E-Minda
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm
Top posters
Juang
Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_lcapCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Voting_barCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_rcap 
gaara
Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_lcapCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Voting_barCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_rcap 
tolokminda
Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_lcapCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Voting_barCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_rcap 
Admin
Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_lcapCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Voting_barCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_rcap 
othman
Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_lcapCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Voting_barCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_rcap 
faried
Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_lcapCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Voting_barCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_rcap 
iltizam
Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_lcapCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Voting_barCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_rcap 
masterpiece7070
Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_lcapCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Voting_barCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_rcap 
lia
Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_lcapCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Voting_barCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_rcap 
Payau Putih
Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_lcapCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Voting_barCabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Vote_rcap 

 

 Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal

Go down 
+3
Admin
nazzri
Juang
7 posters
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal EmptySat Aug 28, 2010 10:42 am

Seperti yang dilalui oleh para Nabi terdahulu, di antara cabaran dalam usaha meninggalkan kepercayaan tak masuk akal sesuatu kaum adalah dihukum "sesat" oleh orang-orang musyrik tersebut yang suka hidup bergolong-golongan dalam agama.

Oleh kerana para Nabi pun dihukum sebegitu oleh kaum musyrik, maka Allah mewahyukan kepada Nabi agar berkata sebegini:

34:50. Katakanlah, "Jika aku sesat, aku hanyalah sesat terhadap diriku sendiri; jika aku mendapat petunjuk, ia adalah dengan apa yang Pemeliharaku mewahyukan aku. Sesungguhnya Dia Mendengar, Dekat."

Jadi, oleh kerana Nabi sendiri pun tidak terlepas dihukum sebegitu oleh orang-orang musyrik, maka sepatutnya jika kita mengikut Nabi, kita tidak perlu takut dihukum "sesat" oleh manusia itu. Mereka bukannya Tuhan.

Yang perlu kita takut apabila Tuhan menghukum kita sesat dengan menjadikan kita orang-orang yang suka bergolongan dalam agama, kerana itulah kesesatan yang nyata

Perlu kita ingat, orang-orang musyrik terdahulu suka menghukum para Nabi mereka macam-macam. Tetapi semua itu tidak menjauhkan Nabi daripada Tuhan. Biarkan orang-orang musyrik itu terjun dengan perasaan berbangga diri suka bergolongan itu.
Back to top Go down
nazzri
Siswa-siswi
Siswa-siswi
nazzri


Posts : 25
Points : 5001
Reputation : 2
Join date : 2010-08-15

Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Re: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal EmptySun Aug 29, 2010 1:18 am

Salam Juang,

Benar, bukan mudah untuk meninggalkan amalan kepercayaan tak masuk akal. Ianya dah mula sejak dari kita dilahirkan lagi.

Jadi ia perkara biasa jika dia dikatakan sesat bila dia terang-terangan menolak amalan kepercayaan seperti itu. Saya alaminya sendiri.

Segala apa yang di langit dan di bumi adalah milik Allah yang mutlak.
Jadi tiada siapa layak menghukumkan sesuatu yang bukan miliknya. Smile
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor
Admin


Posts : 601
Points : 5666
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Re: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal EmptySun Aug 29, 2010 1:56 am

Salam,

Sebenarnya setiap individu berhak membuat pilihan. Sebagai manusia, kita tidak berhak mengatakan kepada individu lain bahawa dia adalah sesat.

Biarkanlah mereka terus mengamalkan kepercayaan tradisi itu kalau itu yang mereka mahu. Kita tidak berhak kata mereka sesat.

Begitu juga, biarkanlah mereka meninggalkan kepercayaan tak masuk akal itu kalau itu yang mereka mahu. Kita juga tidak berhak kata mereka sesat.

Di akhirat kelak, biarlah Allah yang menjadi hakim untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang mengada-adakan ketetapan dusta.

Cabaran daripada mereka yang hanya tahu menghukum orang lain sesat memang tidak dapat dielakkan dan harus dihadapi dari dulu hinggalah sekarang.

Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
iltizam
Siswazah
Siswazah
iltizam


Posts : 401
Points : 5394
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Re: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal EmptySun Aug 29, 2010 2:47 am

Admin wrote:
Salam,

Sebenarnya setiap individu berhak membuat pilihan. Sebagai manusia, kita tidak berhak mengatakan kepada individu lain bahawa dia adalah sesat.

Biarkanlah mereka terus mengamalkan kepercayaan tradisi itu kalau itu yang mereka mahu. Kita tidak berhak kata mereka sesat.

Begitu juga, biarkanlah mereka meninggalkan kepercayaan tak masuk akal itu kalau itu yang mereka mahu. Kita juga tidak berhak kata mereka sesat.

Di akhirat kelak, biarlah Allah yang menjadi hakim untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang mengada-adakan ketetapan dusta.

Cabaran daripada mereka yang hanya tahu menghukum orang lain sesat memang tidak dapat dielakkan dan harus dihadapi dari dulu hinggalah sekarang.


Betul tu Admin
Dan Allah sentiasa menghakimi dan mengadili sepanjang masa.
Hanya kita tidak menyedari.
Dan juga peringatan peringatan sentiasa datang pada setiap manusia berupa berita berita yang berbentuk cerita atau kisah Alam dan keputusan atas kejadian yang berlaku.
Menghukum orang lain sesat adalah tidak baik. terkadang manusia terlalu emotional dan megah akan ilmu yang ada pada mereka.
Tetapi kita juga perlu selidiki apabila orang mengatakan kita sesat, kita perlu selidiki apakah dan di manakah yang mereka lihat dari diri kita ini yang ada kesesatan. Mungkin orang lain juga Benar semasa mereka perkatakan, ini di sebabkan terkadang kita ingat dan terkadang kita leka dan lalai.
Mungkin semasa kita lalai , Allah mendatangkan seorang Hamba yang mengingatkan kita semasa itu kita sesat jalan. Adalah tidak salah jika kita menerima dan menyelidiki diri/memandang diri.
Terkadang kata kata Anak kecil pun akan menjadi pengjaran buat kita jika kita amati dengan teliti.
Bukankah begitu?
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor
Admin


Posts : 601
Points : 5666
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Re: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal EmptySun Aug 29, 2010 2:59 am

Salam,

Benar tuan iltizam. Tak kira siapakah orang itu (anak kecil, orang dewasa, orang awam, orang ada pangkat dan harta dsb), kita teliti dulu kata-katanya.

Jika apa yang dikatakannya itu adalah sesuatu yang benar bagi kita, kita ambillah sebagai peringatan.

Jika apa yang dikatakannya itu adalah sesuatu yang dusta bagi kita, kita tinggalkan sahaja.

Dan, janganlah sesekali jika apa yang dikatakannya itu adalah sesuatu yang dusta bagi kita, kita hukum pula dia sebagai sesat. Biarkan Allah mengadilinya.

Daripada sini, hidup kita akan aman dan sejahtera tanpa wujudnya perasaan sombong, bangga diri, ego, hidup berpuak-puak dan sebagainya.
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
iltizam
Siswazah
Siswazah
iltizam


Posts : 401
Points : 5394
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Re: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal EmptySun Aug 29, 2010 3:42 am

Salam

Itulah dia jika kita memandang baik segala sesuatu, kita akan dapat mencernakan apa sahaja keburukan menjadi kebaikan.
Mungkin Itulah yang di katakan Kebaikan Menghapus kejahatan.

Dan Sememangnya hidup akan lebih Aman dan sejahtera kerana segala prasangka buruk yang menjadi tali pengikat diri telah terurai dan melapangkan dada.
Back to top Go down
faried
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 524
Points : 5541
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Re: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal EmptySun Aug 29, 2010 9:31 am

iltizam wrote:
Admin wrote:

Sebenarnya setiap individu berhak membuat pilihan. Sebagai manusia, kita tidak berhak mengatakan kepada individu lain bahawa dia adalah sesat.

Betul tu Admin
Dan Allah sentiasa menghakimi dan mengadili sepanjang masa.

Sebelum kita dihakimi sebagai orang sesat di akhirat, kita perlu menghakimi diri sendiri dengan menggunakan Alquran sebagai hakim.

Quote :
Waalqurani alhakeemi (36.2)


Last edited by faried on Mon Aug 30, 2010 9:06 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
othman
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 551
Points : 5548
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Re: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal EmptySun Aug 29, 2010 2:31 pm

faried wrote:
iltizam wrote:
Admin wrote:

Sebenarnya setiap individu berhak membuat pilihan. Sebagai manusia, kita tidak berhak mengatakan kepada individu lain bahawa dia adalah sesat.

Betul tu Admin
Dan Allah sentiasa menghakimi dan mengadili sepanjang masa.

Sebelum kita dihakimi sebagai orang sesat di akhirat, kita perlu menghakimi diri sendiri dengan menggunakan Alquran sebagai hakim.

Quote :
Waalqurani alhakeemi

kalau buta huruf ?
Back to top Go down
iltizam
Siswazah
Siswazah
iltizam


Posts : 401
Points : 5394
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Re: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal EmptyMon Aug 30, 2010 12:52 am

salam

Lebih baik buta huruf,
Orang yang buta huruf yang yakin kepada Allah semata mata bergantung sepenuh jiwa bahawa Allahlah yang menghakimi. Samaada di dunia atau di akhirat.

Tok nenek kita dahulu jahil ilmu, tetapi Yakin sepenuh hati kepada Allah
Walaupun mereka tidak belajar ilmu
tetapi Dengan bergantung harap sepenuh hati kepada Allah <Maka
Maka ilmu mendatangi mereka untuk berkhidmat.... Very Happy

hehe...Allah nie memang Ganjil (1) tidak berbilang bilang , dan suka pula pada yang Ganjil.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Re: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal EmptySat Sep 04, 2010 1:30 pm

faried wrote:
iltizam wrote:
Admin wrote:

Sebenarnya setiap individu berhak membuat pilihan. Sebagai manusia, kita tidak berhak mengatakan kepada individu lain bahawa dia adalah sesat.

Betul tu Admin
Dan Allah sentiasa menghakimi dan mengadili sepanjang masa.

Sebelum kita dihakimi sebagai orang sesat di akhirat, kita perlu menghakimi diri sendiri dengan menggunakan Alquran sebagai hakim.

Quote :
Waalqurani alhakeemi (36.2)
Salam,

Al Quran itu seumpama cermin bagi diri kita. Umpamanya jika daripada kecil sampai dewasa kita disogok dengan kepercayaan bahawa kaum kita sahajalah yang Islam dan kaum-kaum lain bukan islam, maka dengan jadikan Al Quran sebagai cermin, kita boleh nampak apakah kaum kita benar-benar Islam seperti yang digariskan oleh Allah? Atau "Islam" kita hanya digariskan oleh nama si polan bin si polan terdahulu?
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6478
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 46

Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Re: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal EmptySat Sep 04, 2010 2:31 pm

Salam,

Katakan ada sekampit tepung. Ia melalui proses dicampur dengan air. Digaul dengan telur dan mentega. Ditambah gula dan coklat dan kemudian adunan itu dibakar di dalam ketuhar sebelum membentuk biskut coklat yang enak rasanya. Jika tidak melalui proses yang layak membentuk biskut coklat itu, logikkah sekampit tepung itu dipanggil biskut coklat? Sudah tentu tidak.

Begitulah perumpamaannya bagaimana Allah membentuk jiwa manusia. Untuk menjadi jiwa Muslim seperti yang Nabi Ibrahim pernah lalui dan dicontohi sama oleh Nabi Muhammad, pastilah seseorang manusia itu kena melalui proses yang sama seperti Nabi-nabi terdahulu pernah lalui iaitu meninggalkan kepercayaan tradisi karut-marut sesuatu kaum untuk berhijrah kepada hanya yang benar dan ada bukti kukuh. Kemudian kena menghadapi cabaran dituduh bermacam-macam oleh orang yang angkuh dengan kepercayaan tradisi itu. Bila telah melalui proses perjuangan yang sama dilalui oleh Nabi-nabi terdahulu, barulah jiwa itu mencapai status Muslim tersebut.

Adalah tak masuk akal, jiwa-jiwa yang taksub dengan kepercayaan tradisi dan tidak melalui proses yang sama dilalui oleh Nabi Ibrahim terus dikatakan muslim. Ia samalah seperti kita mengatakan tepung gandum yang tidak diproses itu adalah biskut coklat.
Back to top Go down
tolokminda
Sarjana
Sarjana
tolokminda


Posts : 627
Points : 5632
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Re: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal EmptySun Sep 05, 2010 3:06 pm

othman wrote:
faried wrote:
iltizam wrote:
Admin wrote:

Sebenarnya setiap individu berhak membuat pilihan. Sebagai manusia, kita tidak berhak mengatakan kepada individu lain bahawa dia adalah sesat.

Betul tu Admin
Dan Allah sentiasa menghakimi dan mengadili sepanjang masa.

Sebelum kita dihakimi sebagai orang sesat di akhirat, kita perlu menghakimi diri sendiri dengan menggunakan Alquran sebagai hakim.

Quote :
Waalqurani alhakeemi

kalau buta huruf ?

Tuhan tidak akan menolong sesiapa yang tidak berusaha menolong dirinya sendiri. Tuhan sudah bentangkan bermacam-macam nikmat dan petunjuk, tapi kalau malas nak buat macamana. Setiap makhluk Tuhan tidak pernah berhenti berusaha untuk mendapat kurniaan Tuhan. Ayam pun tahu keluar makan dari pagi dan hanya pulang lewat petang. Inikan pula manusia. Kata nak masuk syurga tapi baca peringatan Tuhan pun banyak alasan susahlah.
Back to top Go down
http://www.tolokminda.wordpress.com
Sponsored content





Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty
PostSubject: Re: Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal   Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal Empty

Back to top Go down
 
Cabaran meninggalkan kepercayaan tak masuk akal
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: