HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Fri Aug 27, 2010 5:13 am

Selalu kita jumpa orang yang tak suka diulang-ulang sesuatu peringatan. Jika kita kaji Al Quran, sifat seperti itu dimiliki oleh orang kafir terdahulu.

17:41. Kami mengulang-ulangi di dalam al-Qur'an ini, supaya mereka ingat; dan ia menambahkan mereka hanya dalam pelarian.

Tujuan Allah mengulang-ulang pengajaran di dalam Al Quran supaya mereka ingat. Tetapi semua itu menyebabkan mereka lari daripada Al Quran. Tak sangka di zaman teknologi di hujung jari ini masih ada sifat-sifat seperti orang kafir terdahulu yang tak suka mendengar peringatan berulang-ulang. Seolah-olah mereka seperti tidak pernah membaca Al Quran.
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts : 401
Points : 2726
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Fri Aug 27, 2010 6:19 am

Juang wrote:
Selalu kita jumpa orang yang tak suka diulang-ulang sesuatu peringatan. Jika kita kaji Al Quran, sifat seperti itu dimiliki oleh orang kafir terdahulu.

17:41. Kami mengulang-ulangi di dalam al-Qur'an ini, supaya mereka ingat; dan ia menambahkan mereka hanya dalam pelarian.

Tujuan Allah mengulang-ulang pengajaran di dalam Al Quran supaya mereka ingat. Tetapi semua itu menyebabkan mereka lari daripada Al Quran. Tak sangka di zaman teknologi di hujung jari ini masih ada sifat-sifat seperti orang kafir terdahulu yang tak suka mendengar peringatan berulang-ulang. Seolah-olah mereka seperti tidak pernah membaca Al Quran.

saudara juang
peringatan yang berupa ulangan , atau bacaan yang berulang ulang tidak hanya berada di dalam kitab al quran yang di tulis dengan dakwat itu semata mata, bahkan peringatan peringatan atau bacaaan itu nyata berlaku melalui perbuatan perbuatan manusia dari masa ke semasa, dan itu lah bacaan yang nyata yang di ulang ulang,
jika alquran menceritakan kisah orang orang dahulu yang menyembah berhala, maka sekarang ini juga terdapat orang yang menyembah berhala seperti orang dahulu jika kita sedari.
jika dahulu di kisahkan orang orang yang engkar pada ajaran alquran dari rasul, sekarang ini juga sejarah itu juga berulang dalam bentuk berbeza tetapi sama.

mari kita lihat kenyataannya
Al Jaatsiyah
Haa Miim
Kitab , diturunkan dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda untuk orang-orang yang beriman
( cuba kita lihat seketika langit dan bumi sekarang ini)

Dan pada penciptaan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran terdapat tanda-tanda untuk kaum yang meyakini,
( cuba kita lihat diri dan binatang melata sebentar sekarangini waktu ini seperti yang di arahkan)

dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal
( cuba kita lihat sebentar kejadian kejadian yang di ceritakan tanpa membayangkan kisah dahulu tetapi sekarang ini waktu ini)

setelah melihat lihat ke alam nyata seperti yang khabarkan lalu kita baca ayat seterusnya

Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya.

dan tanya diri " ITULAH AYAT AYAT ALLAH YANG KAMI BACAKAN kepada kita dengan sebenar"
kata ITULAH Ayat Ayat Allah , Adakah hanya merujuk kepada yang kita lihat pada Kitab yang tertulis di atas kertas atau

atau yang Allah PERINTAHKAN KITA LIHAT ALAM.

setelah kita lihat kejadian , lalu di katakan ITULAH AYAT AYAT ALLAH.

ITU YANG MANA?
di atas kertas atau ALAM yang kita lihat itu BACAAN YANG SEBENAR BENARNYA.???...cuba renungi baik baik
-------------------------------------------------------------------------------------
saya buat satu cerita kisah juang dan saya di suatu tempat

saya berkata::juang!!...cuba lihat budak pakai baju merah tu nampak?

juang jawab: ya nampak

saya berkata: ha, yang bertopi , kulit putih, rambut kerinting tu,,,nampak tak?

juang jawab: Ha , nampak,nampak,

saya berkata: ITULAH ADIK SAYA YANG SEBENARNYA.

adakah yang bertanda biru di dalam posting ini adik saya atau yang Juang lihat tadi itu adik saya
hehehehehe

NAK PERKATAAN MANA LAGIIIIIII.....IMAN....YAKIN.....AKAL
Jangan Akal di ambil sebelum iman..........tu lah yang jadi salah baca dan salah dalam pemahaman.
kena beriman terlebih dahulu.....nak tahu Iman kena jumpa MUHAMMAD atau CARI PUSAKANYA
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Fri Aug 27, 2010 6:48 am

Salam,

Kalau kita fikir panjang pun, apa yang tercatat dalam Al Quran itulah juga yang tercatat pada alam ini. Tetapi apa yang tercatat dalam kitab-kitab riwayat yang diada-adakan oleh manusia, ia tidak dapat dibuktikan dalam kehidupan realiti. Itulah bezanya Al Quran dengan kitab riwayat.

Umpamanya bila ada ayat Al Quran suruh berfikir, memang terbukti amalan berfikir mendatangkan manfaat besar kepada manusia. Bila ada ayat Al Quran suruh membaca, memang terbukti membaca adalah jambatan ilmu. Tetapi bila orang kafir suruh beritual berhala tuju ke sesuatu objek, jelas amalan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan baik, sebaliknya hanyalah alat untuk mereka bermegah-megahan kononnya merekalah puak yang benar dan puak yang mengadap objek lain adalah salah.

Buku-buku sains menggunakan contoh pendekatan Al Quran di mana apa yang tercatat di dalamnya boleh dibuktikan pada alam ini. Kebenaran isi kandungan buku sains bukannya disandarkan atas nama si polan terdahulu untuk menentukan kesahihannya, tetapi kebenarannya disandarkan pada hukum Allah yang wujud di semesta alam ini.

Alam sekeliling kita adalah bukti untuk membezakan apa yang tercatat dalam sesuatu kitab itu benar atau tidak. Umpamanya manusia boleh tulis "1+1=3" dan cetakkan sebanyak mana pun, tetapi hukum itu tidak boleh dibuktikan secara nyata pada alam ini. Tetapi kalau hukum "1+1=2" dicetak hanya dalam satu buku sekali pun, ia mampu mengalahkan cetakan-cetakan dusta itu kerana bukti 1+1=2 wujud di sekeliling kita. Begitulah perumpamaannya untuk kita bezakan mana yang benar dan mana yang dusta.

Jadi sepatutnya kita yakin pada Al Quran biarpun diulang-ulang ayatnya sebanyak mana pun kerana apa yang tercatat dalam Al Quran boleh dibuktikan benar kerana hukumnya wujud di sekeliling kita. Kita boleh nampak konsep-konsep yang wujud dalam Al Quran terpakai juga dalam kehidupan harian kita. Itu yang seronoknya bila Al Quran dijadikan panduan hidup. Hidup kita jadi realisitik atau berpijak di bumi yang nyata.

Tetapi kalau disampaikan Al Quran dalam bahasa yang mudah difahami pun ada yang berteriak bangang, hanya orang bangang sahaja berperangai buruk macam itu.
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts : 401
Points : 2726
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Fri Aug 27, 2010 7:27 am

[quote]
Juang wrote:
[justify]Salam,

Kalau kita fikir panjang pun, apa yang tercatat dalam Al Quran itulah juga yang tercatat pada alam ini. Tetapi apa yang tercatat dalam kitab-kitab riwayat yang diada-adakan oleh manusia, ia tidak dapat dibuktikan dalam kehidupan realiti. Itulah bezanya Al Quran dengan kitab riwayat.

Umpamanya bila ada ayat Al Quran suruh berfikir, memang terbukti amalan berfikir mendatangkan manfaat besar kepada manusia. Bila ada ayat Al Quran suruh membaca, memang terbukti membaca adalah jambatan ilmu. Tetapi bila orang kafir suruh beritual berhala tuju ke sesuatu objek, jelas amalan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan baik, sebaliknya hanyalah alat untuk mereka bermegah-megahan kononnya merekalah puak yang benar dan puak yang mengadap objek lain adalah salah.

jika juang telah faham seperti yang di boldkan , lalu apa lagi yang hendak di persalahkan,
Jika apa yang di boldkan itu tercatat , mengapa diTOLAK apa yang tercatat, sepertimana Yang di terangkan Nabi Muhammad s,a,w yang termasuk di dalam YANG TERCATAT PADA ALAM INI.

contohnya
1)Berwuduk ( apa maksudnya bagi diri dan alam yang tercatat)
2)adab luaran makan,minum,duduk,tidur,berjalan,berjima',bersantun,berkata dengan baik,senyum,pembahagian harta,
3)adab dalaman diri yang berupa adab adab dengan tuhan,solat,zikir,mengingati,menyembah,mengabdi,bersukur,penyucian diri dari hasad,dengki,riak,takabbur,dan sebagainya telah di NYATAKAN melalui apa yang berlaku dan di tuliskan dalam kitab kitab oleh perawi sebagai tambahan bagi umat islam lebih memahami dengan tepat akan Maksud Alquran yang nyata dan tertulis.

Quote :
Buku-buku sains menggunakan contoh pendekatan Al Quran di mana apa yang tercatat di dalamnya boleh dibuktikan pada alam ini. Kebenaran isi kandungan buku sains bukannya disandarkan atas nama si polan terdahulu untuk menentukan kesahihannya, tetapi kebenarannya disandarkan pada hukum Allah yang wujud di semesta alam ini.

saudara juang,
Bukannya apa yang tercatat di dalamnya BOLEH di BUKTIKAN pada alam ini
Tetapi Apa yang tercatat di dalamnya adalah yang tercatat di Alam ini.

Dan yang belum dapat kita lihat apa yang tercatat di Alam ini ialah AKHIRAT.
Kita belum dapat melihat Hari Akhirat seperti yang tercatat di dalam Kitab Alquran
Tetapi Rasulullah Telah DIPERLIHATKAN OLEH ALLAH tentang Akhirat dan Kiamat seperti yang di beritakan dalam KITAB ALQURAN, dan Rasulullah menerangkan bagaimana keadaan mereka mereka itu. supaya mereka mereka yang sedar akan lebih sedar.

Jika kita Baca kisah riwayat zaman Rasulullah kita akan dapati di mana para sahabat yang Memeluk islam dan belajar dengan Rasulullah secara berperingkat peringkat.
dan mereka di didik oleh Rasulullah dari satu peringkat faham sehingga faham yang lain.
Dari yang betul kepada Benar dan dari yang benar kepada yang lebih benar dan dari yang lebih benar sehingga kepada rahsia rahsia atas perkara yang benar itu.

Andainya kita ini baru hanya mengetahui sebahagian ilmu sudah merasai kita benar dan tidak ingin menerima dan mengkaji/menyelediki lagi secara keseluruhan , maka sampai di situlah tahap kefahaman kita. Maka rugi lah kita kerana mengambil sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.

Jika kita perhatikan kejadian para rasul ada 25 orang Rasul .
di dalam setiap rasul ada kisah kisahnya yang berupa ilmu ilmu yang di NYATAKAN sedikit demi sedikit , dan Muhammad membenarkannya dan menyempurnakannya.
Jika kita mengambil hanya kisah 24 rasul seperti yang di beritakan dalam Alquran tanpa kisah MUHAMMAD , bermakna ilmu belum lengkap sebanyak 25 ilmu ilmu.

Tetapi yang perlu kita ingat sebaik mungkin ialah kita mengambil ilmu ilmu , jangan pula kita DIRIKAN ILMU, kerana yang sebaiknya ialah kita ambil ilmu ilmu untuk kita DIRI kan DIRI kan
DIRI KAN solat......jangan pula jadikan ilmu sebagai DIRI tetapi jadikan SOLAT ITU SEBAGAI DIRI kita Very Happy










Back to top Go down
View user profile
faried
Sarjana
Sarjana


Posts : 524
Points : 2873
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Fri Aug 27, 2010 8:31 am

Juang wrote:

Kalau kita fikir panjang pun, apa yang tercatat dalam Al Quran itulah juga yang tercatat pada alam ini.

Ya, benar.

Orang mengistilahkan Alquran yang berupa buku sebagai kitab kering,

dan

apa yang tercatat pada alam sebagai kitab basah.

Kitab yang tercatat di alam lebih hidup dan realistik.

Salam.
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts : 551
Points : 2880
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Fri Aug 27, 2010 10:18 pm

faried wrote:
Juang wrote:

Kalau kita fikir panjang pun, apa yang tercatat dalam Al Quran itulah juga yang tercatat pada alam ini.

Ya, benar.

Orang mengistilahkan Alquran yang berupa buku sebagai kitab kering,

dan

apa yang tercatat pada alam sebagai kitab basah.

Kitab yang tercatat di alam lebih hidup dan realistik.

Salam.

mana dia 7 lapis alam tu ? mana alam akhirat .. tak basah lagi ke
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Mon Aug 30, 2010 10:59 am

othman wrote:

mana dia 7 lapis alam tu ? mana alam akhirat .. tak basah lagi ke
Salam,

Dunia adalah suatu yang fana (tidak kekal). Lawan pada fana adalah Kekal abadi yang dipanggil akhirat.

Kemegahan, keangkuhan, sombong, bangga diri, semua itu tidak kekal. Yang kekal adalah budi yang baik. Jadi yang kekal itulah akan di bawa ke alam akhirat.

Ruh manusia tidak dimusnahkan, sebaliknya akan dikembalikan kepada Tuhan. Hanya jasad yang akan musnah bila mati nanti. Di situ sahaja kita sudah boleh nampak mana yang dunia dan mana yang akhirat.

Tak nampak-nampak lagi ke bukti kewujudan akhirat itu?
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts : 401
Points : 2726
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Mon Aug 30, 2010 12:43 pm

Salam

Setuju dengan apa yang juang perkatakan , Kata orang tua tua kita pun
"Budi yang baik di kenang jua"

Dulu semasa saya kerja di syarikat swasta ada seorang pegawai dagang berbangsa jepun yang sama sama kerja sekumpulan dengan kami.
Kami memang mengakui walaupun dia tidak beragama tetapi hati nya baik dan berperkerti mulia, jujur serta Amanah.
Setiap kali tiba ramadhan beliau suka untuk join kami berpuasa, di mana pada tahun pertama ramadhan semasa berada di Mal, beliau mengikut berpuasa selama 4 atau 5 hari.
dan di tahun kedua beliau mengikut kami berpuasa selama sebulan berturut turut berpuasa dan selalu berbuka bersama sama.
Dan sekarang beliau telah pun memeluk ugama islam dan mengajak ibunya sekali mengikutinya.
Di situ saya lihat, bahawa jikalau orang yang berbudi perkerti tinggi dan jujur serta amanah , walaupun belum memeluk islam atau pun di katakan sebagai (Kafir)akhirnya Allah akan membawa orang orang ini memeluk Islam (pada kebanyakannya).
dari sejarah ini saya dapat satu pengajaran buat diri sendiri iaitu tidak sanggup lagi untuk menuduh orang lain sebagai kafir/sesat dan sebagainya. kerana mungkin di lain masa Allah menjadikan orang yang kita tuduh itu berubah lebih Mulia dari diri kita. Malu dan sememangnya kita rasa malu.
Bukan malu kepada Makhluk tetapi terkadang Malu kepada Allah ta'ala.




Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Mon Aug 30, 2010 11:15 pm

Salam,

Malu jika Al Quran tidak mahu dijadikan peringatan yang berulang-ulang. Umpamanya Al Quran peringatankan jangan menyekutukan Allah, tetapi ada juga manusia sekutukan Dia dengan tunduk kepada orang-orang yang mengada-adakan apa yang Allah tidak pernah tetapkan. Sedangkan yang mencipta mereka adalah Allah, bukannya si polan bin si polan itu.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Mon Aug 30, 2010 11:58 pm

Salam,

18:54. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; manusia adalah sesuatu yang paling banyak membantah.


Tepat sekali. Yang paling banyak membantah Al Quran diulang-ulangi adalah manusia. Ini menunjukkan dalam banyak-banyak makhluk Allah, manusialah yang paling kuat keangkuhan, kesombongan, penyakit berbangga diri, suka masuk bakul angkat sendiri.

Kalau kita tengok makhluk-makhluk Allah yang lain, mereka tidak hidup sombong. Mereka tunduk dan patuh kepada apa yang Allah tetapkan hatta seekor nyamuk sekali pun.

Makhluk-makhluk Allah semuanya hidup mengikut fitrah kejadian mereka. Mereka tidak mengada-adakan sesuatu upacara atau ritual untuk berbangga diri kononnya mereka sahajalah yang sujud kepada Tuhan.

Back to top Go down
View user profile
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts : 52
Points : 2344
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Tue Aug 31, 2010 3:09 am

Salam
Kebiasaannya Akal akan sering menghurai kan ilmu ilmu yang mana benar dan yang mana salah dan ianya akan sentiasa mencetuskan cambahan cambahan yang tidak akan terhenti sampai lah hari pengadilan.

Dan nafsu dengan tugasnya sering membantah akal apabola Akal menwujudkan kebenaran demi kebenaran.

Dan yang menerima segalanya dan memproses untuk di terima pakai Adalah yang dikatakan Hati atau Qalb.

Apabila qalbu tidak di ganggu nafsu atau dapat mengawal sang nafsu , maka padamlah segalanya dan tunduklah Manusia pada kekuasaan Allah.

Quote :
Dan Dialah yang menahan tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan (menahan) tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Mekah sesudah Allah memenangkan kamu atas mereka, dan adalah Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan

Jika kita tinjau , apakah yang ada di tengah tengah kota Mekah itu.
Yang Membinanya Adalah di gelar sebagai Hanif / atau Bapa Ugama

Quote :
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Sat Sep 04, 2010 12:36 pm

48:24. Dia yang menahan tangan-tangan mereka daripada kamu, dan tangan-tangan kamu daripada mereka, di tengah Mekah, setelah Dia memenangkan kamu ke atas mereka. Allah melihat apa yang kamu buat.

Nabi Muhammad adalah orang yang meninggalkan kepercayaan tradisi karut-marut kaumnya sendiri di kota Mekkah dan menghadapi penentangan kaumnya. Nabi Ibrahim juga adalah orang yang meninggalkan kepercayaan tradisi karut-marut kaumnya sendiri di Bakkah dan menghadapi penentangan kaumnya. Memang secara berulang-ulangnya, para Nabi pasti meninggalkan kepercayaan tardisi karut-marut kaumnya sendiri dan ditentang oleh kaumnya. Sunnatullah yang tidak boleh dinafikan.

Oleh kerana proses perubahan minda masyarakat pasti berlaku penentangan tidak kira di mana kota sekali pun, maka serahkan kepada Allah untuk menahan tangan-tangan manusia daripada berlaku pertumpahan darah sebab Dia melihat semua apa yang manusia kerjakan.
Back to top Go down
View user profile
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts : 52
Points : 2344
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Mon Sep 20, 2010 3:56 pm

kebanyakan orang yang membaca / memahami Alquran akan membayangkan kisah 1400 tahun dahulu. Dan mengertikan bahawa Alquran turun untuk Nabi dan seolah hanya untuk nabi.
Sedang mereka tidak sedari bahawa Alquran yang di bacanya itu adalah satu nasihat/berita yang terus menerus untuk diri mereka sendiri.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang   Today at 8:09 am

Back to top Go down
 
Al Quran, Peringatan yang berulang-ulang
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pendapat tokoh non muslim terhadap Al Quran
» Versi Al quran: hafs dan warsh!
» MISTERI DI BALIK SHOLAT DZUHUR YANG TERUNGKAP
» Ayat Quran Yg Musnah Dimakan Kambing
» bentuk bumi datar (merger "menurut al quran)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: