HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Mon Aug 30, 2010 12:54 am

First topic message reminder :


“Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Masjid Al Aqsa yang Telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. "

Saban menjelang 27 Rejab setiap perkiraan tahun Hijrah, seluruh umat Islam pasti tidak akan melepaskan peluang untuk duduk mendengar kisah yang akan diulang tayang..iaitu Peristiwa Agung Israk Mikraj.

Maka adalah lembu kambing, ayam itik yang akan dijadikan korban untuk santapan pendengar-pendengar Kisah Israk Mikraj. Meriah sungguh di masjid-masjid, surau-suaru, dewan-dewan, padand-padang disegenap ceruk rantau dan negeri serta kampung. Sungguh kita semua ni begit mengingati akan peristiwa-peeristiwa agung dalam sejarah Islam.

Namun, sejauh manakah kita mengamatinya? Sejauh mana kita mempraktikan falsafah dari setiap peristiwa ini? Adakah ianya berlaku sekadar untuk hiburan semata-mata? Adakah ianya sekadar suatu kisah untuk dibaca sahaja? Tak berbaloi dengan tumbangnya lembu kambing, matinya ayam itik jika ianya sekadar untuk dibaca dan diperdengarkan sekadar mengisi masa terluang antara maghrib dan isyak.

Masih ramai lagi 'abdi' iaitu manusia yang tidak solat dan meninggalkan solat tanpa rasa kesal dan tanpa rasa berslah sedikitpun. Maka, jelaslah kepada kita, datanglah peristiwa apa pun, kita tidak cuba untuk mengambil iktibar darinya.

Ingatlah semasa binatang Buroq merasa malu kerana dia tidak mahu Rasulullah menaikinya kerana dia tidak mengenali Rasulullah ketika itu. Setelah diberitahu oleh Jibril, maka berpeluhlah binatang Buroq kerana malu akan Rasulullah. Binatang yang tidak mempunyai akal fikiran pun reti malu, kita manusia?? sanggup menghina Rasulullah tabpa segan silu. Subhanallah...

http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/07/israk-mikraj.html
Back to top Go down
View user profile

AuthorMessage
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts : 52
Points : 2342
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Thu Oct 07, 2010 12:23 pm

Juang wrote:
Muhammad wrote:
salam

Yang Pandai dan mengerti hanya Allah.

Salam,

Benar. Oleh kerana Yang Pandai dan Mengerti hanyalah Allah, secara logiknya kita patut belajar dengan Dia seperti mana para Nabi dan Rasul belajar dengan Dia. Kalau taksub dengan si polan dan si polan yang mencanggahi Kitab Tuhan, bila masa nak jadi pandai? Tidak hairanlah umat Islam hari ini jauh ketinggalan dalam bidang ilmu dan penciptaan teknologi, sebab mereka tidak mahu belajar dengan Yang Pandai Mencipta semesta alam ini.

Belajar dengan orang-orang yang tak pandai mencipta dengan belajar dengan Yang Pandai Mencipta sudah pasti memberi kesan yang berbeza. Kita lihat para saintis belajar dengan Yang Mencipta alam ini. Sebab itulah mereka diberi pengetahuan bermacam-macam tentang rahsia alam ini. Ramai tidak perasan yang para saintis itu dekat dengan Pencipta alam, sebab itulah Allah beri mereka pengetahuan mendalam tentang rahsia-rahsia alam.

Mereka tidak akan percaya.
Mungkin kerana tidak amalkan sikap Merendah diri sebagaimana Rasulullah yang sentiasa dalam Sujud.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Thu Oct 07, 2010 3:03 pm

othman wrote:
tolokminda wrote:
othman wrote:
tolokminda wrote:
othman wrote:
tolokminda wrote:
gaara wrote:
Quote :
Al-quran diturunkan sebagai peringatan, petunjuk, kepada semua manusia. Untuk memahami al-quran, manusia perlu membaca peringatan dan petunjuk tersebut dalam bahasa yang mereka fahami.

Kalau al-quran itu diturunkan hanya kepada golongan tertentu sahaja, maka logiklah golongan itu sahajalah yang boleh membaca dan mentafsir al-quran

benar saudara admin....

sebagaimana banyaknya ilmu2 di dunia mmg diturunkan kepada semua...

tapi yang mentafsirakn sains ialah ahli sains

astronomi ahli astronomi... bla.... bla... bla....

dan sepatutnya yg mentafsirkan Al-quran ialah ahli pakar agama...

dan ia tentunya bukanlah kita...

Salam,

Ayat mana di dalam Quran yang Tuhan katakan untuk menafsirkan KitabNya itu kita perlu rujuk "pakar agama"? Malah yang dipanggil ulama atau mereka yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu (ahli sains) pun Tuhan kata adalah dari kalangan yang rajin belajar atau membuat pemerhatian. Tidak ada ahli sains yang terus jadi pandai tanpa belajar mengasah mindanya sendiri untuk berfikir secara kritis apabila berhadapan dengan sumber-sumber ilmu baik yang sudah tertulis atau pun yang sedia terbentang luas di alam Tuhan.

kalau ahli sains yg betul2 pandai okey la ni hanya si polan yg perasan pandai ... buat la R n D dulu baru la boleh jawab orang tanya

Salam,

Kemukakan la dulu ayat mana yang Tuhan kata kalau nak tafsir Quran kena rujuk pakar agama sebelum suruh orang buat itu ini. Sekurang-kurangnya orang lain berusaha memahami Al-Quran dengan keupayaan masing-masing. Tuan pula buat apa? Belit sana belit sini mempertahankan golongan yang menjauhkan orang dari petunjuk Tuhan?

keupayaan apa ? bahasa arab pun tak tahu . sains pun tak pandai mana .

Salam,

Boleh buktikan untuk belajar dan memahami Kitab Tuhan kita disuruh tahu bahasa Arab atau pandai sains? Jangan tau merengek saja tapi suruh tunjuk bukti sikit pun tak lepas.

buktinya binatang tiada buku lali .

Salam,

Saya minta maaf la tuan Othman. Tapi Tuhan ada memberitahu kita bahawa sesetengah manusia itu lebih teruk keadaannya dari binatang ternak. Dan sedangkan binatang ternak pun kita tahu tidak boleh dibawa berbincang dan tidak ada kemampuan belajar. Jadi kalau lebih teruk dari binatang ternak bayangkanlah apalah yang boleh dicapai dalam sesuatu perbincangan dengan mereka yang begitu. Membuang masa saja.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
othman
Sarjana
Sarjana


Posts : 551
Points : 2878
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Thu Oct 07, 2010 4:21 pm

tolokminda wrote:
othman wrote:
tolokminda wrote:
othman wrote:
tolokminda wrote:
othman wrote:
tolokminda wrote:
gaara wrote:
Quote :
Al-quran diturunkan sebagai peringatan, petunjuk, kepada semua manusia. Untuk memahami al-quran, manusia perlu membaca peringatan dan petunjuk tersebut dalam bahasa yang mereka fahami.

Kalau al-quran itu diturunkan hanya kepada golongan tertentu sahaja, maka logiklah golongan itu sahajalah yang boleh membaca dan mentafsir al-quran

benar saudara admin....

sebagaimana banyaknya ilmu2 di dunia mmg diturunkan kepada semua...

tapi yang mentafsirakn sains ialah ahli sains

astronomi ahli astronomi... bla.... bla... bla....

dan sepatutnya yg mentafsirkan Al-quran ialah ahli pakar agama...

dan ia tentunya bukanlah kita...

Salam,

Ayat mana di dalam Quran yang Tuhan katakan untuk menafsirkan KitabNya itu kita perlu rujuk "pakar agama"? Malah yang dipanggil ulama atau mereka yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu (ahli sains) pun Tuhan kata adalah dari kalangan yang rajin belajar atau membuat pemerhatian. Tidak ada ahli sains yang terus jadi pandai tanpa belajar mengasah mindanya sendiri untuk berfikir secara kritis apabila berhadapan dengan sumber-sumber ilmu baik yang sudah tertulis atau pun yang sedia terbentang luas di alam Tuhan.

kalau ahli sains yg betul2 pandai okey la ni hanya si polan yg perasan pandai ... buat la R n D dulu baru la boleh jawab orang tanya

Salam,

Kemukakan la dulu ayat mana yang Tuhan kata kalau nak tafsir Quran kena rujuk pakar agama sebelum suruh orang buat itu ini. Sekurang-kurangnya orang lain berusaha memahami Al-Quran dengan keupayaan masing-masing. Tuan pula buat apa? Belit sana belit sini mempertahankan golongan yang menjauhkan orang dari petunjuk Tuhan?

keupayaan apa ? bahasa arab pun tak tahu . sains pun tak pandai mana .

Salam,

Boleh buktikan untuk belajar dan memahami Kitab Tuhan kita disuruh tahu bahasa Arab atau pandai sains? Jangan tau merengek saja tapi suruh tunjuk bukti sikit pun tak lepas.

buktinya binatang tiada buku lali .

Salam,

Saya minta maaf la tuan Othman. Tapi Tuhan ada memberitahu kita bahawa sesetengah manusia itu lebih teruk keadaannya dari binatang ternak. Dan sedangkan binatang ternak pun kita tahu tidak boleh dibawa berbincang dan tidak ada kemampuan belajar. Jadi kalau lebih teruk dari binatang ternak bayangkanlah apalah yang boleh dicapai dalam sesuatu perbincangan dengan mereka yang begitu. Membuang masa saja.

ni ayat orang yg tak ada hujah macam blog2 lain . kalau tak tahu jawab jer tak tahu buat apa nak berlagak . salah komitmen tu .
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Thu Oct 07, 2010 11:10 pm

Salam......

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. [an-Nahl 16:43]

ayat yang dibawa dengan jelas menunjukkan Allah menyuruh kita bertanya kepada ulamak jika kita tidak pasti tentang hal2 agama....



Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Fri Oct 08, 2010 12:30 am

gaara wrote:
Salam......

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. [an-Nahl 16]

ayat yang dibawa dengan jelas menunjukkan Allah menyuruh kita bertanya kepada ulamak jika kita tidak pasti tentang hal2 agama....




Salam,

Saya kemukakan di bawah transliterasi ayat 16:43.

Transliterasi 16:43 Wama arsalna min qablika illa rijalan noohee ilayhim fais-aloo ahla alththikri in kuntum la taAAlamoona

Tolong tunjukkan bahagian mana dalam ayat di atas membawa maksud "orang-orang yang berpengetahuan agama".

Tolong jangan putar alam, permintaan saya mudah saja.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Fri Oct 08, 2010 1:58 am

Salam...

jika kita guna otak dan akal kita akan nama persamaan dalam terjemahan dan tafsir di bawah ini yang mengandungi "yang berpengetahuan ugama".....

Shakir:

And We did not send before you any but men to whom We sent revelation so ask the followers of the Reminder if you do not know.

Tafsir Ar-rahman:

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.

Reminders dalam terjemahan shakir tu agak2 siapa?

nabi Muhammad kan saudara...

followers mereka siapa saudara?

yang berpegang pada Al-quran dan As-Sunnah.. iaitu ulamak..

x nampak lagi ke persamaan die.....

Smile
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts : 551
Points : 2878
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Fri Oct 08, 2010 2:26 am

A143
delapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad kepada juang): "Adakah yang diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya), jika betul kamu orang-orang yang benar".
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Fri Oct 08, 2010 4:13 am

Salam,

Orang-orang yang menggunakan akal, mereka tidak akan mengada-adakan apa yang tiada dalam Kitab Allah untuk mendakwa Allah tetapkan begitu. Orang yang tak berakal sahaja bertabiat begitu seperti mana orang-orang Yahudi dan Nasrani mengada-adakan apa yang tiada dalam Kitab seperti konsep Tuhan ada anak itu.
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts : 401
Points : 2724
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Fri Oct 08, 2010 9:58 am

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

salam

yang benar kita kena benarkan.
saya dapati di dalam ayat ini sememangnya tiada mengatakan AHLI AGAMA
dan perkataan "deen" ( agama) pun tiada di nyatakan dalam ayat itu.

di dalam ayat ini Allah mengajar supaya bertanya AHLaz ZIKR
ataupun AHLI ZIKIR.

ada yang tafsir sebagai AHLI ILMU atau yang berpengetahuan.
Tetapi saya juga terfikir sejenak, mengapa Allah suruh Muhammad Bertanya Ahli ZIKIR

Adakah Allah memerintahkan Nabi Muhammad bertanya Orang Lain pula sedangkan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah ,dan Nabi Muhammad di Ajar sendiri oleh Allah melalui jibril.

mengapa pula Allah Menyuruh belajar dengan orang lain (Jika maksud Ahlizikr itu adalah manusia lain di zamannya) ini bermakna Ada yang lebih berilmu dari Nabi jika Nabi di arah belajar dengan manusia lain. jika begitu Bagaimana dengan statusnya sebagai RASUL jika Rasul Belajar dengan selain Allah melalui utusannya Jibril (Pembawa/pengajar Alquran / ).

Siapa kah AHLAZZIKR itu....
Jika saya fikirkan , Bahawa Ahli ZIKIR itu ialah Yang "Ahli mengingati Allah"
Siapakah Ahli mengingati Allah di waktu itu yang paling dekat dengan ALLAH?
Atau mungkin Ahli zikr itu adalah Jibrail???
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Fri Oct 08, 2010 11:26 pm

Salam,

Barulah seronok berbincang kalau sanggup membenarkan perkara-perkara yang benar. Perbincangan akan jadi telus tanpa pertahankan kepentingan peribadi.

Berkenaan persoalan siapa ahli zikir (ahlalzikri) yang disebut dalam ayat Al Quran tersebut, kita harus tahu apakah erti zikir dan apakah tugas seorang Rasul.

18:56. Dan Kami tidak mengutus para utusan/rasul (mursalin) melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan (munzikrin). Namun begitu, orang-orang yang tidak percaya membantah dengan yang palsu supaya mereka menyangkal yang benar dengannya. Mereka mengambil ayat-ayat-Ku dan apa yang mereka diamarankan sebagai olok-olokan.

7:63. Adakah kamu hairan bahawa satu peringatan (zikrun) daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia memberi peringatan kepada kamu, dan kamu menjadi bertakwa supaya dikasihani."

20:99. Demikianlah Kami menceritakan kepada kamu berita-berita daripada apa yang telah berlalu, dan Kami memberikan kamu daripada sisi Kami satu peringatan (zikraa).

51:55. Dan berilah peringatan (zakir); Peringatan (zikraa) bermanfaat kepada orang-orang mukmin.

87:9. Maka berilah peringatan (zakir), jika Peringatan (zikraa) bermanfaat,


1) Banyak ayat-ayat Al Quran mengaitkan Rasulullah dengan tugas memberi peringatan.

2) Sebagai seorang pemberi peringatan, maka bukan suatu yang pelik baginda disuruh bertanya kepada ahli peringatan untuk mengetahui perihal tugasnya. Samalah konsepnya seperti seorang doktor bertanya kepada pakar perubatan yang lain untuk mengetahui pasal tugasnya.

3) Hanya jauhari mengenal manikam. Hanya yang tahu selok-belok tugas memberi peringatan faham tugas pemberi peringatan.
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts : 601
Points : 2996
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sat Oct 09, 2010 12:24 am

Salam,

Berkenaan tentang ahli peringatan, ada dibincangkan di http://eminda.forumotion.com/islam-f3/siapakah-sebenarnya-ahli-zikir-peringatan-t43.htm
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
faried
Sarjana
Sarjana


Posts : 524
Points : 2871
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sat Oct 09, 2010 10:15 am

iltizam wrote:

di dalam ayat ini Allah mengajar supaya bertanya AHLaz ZIKR
ataupun AHLI ZIKIR.

ada yang tafsir sebagai AHLI ILMU atau yang berpengetahuan.
Tetapi saya juga terfikir sejenak, mengapa Allah suruh Muhammad Bertanya Ahli ZIKIR

Alquran adalah untuk semua manusia (2.185).

Orang yang disuruh bertanya belum tentu Muhammad.

Hal yang pasti adalah bahwa banyak orang yang membaca Alquran yang mengalami kesulitan untuk memahaminya. Kepada orang tersebut diperintahkan untuk bertanya kepada Ahli Zikir, yaitu orang yang memahami Alquran.

Ayat tersebut tidak dipatuhi, tetapi orang yang tidak memahami Alquran bertanya kepada Ahli Riwayat, sehingga pemahamannya jauh dari petunjuk dalam Alquran.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sat Oct 09, 2010 10:54 am

Salam,

Maknanya dalam konteks kisah Israk & Mikraj, jika tanya ahli-ahli fikir Al Quran, pasti mereka tidak mengagung-agungkan kisah tersebut. Tetapi kalau tanya ahli riwayat, memanglah mereka akan mengagung-agungkan kisah yang dipopularkan oleh riwayat itu. Bak kata pepatah, masuk bakul angkat sendiri.

Cuba kita renungkan, ahli-ahli gospel pastilah mereka mengagung-agungkan kisah yang ada dalam gospel seperti kisah Nabi Isa disalib walhal Injil tidak pernah iktiraf kisah itu. Ahli-ahli riwayat pastilah mereka mengagung-agungkan kisah yang ada dalam riwayat sepeti kisah nabi Muhammad naik ke langit walhal Al Quran tidak pernah iktiraf kisah itu.

Nampak kan persamaan tabiat mereka? Bila mereka masuk dalam sesuatu puak, mereka tidak boleh lagi berfikir di luar kotak.
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts : 401
Points : 2724
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sun Oct 10, 2010 1:30 am

Salam Juang .Terima kasih

Tak sangka pula , terdapat Banyak kebenaran di dalam forum ini.
Dan tentang israk Mi'raj pula , Apakah Maksud Israk dan maksud mi'raj,
Apakah Rasulullah di israkkan secara Zahir dan batin

Bagaimana tentang ini mengikut yang saudara juang yang di kasihi memahami akan maksudnya nya.

Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sun Oct 10, 2010 3:37 am

Salam,

iltizam wrote:
Apakah Maksud Israk dan maksud mi'raj,

17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan (israk) hamba-Nya pada waktu malam hari dari masjidil haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

20:77. Kami mewahyukan Musa, "Berjalanlah (asri) dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; buatkanlah untuk mereka jalan yang kering di dalam laut, tanpa takut akan dipintas, dan tidak juga ketakut-takutan."

Israk bermaksud memperjalankan. Israil pula adalah kaum yang berjalan-jalan (berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain).

Sebenarnya ayat 17:1 berkaitan perjalanan Nabi Musa ketika dikejar oleh Firaun di mana pada waktu malam itu Allah tunjukkan tanda-tanda KekuasaanNya seperti membelah lautan (berkait dengan ayat 20:77).

Tetapi ikut kitab riwayat, kononnya ayat 17:1 itu berkenaan Nabi Muhammad dibawa daripada Mekah ke Baitulmuqaddis dalam satu malam. Biasalah, riwayat.

Mikraj pula tidak ada disebut dalam Al Quran. Tetapi dalam riwayat, kononnya perjalanan Nabi Muhammad naik ke langit.

Begitulah bezanya bila kita jadikan Al Quran penjelas kepada sesuatu ayat Al Quran yang lain, dengan jadikan riwayat hadis sebagai penjelas Al Quran.

Quote :
Apakah Rasulullah di israkkan secara Zahir dan batin

Berdasar ayat 17:1 dan 20:77, memang Rasul Allah Musa diperjalankan pada malam itu secara zahir dan batin bersama-sama bani Israil yang lain.

Perlu kita ingat, para Nabi dan Rasul adalah manusia biasa yang sama macam manusia-manusia lain. Hanya orang yang mendewa-dewakan seseorang Nabi yang telah wafat itu sahaja mengada-adakan cerita agar seseorang Nabi itu dipuja-puja melampaui batas secara tak masuk akal.

18:110. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang mengharapkan pertemuan dengan Pemeliharanya membuat kerja-kerja kebaikan, dan dia tidak menyekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."

Bersihkan minda kita daripada kepercayaan karut-marut tentang seseorang Nabi. Nabi pun mengaku dirinya manusia seperti manusia-manusia lain juga.
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts : 401
Points : 2724
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sun Oct 10, 2010 4:14 am

Salam Juang

Bukankah di masa nabi musa , yangmana zamannya masih belum di dirikan masjid zahir Masjidilharam
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sun Oct 10, 2010 4:33 am

Salam,

Masjidil haram pula bukannya bangunan yang dibangunkan oleh tangan manusia, kerana bangunan sebegitu tidak boleh dipandang di mana jua kita berada.

2:144. Kami melihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah masjidil haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka mengerjakan

2:149. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah masjidil haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.

2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah masjidil haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku menyempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.


Daripada ketiga-tiga ayat di atas, masjidil haram adalah sesuatu yang boleh dipandang di mana jua kita berada. Ini membuktikan ia bukannya objek berbentuk jasad tetapi sesuatu yang boleh dipandang di serata alam.

2:115. Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu berpaling di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui.

Sebenarnya masjid haram itu tanda-tanda Kekuasaan Tuhan. Allah suruh kita palingkan muka pada tanda-tanda Kekuasaan Tuhan yang boleh kita lihat di mana jua kita mengadap. Tuhan menetapkan sesuatu perkara dengan KekuasaanNya. Umpamanya bumi ditetapkan mengelilingi matahari. Di situ sahaja kita sudah nampak tanda-tanda KekuasaanNya kerana tiada manusia boleh ubah agar bumi keliling bulan pula.

Seperti mana wajah manusia terletak pada tanda-tanda yang merautkan wajah itu, maka Wajah Allah terletak pada tanda-tanda KekuasaanNya, kerana apalah ertinya Tuhan kalau tidak berkuasa?

Dalam kisah Nabi Musa itu, Allah tunjukkan salah satu tanda-tanda KekuasaanNya agar Musa dan bani Israil semakin kenal siapa itu Tuhan.

Begitulah yang saya nampak bila saya jadikan Al Quran sebagai penjelas kepada Al Quran, bukannya kitab riwayat sebagai penjelas Al Quran.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sun Oct 10, 2010 5:09 am

Salam,

--> 17:1 “Pujian adalah untuk Yang Satu yang telah memukau hambaNya pada satu malam dari batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam) ke arah lingkungan ketetapan yang direstui (masjidilaqsa), yang mana ia diberkati, supaya dapat diperlihatkan kepadanya mukjizat-mukjizat (signs) Kami. Sesungguhnya Dia Mendengar dan Melihat”.

Siapakah yang dimaksudkan dalam ayat di atas? Dan bagaimanakah kisah sepenuhnya? Ia terdapat dalam ayat-ayat berikut.

--> 20:9 “Dan sudahkan cerita tentang Musa sampai kepada kamu?”

--> 20:10 “Apabila dia melihat api dan dia berkata kepada keluarganya, “Berhenti! Sesungguhnya aku melihat api, mungkin aku dapat membawa bara kepada kamu atau mendapatkan panduan di api itu”.

--> 20:11 “Jadi apabila dia datang kepadanya, satu suara kedengaran: “Wahai Musa:

--> 20:12 “Sesungguhnya akuTuhanmu, oleh itu bukalah kasutmu, sesungguhnya kamu berada di lembah suci, Tuwa”.

--> 20:13 “Dan Aku telah memilihmu, jadi dengarlah apa yang akan diwahyukan”.

--> 20:14 “Sesungguhnya Aku Allah, tidak ada Tuhan lain selain Aku, oleh itu berbaktilah kepadaKu dan tunaikan komitmen sebagai ingatan kepadaKu”.

--> 20:15 “Sesungguhnya masanya akan tiba – Aku akan memperlihatkannya – supaya setiap jiwa akan diberi ganjaran atas usahanya”.

--> 20:16 “Oleh itu jangan biarkan sesiapa yang tidak percayakannya dan menurut nafsu dangkalnya memalingkan kamu daripadanya supaya kamu gagal”.

--> 20:17 “Dan apakah yang ada di tangan kanan kamu, wahai Musa?”

--> 20:18 “Dia berkata; Ini tongkatku. Aku bersandar kepadanya dan aku menggunakannya untuk memukul daun-daun supaya jatuh sebagai makanan biri-biriku, aku juga menggunakanya untuk tujuan lain”.

--> 20:19 “Dia berkata: Campakkannya, wahai Musa!”

--> 20:20 “Jadi dia mencampakkannya, dan lo! Ia menjadi ular yang menjalar”.

--> 20:21 “Dia berkata: Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan kembalikan ia kepada bentuk asalnya”.

--> 20:22 “Dan tekan tangan kamu ke sisi kamu, ia akan menjadi putih bersih: satu lagi mukjizat”.

--> 20:23 “Semoga Kami akan tunjukkan mukjizat yang lebih hebat kepada kamu”.

--> 20:24 “Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas”.

--> 20:25 “Dia (Musa) berkata; Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku”.

--> 20:26 “Dan mudahkanlah urusanku”.

--> 20:27 “Dan bebaskan kelu lidahku…”

Pendapat saya mengenai ayat-ayat di atas boleh dibaca di http://tolokminda.wordpress.com/2010/01/11/kebergantungan-mutlak-kepada-ulama-mungkin-menyesatkan-kita-terus-ke-neraka/

Pendapat saya mengenai perkataan masjid boleh dibaca di http://tolokminda.wordpress.com/2010/02/05/masjid-bermaksud-ketetapan-yang-direstui/
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts : 401
Points : 2724
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sun Oct 10, 2010 6:31 am

salam

maksud saya, jika di katakan bahawa Musa lah yang israk dan bukannya Muhammad,
Bukankah di zaman nabi musa itu , Masjidilharam belum di bina.
Back to top Go down
View user profile
othman
Sarjana
Sarjana


Posts : 551
Points : 2878
Reputation : 0
Join date : 2010-07-26

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sun Oct 10, 2010 12:36 pm

2:115. Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu berpaling di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui.

maka Seperti mana wajah manusia terletak pada tanda-tanda yang merautkan wajah itu, maka Wajah Allah terletak pada tanda-tanda KekuasaanNya, kerana apalah ertinya Tuhan kalau tidak berkuasa?

Dalam kisah Nabi Musa itu, Allah tunjukkan salah satu tanda-tanda KekuasaanNya agar Musa dan bani Israil semakin kenal siapa itu Tuhan.
kerana apalah ertinya Tuhan kalau tidak berkuasa?

Dalam kisah Nabi Musa itu, Allah tunjukkan salah satu tanda-tanda KekuasaanNya agar Musa dan bani Israil semakin kenal siapa itu Tuhan.


ayat yg saling bertentangan .


Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sun Oct 10, 2010 12:51 pm

iltizam wrote:
salam

maksud saya, jika di katakan bahawa Musa lah yang israk dan bukannya Muhammad,
Bukankah di zaman nabi musa itu , Masjidilharam belum di bina.
Salam,

Masjidil haram bukannya bangunan yang dibina oleh tangan manusia. Ia adalah ketetapan Tuhan di serata alam. Sebab itu ia boleh dipandang di mana jua kita berada dan bersifat universal. Ia telah wujud sejak Allah Mencipta semesta alam ini. Jadi ketika zaman Nabi Musa itu sudah ada masjidil haram iaitu ketetapan yang Tuhan.

Kalau bangunan batu di tanah Arab itu, maka ia tidak boleh dipandang di mana jua kita berada. Ia tidak bersifat universal.
Back to top Go down
View user profile
iltizam
Siswazah
Siswazah


Posts : 401
Points : 2724
Reputation : 0
Join date : 2010-08-01

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sun Oct 10, 2010 5:03 pm

Juang wrote:
iltizam wrote:
salam

maksud saya, jika di katakan bahawa Musa lah yang israk dan bukannya Muhammad,
Bukankah di zaman nabi musa itu , Masjidilharam belum di bina.
Salam,

Masjidil haram bukannya bangunan yang dibina oleh tangan manusia. Ia adalah ketetapan Tuhan di serata alam. Sebab itu ia boleh dipandang di mana jua kita berada dan bersifat universal. Ia telah wujud sejak Allah Mencipta semesta alam ini. Jadi ketika zaman Nabi Musa itu sudah ada masjidil haram iaitu ketetapan yang Tuhan.

Kalau bangunan batu di tanah Arab itu, maka ia tidak boleh dipandang di mana jua kita berada. Ia tidak bersifat universal.

salam Juang

Kenapa Masjid tu di katakan Haram,
Maksudnya Apa yang haram di situ......
Apakah masjid itu yang Haram atau apa yang haram di bawa ke masjid tu..??
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Sun Oct 10, 2010 5:19 pm

iltizam wrote:

salam Juang

Kenapa Masjid tu di katakan Haram,
Maksudnya Apa yang haram di situ......
Apakah masjid itu yang Haram atau apa yang haram di bawa ke masjid tu..??
Salam,

Pertama kita kena faham apa itu masjid. Masjid adalah ketetapan. Masajidallah pula adalah ketetapan yang direstui Allah. Ia adalah lawan kepada ketetapan yang diada-adakan oleh orang-orang musyrik iaitu suatu yang Allah tidak restui. Umpamanya orang Nasrani menetapkan Al Masih itu anak Allah. Ia adalah ketetapan yang bukannya Allah perkenankan.

Haram itu pula batasan atau lingkungan sesuatu ketetapan itu agar ia tidak melampaui batas. Contohnya makan adalah suatu ketetapan oleh Tuhan. Tetapi makan dengan berlebih-lebihan sehingga membazir, sudah pasti Tuhan tak restui. Maka perlu ada batasannya.

Ketetapan yang berbatasan itulah yang dipanggil masjidil haram. Di mana jua kita berada, palingkan hala tuju hidup kita kepada ketetapan yang berbatasan itu agar kita tidak menjadi kaum yang melampaui batas.

Jadi berbalik pada kisah Nabi Musa berjalan bersama bani Israil pada waktu malam itu, maka ayat 17:1 adalah logik dikaitkan dengan Nabi Musa kerana ketetapan yang berbatasan itu memang wujud pada waktu itu kerana Allah telah membina semesta alam ini ada ketetapan dan ukuran-ukurannya.
Back to top Go down
View user profile
masterpiece7070
Siswazah
Siswazah


Posts : 260
Points : 2564
Reputation : 0
Join date : 2010-08-20
Age : 35

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Mon Oct 11, 2010 12:09 pm

Quote :
Jadi berbalik pada kisah Nabi Musa berjalan bersama bani Israil pada waktu malam itu, maka ayat 17:1 adalah logik dikaitkan dengan Nabi Musa kerana ketetapan yang berbatasan itu memang wujud pada waktu itu kerana Allah telah membina semesta alam ini ada ketetapan dan ukuran-ukurannya. JUANG

TAFSIRKAN PULA MASJIDIL AQSA.. MENARIK NIH... Shocked Shocked Shocked

KALAU BOLEH TOLONG JELAS/TAFSIR/TERANG/NYATAKAN AYAT 17:1 SEPENUHNYA, JANGAN AMIK SEPARUH2... SUSAH NK FAHAM NNT...

P.S - SERTAKAN SEKALI BUKTI YA...
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Mon Oct 11, 2010 1:18 pm

masterpiece7070 wrote:
Quote :
Jadi berbalik pada kisah Nabi Musa berjalan bersama bani Israil pada waktu malam itu, maka ayat 17:1 adalah logik dikaitkan dengan Nabi Musa kerana ketetapan yang berbatasan itu memang wujud pada waktu itu kerana Allah telah membina semesta alam ini ada ketetapan dan ukuran-ukurannya. JUANG

TAFSIRKAN PULA MASJIDIL AQSA.. MENARIK NIH... Shocked Shocked Shocked

KALAU BOLEH TOLONG JELAS/TAFSIR/TERANG/NYATAKAN AYAT 17:1 SEPENUHNYA, JANGAN AMIK SEPARUH2... SUSAH NK FAHAM NNT...

P.S - SERTAKAN SEKALI BUKTI YA...

Salam,

Perkataan masjidil aqsa bukan bermaksud sebuah masjid yang terletak di Jurusalem tetapi ia membawa maksud dalam lingkungan ketetapan yang direstui. Perkataan ini digunakan dalam 17:1.

17:1 “Pujian adalah untuk Yang Satu yang telah memukau hambaNya pada satu malam dari batasan ketetapan yang direstui (almasjidi alharami) ke arah lingkungan ketetapan yang direstui (almasjidi alaqsa), yang mana dia diberkati, supaya dapat diperlihatkan kepadanya mukjizat-mukjizat Kami. Sesungguhnya Dia Mendengar dan Melihat”.

Semasa Nabi Musa bertemu Tuhan pada satu malam buat pertama kali di mana dia terpukau dengan mukjizat-mukjizat yang diterimanya, Nabi Musa belum lagi dilantik menjadi rasul. Maka itu kedudukan beliau masih lagi dalam batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam). Tetapi dengan penerimaan mukjizat pada malam itu bermakna beliau sudah berada dalam lingkungan ketetapan yang direstui (masjidilaqsa) kerana jika Nabi Musa sanggup menerima tanggungjawab yang diperintahkan Allah untuk bersemuka dengan Firaun dengan mukjizat-mukjizatnya, Tuhan berjanji akan menemui beliau sekali lagi untuk memberikan mukjizat yang lebih besar iaitu Al-KitabNya.

Lebih lanjut boleh dibaca di http://tolokminda.wordpress.com/2010/01/11/kebergantungan-mutlak-kepada-ulama-mungkin-menyesatkan-kita-terus-ke-neraka/
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....   Today at 1:43 pm

Back to top Go down
 
Peristiwa agung Israk dan Mikraj.....
View previous topic View next topic Back to top 
Page 8 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11  Next
 Similar topics
-
» hikmah di balik kisah isra' mi'raj
» Rahasia dalam Peristiwa Ular Tembaga
» menunggu mukjizat doa, pendeta petrus agung purnomo sudah meninggal, jenazahnya dibaca-bacai doa kebangkitan oleh jemaat biar segera hidup lagi
» sejarah perang khandaq
» Ketika Katolik Menjadi Diktator Kejam di Negeri Ini

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: