamad. Hujah saya boleh dibaca di http://tolokminda.wordpress.com/2010/01/11/kebergantungan-mutlak-kepada-ulama-mungkin-menyesatkan-kita-terus-ke-neraka/



Salam.....


mana die sauadra tolokminda permintaan sy utk tunjukkan paling banyk 1 tafsir ulamak yg mengatakn ia adaalh nabi musa.....

ingt g kn....

x yek..... geek

Salam,

Tuan tidak bacakah tajuk artikel saya tu?

"Kebergantungan-mutlak-kepada-ulama-mungkin-menyesatkan-kita-terus-ke-neraka".

Tengok tajuk pun tuan boleh tau saya tak akan merujuk kepada mana-mana ulama kerana merekalah yang saya bidas.


Bergantung kepada ulama memanglah menyesatkan.
Kita di wajibkan bergantung kepada Allah semata mata
Tapi nak beritahu dengan jelas , ceritanya macammana yang di katakan kebergantungan pada ulama tu,,,,cakap biao terang
Kalau orang baru belajar darjah satu di suruh buang mak bapak mana logik tuan.
Nak cakap macam tu biar sepadan dengan ilmu orang yang di beritahu atau huraiannya biar jelas terang dan nyata....Atau sendiri yang tidak memahami untuk menjelaskannya???..mungkin

Salam,

Tahu pun bergantung kepada Allah semata-mata. Jadi baca sajalah KitabNya. Tuhan suruh kita baca KitabNya. Dia tak suruh pun kita cari ulama dan sebagainya. Jadi permintaan tuan Gaara supaya saya membawa sekurang-kurang satu tafsir ulama adalah permintaan yang merepek.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
 

Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??

View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 17Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9 ... 17  Next

 Similar topics

-
» DOA MUDAH BERSALIN DAN KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN
» Kisah tiga anak dara
» Sogit kampung..
» Apa “take for granted” dalam bahasa kita?
» Apa anda buat dalam keadaan serbah salah?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda ::  :: -