HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 
Share | 
 
 Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
AuthorMessage
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Wed Sep 01, 2010 2:59 am

First topic message reminder :

ALAM BARZAKH

Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh.

Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.

Barzakh dari sudut istilah pula ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat. Beberapa Ayat al-Quran Yang Menyatakan Azab Kubur

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)

Menurut Abu Sa‘id al-Khudri dan Abdullah bin Mas‘ud Radhdiallahu ‘anhum perkataan اكنض (yang sempit) adalah azab kubur. Inilah pendapat yang shahih.

“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (40: 46)

Sebahagian ulama’ menjadikan ayat di atas sebagai dalil sabitnya azab kubur. Pendapat ini disepakati oleh Mujahid, ‘Akramah, Muqatil dan Muhammad bin Ka‘ab. Ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa azab kubur itu berlaku di alam barzakh. (Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, al-Qurtubi: 8/4415-4416)

Imam Ibn Kathir ad-Dimsyaqi menyatakan bahawa Ahli Sunnah menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang kukuh berlakunya azab kubur di alam barzakh.

“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain daripada azab yang tersebut”. (Surah At-Thuur: 47)
Al-Qurtubi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa azab itu adalah azab kubur. (At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirat: 152 & Al-Qurtubi: 9/4786).

“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Kiamat)! (Surah at-Takathur: 1-3)

Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa surah ini mengandungi perkataan-perkataan tentang azab kubur. Oleh itu beriman dengannya adalah wajib. Inilah pegangan ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. (At-Tazkirah: 152 & al-Qurtubi: 10/5540-5541)

Beberapa Hadis-Hadis Yang Menunjukkan Sabitnya Azab Kubur

Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)
Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Imam Muslim: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis riwayat Muslim)

Maka jelas daripada segala ayat al-Quran dan hadis yang shahih di atas bahawa azab kubur adalah benar dan sekalian umat Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya pula adalah ditakuti rosak akidahnya.

Mari kita memperbanyakkan amal kita.........

Last edited by gaara on Mon Sep 06, 2010 1:37 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile

AuthorMessage
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sat Sep 25, 2010 1:11 am

Salam.....

soalnya apakah kitab2 tersebut hanya bermaksud Al-quran, Zabur, Taurat dan Injil sahaja...

tentu lah tidak.....

untuk buktinya sekali lagi kita renung2 ayat di bawah....

Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur. [an-Nisaa’ 4:163]

daripada ayat di atas kita dapat fahami....

Wahyu diturunkan dalam dua bentuk, pertama dalam bentuk kitab seperti Taurat, Zabur, Injil dan al-Qur’an. Kedua adalah wahyu yang diturunkan bukan dalam bentuk kitab, seperti yang Allah berikan kepada Nabi-nabi yang tidak diturunkan kitab suci – antaranya Adam, Nuh, Lut dan ramai lagi.

Di antara para Rasul ada yang menerima kedua-dua bentuk wahyu, antaranya ialah Nabi Isa alaihi-salam iaitu Injil dan suhuf dan Nabi Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam iaitu Al-quran dan Hadis......

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor

Posts : 601
Points : 2996
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sat Sep 25, 2010 2:00 am

Salam,

Nabi menerima wahyu lalu dibaca dan ditulis menjadi kitab al-quran.

10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."

Dalam ayat di atas, nabi juga takut untuk menukar al-quran itu dengan kemahuannya sendiri. Apatah lagi nak menambah-nambah kitab2 riwayat hadis. Nabi juga tidak mengikuti apa-apa kecuali apa yang diwahyukan kepadanya yang ada dalam al-quran.

Pada pendapat saya, nabi-nabi lain yang menerima wahyu yang tidak ditulis untuk dijadikan kitab membaca wahyu tersebut secara langsung kepada orang lain.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sat Sep 25, 2010 2:10 am

Quote :
Pada pendapat saya, nabi-nabi lain yang menerima wahyu yang tidak ditulis untuk dijadikan kitab membaca wahyu tersebut secara langsung kepada orang lain.

begitu juga halnya dengan Al-quran dan Hadis pada mulanya saudara admin....

pada mulanya kedua wahyu tersebut mmg dibacakan terus kepada orang lain....

dan bila mereka2 yang hafaz Al-quran dan Hadis makin berkurangn maka ia mula dibukukan....

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor

Posts : 601
Points : 2996
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sat Sep 25, 2010 2:32 am

gaara wrote:
Quote :
Pada pendapat saya, nabi-nabi lain yang menerima wahyu yang tidak ditulis untuk dijadikan kitab membaca wahyu tersebut secara langsung kepada orang lain.

begitu juga halnya dengan Al-quran dan Hadis pada mulanya saudara admin....

pada mulanya kedua wahyu tersebut mmg dibacakan terus kepada orang lain....

dan bila mereka2 yang hafaz Al-quran dan Hadis makin berkurangn maka ia mula dibukukan....

Very Happy

Salam,

Nabi terima wahyu lalu dibacakan dan ditulis menjadi kitab al-quran. semua wahyu yang nabi terima terdapat dalam al-quran.

4:82. Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka mendapati di dalamnya banyak perselisihan.

Ayat di atas jelas, jika al-quran itu bukan daripada Allah tentu banyak perselisihan.

Dan, riwayat-riwayat hadis yang ditulis oleh si polan bin si polan ternyata berselisih antara satu sama lain sebab ia sebenarnya bukan wahyu dari Allah.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sat Sep 25, 2010 2:53 am

Quote :
Nabi terima wahyu lalu dibacakan dan ditulis menjadi kitab al-quran. semua wahyu yang nabi terima terdapat dalam al-quran.

ini adalah andaian saudara semata mata tanpa dalil Al-quran yang sah....

Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor

Posts : 601
Points : 2996
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sat Sep 25, 2010 2:56 am

gaara wrote:
Quote :
Nabi terima wahyu lalu dibacakan dan ditulis menjadi kitab al-quran. semua wahyu yang nabi terima terdapat dalam al-quran.

ini adalah andaian saudara semata mata tanpa dalil Al-quran yang sah....

Salam,

Tuan boleh rujuk topik "Nabi bukan buta huruf".
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sat Sep 25, 2010 3:08 am

Salam....

ye saudara admin....

saya ingat lagi permintaan saya...

mana die ayat yang yang mengatakan nabi tulis wahyu....

yang ada hanya lah keadaan sebelum turun wahyu.....

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Admin
Canselor
Canselor

Posts : 601
Points : 2996
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sat Sep 25, 2010 3:15 am

gaara wrote:
Salam....

ye saudara admin....

saya ingat lagi permintaan saya...

mana die ayat yang yang mengatakan nabi tulis wahyu....

yang ada hanya lah keadaan sebelum turun wahyu.....

Very Happy

Salam,

Dalam topik tersebut, saya sudah tunaikan permintaan tuan. kalau tuan tidak bersetuju dengan jawapan saya, itu terpulanglah kepada tuan.
Back to top Go down
View user profile http://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 12:10 am

3:185. Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan mendapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan.

Salam,

Ayat di atas menunjukkan lagi pembalasan dilakukan pada Hari Kiamat. Sama konsepnya dengan pembalasan kepada pelajar sekolah adalah ketika hari keputusan peperiksanaan dikeluarkan, bukannya ketika proses menunggu keputusan tersebut.

Ayat-ayat Tuhan tidak lari dengan perkara-perkara yang terpakai secara umum dalam kehidupan. Ayat-ayat si polan bin si polannya sahaja dipakai oleh mereka yang taksub membuta-tuli pada si polan tersebut.

Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 3:09 am

Quote :
Dalam topik tersebut, saya sudah tunaikan permintaan tuan. kalau tuan tidak bersetuju dengan jawapan saya, itu terpulanglah kepada tuan.

salam...

sebagai akhirnya dalam bab nabi ummi ini....

ia sebenarnya adalah khilaf dikalangan para ulamak....

ini dalil ulamak yang mengatakan nabi tidak ummi....

1. Nabi adalah daripada golongan bangsawan (datuk Nabi pula pembesar Makkah pada waktu itu), adakah logik seorang datuk yang terpelajar tidak dapat memberi sekurang-kurangnya pendidikan asas (membaca, menulis dan mengira) kepada cucu kesayangannya?

2. Adakah Nabi sebagai pemimpin agung sepanjang zaman, seorang yang buta huruf? Sedangkan pada masa kini seorang yang buta huruf sangat rendah kedudukannya, dipandang hina, hendak minta kerja pun susah.

3. Inikan pula seorang pemimpin agung, bukankah ini menunjukkan sifat kelemahan dan kehinaan pada diri Nabi, sedangkan Nabi terpelihara dari semua sifat-sifat itu.

4. Nabi pernah dilantik sebagai hakim dan digelar al-amin. Adakah seorang yang buta huruf, boleh dilantik sebagai hakim, sedangkan pada masa itu Makkah mempunyai sistem pemerintahan sendiri.

ini pulak dalil ulamak yang mengtakan nabi ummi...

Rasulullah memang ummi berdasarkan firman Allah SWT sendiri dan sejarah yang kita baca. Allah berfirman:

“Orang-orang yang mengikuti Rasul, seorang nabi yang ummi yang mereka temukan (namanya) tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada pada mereka, yang menyuruh mereka kepada yang maaruf dan melarang mereka dari yang mungkar, yang menghalalkan bagi mereka semua yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya, dan mengikuti cahaya yang diturunkan kepadanya. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Q S Al-A’raaf: 157)

Ummi membawa makna buta huruf tidak boleh menulis, membaca dan mengira.

Berkata Al-Marwadi: "Bila ditanyakan: apakah bentuk karunia dalam hal diutusnya seorang Nabi yang ummi? Maka jawabnya adalah ada tiga bentuk. Pertama: Untuk menunjukkan sesuainya keadaan dia dengan kabar dari nabi-nabi sebelumnya.

Kedua: Agar keadaannya sesuai dengan keadaan mereka (kaumnya) sehingga lebih memungkinkan diterima.

Ketiga: Untuk menghindari buruk sangka dalam mengajarkan apa-apa yang didakwahkannya berupa kitab yang dia baca dan hikmah-hikmah yang dia sampaikan." Menurut pendapatku, semua itu merupakan dalil mukjizatnya dan bukti kenabiannya.

jadi saya tidak berminat untuk melanjutkan hal tersebut...

kerana ia adalah khilaf dikalangan ulamak pewaris nabi....

jadi janganlah kita angkat diri kita setaraf dengan ulamak ataupun melebihi mereka...

ASSALAMUA'LAIKUM..
Very Happy
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 4:17 am

Kalau saya, saya tidak teringin langsung untuk mengangkat diri bersama-sama, apatah lagi lebih tinggi dari ulamak-ulamak tuan. Saya tidak mahu menjadi seorang manusia yang menyekutukan Tuhan apatah lagi menjadi di kalangan mereka yang mempromosikannya.

Ummiy bukan bermaksud buta huruf. Ummiy bermaksud pagan. Malangnya tidak ada perkataan dalam Bahasa Melayu yang merujuk kepada pagan.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 1:42 pm

Quote :
Ummiy bukan bermaksud buta huruf. Ummiy bermaksud pagan. Malangnya tidak ada perkataan dalam Bahasa Melayu yang merujuk kepada pagan.

itulah maksud saya...

puak2 akal nie profesor serba tau....

sebenarnya tak wujud perkataan ciptaan puak akal nie dlm kamus bahasa melayu.......

tetapi carian di internet membawa maksud yg berikut:

Pagan (dari perkataan Latin paganus, bermaksud "penduduk kampung") adalah istilah umum yang digunakan untuk merujuk amalan kerohanian di Eropah sebelum kedatangan Kristian. Dengan kata lain, istilah ini digunakan untuk tradisi kepercayaan kepada banyak tuhan, dewa dan dewi atau agama masyarakat jahiliyah dari kaca mata barat atau Kristian. Istilah ini mempunyai pelbagai maksud dari perspektif barat. Ia mempunyai konotasi kepercayaan pelbagai tuhan, kerohanian, dan amalan animistik atau kebomohan.

para nabi telah dipelihara oleh Allah semenjak mereka masih kecil lagi...

jadi amat tidak sesuai merujuk kepada nabi yang ummi dalam ayat di atas...

Very Happy
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 2:34 pm

Yang dimaksudkan sebagai pagan adalah kaum nabi, bukannya nabi.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 3:36 pm

Quote :
Yang dimaksudkan sebagai pagan adalah kaum nabi, bukannya nabi.

tapi ayat tersebut merujuk kepada nabi dan bukan kaum nabi.......

dan dengan sendirinya tertolak la hujah saudara yang mengatakan nabi ummi @ pagan..

yang betulnya nabi ummi @ buta huruf menurut kebanyakkan ulamak...

lol! lol!
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 7:03 pm

gaara wrote:
Quote :
Yang dimaksudkan sebagai pagan adalah kaum nabi, bukannya nabi.

tapi ayat tersebut merujuk kepada nabi dan bukan kaum nabi.......

dan dengan sendirinya tertolak la hujah saudara yang mengatakan nabi ummi @ pagan..

yang betulnya nabi ummi @ buta huruf menurut kebanyakkan ulamak...

lol! lol!

Salam,

Saya tidak perlu membelenggu diri saya kepada ajaran kebanyakan ulama atau semua ulamak sekali pun. Tidak ada ketetapan Tuhan yang menetapkan supaya saya berbuat demikian. Kitab Tuhan sebenarnya telah melepaskan saya dari kepercayaan yang pada hakikatnya tidak lain hanyalah bebanan dan penutup yang membelenggu hidup tanpa sebarang manfaat.

Berbalik kepada ayat 7:157-158, saya faham begini.

--> 7:157 Mereka yang mengikut rasul, nabi, yang pagan yang mereka dapati termaktub bersama mereka di dalam Taurat dan Injil yang menetapkan kepada mereka kebaikan dan melarang mereka kejahatan dan membenarkan kepada mereka benda-benda yang baik dan melarang mereka benda-benda yang kotor dan membebaskan mereka dari beban-beban mereka dan apa yang menutupi mereka – maka siapa yang percaya kepadanya, menghormatinya dan membantunya dan mengikuti cahaya yang telah diturunkan bersamanya, mereka inilah yang mendapat kejayaan.

--> 7:58 Katakan: Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah utusan Tuhan kepada kamu semua, yang milikNya kerajaan di langit dan di bumi – tiada Tuhan melainkan Dia. Dia yang menghidupkan dan yang menyebabkan kematian maka percayalah kepada Tuhan dan rasul, nabi, yang pagan yang percaya kepada Tuhan dan kalimat-kalimatNya, dan ikutilah dia supaya kamu berada di jalan yang lurus.

Tafsiran saya:

Ayat 7:157 sebenarnya menyuruh kita supaya mengikuti rasul atau nabi atau mereka dari kalangan pagan yang telah faham dan percaya kepada Kitab Tuhan samada ia Taurat atau pun Injil (perhatikan ayat 7:157 ini berada di antara ayat-ayat yang bercerita tentang Nabi Musa - jadi sudah tentu dalam konteks perbincangan kita hari ini, Al-Quran juga menjadi Kitab yang relevan kepada ayat) - yang mana di dalam Kitab-KitabNya Tuhan telah menggariskan apa yang baik dan apa yang buruk, apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang yang mana ia membebaskan manusia dari bebanan dan penutup yang tidak membawa sebarang manfaat. Tuhan kata jika kita percaya, hormat, membantu dan mengikuti cahaya yang telah turun bersamanya (tidak kira samada orang yang dimaksudkan itu seorang rasul, nabi atau pun mereka dari kalangan pagan) - maka kita adalah dari kalangan orang-orang yang berjaya.

Dalam ayat 7:158 ia adalah seruan oleh Rasul yang mengulang perkara yang sama dalam 7:157 supaya kita percaya kepada Tuhan, rasul, nabi atau sesiapa saja dari kalangan pagan yang telah percaya kepada Tuhan dan kalimat-kalimatNya.

Transliterasi:

--> 7:157 Allatheena yattabiAAoona alrrasoola alnnabiyya al-ommiyya allathee yajidoonahu maktooban AAindahum fee alttawrati waal-injeeli ya/muruhum bialmaAAroofi wayanhahum AAani almunkari wayuhillu lahumu alttayyibati wayuharrimu AAalayhimu alkhaba-itha wayadaAAu AAanhum israhum waal-aghlala allatee kanat AAalayhim faallatheena amanoo bihi waAAazzaroohu wanasaroohu waittabaAAoo alnnoora allathee onzila maAAahu ola-ika humu almuflihoona

--> 7:158 Qul ya ayyuha alnnasu innee rasoolu Allahi ilaykum jameeAAan allathee lahu mulku alssamawati waal-ardi la ilaha illa huwa yuhyee wayumeetu faaminoo biAllahi warasoolihi alnnabiyyi al-ommiyyi allathee yu/minu biAllahi wakalimatihi waittabiAAoohu laAAallakum tahtadoona
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 8:08 pm

Quote :
Ayat 7:157 sebenarnya menyuruh kita supaya mengikuti rasul atau nabi atau mereka dari kalangan pagan yang telah faham dan percaya kepada Kitab Tuhan samada ia Taurat atau pun Injil

betul ke pemahaman saudara nie...

kan pagan tu tidak merujuk kepada sesiapa.....

Pagan (dari perkataan Latin paganus, bermaksud "penduduk kampung") adalah istilah umum yang digunakan untuk merujuk amalan kerohanian di Eropah sebelum kedatangan Kristian. Dengan kata lain, istilah ini digunakan untuk tradisi kepercayaan kepada banyak tuhan, dewa dan dewi atau agama masyarakat jahiliyah dari kaca mata barat atau Kristian.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 8:28 pm

gaara wrote:
Quote :
Ayat 7:157 sebenarnya menyuruh kita supaya mengikuti rasul atau nabi atau mereka dari kalangan pagan yang telah faham dan percaya kepada Kitab Tuhan samada ia Taurat atau pun Injil

betul ke pemahaman saudara nie...

kan pagan tu tidak merujuk kepada sesiapa.....

Pagan (dari perkataan Latin paganus, bermaksud "penduduk kampung") adalah istilah umum yang digunakan untuk merujuk amalan kerohanian di Eropah sebelum kedatangan Kristian. Dengan kata lain, istilah ini digunakan untuk tradisi kepercayaan kepada banyak tuhan, dewa dan dewi atau agama masyarakat jahiliyah dari kaca mata barat atau Kristian.

Salam,

Pagan kalau dirujuk kepada seseorang maknanya seseorang yang tidak pernah mendapat sinaran wahyu - maknanya dia adalah seseorang berpegang kepada kepercayaan yang tidak bersandar kepada petunjuk Tuhan tetapi hanya menuruti kepercayaan turun temurun. Bangsa Eropah dan orang Eropah adalah pagan (ummiy) sebelum sampai kepada mereka Kitab Tuhan. Orang Arab adalah pagan (ummiy) sebelum sampai kepada mereka Kitab Tuhan. Orang Melayu juga pagan (ummiy) sebelum sampai kepada mereka Kitab Tuhan. Selepas Kitab Tuhan sampai kepada mana-mana bangsa atau seseorang dan mereka atau dia tidak mahu percaya atau menolak untuk percaya dan menutup kebenaran maka barulah mereka digelar kafir.

Malangnya istilah pagan yang merujuk kepada bangsa atau manusia yang berpegang kepada kepercayaan sebelum sampainya Kitab Tuhan kepada mereka tidak terdapat dalam perbendaharaan kata Melayu. Mereka memborong semuanya sebagai kafir saja.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 9:27 pm

Quote :
Pagan kalau dirujuk kepada seseorang maknanya seseorang yang tidak pernah mendapat sinaran wahyu - maknanya dia adalah seseorang berpegang kepada kepercayaan yang tidak bersandar kepada petunjuk Tuhan tetapi hanya menuruti kepercayaan turun temurun. Bangsa Eropah dan orang Eropah adalah pagan (ummiy) sebelum sampai kepada mereka Kitab Tuhan. Orang Arab adalah pagan (ummiy) sebelum sampai kepada mereka Kitab Tuhan. Orang Melayu juga pagan (ummiy) sebelum sampai kepada mereka Kitab Tuhan. Selepas Kitab Tuhan sampai kepada mana-mana bangsa atau seseorang dan mereka atau dia tidak mahu percaya atau menolak untuk percaya dan menutup kebenaran maka barulah mereka digelar kafir.

dari mana saudara dapat tafsiran ini...

sedangkan istilah pagan itu sendiri tidak merujuk pada mana2 individu...
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 9:52 pm

gaara wrote:
Quote :
Pagan kalau dirujuk kepada seseorang maknanya seseorang yang tidak pernah mendapat sinaran wahyu - maknanya dia adalah seseorang berpegang kepada kepercayaan yang tidak bersandar kepada petunjuk Tuhan tetapi hanya menuruti kepercayaan turun temurun. Bangsa Eropah dan orang Eropah adalah pagan (ummiy) sebelum sampai kepada mereka Kitab Tuhan. Orang Arab adalah pagan (ummiy) sebelum sampai kepada mereka Kitab Tuhan. Orang Melayu juga pagan (ummiy) sebelum sampai kepada mereka Kitab Tuhan. Selepas Kitab Tuhan sampai kepada mana-mana bangsa atau seseorang dan mereka atau dia tidak mahu percaya atau menolak untuk percaya dan menutup kebenaran maka barulah mereka digelar kafir.

dari mana saudara dapat tafsiran ini...

sedangkan istilah pagan itu sendiri tidak merujuk pada mana2 individu...

Salam,

Ia hanyalah mengenai istilah atau perkataan dalam sesuatu bahasa. Pagan adalah istilah umum yang boleh dirujuk pada masyarakat, bangsa atau pun individu.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 9:56 pm

3:20. Maka jika mereka mendebat kamu, katakanlah, "Aku menundukkan wajahku (mukaku / kehendakku) kepada Allah, dan sesiapa yang mengikuti aku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang diberi al-Kitab, dan orang-orang ummiy, "Sudahkah kamu tunduk patuh?" Jika mereka tunduk patuh, mereka mendapat petunjuk yang benar, dan jika mereka berpaling, maka bagi kamu hanyalah untuk menyampaikan; dan Allah melihat hamba-hamba-Nya.

Salam,

Ayat di atas menguatkan lagi erti ummiy adalah orang-orang yang pagan (sebelum terima Kitab).

Orang-orang yang diberikan Kitab. Selainnya (lawannya) adalah orang-orang yang tidak diberikan Kitab (ummiy).

Lainlah pada ayat yang di"bold"kan itu menyebut "orang-orang yang tahu membaca Kitab, dan orang-orang yang ummiy", maka kita nampaklah perkaitan ummiy itu dengan tidak tahu membaca.

Hebat betullah Al Quran. Smile
Back to top Go down
View user profile
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 9:56 pm

Quote :
Ia hanyalah mengenai istilah atau perkataan dalam sesuatu bahasa. Pagan adalah istilah umum yang boleh dirujuk pada masyarakat, bangsa atau pun individu.

tetapi pagan adalah istilah umum yang digunakan untuk merujuk amalan dan bukannya seperti dakwaan saudara....

jadi jangan syok dengan tafsiran sendiri saudara..
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 10:04 pm

gaara wrote:
Quote :
Ia hanyalah mengenai istilah atau perkataan dalam sesuatu bahasa. Pagan adalah istilah umum yang boleh dirujuk pada masyarakat, bangsa atau pun individu.

tetapi pagan adalah istilah umum yang digunakan untuk merujuk amalan dan bukannya seperti dakwaan saudara....

jadi jangan syok dengan tafsiran sendiri saudara..
Salam,

Yang mengatakan ummiy = buta huruf itu tak terasa pula mereka syok sendiri? Sudahlah tiada sokongan ayat-ayat Al Quran.

Sekurang-kurangnya yang kata ummiy = pagan = tidak diberikan Kitab itu ada juga buktinya iaitu pada ayat 3:20.
Back to top Go down
View user profile
tolokminda
Sarjana
Sarjana

Posts : 627
Points : 2962
Reputation : 1
Join date : 2010-07-29

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Sun Sep 26, 2010 10:05 pm

gaara wrote:
Quote :
Ia hanyalah mengenai istilah atau perkataan dalam sesuatu bahasa. Pagan adalah istilah umum yang boleh dirujuk pada masyarakat, bangsa atau pun individu.

tetapi pagan adalah istilah umum yang digunakan untuk merujuk amalan dan bukannya seperti dakwaan saudara....

jadi jangan syok dengan tafsiran sendiri saudara..

Salam,

Tidak syok sendiri. Memang itulah hakikatnya. Pagan boleh dirujuk kepada bangsa, individu, masyarakat malah amalan mereka juga.

Misalnya cuba tuan fikirkan karangan ringkas di bawah.

Bangsa ABC di pergunungan itu adalah bangsa pagan. Belum pernah sampai di kalangan mereka Kitab Tuhan. Sepertimana bangsanya, Gaarak Tumbu juga merupakan seorang pagan dan beliau sering dilihat melakukan amalan-amalan pagan yang menjadi tradisi bangsanya itu.
Back to top Go down
View user profile http://www.tolokminda.wordpress.com
gaara
Sarjana
Sarjana

Posts : 1003
Points : 3361
Reputation : 1
Join date : 2010-07-24
Location : Malaysia

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 12:39 am

Quote :
Tidak syok sendiri. Memang itulah hakikatnya. Pagan boleh dirujuk kepada bangsa, individu, masyarakat malah amalan mereka juga.

Misalnya cuba tuan fikirkan karangan ringkas di bawah.

Bangsa ABC di pergunungan itu adalah bangsa pagan. Belum pernah sampai di kalangan mereka Kitab Tuhan. Sepertimana bangsanya, Gaarak Tumbu juga merupakan seorang pagan dan beliau sering dilihat melakukan amalan-amalan pagan yang menjadi tradisi bangsanya itu.

kamus mana yang saudara rujuk tuk hal nie....

dr td nak tau nie...

kamus akal ka, kamus orientalis barat ka....

sebab yg pasti dalam kamus bahasa melayu memang tiada.... Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Juang
Sarjana
Sarjana

Posts : 1397
Points : 3808
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Mon Sep 27, 2010 12:50 am

Salam,

Yang nyatanya berdasarkan ayat 3:20, menguatkan lagi erti ummiy ialah "tidak diberikan Kitab", bukannya buta huruf. Hanya golongan buta kayu sahaja tidak dapat memahami ayat semudah itu. Smile
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content

PostSubject: Re: Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........   Today at 1:42 pm

Back to top Go down
 
Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........
View previous topic View next topic Back to top 
Page 4 of 8Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
 Similar topics
-
» apakah azab kubur itu ada?
» Inilah kebesaran ALLAH yang Nyata, VIDEO> KESAKSIAN KEAJAIBAN MASJID-MASJID DI ACEH PASCA TSUNAMI
» meyakini weton (hari lahir) sebagai hari kesialan
» cara meringankan siksa kubur
» riba dan bunga bank

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Islam-
Jump to: