| Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir | |
|
+5faried othman iltizam lia tolokminda 9 posters |
|
Author | Message |
---|
tolokminda Sarjana
Posts : 627 Points : 5632 Reputation : 1 Join date : 2010-07-29
| Subject: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 1:35 am | |
| Di dalam Al-Quran Tuhan telah memberi pelbagai contoh mengenai amalan, perbuatan atau sikap orang-orang kafir (orang-orang yang tidak percaya). Dalam thread ini saya ingin mengajak tuan/puan mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada orang-orang kafir supaya kita boleh memahami dan mengenali mereka dari petunjuk-petunjuk yang telah Tuhan berikan kepada kita semua supaya kita tidak meletakkan diri tergolong dalam golongan yang tidak mendapat petunjuk Tuhan.
Saya mulakan pengumpulan ini dengan 18:56.
18:56 Dan Kami tidak mengutuskan rasul-rasul kecuali sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Tetapi mereka yang tidak percaya akan mempertikaikannya menggunakan kepalsuan untuk menutup kebenaran dengannya. Dan mereka telah mengambil ayat-ayatKu dan apa yang telah diperingatkan kepada mereka untuk dipersenda-sendakan.
| |
|
| |
lia Siswazah
Posts : 120 Points : 5095 Reputation : 0 Join date : 2010-08-17
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 1:42 am | |
| Boleh saya guna bahasa sendiri. Orang kafir ialah selain dari orang yang beragama Islam. | |
|
| |
iltizam Siswazah
Posts : 401 Points : 5394 Reputation : 0 Join date : 2010-08-01
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 2:06 am | |
| Lebih mulia jika mengumpulkan Alquran di dalam Dada, dan mengamalkannya daripada mengumpulkan di screen computer lalu membahaskannya
Seolah olah melemparkan alquran kesana dan kesini...
Nasihat untuk diriku sendiri... | |
|
| |
othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5548 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 2:38 am | |
| - tolokminda wrote:
- Di dalam Al-Quran Tuhan telah memberi pelbagai contoh mengenai amalan, perbuatan atau sikap orang-orang kafir (orang-orang yang tidak percaya). Dalam thread ini saya ingin mengajak tuan/puan mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada orang-orang kafir supaya kita boleh memahami dan mengenali mereka dari petunjuk-petunjuk yang telah Tuhan berikan kepada kita semua supaya kita tidak meletakkan diri tergolong dalam golongan yang tidak mendapat petunjuk Tuhan.
Saya mulakan pengumpulan ini dengan 18:56.
18:56 Dan Kami tidak mengutuskan rasul-rasul kecuali sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Tetapi mereka yang tidak percaya akan mempertikaikannya menggunakan kepalsuan untuk menutup kebenaran dengannya. Dan mereka telah mengambil ayat-ayatKu dan apa yang telah diperingatkan kepada mereka untuk dipersenda-sendakan.
salam apakah kepalsuan yg di gunakan utk menutup kebenaran . | |
|
| |
lia Siswazah
Posts : 120 Points : 5095 Reputation : 0 Join date : 2010-08-17
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 5:53 am | |
| betul tu ilmu tanpa amal, seperti pohon tiada berbuah. Amal tanpa ilmu pula akan jadi sesat. Marilah kita sama-sama keluar menuntut ilmu. Ilmu tak akan datang mencari kita. | |
|
| |
faried Sarjana
Posts : 524 Points : 5541 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 7:39 am | |
| - lia wrote:
- Boleh saya guna bahasa sendiri. Orang kafir ialah selain dari orang yang beragama Islam.
Secara harfiah, kafir = menutup = to cover. Jadi orang kafir adalah orang yang menutup diri dari petunjuk Allah (Alquran). Meskipun demikian, kafir sering dimaksudkan menolak petunjuk Allah. Saya sering jadi rancu, karena menolak kata Arabiynya adalah ingkar. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6478 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 9:48 am | |
| Salam, Logik juga apa yang saudara Faried katakan itu. Ini kerana orang-orang kafir menutup hati mereka daripada memikirkan Peringatan Allah. Umpamanya bila Allah kata Al Quran bukannya syair, mereka pergi bantai melagu-lagukan Al Quran. Nampak tak bertapa tertutup rapatnya hati mereka. Kalau hati mereka tidak tertutup, pastilah bila sudah dikemukakan ayat 36:69 itu, datang keinsafan kepada mereka untuk meninggalkan amalan tradisi melagu-lagukan Al Quran. Di sini kita nampak sifat yang lain yang ada pada orang-orang kafir iaitu membuat sesuatu yang Allah telah jelas menidakkannya. | |
|
| |
lia Siswazah
Posts : 120 Points : 5095 Reputation : 0 Join date : 2010-08-17
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 11:17 am | |
| Kalau kita melawati Web orang yahudi mereka juga mengatakan kafir pada orang beragama lain temasuk orang Islam. Bagi orang beragama Islam, mereka yang engkar pada agama/menutup hatinya pada agama Islam adalah kafir. Bagi orang yang bukan Islam seperti orang Yahudi, mereka kata orang yang menolak agama Yahudi pula kafir. Menentukan siapa kafir adalah terlalu umum, maka yang lebih penting siapa yang Muslim, kerana yang lainnya adalah non-muslim.
| |
|
| |
iltizam Siswazah
Posts : 401 Points : 5394 Reputation : 0 Join date : 2010-08-01
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 11:35 am | |
| Salam
Untuk melihat siapa kafir ( Mengenal contoh contoh kekafiran) kita tidan perlu berdiri di pihak yahudi dan melihat orang islam kafir, dan kita tidak perlu berdiri di pihak diri kita sendiri lalu meletakkan yahudi kafir
yang benar nya Kita Berdiri seDIRI ( bersatu diri) dengan Alquran dan Hadis lalu dari sana kita melihat siapakah yang di katakan kafir.
Baru lah benar dan jelas | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5666 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 1:00 pm | |
| 18:56 Dan Kami tidak mengutuskan rasul-rasul kecuali sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Tetapi mereka yang tidak percaya akan mempertikaikannya menggunakan kepalsuan untuk menutup kebenaran dengannya. Dan mereka telah mengambil ayat-ayatKu dan apa yang telah diperingatkan kepada mereka untuk dipersenda-sendakan.
Salam,
Daripada ayat yang dikemukakan di atas, ada dua ciri-ciri orang kafir yang kita nampak;
1. Mempertikaikan ayat-ayat Allah dengan cara yang palsu utk menutup kebenaran 2. Mengambil ayat-ayat Allah untuk dipersenda-sendakan. | |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5666 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 1:13 pm | |
| Salam,
Kita teruskan dengan ayat yang lain;
2:6. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu memberi amaran kepada mereka, atau tidak memberi amaran kepada mereka, mereka tidak mempercayai.
Pepatah Melayu ada mengatakan "Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri".
Mereka ini seperti buat-buat bodoh atau buat-buat tak tahu. Tak makan saman.
Bagi peringatan atau tidak, tetap tak nak percaya.
| |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6478 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 10:08 pm | |
| Salam,
8:30. Dan apabila orang-orang yang tidak percaya membuat tipu daya terhadap kamu, untuk menahan kamu, atau membunuh kamu, atau mengusir kamu, dan membuat tipu daya, dan Allah membuat tipu daya; dan Allah yang terbaik daripada pembuat-pembuat tipu daya.
Orang kafir mempunyai niat jahat untuk menahan, membunuh atau mengusir orang yang beriman yang tidak menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi mereka. Mereka takut ajaran tak masuk akal mereka dibuktikan salah melalui ayat-ayat Allah. | |
|
| |
othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5548 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Wed Aug 18, 2010 11:37 pm | |
| salam
mana boleh main pakai percaya jer . sekarang ni pun dah nampak yg bawak peringatan pun tak bersatu padu .. satu begitu , satu begini . yg mana satu nak ikut pun tak jelas . semua pun ada hadis sendiri . | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6478 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Thu Aug 19, 2010 9:27 am | |
| Salam, Orang yang taksub riwayat hadis pun berbeza pendapat. Satu pakai riwayat hadis yang diiktiraf oleh puak Sunnah dan satu pakai riwayat hadis yang diiktiraf oleh puak Syiah. Kemudian mereka berperang sesama sendiri macam di negara-negara Arab itu. Bezanya orang yang percaya kepada Al Quran, walaupun berbeza pendapat, mereka tidak wujudkan golongan-golongan dan mereka boleh terima pendapat yang telah dibuktikan kukuh. Umpamanya yang saya nampak, walaupun dalam beberapa perkara TM dan Faried ada perbezaan pendapat, tetapi dalam bab puasa mereka semua setuju dengan kisah Maryam puasa dengan tahan berkata-kata pada manusia untuk fokus pada petunjuk Allah. Berbeza pendapat memang tidak boleh dielakkan untuk perkara yang tidak difahami dengan jelas. Tetapi bila sudah jelas seperti Al Quran bukannya untuk nyanyian, orang yang percaya kepada Al Quran semua setuju untuk tidak menyanyi-nyanyikan Al Quran. Namun orang kafir tertutup hati melihat itu semua. | |
|
| |
iltizam Siswazah
Posts : 401 Points : 5394 Reputation : 0 Join date : 2010-08-01
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Thu Aug 19, 2010 1:48 pm | |
| - Juang wrote:
- Salam,
Orang yang taksub riwayat hadis pun berbeza pendapat. Satu pakai riwayat hadis yang diiktiraf oleh puak Sunnah dan satu pakai riwayat hadis yang diiktiraf oleh puak Syiah. Kemudian mereka berperang sesama sendiri macam di negara-negara Arab itu.
Bezanya orang yang percaya kepada Al Quran, walaupun berbeza pendapat, mereka tidak wujudkan golongan-golongan dan mereka boleh terima pendapat yang telah dibuktikan kukuh. Umpamanya yang saya nampak, walaupun dalam beberapa perkara TM dan Faried ada perbezaan pendapat, tetapi dalam bab puasa mereka semua setuju dengan kisah Maryam puasa dengan tahan berkata-kata pada manusia untuk fokus pada petunjuk Allah. Berbeza pendapat memang tidak boleh dielakkan untuk perkara yang tidak difahami dengan jelas. Tetapi bila sudah jelas seperti Al Quran bukannya untuk nyanyian, orang yang percaya kepada Al Quran semua setuju untuk tidak menyanyi-nyanyikan Al Quran.
Namun orang kafir tertutup hati melihat itu semua. Ya , Saya juga bersetuju sememangnya Maryam Berpuasa dengan tidak berkata kata, kerana ayat itu jelas. Yang tidak di persetujui ialah Mempromisikan bahawa itulah puasa yang sebenar benar yang perlu di ikuti pada Bulan Ramadhan adalah tidak di persetujui. Bukan Al quran yang silap.....Pemahaman yang silap. Tapi dalam soal ini , tiada paksaan dari orang lain untuk supaya mengikuti pihak yang lain Yang di bimbangi jika pendapat yang salah itu di Amalkan oleh Pak turut yang tak mengerti. | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6031 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Thu Aug 19, 2010 2:43 pm | |
| Salam... sbb itu sy pernh setuju dgn pendpt payau putih ttg pak turut... klau maksudnya org itu ckp dan didepanya Al-quran dan Hadis bolelah kita ikut... tp klau hanya nasnya otak baik kita pikir 1, 000, 000 kali.... | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6478 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Thu Aug 19, 2010 10:59 pm | |
| - iltizam wrote:
Ya , Saya juga bersetuju sememangnya Maryam Berpuasa dengan tidak berkata kata, kerana ayat itu jelas. Yang tidak di persetujui ialah Mempromisikan bahawa itulah puasa yang sebenar benar yang perlu di ikuti pada Bulan Ramadhan adalah tidak di persetujui. Bukan Al quran yang silap.....Pemahaman yang silap. Tapi dalam soal ini , tiada paksaan dari orang lain untuk supaya mengikuti pihak yang lain Yang di bimbangi jika pendapat yang salah itu di Amalkan oleh Pak turut yang tak mengerti. Salam, Kalau seseorang itu memandu kereta dengan memegang stereng, tak kira pada waktu apa sekali pun, pastilah manusia itu kena memandu kereta dengan memegang sterengnya. Macam itulah dengan berpuasa. Kalau Allah sudah tunjukkan cara berpuasa orang sebelum Nabi (Maryam) dengan tidak berkata-kata kepada manusia untuk mendengar kepada Yang Maha Pemurah, maka tidak kira waktu apa sekali pun, itulah caranya. Tambahan pula kalau kita fikirkan tujuan puasa adalah untuk mencapai takwa dan cara mencapai ketakwaan itu tidak pernah dibeza-bezakan pada sesuatu kalendar ciptaan manusia, takkanlah puasa ramadhan dan tak ramadhan berbeza caranya? Tak logiklah macam tu. Cuba buka minda itu luas-luas. Bukan susah pun nak membuka minda. Hanya orang yang tertutup pintu hati mereka sahaja yang tak mahu buka minda. Lagi satu, sebelum nak beramal, kena tahu objektif atau matlamat sesuatu amalan. Daripada objektif itulah baru kita akan nampak apakah tindakan yang berkesan untuk mencapai objektif tersebut. Bukannya main buat menurut kepercayaan tradisi membuta-tuli semata-mata. Orang kafir terdahulu sahaja yang menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi mereka tanpa memikirkan apa yang mereka amalkan. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6478 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Sun Aug 22, 2010 12:59 am | |
| Salam,
18:56. Dan Kami tidak mengutus para utusan melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Namun begitu, orang-orang yang tidak percaya membantah dengan yang palsu supaya mereka menyangkal yang benar dengannya. Mereka mengambil ayat-ayat-Ku dan apa yang mereka diamarankan sebagai olok-olokan.
Sifat orang yang tertutup hati (kafir) terhadap Peringatan Tuhan, mereka mengambil ayat-ayat Tuhan yang diamarankan kepada mereka sebagai olok-olokan. Bawalah macam mana bentuk Peringatan Tuhan itu, mereka pasti membantah dengan kepalsuan atau pembohongan walaupun ayat-ayat Tuhan itu telah jelas menafikan kepercayaan tradisi mereka.
Sudah pastilah tiada seorang manusia akan mengaku dirinya kafir. Namun Allah-lah yang membentuk sifat-sifat pada seseorang manusia itu sama ada ia bersifat seperti orang beriman terdahulu atau menyamai sifat orang kafir terdahulu.
Dan tidaklah Allah sengaja membentuk sifat-sifat manusia itu melainkan disebabkan perbuatan manusia itu sendiri. Sesiapa yang berusaha ke arah pembentukan sifat orang beriman, maka akan capailah sifat tersebut. Dan sesiapa yang buat seperti orang kafir terdahulu pernah buat, akan terbentuklah sifat-sifat seperti yang dimiliki oleh orang kafir terdahulu. | |
|
| |
othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5548 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Sun Aug 22, 2010 1:06 am | |
| - Juang wrote:
- Salam,
18:56. Dan Kami tidak mengutus para utusan melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran. Namun begitu, orang-orang yang tidak percaya membantah dengan yang palsu supaya mereka menyangkal yang benar dengannya. Mereka mengambil ayat-ayat-Ku dan apa yang mereka diamarankan sebagai olok-olokan.
Sifat orang yang tertutup hati (kafir) terhadap Peringatan Tuhan, mereka mengambil ayat-ayat Tuhan yang diamarankan kepada mereka sebagai olok-olokan. Bawalah macam mana bentuk Peringatan Tuhan itu, mereka pasti membantah dengan kepalsuan atau pembohongan walaupun ayat-ayat Tuhan itu telah jelas menafikan kepercayaan tradisi mereka.
Sudah pastilah tiada seorang manusia akan mengaku dirinya kafir. Namun Allah-lah yang membentuk sifat-sifat pada seseorang manusia itu sama ada ia bersifat seperti orang beriman terdahulu atau menyamai sifat orang kafir terdahulu.
Dan tidaklah Allah sengaja membentuk sifat-sifat manusia itu melainkan disebabkan perbuatan manusia itu sendiri. Sesiapa yang berusaha ke arah pembentukan sifat orang beriman, maka akan capailah sifat tersebut. Dan sesiapa yang buat seperti orang kafir terdahulu pernah buat, akan terbentuklah sifat-sifat seperti yang dimiliki oleh orang kafir terdahulu. salam saudara pun pembawa peringatan jugak ke .. oo jadi forum ni saudara jadikan medan utk bawak ajaran baru pulak ye . siap bawak ayat suruh kita ikut peringatan dia pulak . kalau nak bawak ajaran baru buat cara nak tunjuk ajaran baru . dah ada set terjemahan lengkap ke atau pakai terjemahan orang lain jugak . | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6478 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Sun Aug 22, 2010 1:10 am | |
| Salam,
Kalau saya bawa ajaran baru, buat apa saya sampaikan Al Quran yang sudah lama diturunkan itu? Baik saya sampaikan tulisan saya sendiri. Barulah logik dikatakan saya bawa ajaran baru. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6478 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Sun Aug 22, 2010 1:20 am | |
| Salam,
21:2. Tiada Peringatan daripada Pemelihara mereka datang kepada mereka yang baru, melainkan mereka mendengarkannya dengan bermain-main,
Sifat orang kafir juga adalah mendengar sesuatu Peringatan Tuhan tetapi mereka buat main-mainan. | |
|
| |
othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5548 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Sun Aug 22, 2010 1:26 am | |
| - Juang wrote:
- Salam,
Kalau saya bawa ajaran baru, buat apa saya sampaikan Al Quran yang sudah lama diturunkan itu? Baik saya sampaikan tulisan saya sendiri. Barulah logik dikatakan saya bawa ajaran baru. salam jadi kamu rasa kamu sampaikan al quran lah bukan tulisan kamu sendiri . lagi hebat . kalu dah kamu bawak quran tentu lah sedara nabi . nabi pun tak tulis idea dia sendiri . terus dia sandarkan pada quran . tak ada dia baca sebab wahyu tak payah baca .. macam sedara tak payah baca sebab butahuruf arab tapi datang sendiri . | |
|
| |
gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6031 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Sun Aug 22, 2010 1:30 am | |
| Salam.... jgnlah gaduh sauadra othman dan juang.... saudra othman kena fhn sauadra juang setia menanti hidayah yg x kunjung kunjung lg.... mungkn bila smpi hidayah br die kenal MUhammaD..... | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6478 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 46
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Sun Aug 22, 2010 1:38 am | |
| Salam, Malangnya yang perasan mereka kenal Muhammad dan sudah dapat hidayah itu gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran terhadap apa yang mereka ada-adakan. | |
|
| |
othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5548 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir Sun Aug 22, 2010 2:14 am | |
| - Juang wrote:
- Salam,
Malangnya yang perasan mereka kenal Muhammad dan sudah dapat hidayah itu gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran terhadap apa yang mereka ada-adakan. salam kita hanya ikut tradisi . tak di paksa utk di terima pun . tapi tuan mengada-adakan ajaran baru bukan tradisi . mana kajian dia .. bagi lah satu contoh . tuan sebelum dpt idea buat kajian .. mana kajian tu ? contohnya puasa cara sedara mana kajian yg memberi keyakinan utk di percayai . last2 sedara kata sekolah tak semestinya kena ada guru sebab ada guru pun ada yg gagal .langsung tak logik sedangkan ada nabi yg mengajarpun ada yg kapir . | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir | |
| |
|
| |
| Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir | |
|