HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Nabi berkata sesuatu yang masuk akal

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Nabi berkata sesuatu yang masuk akal   Sat Aug 28, 2010 12:24 pm

Jika ucapan orang-orang kafir adalah mengatakan sesuatu yang tak masuk akal, maka dalam Al Quran menunjukkan sifat-sifat kata Nabi adalah sesuatu yang masuk akal.

Cuba periksa ayat-ayat Al Quran yang Nabi diwahyukan untuk menyebut "katakanlah". Apa yang dikatakan oleh Nabi itu semuanya masuk akal.

Tentang Pemilik langit dan bumi

6:12. Katakanlah, "Kepunyaan siapakah segala yang ada di langit dan bumi?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah. Dia telah menuliskan (menetapkan) ke atas diri-Nya pengasihan. Dia mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak mempercayai."

Tentang mengambil sekutu selain Allah

6:14. Katakanlah, "Adakah aku akan mengambil untukku sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah, Pemula langit dan bumi, dan Dia yang memberi makan, dan tidak diberi makan?" Katakanlah, "Aku diperintah supaya menjadi yang pertama, orang yang tunduk patuh: 'Janganlah kamu menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan.'"

Tentang saat belakunya Kiamat

7:187. Mereka menanyai kamu mengenai Saat, bilakah ia melabuhkan. Katakanlah, "Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada yang akan mendedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka menanyai kamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, "Pengetahuannya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."


Tentang siapa yang memberi rezeki

34:24. Katakanlah, "Siapakah yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?" Katakanlah, "Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata."

Tentang penciptaan makhluk

10:34. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang memulakan ciptaan, kemudian mengembalikannya?" Katakanlah, "Allah, Dia yang memulakan ciptaan, kemudian mengembalikannya semula. Bagaimanakah kamu dipalingkan?"

Tentang pemberi petunjuk yang benar

10:35. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang memberi petunjuk pada yang benar?" Katakanlah, "Allah, Dia memberi petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk diikuti - orang yang memberi petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak memberi petunjuk kecuali dia mendapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?"

Tentang perbendaharaan Allah dan perkara ghaib

6:50. Katakanlah, "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?"

Daripada ayat-ayat Al Quran yang disertakan, ia menunjukkan sifat-sifat ucapan seorang Nabi iaitu sesuatu yang masuk akal.

Apabila kita faham perkara asas ini, maka bila datang orang yang mempergunakan nama-nama si polan bin si polan terdahulu untuk mendakwa Nabi berkata itu dan ini, periksalah sama ada kata-kata yang didakwa atas nama Nabi itu masuk akal atau tidak.

Jika Allah tidak mengajar Nabi berkata-kata tak masuk akal, tak logik seorang yang ada kenabian akan berkata tak masuk akal seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani terdahulu. Seolah-olah mereka nak samakan Nabi dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang suka pada kepercayaan tak masuk akal itu.

Itulah kunci untuk kita bezakan sifat-sifat kata seseorang Nabi agar kita tidak ditipu lagi.
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts : 401
Points : 2724
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Nabi berkata sesuatu yang masuk akal   Sat Aug 28, 2010 12:48 pm

Salam

Pak Juang,
Apa yang di merepekkan tu,kaka

Bila Juang Bace Al Quran,
Alquran sedang berkata kepada Juang lerrr...
Sukahati juang ler nak jadi ape pun..
Back to top Go down
View user profile
masterpiece7070
Siswazah
Siswazah


Posts : 260
Points : 2564
Reputation : 0
Join date : 2010-08-20
Age : 35

PostSubject: Re: Nabi berkata sesuatu yang masuk akal   Sat Aug 28, 2010 1:18 pm

iltizam wrote:
Salam

Pak Juang,
Apa yang di merepekkan tu,kaka

Bila Juang Bace Al Quran,
Alquran sedang berkata kepada Juang lerrr...
Sukahati juang ler nak jadi ape pun..

AKU BACE 3 KALI TAPI STILL TAK FAHAM APA MAKSUD JUANG NIH...

DAH MERABAN AGAKNYA...HIK3
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts : 551
Points : 2878
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Nabi berkata sesuatu yang masuk akal   Sat Aug 28, 2010 2:25 pm

masterpiece7070 wrote:
iltizam wrote:
Salam

Pak Juang,
Apa yang di merepekkan tu,kaka

Bila Juang Bace Al Quran,
Alquran sedang berkata kepada Juang lerrr...
Sukahati juang ler nak jadi ape pun..

AKU BACE 3 KALI TAPI STILL TAK FAHAM APA MAKSUD JUANG NIH...

DAH MERABAN AGAKNYA...HIK3

budak2 .. biasa la nak yg sodap2 jer .
Back to top Go down
View user profile
nazzri
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts : 25
Points : 2331
Reputation : 2
Join date : 2010-08-15

PostSubject: Re: Nabi berkata sesuatu yang masuk akal   Sun Aug 29, 2010 12:32 am

Salam Juang

6:19. Katakanlah, "Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan."

10:37. Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.

10:38. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Datangkanlah sebuah surah yang serupa dengannya, dan panggillah sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."

Pemahaman saya tentang 3 ayat di atas

6:19 - Nabi diwahyukan supaya memberi amaran dengan AL Quran dan kepada sesiapa ia sampai.

10:37 - Al Quran adalah pengesahan Kitab sebelumnya dan bukan selepasnya.

10:38 - Nabi juga diwahyukan untuk menyuruh sesiapa yang tidak percaya Al Quran untuk mendatangkan sebuah surah serupa dengannya jika mereka berkata benar.

Pendapat saya, berdasarkan Al Quran sahaja kata-kata Nabi adalah masuk akal. Smile
Back to top Go down
View user profile
Fiza
Siswazah
Siswazah


Posts : 103
Points : 2428
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Nabi berkata sesuatu yang masuk akal   Sun Aug 29, 2010 1:11 am

Sebab Nabi saw tidak akan berkata sesuatu melainkan kebenaran, maka orang yang beriman telah mentaati apa yang diajar oleh Nabi saw. Maka kalau Nabi saw berkata' solatlah sebagaimana kamu lihat aku solat', wajiblah umatnya bersolat seperti Nabi saw. Itulah pengajaran dari ayat al Quran tersebut. Mengapa pula engkar? Di antara kalangan sahabat yang pandai tafsir al Quran di zaman Nabi ialah Abdullah ibnu Mas'ud r.u dan beliau adalah antara perawi hadis Nabi yang terkenal. Al Quran telah mengiktiraf mereka sebagai orang-orang beriman. Tidak ada sebab kita kata mereka dusta kecuali kalau kita tak nak ikut al Quran. Inilah sebabnya musuh Islam gagal mendakwa semua hadis adalah palsu. Kemudian musuh Islam pula mempertikai iman para sahabat semata-mata mahu meneruskan agenda mereka. Sebab itu kita kena matang dalam berfikir dan perlu banyak membaca dan belajar.




Back to top Go down
View user profile
nazzri
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts : 25
Points : 2331
Reputation : 2
Join date : 2010-08-15

PostSubject: Re: Nabi berkata sesuatu yang masuk akal   Sun Aug 29, 2010 1:27 am

Salam

3:78. Dan antara mereka, ada segolongan yang memutarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu menyangkanya daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukanlah daripada al-Kitab; dan mereka berkata, "Ia daripada Allah", tetapi ia bukanlah daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.

3:79. Tiadalah bagi seseorang manusia bahawa Allah memberinya al-Kitab, dan Pemutus, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu mengetahui al-Kitab, dan dengan sebab kamu mempelajarinya."
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts : 551
Points : 2878
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Nabi berkata sesuatu yang masuk akal   Sun Aug 29, 2010 2:00 am

nazzri wrote:
Salam Juang

6:19. Katakanlah, "Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan."

10:37. Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.

10:38. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Datangkanlah sebuah surah yang serupa dengannya, dan panggillah sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."

Pemahaman saya tentang 3 ayat di atas

6:19 - Nabi diwahyukan supaya memberi amaran dengan AL Quran dan kepada sesiapa ia sampai.

10:37 - Al Quran adalah pengesahan Kitab sebelumnya dan bukan selepasnya.

10:38 - Nabi juga diwahyukan untuk menyuruh sesiapa yang tidak percaya Al Quran untuk mendatangkan sebuah surah serupa dengannya jika mereka berkata benar.

Pendapat saya, berdasarkan Al Quran sahaja kata-kata Nabi adalah masuk akal. Smile


itu pendapat kamu saja . kalau kata2 nabi buat apa kena bersaksi2 pulak .
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts : 401
Points : 2724
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Nabi berkata sesuatu yang masuk akal   Sun Aug 29, 2010 2:03 am

Salam

Benarlah kata juang tu, kata kata nabi Adalah berupa kata yang Masuk Akal.
Cuma Ada Golongan yang menterjemahkan dan mengubah mengikut selera mereka sendiri sehingga kelihatan tidak masuk akal .
Tapi tak semua begitu, Jika kita bersangka baik , mungkin mereka yang terdahulu menyembunyikan sesuatu dengan tidak menulis di dalam kitab agar orang awam tidak salah faham atas apa yang di terangkannya.
perkara ini susah juga untuk kita selidiki yang akhirnya jika kita benar benar menginginkan kebenaran yang asli kita perlulah Mohon terus dari Allah agar menunjukkan jalan faham yang Sebenar benarnya.
Saya pernah mengalami perkara seperti itu suatu ketika dulu,di mana jika kita beramal dengan solat dan zikir di katakan Menenangkan jiwa/hati. tetapi setelah di lakukan tidak juga membawa ketenangan. kemudian beralih kepada Membaca Alquran sehingga bertahun tahun , ketenangan hanya sementara seketika cuma , kemudian beralih resah/kecewa/gundah gulana/
Bila di tanya kepada orang yang belajar ugama jawapannya tidak memuaskan.
Akhirnya bersunguh sunguh berdoa pada Allah dengan penuh perhatian agar menunjuki jalan yang benar benar Lurus sehingga setiap kali berdoa air mata sering membasahi , mengharap pada hanya Allah semata mata supaya menunjukkan jalan benar yang di katakan "Hai jiwa yang tenang"
Rupanya Allah Mendengar Akan doa Hambanya yang mana di datangkan secara tidak di sangka sangka seorang hamba yang kelihatan Daif ilmu tetapi Hati nya Terus pada Allah dan dapat di camkan dari segi kata kata dan renungan iklasnya , sentiasa senyum, tidak bakhil harta dan ilmu ,sentiasa meluangkan masa untuk menyampaikan petunjuk tidak kira di mana siang atau malam sentiasa menerima dengan baik segala persoalan tanpa ada sekatan.
Dan saya tidak menganggap itu dari manusia, kerana telah bermohon pada Allah, sudah tenttu Allahlah yang mendatangkan Hambanya bagi Menyampaikan.
Akhirnya setelah petunjuk jalan mengingati Allah dengan sebenarnya dihuraikan, Terasa hati /jiwa sentiasa sejuk dan Aman .Dan Bila di selidiki secara halusi, kebanyakan Apa yang di terangkan secara cerita yang bersahaja itu Terdapat di dalam Alquran.
Betapa Allah pengasih dan penyayang dan tidak pernah meninggalkan Hambanya yang ingin Hanya ALLAH semata mata tuhan bagi diri ini yang sudah sememangnya pun Dialah Tuhan sekelian Alam.
Betapa kerdilnya diri.
Terkadang kita lalai dengan ilmu sehingga seakan akan mencintai Ilmu dan bersekedudukan dengan Ilmu
Terkadang kita lalai dengan Nama Nama sehingga kita bersekedudukan dengan Nama Nama.
Terkadang kita lalai dengan Huruf dan bentuk sehingga kita Bertuhankan huruf dan bentuk tulisan,
Terkadang kita lalai dengan Amal Amal yang tidak di sertai dengan Hati yang Ingat , seakan Akan Amal dapat membantu walaupun kita sedia Ma'lum bahawa Amal kita bukanlah tuhan.
Apabila kita berkata begini , datang lah manusia memarahi dengan , Ah kalau tak beramal macammana itu dan ini,,,,Sebenarnya bukan begitu,,,,beramallah ,beramallah tetapi Ingat Akan Allah
Ingat Akan Allah....Ingat Akan Allah....Pilih lah Allah dan beramallah Apa sahaja walaupun sedikit tetapi Berkekalan Dan sentiasa Hati Bersama Allah....perkara sebeginilah yang sukar untuk di terangkan dengan matapena .....Hanya Allah yang Mampu Memahamkan.
Kerana Aku sendiri pun mengharapkan kurnia Kasih Tuhan.

p/s; kata kata juang dalam bab ini adalah benar jika di selidiki, cuma kata kata hasil ma'rifah perlu di fahami/dipandang dengan ma'rifah untuk mengerti , jika tidak ianya akan menjadi bertentangan.
Yang penting , kita perlu Adil dalam menganalisa pendapat. tidak semua pendapat adalah benar dan tidak semua pendapat Salah. pandai pandailah memilih makanan
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Nabi berkata sesuatu yang masuk akal   Today at 1:43 pm

Back to top Go down
 
Nabi berkata sesuatu yang masuk akal
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Keturunan "nabi agung" yang murtad dari ajaran "agung"
» TRINITAS SEBELUM NABI ISA LAHIR
» Nabi..... menurut kristen / yahudi
» Kepalsuan Testimoni Eddy Tatimu Pembelot Dewi Kwan Im yang Masuk Kristen
» BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN DAN KEADAAN SURGA KRISTEN?????

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: