HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Berfikir panjang vs Berfikir pendek

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Berfikir panjang vs Berfikir pendek   Sat Aug 28, 2010 8:33 pm

Sedar atau tidak, untung nasib manusia ada kaitannya dengan cara mereka berfikir iaitu sama ada dia seorang yang berfikir panjang atau seorang yang berfikir pendek.

Orang yang berfikir panjang sebelum membuat sesuatu tindakan, dia mempunyai masa untuk menilai buruk-baik sesuatu perkara. Dia tidak mudah diperdaya atau dikuasai oleh hawa nafsunya. Sebaliknya orang yang berfikir pendek, dia mudah ditipu dan akan dikuasai oleh hawa nafsunya.

Untuk menjadi seseorang yang berfikir panjang, memerlukan manusia itu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Ini kerana untuk memecah persoalan-persoalan sesuatu perkara, ia tidak boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa dan acuh tak acuh. Ia memerlukan manusia itu fokus pada persoalan tersebut sehingga menemui jawapan yang kukuh.

Para saintis adalah contoh insan yang suka berfikir panjang. Setiap perkara yang wujud di alam semesta ini mereka kaji untuk merungkai rahsia-rahsia yang tersembunyi. Jelas terpancar sifat rajin dan tidak mengenal putus asa yang ada dalam diri mereka. Mereka menyumbangkan pelbagai manfaat kepada kehidupan manusia sehingga banyak perkara dipermudahkan.

Berbeza pula dengan sifat para ritualis, mereka hidup berfikiran pendek. Apa yang disuapkan secara tradisi, itulah yang mereka turuti membuta-tuli tanpa mahu mengkaji benar atau tidak, bermanfaat atau sia-sia, baik atau buruk. Jelas terpapar sifat malas yang ada dalam jiwa para ritualis tersebut. Mereka hanya tahu hidup angkuh dan bongkak kononnya amalan ritual mereka sahajalah yang benar, dan amalan ritual kaum-kaum lain semuanya dikatakan salah.

Jadi, apakah kita mahu lagi hidup mengikut rentak orang-orang yang berfikir pendek lagi suka menurut hawa nafsu yang mengajak berbangga diri itu?
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Berfikir panjang vs Berfikir pendek   Sat Aug 28, 2010 11:58 pm

Quote :
Para saintis adalah contoh insan yang suka berfikir panjang. Setiap perkara yang wujud di alam semesta ini mereka kaji untuk merungkai rahsia-rahsia yang tersembunyi. Jelas terpancar sifat rajin dan tidak mengenal putus asa yang ada dalam diri mereka. Mereka menyumbangkan pelbagai manfaat kepada kehidupan manusia sehingga banyak perkara dipermudahkan.

Salam.....

saudara juang kenalkah dengan saintis berfikiran panjang yang bernama Charles Darwin...

pengasas teori darwin yang menggunakan akal semata mata....

ialah seorang pakar penyelidik alam semulajadi lebih dikenali sebagai pengarang buku yang terkenal " The Origin Of Species" .

Bapanya adalah seorang tabib yang terkemuka manakala datuknya ,Eramus Darwin juga seorang tabib yang terkenal dan ahli falsafah yang telah banyak menulis mengenai alam .

layak kah beliau digelar berfikiran panjang.....

lol!
Back to top Go down
View user profile
 
Berfikir panjang vs Berfikir pendek
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» bentuk bumi datar (merger "menurut al quran)
» Mau jadi pendeta, eh malah jadi Mualaf
» orang Konghucu Masuk Islam
» Kemarau Panjang & El-Nino Kenapa di Pasifik
» Model Setelan Baju Batik Rok Panjang

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: