Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6506 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Mereka Memungkiri Janji Mon Oct 04, 2010 10:37 pm | |
| 2:100. Mengapa, setiap kali mereka membuat perjanjian, segolongan daripada mereka melemparkan perjanjiannya? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak mempercayai.
2:101. Apabila datang kepada mereka seorang rasul daripada Allah, mengesahkan apa yang bersama mereka, segolongan daripada mereka yang diberi Kitab melemparkan Kitab Allah ke belakang punggung mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui.
Orang-orang fasiq terdahulu suka melemparkan perjanjian mereka. Contohnya apabila datang seseorang Rasul Allah untuk mengesahkan sesuatu Kitab Allah yang ada bersama mereka, segolongan daripada mereka melemparkan Kitab Allah itu ke belakang seolah-olah mereka tidak pernah kenal pun Kitab tersebut.
Ketika Allah datangkan Al Masih Isa untuk membenarkan Taurat yang ada pada bani Israel pada waktu itu, dan diperkuatkan dengan Injil, segolongan umat pada waktu itu melemparkan Taurat ke belakang. Ketika Allah datangkan Muhammad Rasul Allah untuk membenarkan Taurat dan Injil yang ada pada umat di zamannya, segolongan manusia melemparkan Taurat dan Injil untuk taksub pada gospel-gospel si polan dan si polan.
Dan pada hari ini, apabila Allah datangkan orang-orang yang mengesahkan Al Quran yang ada bersama mereka, kita lihat segolongan mereka melemparkan Al Quran ke belakang mereka kerana taksub pada riwayat si polan bin si polan.
Begitulah pengulangan-pengulangan sikap manusia bagi membuktikan bahawa Al Quran itu benar dan terpakai sepanjang zaman kerana bukti-buktinya wujud sampai ke hari ini. Sifat-sifat atau perangai orang-orang terdahulu yang dikhabarkan oleh Al Quran dapat kita lihat dengan jelas dalam masyarakat kita hari ini. | |
|
lia Siswazah
Posts : 120 Points : 5123 Reputation : 0 Join date : 2010-08-17
| Subject: Re: Mereka Memungkiri Janji Tue Oct 05, 2010 12:21 pm | |
| Sebab itu al Quran mengajar kita mengikut Nabi saw dan kita berdoa dalam al fatihah ' tunjukkan kepada kami jalan yang lurus. Jalan ORANG YANG DIBERI NIKMAT KEATAS MEREKA. ' Mengapa memilih golongan yang menentang orang Islam? Butakah? Atau tersesat kerana bodoh sombong. | |
|
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5694 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Mereka Memungkiri Janji Tue Oct 05, 2010 7:49 pm | |
| - lia wrote:
- Sebab itu al Quran mengajar kita mengikut Nabi saw dan kita berdoa dalam al fatihah ' tunjukkan kepada kami jalan yang lurus. Jalan ORANG YANG DIBERI NIKMAT KEATAS MEREKA. '
Mengapa memilih golongan yang menentang orang Islam? Butakah? Atau tersesat kerana bodoh sombong. Salam, Nabi menyampaikan al-quran. Jadi, kalau nak taat kepada nabi/ rasul, taatlah apa yang disampaikannya itu. Bukan taat kepada ayat si polan bin si polan. | |
|
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6506 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Mereka Memungkiri Janji Tue Oct 05, 2010 10:20 pm | |
| Salam,
Sama macam Nabi Isa menyampaikan Injil. Rasulullah tidak membenarkan gospel-gospel (riwayat hidup Nabi Isa), tetapi membenarkan Injil sebagai bukti baginda berada di jalan yang lurus.
Hari ini Allah letakkan kita pada keadaan yang sama seperti Rasulullah pernah alami iaitu ada Kitab Allah (Al Quran) dan kitab riwayat hidup Nabi. Kalau kita mencontohi tindakan Rasulullah (sebagai bukti berada di jalan yang lurus), sepatutnya kita membenarkan Al Quran, bukannya riwayat hadis Nabi itu.
Perbandingan semudah itu pun mereka tak nampak-nampak lagi. | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Mereka Memungkiri Janji | |
| |
|