HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
AuthorMessage
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Wed Sep 01, 2010 2:59 am

First topic message reminder :

ALAM BARZAKH

Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh.

Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.

Barzakh dari sudut istilah pula ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat. Beberapa Ayat al-Quran Yang Menyatakan Azab Kubur

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)

Menurut Abu Sa‘id al-Khudri dan Abdullah bin Mas‘ud Radhdiallahu ‘anhum perkataan اكنض (yang sempit) adalah azab kubur. Inilah pendapat yang shahih.

“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (40: 46)

Sebahagian ulama’ menjadikan ayat di atas sebagai dalil sabitnya azab kubur. Pendapat ini disepakati oleh Mujahid, ‘Akramah, Muqatil dan Muhammad bin Ka‘ab. Ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa azab kubur itu berlaku di alam barzakh. (Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, al-Qurtubi: 8/4415-4416)

Imam Ibn Kathir ad-Dimsyaqi menyatakan bahawa Ahli Sunnah menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang kukuh berlakunya azab kubur di alam barzakh.

“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain daripada azab yang tersebut”. (Surah At-Thuur: 47)
Al-Qurtubi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa azab itu adalah azab kubur. (At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirat: 152 & Al-Qurtubi: 9/4786).

“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Kiamat)! (Surah at-Takathur: 1-3)

Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa surah ini mengandungi perkataan-perkataan tentang azab kubur. Oleh itu beriman dengannya adalah wajib. Inilah pegangan ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. (At-Tazkirah: 152 & al-Qurtubi: 10/5540-5541)

Beberapa Hadis-Hadis Yang Menunjukkan Sabitnya Azab Kubur

Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)
Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Dalam riwayat Imam Muslim: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis riwayat Muslim)

Maka jelas daripada segala ayat al-Quran dan hadis yang shahih di atas bahawa azab kubur adalah benar dan sekalian umat Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya pula adalah ditakuti rosak akidahnya.

Mari kita memperbanyakkan amal kita.........


Last edited by gaara on Mon Sep 06, 2010 1:37 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile

AuthorMessage
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 1:08 am

Quote :
Yang nyatanya berdasarkan ayat 3:20, menguatkan lagi erti ummiy ialah "tidak diberikan Kitab", bukannya buta huruf. Hanya golongan buta kayu sahaja tidak dapat memahami ayat semudah itu.

pertanyaan yang sama kepada saudara juang jugak...

kamus mane yg saudara pakai nie....

tafsiran die 2 macam je.... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 1:28 am

gaara wrote:


pertanyaan yang sama kepada saudara juang jugak...

kamus mane yg saudara pakai nie....

tafsiran die 2 macam je.... Very Happy
Salam,

Bukankah saya sudah kemukakan ayat Al Quran berserta no. ayat dan surahnya? Masih buta lagikah dari mana sumber rujukan saya itu?

Kata ikut Al Quran. Maka jadikanlah Al Quran sumber rujukan. Payah sangat ke nak faham itu semua?
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 1:38 am

Quote :
Bukankah saya sudah kemukakan ayat Al Quran berserta no. ayat dan surahnya? Masih buta lagikah dari mana sumber rujukan saya itu?

Kata ikut Al Quran. Maka jadikanlah Al Quran sumber rujukan. Payah sangat ke nak faham itu semua?

janganlah marah sauadara juang...

kan kita tengah bergurau senda nie.... Very Happy

taulah ayat yang saudara bawa tu... tp adalah terjemahan sahaja....

dan maksud@tafsiran "orang2 ummiy" dalam terjemahn tersebut boleh jadi seperti yg saudra juang maksudkan...

dan boleh jadi mcm yg sy maksudkan....

betul x saudara juang... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts : 601
Points : 2999
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 1:40 am

Salam,

Salain petunjuk dan pembeza, al-quran itu juga menjelaskan. Apa yang kita tidak tahu, dijelaskan dalam al-quran seperti mana penjelasan kata sifat yang sesuai bagi menunjukkan sifat kebesaran Allah (al-kabir).

Berbalik kepada topik.

Begitulah juga dengan kepercayaan nenek moyang mereka yang kononnya ada azab kubur. apabila al-quran tidak pernah menjelaskannya, usah kita mempercayai kepercayaan itu lagi.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 1:47 am

gaara wrote:
Quote :
Bukankah saya sudah kemukakan ayat Al Quran berserta no. ayat dan surahnya? Masih buta lagikah dari mana sumber rujukan saya itu?

Kata ikut Al Quran. Maka jadikanlah Al Quran sumber rujukan. Payah sangat ke nak faham itu semua?

janganlah marah sauadara juang...

kan kita tengah bergurau senda nie.... Very Happy

taulah ayat yang saudara bawa tu... tp adalah terjemahan sahaja....

dan maksud@tafsiran "orang2 ummiy" dalam terjemahn tersebut boleh jadi seperti yg saudra juang maksudkan...

dan boleh jadi mcm yg sy maksudkan....

betul x saudara juang... Very Happy
Salam,

Buang karan sahaja saya nak marahkan saudara. Bukan dapat apa pun. Saya hanya nak bagitahu sahaja. Takkanlah nak bagitahu pun tak boleh?

Saya bawakan ayat Al Quran itu untuk menunjukkan apakah erti "buta huruf" atau "tidak menerima Kitab (pagan)" yang lebih sesuai bagi perkataan "ummiy" itu. Yang jelasnya berdasarkan ayat tersebut, erti "tidak menerima Kitab" itu lebih rasional dalam ayat tersebut.
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 1:51 am

Admin wrote:
Salam,

Salain petunjuk dan pembeza, al-quran itu juga menjelaskan. Apa yang kita tidak tahu, dijelaskan dalam al-quran seperti mana penjelasan kata sifat yang sesuai bagi menunjukkan sifat kebesaran Allah (al-kabir).

Berbalik kepada topik.

Begitulah juga dengan kepercayaan nenek moyang mereka yang kononnya ada azab kubur. apabila al-quran tidak pernah menjelaskannya, usah kita mempercayai kepercayaan itu lagi.
Salam,

Sikap tidak boleh menerima kenyataan bahawa dalam Al Quran tidak pernah mengatakan adanya azab kubur itulah yang menyebabkan mereka susah nak percaya.

Untuk hidup berpijak pada bumi yang nyata, kita kena belajar terima kenyataan walaupun pahit. Umpamanya pada hari ini ternyata umat Islam lemah dan ketinggalan sebab pemalas berfikir dan mengkaji ilmu-ilmu Allah. Bila kita sedar diri, maka kita ada inisiatif untuk mengubah keadaan itu.

Dengan kembali kepada Al Quran, kita belajar menerima kenyataan bahawa banyak kepercayaan tradisi kita selama ini tak wujud dalam Al Quran, termasuk kepercayaan bahawa riwayat hadis adalah perincian Al Quran juga tidak pernah disuruh oleh Al Quran. Ia hanya disuruh oleh si polan dan si polan, bukannya Tuhan.
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 1:55 am

Quote :
Berbalik kepada topik.

Begitulah juga dengan kepercayaan nenek moyang mereka yang kononnya ada azab kubur. apabila al-quran tidak pernah menjelaskannya, usah kita mempercayai kepercayaan itu lagi.


kan da di bawa ayat yg menzahirkan azab kubur melalui dua dalil yg pertama...

dalil seterusnya menannti saudara admin.... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 2:04 am

salam,

Telah dipatahkan dengan ayat Al Quran sehingga mereka terpaksa bawa ayat-ayat si polan. Smile
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts : 601
Points : 2999
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 2:04 am

gaara wrote:
Quote :
Berbalik kepada topik.

Begitulah juga dengan kepercayaan nenek moyang mereka yang kononnya ada azab kubur. apabila al-quran tidak pernah menjelaskannya, usah kita mempercayai kepercayaan itu lagi.


kan da di bawa ayat yg menzahirkan azab kubur melalui dua dalil yg pertama...

dalil seterusnya menannti saudara admin.... Very Happy

Salam,

Dua dalil yang tuan kemukakan itu tidak menjelaskan adanya azab kubur. Kalau ada dalil dengan jelas mengatakan adanya azab kubur sepertimana adanya azab di akhirat kelak, bolehlah tuan kemukakan di sini.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 2:13 am

Juang wrote:
salam,

Telah dipatahkan dengan ayat Al Quran sehingga mereka terpaksa bawa ayat-ayat si polan. Smile


bukan dipatahkan saudara juang..

tetapi diputar belitkan....

lol! lol!
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 2:14 am

Quote :
Dua dalil yang tuan kemukakan itu tidak menjelaskan adanya azab kubur. Kalau ada dalil dengan jelas mengatakan adanya azab kubur sepertimana adanya azab di akhirat kelak, bolehlah tuan kemukakan di sini.


bagi saya dua dalil pertama tersebut jelas da....

kalau tak jelas jugak...

kena lah menanti hidayah dariNYA.... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 2:19 am

gaara wrote:
Juang wrote:
salam,

Telah dipatahkan dengan ayat Al Quran sehingga mereka terpaksa bawa ayat-ayat si polan. Smile


bukan dipatahkan saudara juang..

tetapi diputar belitkan....

lol! lol!
Salam,

Kalau diputar-belit, tentu saudara boleh patahkan guna Al Quran, seperti mana Rasulullah patahkan putar-belit ahli-ahli kitab terdahulu guna Al Quran sahaja. Malangnya saudara gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran seperti mana orang-orang kafir terdahulu gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran. Satu keadaan yang paling mengharukan. Smile
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts : 601
Points : 2999
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 2:28 am

gaara wrote:
Quote :
Dua dalil yang tuan kemukakan itu tidak menjelaskan adanya azab kubur. Kalau ada dalil dengan jelas mengatakan adanya azab kubur sepertimana adanya azab di akhirat kelak, bolehlah tuan kemukakan di sini.


bagi saya dua dalil pertama tersebut jelas da....

kalau tak jelas jugak...

kena lah menanti hidayah dariNYA.... Very Happy

Salam,

Kalau dalil-dalil yang tuan kemukakan itu jelas adanya azab kubur, sudah tentu dengan jelas disebut 'azab kubur'.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 2:31 am

Quote :
Kalau diputar-belit, tentu saudara boleh patahkan guna Al Quran, seperti mana Rasulullah patahkan putar-belit ahli-ahli kitab terdahulu guna Al Quran sahaja. Malangnya saudara gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran seperti mana orang-orang kafir terdahulu gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran. Satu keadaan yang paling mengharukan.

saudara juang...

saya tidak ingin menjadi seperti golonagn anti hadis yang menolak hadis ttpi kadang2 terpaksa membenarkan hadis.... (seperti bab aurat tadi)...

kepercayaan saya adalah kepada wahyu Allah iaitu Al-Quran dan Hadis...

jadi tentulah hujah saya berdasarkan keduanya sekali.... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 2:44 am

gaara wrote:
saudara juang...

saya tidak ingin menjadi seperti golonagn anti hadis yang menolak hadis ttpi kadang2 terpaksa membenarkan hadis.... (seperti bab aurat tadi)...

kepercayaan saya adalah kepada wahyu Allah iaitu Al-Quran dan Hadis...

jadi tentulah hujah saya berdasarkan keduanya sekali.... Very Happy
Salam,

Sama ada saudara ingin atau tak ingin jadi golongan anti hadis, itu lantak saudaralah. Yang nyatanya Allah tak pernah sebut pun kisah golongan anti riwayat hadis. Yang berulang-ulang diceritakan dalam Al Quran adalah golongan anti-Kitab Allah.

Jadi saya takut jadi golongan anti-Kitab Allah sebab menjadi golongan tersebut dijanjikan azab neraka. Tidak pernah pula jumpa dalam Al Quran, wujudnya ancaman azab neraka kepada golongan yang tak percaya riwayat hadis nabi-nabi terdahulu yang disandarkan atas nama si polan dan si polan.

Berbalik kepada topik, ternyata Al Quran tidak pernah sebut adanya azab kubur. Malah ayat Al Quran yang saudara kemukakan pun tak mengatakan dengan jelas perkataan "azab kubur". Dan tiada ayat Al Quran kata, "penjelasan pasal azab kubur boleh dirujuk dalam kitab riwayat". Smile
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 2:48 am

Quote :
Sama ada saudara ingin atau tak ingin jadi golongan anti hadis, itu lantak saudaralah. Yang nyatanya Allah tak pernah sebut pun kisah golongan anti riwayat hadis. Yang berulang-ulang diceritakan dalam Al Quran adalah golongan anti-Kitab Allah.

siapa kata takde saudara...

nak saya bawakan tuk tatapan saudara juang.... Very Happy


Quote :
Kalau dalil-dalil yang tuan kemukakan itu jelas adanya azab kubur, sudah tentu dengan jelas disebut 'azab kubur'.

Quote :
Berbalik kepada topik, ternyata Al Quran tidak pernah sebut adanya azab kubur. Malah ayat Al Quran yang saudara kemukakan pun tak mengatakan dengan jelas perkataan "azab kubur". Dan tiada ayat Al Quran kata, "penjelasan pasal azab kubur boleh dirujuk dalam kitab riwayat".


Al-quran kan dalam bahasa arab... takkan wujud kot perkataan bahasa melayu di situ...

lol! lol!
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor


Posts : 601
Points : 2999
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 2:55 am

Salam,

3:56. Bagi orang-orang yang tidak percaya, Aku akan mengazabkan mereka dengan azab yang keras di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong-penolong.

Trans:

Faamma allatheena kafaroo faoAAaththibuhum AAathaban shadeedan fee alddunya waal-akhirati wama lahum min nasireena

Sedangkan dalam ayat di atas dengan jelas disebut azab keras di dunia dan akhirat, takkanlah tiada disebut azab keras di kubur pula. kalau ada, bolehlah tuan kemukakan di sini.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 3:13 am

gaara wrote:
Quote :
Sama ada saudara ingin atau tak ingin jadi golongan anti hadis, itu lantak saudaralah. Yang nyatanya Allah tak pernah sebut pun kisah golongan anti riwayat hadis. Yang berulang-ulang diceritakan dalam Al Quran adalah golongan anti-Kitab Allah.

siapa kata takde saudara...

nak saya bawakan tuk tatapan saudara juang.... Very Happy
Salam,

Bawakanlah saudara. Saya sedia menanti hujah saudara itu. Nak melihat lagi kegagalan saudara seperti gagalnya saudara menunjukkan ayat-ayat Al Quran mengatakan adanya azab kubur.

Quote :
Al-quran kan dalam bahasa arab... takkan wujud kot perkataan bahasa melayu di situ...

lol! lol!
Bukankah perkataan "azab" dan "kubur" itu diambil daripada perkataan Arab? Malangnya kita tak jumpa istilah "azab kubur" digabungkan dalam Al Quran.

Begitulah Allah tunjukkan siri kegagalan orang-orang yang berdusta. Smile
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 3:17 am

Admin wrote:
Salam,

3:56. Bagi orang-orang yang tidak percaya, Aku akan mengazabkan mereka dengan azab yang keras di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong-penolong.

Trans:

Faamma allatheena kafaroo faoAAaththibuhum AAathaban shadeedan fee alddunya waal-akhirati wama lahum min nasireena

Sedangkan dalam ayat di atas dengan jelas disebut azab keras di dunia dan akhirat, takkanlah tiada disebut azab keras di kubur pula. kalau ada, bolehlah tuan kemukakan di sini.
Salam,

Ya. Secara logiknya jika istilah "azab kubur" itu suatu yang diiktiraf oleh Allah, pasti ayat tersebut menyebut "azab yang keras di dunia, di kubur dan di akhirat", barulah lengkap.

Pendusta itu takkan berjaya punya. Bukankah pendusta-pendusta terdahulu sudah ramai yang gagal?

Apa yang disebut dalam ayat 3:56 itu memang terpakai dalam konsep alam persekolahan itu iaitu pelajar yang pemalas menerima "azab" ketika menjawab soalan peperiksaan iaitu susah nak dapat jawapan yang betul (perumpamaan azab di dunia) dan "azab" ketika keputusan SPM keluar iaitu kehampaan dan kekecewaan dapat keputusan yang teruk (perumpamaan azab di akhirat). Tetapi ketika waktu tunggu keputusan SPM keluar, tak rasa "azab" itu lagi sebab belum diputuskan lagi.


Last edited by Juang on Mon Sep 27, 2010 3:21 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 3:17 am

Dalil adanya azab kubur......

Sehingga apabila tiba maut kepada salah seorang di kalangan mereka, berkatalah ia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku dapat mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Bahkan sesungguhnya ia hanya perkataan yang dia ucapkan, sedang di hadapan mereka ada barzakh hingga hari mereka dibangkitkan semula. ( 23:99-100 )


Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan, kan alam kubur tu...

seterusnya ayat berikut menerangkan azab di alam barzkh tersebut....

Mereka didedahkan kepada api neraka pada waktu pagi dan petang, dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang sedahsyat-dahsyatnya!” ( 40:46 )....

Apakah yang dimaksudkan dengan “Mereka didedahkan kepada api neraka pada waktu pagi dan petang”? Ia bermaksud azab sebelum hari kiamat.

Ini kerana ayat selepas itu menyebut, yang maksudnya: “dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang sedahsyat-dahsyatnya!”.

Jelas sekali azab yang pertama ialah azab sebelum kiamat yang dibentangkan kepada mereka pada waktu pagi dan petang, kan azab kubur tu

Sekiranya dikatakan bahawa ayat-ayat al-Quran tidak secara terang menyebut perkataan azab kubur. Kita katakan....

namun al-Sunnah menyebutnya secara jelas, terang dan banyak sehingga ke peringkat mutawatir iaitu keyakinan bahawa ia bersumber daripada Rasulullah s.a.w. tidak dapat disangkal lagi......

kalau betul dapat disangkal...

1. kenape saudara admin dan juang telah membenarkan apa yg terdapt dlm hadis

2. kenape dalam hadis banyak perkara2 ghaib seperti mana terdapt dalam Al-quran..

3. banyk hadis telah dibuktikan melalui sains moden... lalat o lalat...

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 3:33 am

gaara wrote:
Dalil adanya azab kubur......

Sehingga apabila tiba maut kepada salah seorang di kalangan mereka, berkatalah ia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku dapat mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Bahkan sesungguhnya ia hanya perkataan yang dia ucapkan, sedang di hadapan mereka ada barzakh hingga hari mereka dibangkitkan semula. ( 23:99-100 )

Very Happy
Salam,

Masih gagal lagi mengemukakan ayat Al Quran ada menyebut perkataan "azab kubur" atau pun "azab barzakh".

Mari kita renung ayat ini pula;

36:51. Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka.

36:52. Mereka berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah menjanjikan, dan para utusan berkata benar."


Kalau ada manusia diazab di dalam kubur, buat apa mereka nak berteriak mengatakan "celaka" dan mempersoalkan siapa yang bangkitkan mereka daripada tempat tidur (makam). Tetapi sebab kubur adalah tempat berehat sebelum tunggu hari pembalasan, maka logiklah orang-orang kafir berteriak bila tiba hari Pengadilan (Akhirat).

Ini membuktikan tidak wujudnya azab kubur berdasarkan tindak-balas orang-orang kafir bila tiba hari Kiamat itu.

Sudahlah ayat Al Quran yang mereka bawa tak membantu sebagai bukti adanya azab kubur, didatangkan pula ayat Al Quran lain yang menunjukkan kelogikan tiadanya azab kubur. Begitulah balasan kepada orang-orang yang berdusta. Smile
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 3:40 am

Quote :
Masih gagal lagi mengemukakan ayat Al Quran ada menyebut perkataan "azab kubur" atau pun "azab barzakh".

saudara juang...

kenape tak quote hujah2 saya selepas tu...
takut terbongkar rahsia ke....

Quote :
36:51. Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka.

36:52. Mereka berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah menjanjikan, dan para utusan berkata benar."

ayat2 yg saudara bw nie ttg akhirat...

da la paling dgn lebih pun gagal dibezakan..

akhirat dgn barzakh pun tak dpt dibezakan ke.... cian saudara juang nie..

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 3:52 am

gaara wrote:
Quote :
Masih gagal lagi mengemukakan ayat Al Quran ada menyebut perkataan "azab kubur" atau pun "azab barzakh".

saudara juang...

kenape tak quote hujah2 saya selepas tu...
takut terbongkar rahsia ke....

Quote :
36:51. Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka.

36:52. Mereka berkata, "Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah menjanjikan, dan para utusan berkata benar."

ayat2 yg saudara bw nie ttg akhirat...

da la paling dgn lebih pun gagal dibezakan..

akhirat dgn barzakh pun tak dpt dibezakan ke.... cian saudara juang nie..

Very Happy
Salam,

Bila masa pula saya kata ayat itu pasal barzakh. Itu pun susah nak bezakan?

Saya bawakan ayat itu untuk mengatakan ada manusia ketika dibangkitkan pada hari Kiamat mempersoalkan kenapa mereka dibangkitkan daripada tempat tidur mereka. Kalau tempat tidur mereka (kubur) itu suatu yang mengazabkan, buat apa mereka nak marah.?Tetapi yang menyebabkan mereka marah kerana tempat tidur mereka (kubur) itu tidak diazab sehingga mereka sedap tidur di sana. Mereka rasa celaka bila tiba hari Kiamat (yang mereka tahu mereka akan diazab) yang menunjukkan masa kat kubur mereka tidak diazab lagi.

Takkanlah semudah itu tak boleh nak fikirkan?
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana


Posts : 1003
Points : 3364
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 3:57 am

Quote :
Bila masa pula saya kata ayat itu pasal barzakh. Itu pun susah nak bezakan?

Saya bawakan ayat itu untuk mengatakan ada manusia ketika dibangkitkan pada hari Kiamat mempersoalkan kenapa mereka dibangkitkan daripada tempat tidur mereka. Kalau tempat tidur mereka (kubur) itu suatu yang mengazabkan, buat apa mereka nak marah.?Tetapi yang menyebabkan mereka marah kerana tempat tidur mereka (kubur) itu tidak diazab sehingga mereka sedap tidur di sana. Mereka rasa celaka bila tiba hari Kiamat (yang mereka tahu mereka akan diazab) yang menunjukkan masa kat kubur mereka tidak diazab lagi.


saudara nie da khatam bab kubur ke blum nie....

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 4:06 am

gaara wrote:

saudara nie da khatam bab kubur ke blum nie....

Very Happy
Salam,

Tiada istilah khatam bab kubur dalam Al Quran seperti tiada disebut pun tentang azab kubur di dalam Al Quran. Orang-orang musyrik sahaja suka mengada-adakan. Smile
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Today at 7:31 pm

Back to top Go down
 
Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........
View previous topic View next topic Back to top 
Page 5 of 8Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
 Similar topics
-
» apakah azab kubur itu ada?
» Inilah kebesaran ALLAH yang Nyata, VIDEO> KESAKSIAN KEAJAIBAN MASJID-MASJID DI ACEH PASCA TSUNAMI
» meyakini weton (hari lahir) sebagai hari kesialan
» cara meringankan siksa kubur
» riba dan bunga bank

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: