HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Tue Aug 31, 2010 12:06 am

Pembukaan:
Mempersekutukan Tuhan bermaksud tunduk kepada ketetapan yang diada-adakan oleh manusia. Ketetapan yang diada-adakan oleh manusia pula sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apan kesan atau tindak-balas. Sebaliknya ketetapan daripada Tuhan, ia mendatangkan kesan atau tindak-balas.

Contohnya, perbuatan berfikir adalah sesuatu yang ditetapkan oleh Tuhan. Jika manusia itu rajin berfikir, dia dapat manfaatnya dan jika malas berfikir, dia akan ketinggalan. Merempit pula adalah perbuatan yang diada-adakan oleh manusia untuk memuaskan hawa nafsunya. Jika ditinggal, ia tidak mendatangkan kesan mudarat kepada kita.

Apabila manusia itu tunduk kepada apa yang Tuhan tetapkan walaupun diperingatkan oleh mana-mana manusia, hakikatnya manusia itu telah tunduk atau bersujud kepada Tuhan. Tetapi jika manusia itu tunduk membuta-tuli ketetapan yang diada-adakan atas nama si polan bin si polan, hakikatnya manusia itu sebenarnya tunduk kepada si polan bin si polan itu. Itulah orang yang mempersekutukan Tuhan.

Ayat-ayat Al Quran tentang orang-orang yang mempersekutukan Tuhan:


16:86. Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami, yang kami seru selain daripada Engkau." Mereka melemparkan kembali kepada mereka ucapan, "Sesungguhnya kamu sebenarnya pendusta-pendusta."

16:87. Dan mereka melemparkan kepada Allah ketundukan pada hari itu, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka mengada-adakan.


Di akhirat nanti, orang-orang yang mempersekutukan Tuhan akan menyalahkan si polan bin si polan yang mereka turuti membuta-tuli itu. Sebaliknya si polan itu akan menyalahkan mereka semula. Dan pada waktu itu barulah mereka sedar bahawa kepatuhan hanyalah kepada Allah semata-mata. Pada waktu itu, segala amalan yang mereka ada-adakan selama ini akan lenyap dan tidak membawa apa-apa faedah kepada mereka. Kerana itu, beramal-lah dengan membuat sesuatu yang kita tahu dan pasti kesan-kesannya, bukannya atas sangkaan orang terdahulu.

6:94. "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami mencipta kamu pada kali pertama, dan kamu meninggalkan apa yang Kami mengurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu. Kami tidak melihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu, orang-orang yang kamu mendakwa untuk menjadi sekutu-sekutu antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu mendakwakan telah sesat (hilang) daripada kamu."

Allah tidak melihat si polan bin si polan yang dijadikan perantara kepada Tuhan. Jika di dunia pun, kalau kita ditanya "apa buktinya 1+1=2?" dan kita kata "sebab cikgu matematik cakap begitu", itu menunjukkan jawapan yang lemah, apatah lagi di hadapan Tuhan kelak, Dia bertanyakan sesuatu perbuatan, dan kita jawab "Sebab ada si polan bin si polan cakap Nabi buat macam itu", apakah itu jawapan yang kuat dan kukuh?

Di akhirat kelak, terputuslah pertalian mereka dengan sekutu-sekutu tersebut, sebab nama-nama yang mereka jadikan sekutu itu pun tidak mahu bertanggungjawab dengan kepercayaan orang-orang selepas mereka.

Ketika itu semua manusia kena berdiri atas diri sendiri dan kena bertanggungjawab di atas apa yang mereka lakukan semasa di dunia. Seperti mana mereka diciptakan bersendirian, seperti itulah ketika mereka kembali kepada Tuhan.
Back to top Go down
View user profile
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts : 52
Points : 2342
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Tue Aug 31, 2010 1:50 am

apa maksud tuhan?
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Tue Aug 31, 2010 4:22 am

Salam,

96:1. Bacalah dengan nama Tuhan mu yang mencipta,

Yang mencipta segala sesuatu itulah Tuhan.

13:16. Katakanlah, "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Katakanlah, "Allah." Katakanlah, "Adakah kamu mengambil untuk kamu yang lain selain daripada Dia sebagai wali (pelindung) kamu yang tidak berkuasa untuk memanfaatkan atau memudaratkan diri mereka sendiri?" Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang boleh melihat itu sama, atau adakah gelap dengan cahaya itu sama?" Atau, adakah mereka mengadakan bagi Allah sekutu-sekutu yang mencipta seperti ciptaan-Nya supaya ciptaan itu serupa kepada mereka? Katakanlah, "Allah Pencipta segala sesuatu, dan Dia Yang Satu, Yang Menakluki."

Si polan bin si polan yang mereka taksubi membuta-tuli itu tidak berupaya mencipta seperti Allah mencipta. Namun kenapa apa yang diada-adakan oleh manusia itu yang mereka turuti sedangkan apa yang Allah tetapkan mereka buat acuh tak acuh?

Begitulah bagaimana manusia mempersekutukan Tuhan iaitu mereka beranggapan ada "kuasa" lagi hebat daripadaNya sehingga mereka jadikan "si polan" itu lebih berkuasa daripada Pencipta mereka sendiri.
Back to top Go down
View user profile
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts : 52
Points : 2342
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Tue Aug 31, 2010 6:36 am

Salam juang

Bagaimana cara untuk mendidik manusia supaya tidak menyekutukan tuhan
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Tue Aug 31, 2010 12:14 pm

Salam,

Quote :
Bagaimana cara untuk mendidik manusia supaya tidak menyekutukan tuhan

Mula-mula kita kena kenal pasti punca mengapa manusia menyekutukan Tuhan. Daripada kisah kaum-kaum terdahulu yang direkodkan dalam Al Quran, punca mengapa mereka menyekutukan Tuhan adalah kerana perasaan ego atau berbangga diri kononnya kepercayaan/amalan tradisi kaum mereka sahaja yang benar dan kaum-kaum lain semua dikatakan salah.

Oleh kerana perbuatan menyekutukan Tuhan ada kaitannya dengan penyakit berbangga diri itu, maka cara terbaik untuk mendidik manusia agar tidak menyekutukan Tuhan adalah dengan belajar merendah diri.

Hendak belajar merendah diri, kita kena banyak merenung tanda-tanda Kekuasaan Tuhan di sekeliling kita sehingga kita rasa betapa kerdilnya kita dan hanya tunduk dan patuh dengan apa yang Allah tetapkan, bukannya apa yang diada-adakan oleh manusia. Kita akan takut hendak berdusta dan mengada-adakan sesuatu perkara sebab kita telah nampak Kuasa Allah termasuk dalam diri kita sendiri.

Sifat sesuatu yang ditetapkan oleh Tuhan mempunyai bukti-bukti yang nyata. Ia ada kesan dan tindak balas sama ada bila dilakukan atau ditinggalkan. Dan ia tidak bercanggah di antara satu sama lain kerana Tuhan itu Esa.

Sifat sesuatu yang diada-adakan oleh manusia pula tidak mempunyai bukti-bukti kukuh melainkan hanya untuk "masuk bakul angkat sendiri". Contohnya, bagi yang sujud ke arah matahari mengatakan amalan itulah yang Tuhan suruh dan mengatakan pada yang sujud kepada selain matahari adalah tidak betul. Begitulah juga dengan puak-puak lain, saling menyalah di antara satu sama lain.

Kesimpulannya, untuk mendidik manusia agar tidak menyekutukan Tuhan, serulah mereka kepada hidup merendah diri dan jauhi perpecahan atas nama agama dan amalan ritual. Semua itu tidak bermanfaat untuk mewujudkan masyarakat yang aman, harmoni, makmur dan saling hormat-menghormati.

Mendidik masyarakat merasa angkuh dengan kepercayaan tradisi masing-masing seumpama menyalahkan bara api. Kelak pasti masyarakat itu akan terbakar, di mana yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu. Apakah kita tidak mengambil iktibar kejadian yang berlaku pada kaum-kaum terdahulu mahupun pada yang berlaku di peringkat global pada hari ini?
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana


Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Tue Aug 31, 2010 1:58 pm

Salam,

Nabi Ibrahim tidak menjadi antara mereka yang menyekutukan Tuhan kerana beliau berani berfikir di luar kotak masyarakatnya. Sebenarnya dengan melihat alam dengan akal pun manusia boleh faham tentang Tuhan dan tidak akan menyekutukan Dia dengan apa-apa pun. Sebab itulah Nabi Adam diturunkan ke bumi tanpa dibekalkan dengan Kitab. Tuhan yakin manusia mampu membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan dengan menggunakan akal mereka. Bagaimanapun Tuhan akhirnya menurunkan Kitab kepada manusia melalui para nabi dan rasul atas belas kasihanNya kepada manusia yang cenderung menurut nafsu dari menggunakan akal mereka.

Atas sebab itu, maka untuk umat manusia selepas Kitab, jalan paling mudah untuk mengelak dari terperangkap dalam kepercayaan dan amalan yang menyekutukan Tuhan adalah dengan membaca KitabNya. Percaya kepada Kitab Tuhan dan tidak menuruti manusia lain secara membuta tuli adalah kunci kepada kejayaan membebaskan diri dari penyesatan Iblis.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Tue Aug 31, 2010 2:43 pm

Salam,

Benar TM. Tuhan punyalah baik. Oleh kerana manusia sudah tahu kelemahan mereka iaitu mereka selalu lupa peringatan Tuhan, maka Tuhan turunkan Kitab dan didatangkan Rasul-rasul untuk membacakan Kitab tersebut dalam bahasa yang mereka fahami. Setelah Allah datangkan pertolongan itu semua, tetapi masih ada manusia sengaja nak mempersekutukan Tuhan lagi, itulah kekafiran yang nyata. Kekafiran yang sudah tidak boleh diubati lagi. Itulah orang yang benar-benar layak dihumban ke Jahannam.

Seperti mana kalau kita ada barang-barang yang rosak dan sudah tidak boleh diperbaiki lagi, kita akan humban ke tong sampah, macam itulah perumpamaan manusia yang sudah rosak jiwnya dan tidak boleh diperbaiki lagi dihumban ke Jahannam.
Back to top Go down
View user profile
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts : 52
Points : 2342
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Tue Aug 31, 2010 7:05 pm

Quote :
Sifat sesuatu yang diada-adakan oleh manusia pula tidak mempunyai bukti-bukti kukuh melainkan hanya untuk "masuk bakul angkat sendiri". Contohnya, bagi yang sujud ke arah matahari mengatakan amalan itulah yang Tuhan suruh dan mengatakan pada yang sujud kepada selain matahari adalah tidak betul. Begitulah juga dengan puak-puak lain, saling menyalah di antara satu sama lain.

Kesimpulannya, untuk mendidik manusia agar tidak menyekutukan Tuhan, serulah mereka kepada hidup merendah diri dan jauhi perpecahan atas nama agama dan amalan ritual. Semua itu tidak bermanfaat untuk mewujudkan masyarakat yang aman, harmoni, makmur dan saling hormat-menghormati.

Salam Saudara juang
sebenarnya amalan ritual dalam solat itu adalah satu latihan merendah diri yang paling khusus jika kita amati dengan sebenar benarnya. Tetapi mengapa saya lihat diri saya sendiri contohnya masih lagi ada sikap berbangga diri , meninggi diri dan sesekali Angkuh. Kenapa saudara juang??
Dan adakah perasaan itu adalah di katakan menyekutu kan Allah?

mohon penjelasan
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts : 601
Points : 2996
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Tue Aug 31, 2010 11:09 pm

Salam,

Berbangga diri biarlah kena pada tempatnya. Contohnya orang puji sebab kita dapat mengharumkan nama negara. wajarlah ada perasaan bangga di situ.

kalau nak bangga diri sebab merasakan amalan ritualnya benar dan orang lain salah, bagi saya tidak patut.

Cuma sifat meninggi diri dan angkuh itu seharusnya tidak ditanam dalam diri orang islam. dalam al-quran, iblis dikatakan angkuh dan tidak mahu sujud (merendah diri) kepada adam yang lebih berilmu daripadanya kerana ciptaannya lebih baik daripada adam. buat apa dia merendah diri kepada adam yang dicipta daripada tanah?

Saya berpendapat, jika ada perasaan angkuh seperti iblis itu, maka orang itu boleh menyekutukan Tuhan sebab iblis termasuk di kalangan menyekutukan Tuhan.

6:100. Namun begitu, mereka mengadakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang mencipta mereka.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts : 52
Points : 2342
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Wed Sep 01, 2010 1:40 am

Salam Admin.

Saya berpendapat , bahawa iblis tidak menyekutukan tuhan.
kerana di dalam ayat ini sang iblis berkata kata dengan tuhan ,
Iblis berkata dengan tuhannya beliau tidak ingin sujud pada Adam.
saya faham di sini bahawa iblis mengakui tuhannya ialah yang sedang memerintahnya supaya sujud pada Adam. Tetapi engkar /angkuh dengan tuhannya tidak ingin menurut perintah supaya bersujud pada adam. Lalu dalam kisah lain iblis bermohon kepada tuhan untuk menyesatkan manusia. iaitu membawa manusia kepada menyekutukan Allah sedang kan dirinya sendiri Bertuhankan Allah.
Si iblis Hanya menghasut , kenapa pula manusia mengikuti hasutan iblis.?
Salah manusia sendiri kerana mengikuti hasutan iblis.

Quote :
Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?"

iblis tidak dapat menghasut manusia yang

Quote :
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".
Allah berfirman: "Ini adalah jalan yang lurus; kewajiban Aku-lah (menjaganya)

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat

inilah senjata penghapus iblis.....iaitu Mukhlis.

Apakah Muklis ....( Apakah ceritanya/ilmunya/dan rahsianya)
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Wed Sep 01, 2010 3:39 am

Muhammad wrote:

Salam Saudara juang
sebenarnya amalan ritual dalam solat itu adalah satu latihan merendah diri yang paling khusus jika kita amati dengan sebenar benarnya.
Salam,

Nak tahu manusia itu ada sifat angkuh/berbangga diri atau tidak adalah apabila dia mengesklusifkan apa yang ada pada dirinya untuk memperlihatkan kononnya dirinya sahaja lebih baik daripada orang lain. Seperti mana iblis mengesklusifkan kejadiannya daripada api kononnya lebih baik daripada tanah.

Begitulah dengan amalan hidup. Jika kita buat sesuatu amalan, kemudian kita rasa macam kita sahaja yang bersolat dan orang lain yang tak buat seperti cara kita dikatakan tak bersolat (walaupun orang itu berjaya mencapai matlamat solat iaitu untuk mencegah kekejian dan kemungkaran), itu tanda-tandanya kita ada penyakit angkuh atau berbangga diri.

Begitu juga jika ada manusia itu merasakan dengan sertai sesuatu puak, kononnya puak itu sahaja yang dikasihi Allah atau diberikan petunjuk, dan puak-puak lain tak dapat, itu juga tanda-tanda manusia itu kena penyakit berbangga diri.

Jika manusia itu nak buat sesuatu amalan yang mereka rasa benar, buatlah. Sebab yang menggunakan masa dan tenaga untuk buat sesuatu amalan itu adalah manusia itu sendiri. Tetapi jangan sampai perasan kononnya dengan amalan itu hanya kita sahaja yang betul dan orang lain semuanya tak betul sebab tak ikut cara kita.

Quote :
Tetapi mengapa saya lihat diri saya sendiri contohnya masih lagi ada sikap berbangga diri , meninggi diri dan sesekali Angkuh. Kenapa saudara juang??
Dan adakah perasaan itu adalah di katakan menyekutu kan Allah?

mohon penjelasan
Jika keangkuhan itu menyebabkan kita mengada-adakan hukum melampaui apa yang Allah tetapkan, itu menandakan kita telah menjadikan diri kita setara dengan Tuhan. Maka itu termasuk dalam menyekutukan Tuhan.

Bukankah mentaati sesuatu yang berlawanan dengan hukum Tuhan bermakna manusia itu telah sekutukan Tuhan? Contohnya bila ada orang Nasrani taat kepada hukum yang diada-adakan oleh pembesar agama mereka bahawa kononnya Al Masih itu putera Allah, bermakna orang Nasrani itu anggap pembesar agama mereka itu sekutu Tuhan sehingga boleh sesuka hati buat hukum sendiri.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Wed Sep 01, 2010 3:44 am

Muhammad wrote:
Salam Admin.

Saya berpendapat , bahawa iblis tidak menyekutukan tuhan.
kerana di dalam ayat ini sang iblis berkata kata dengan tuhan ,
Iblis berkata dengan tuhannya beliau tidak ingin sujud pada Adam.
saya faham di sini bahawa iblis mengakui tuhannya ialah yang sedang memerintahnya supaya sujud pada Adam. Tetapi engkar /angkuh dengan tuhannya tidak ingin menurut perintah supaya bersujud pada adam. Lalu dalam kisah lain iblis bermohon kepada tuhan untuk menyesatkan manusia. iaitu membawa manusia kepada menyekutukan Allah sedang kan dirinya sendiri Bertuhankan Allah.
Si iblis Hanya menghasut , kenapa pula manusia mengikuti hasutan iblis.?
Salah manusia sendiri kerana mengikuti hasutan iblis.

Quote :
Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?"
Salam,

Iblis mempersekutukan Tuhan dengan jadikan kehendak hatinya lebih tinggi daripada Kehendak Tuhan. Keangkuhannya itulah "tuhan" dalam diri iblis.

Samalah macam seorang bos mengarah pekerjanya buat sesuatu pekerjaan. Tetapi pekerja itu melawan kerana nak buat ikut kehendak hatinya sendiri. Itu menunjukkan pekerja itu merasakan dirinya bos selain bos sebenar itu. Begitulah perumpamaannya.
Back to top Go down
View user profile
Muhammad
Siswa-siswi
Siswa-siswi


Posts : 52
Points : 2342
Reputation : 0
Join date : 2010-08-31

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Wed Sep 01, 2010 4:17 am

Juang wrote:
Muhammad wrote:
Salam Admin.

Saya berpendapat , bahawa iblis tidak menyekutukan tuhan.
kerana di dalam ayat ini sang iblis berkata kata dengan tuhan ,
Iblis berkata dengan tuhannya beliau tidak ingin sujud pada Adam.
saya faham di sini bahawa iblis mengakui tuhannya ialah yang sedang memerintahnya supaya sujud pada Adam. Tetapi engkar /angkuh dengan tuhannya tidak ingin menurut perintah supaya bersujud pada adam. Lalu dalam kisah lain iblis bermohon kepada tuhan untuk menyesatkan manusia. iaitu membawa manusia kepada menyekutukan Allah sedang kan dirinya sendiri Bertuhankan Allah.
Si iblis Hanya menghasut , kenapa pula manusia mengikuti hasutan iblis.?
Salah manusia sendiri kerana mengikuti hasutan iblis.

Quote :
Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?"
Salam,

Iblis mempersekutukan Tuhan dengan jadikan kehendak hatinya lebih tinggi daripada Kehendak Tuhan. Keangkuhannya itulah "tuhan" dalam diri iblis.

Samalah macam seorang bos mengarah pekerjanya buat sesuatu pekerjaan. Tetapi pekerja itu melawan kerana nak buat ikut kehendak hatinya sendiri. Itu menunjukkan pekerja itu merasakan dirinya bos selain bos sebenar itu. Begitulah perumpamaannya.

Benar.
Syukur pada Allah
Back to top Go down
View user profile
lia
Siswazah
Siswazah


Posts : 120
Points : 2425
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Wed Sep 01, 2010 9:45 am

Nampaknya ada yang sudah sedar bahawa mengikut hati sendiri juga sebenarnya menyekutukan Allah atau lebih tepat mengikut iblis.
Ketetapan Allah diturunkan melalui al Quran dan perkataan Nabi saw.
Ketetapan manusia ialah mengikut ketetapan hati sendiri tanpa belajar ilmu agama yang diwarisi dari Nabi saw.
Back to top Go down
View user profile
Payau Putih
Siswazah
Siswazah


Posts : 106
Points : 2425
Reputation : 0
Join date : 2010-08-06
Location : Bumi Bertuah

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Wed Sep 01, 2010 10:51 am

Bukan ke Al Quran itu di warisi dari Nabi confused
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Sat Sep 04, 2010 11:26 am

Salam,

Bila sudah sedar yang mengikut hawa nafsu sendiri itu juga dikira "mempersekutukan Tuhan" maka ikutlah akal sebab Al Quran juga suruh menggunakan akal. Jadi orang-orang yang kata "tak boleh guna akal dalam Islam" itu secara tidak langsung tidak mengikut hawa nafsu mereka = memperskutukan Tuhan. Sama juga orang yang mengikut hawa nafsu sendiri untuk melagu-lagukan Al Quran sedangkan Allah tidak pernah mengarah Nabi buat macam itu, boleh juga dikategorikan dalam "mempersekutukan Tuhan".

Untuk selamat daripada mempersekutukan Tuhan, ikutilah apa yang Tuhan arahkan kepada Nabi, bukannya apa yang si polan bin si polan cakap Nabi buat itu dan ini. Si polan itu bukannya tuhan selain Dia.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Sun Sep 12, 2010 5:20 pm

Salam,

Jika ada orang Yahudi pergunakan nama si polan untuk mengatakan Uzair adalah putera Allah yang mana Allah tidak pernah mengatakan demikian, bermakna orang Yahudi itu menjadikan si polan itu sekutu Tuhan. Orang Yahudi itu menurut membuta-tuli kata-kata si polan tersebut.

Jika ada orang Nasrani pergunakan nama si polan untuk mengatakan Al Masih adalah putera Allah yang mana Allah tidak pernah menetapkan sedemikian, bermakna orang Nasrani itu menjadikan si polan itu sekutu Tuhan. Orang Nasrani itu menurut membuta-tuli kata-kata si polan tersebut.

Maka secara mantiknya, jika ada orang "Islam" hari ini pergunakan nama si polan untuk mengatakan Nabi buat itu dan ini yang mana Allah tidak pernah mengajar atau menetapkan sedemikian pada Nabi, bermakna orang Islam itu menjadikan si polan itu sekutu Tuhan. Orang Islam itu menurut membuta-tuli kata-kata si polan tersebut.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan   Today at 1:47 pm

Back to top Go down
 
Kisah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» orang yang merugi di akhirat
» 5 orang yang pertama masuk islam
» mereka yang tidak mengakui adanya tuhan
» gharim- orang yang terlilit utang
» kenapa banyak orang kristen yang tidak berani sunat? inilah argumen mereka

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: