HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Menuju Kematangan vs Menuju Kematian

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3810
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Menuju Kematangan vs Menuju Kematian   Fri Aug 27, 2010 6:10 am

Mati adalah destinasi yang Tuhan telah tetapkan. Setiap yang hidup pasti akan dibawakan ke destinasi mati, baik mereka suka atau pun tidak. Ketika itulah manusia akan sujud kepada Tuhan dengan sebenar-benarnya sujud walaupun ketika hayatnya dia seorang Firaun sekali pun. Jadi mati adalah suatu yang tidak boleh dipilih.

Matang pula adalah destinasi yang diberi pilihan oleh Tuhan. Ada manusia, semakin berumur, semakin meningkat tahap kematangan fikirannya. Ada sesetengah manusia pula, semakin berumur, semakin kebudak-budakan perangainya. Malah lagi buruk perangainya berbanding budak-budak, seperti suka mengejek-ejek bila berebut kuasa, kemegahan, pangkat, gelaran dan bermacam-macam perhiasan duniawi.

Kalau pokok buah-buahan, semakin meningkat usia, semakin banyak mengeluarkan buah yang enak dan lazat untuk dimakan, sebagai petanda kematangan pokok itu. Maka, oleh kerana manusia memikul tugas yang lebih mencabar daripada pokok, sepatutnya semakin berusia semakin banyak mengeluarkan buah fikiran yang menjadi petanda aras kematangan dirinya. Contohnya para Nabi dikurniakan Kitab dan Hikmah yang semua itu datangnya melalui ilham (wahyu). Itulah petanda tahap kematangan fikiran mereka.

Sebaliknya orang-orang kafir hanya tahu mengejek-ejek seperti mengatakan "inilah sihir yang nyata". Itulah petanda aras betapa rendahnya tahap kematangan mereka berbanding tahap kematangan para Nabi.

Di sini kita nampak, kematangan fikiran bukannya destinasi yang pasti manusia akan sampai walaupun usia semakin meningkat. Nabi Ibrahim lagi matang daripada bapanya sendiri kerana baginda mampu melihat sama ada amalan tradisi kaumnya sendiri benar atau tidak, sedangkan bapanya dan para pembesar ugama kaumnya itu tidak matang-matang berfikir. Seandainya mereka lebih matang daripada Nabi Ibrahim, sudah pasti mereka dahululah yang meninggalkan kepercayaan karut-marut tradisi kaum mereka itu. Tetapi Allah pilih Nabi Ibrahim yang ketika itu masih muda lagi, untuk dianugerahkan kematangan fikiran sehingga mampu memikul tugas sebagai Rasul Allah.

Jadi di mana kita? Apakah kita menuju ke arah kematangan fikiran seperti yang Nabi Ibrahim lakukan, atau pun kita memilih perangai orang-orang kafir terdahulu yang taksub mempertahankan kepercayaan tradisi? Tepuk dada, tanyalah kehendak hati masing-masing.
Back to top Go down
View user profile
 
Menuju Kematangan vs Menuju Kematian
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Nabi Muhammad yang pertama masuk SURGA
» (film kera sakti) tong sam cong dan si murid (sun go kong) itu asli atau hanya imajinasi.....?
» Pertanyaan untuk MUSLIM "Hakikat Syahadat menuju Surga"
» Tangga Menuju Surga - Siapa mau beli?
» Perjalanan Nabi Ibrahim, menuju Arabia menurut Bible

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: