HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 31 on Tue Apr 07, 2015 6:15 pm
Top posters
Juang
 
gaara
 
tolokminda
 
Admin
 
othman
 
faried
 
iltizam
 
masterpiece7070
 
lia
 
Payau Putih
 

Share | 
 

 Kerajaan yang baik

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana


Posts : 1397
Points : 3811
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 39

PostSubject: Kerajaan yang baik   Sun Sep 05, 2010 8:12 am

Dalam senario politik negara akhir-akhir ini, sering kita dengar cerita perebutan kuasa yang tidak menyenangkan. Demi mengejar kuasa, macam-macam cara digunakan termasuk alat fitnah-memfitnah dan memburuk-burukkan peribadi musuh politik.

Dalam masyarakat Melayu, isu biasa yang digunakan dalam perebutan kuasa adalah tentang "kerajaan yang Islamik" selain isu keadilan, kronisme dan rasuah. Hendak mencari salah orang yang memegang kuasa, memang senang. Tetapi kalau kita merenung diri, baru diberi amanah untuk memimpin diri sendiri pun ramai yang sudah hanyut, janganlah hanya tahu nak salahkan pemimpin sahaja. Nak kawal hati daripada perasaan angkuh dan berbangga diri dengan amalan tradisi pun sudah gagal, ada hati nak perintah dunia. Sebab itulah kita lihat Allah naikkan bangsa-bangsa yang paling kurang rasa angkuhnya dengan kepercayaan tradisi untuk memerintah dunia. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Secara umumnya, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang baik. Kerajaan yang baik bukannya kerajaan yang suka memberikan subsidi sehingga rakyat jadi pemalas dan naik lemak. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang membuka peluang kepada rakyat untuk memajukan diri masing-masing mengguna kreativiti masing-masing. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang sanggup mendengar semua pandangan rakyatnya. Sebagai mana kerajaan Nabi Sulaiman, suara semut dan burung hud-hud pun didengarinya. Betapa rendah dirinya si pemimpin itu.

Selain itu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang adil iaitu bertindak kena pada tempatnya. Seperti mana kisah perjalanan Raja Zulkarnain yang mana jika rakyatnya di bawah pemerintahannya berperangai kotor seperti lumpur hitam, maka dia dibenarkan bertindak memerangi mereka. Tetapi jika rakyatnya bijak bestari seperti dipancari cahaya matahari, maka dia memberi ruang rakyat itu berkreativiti. Dan seandainya ada rakyatnya diganggu oleh musuh, kerajaan itu turut sama-sama membina tembok.

Dalam Al Quran, ada juga contoh kerajaan yang buruk seperti kerajaan Firaun di zaman Nabi Musa yang angkuh dan membiarkan rakyatnya hidup berpecah-belah (menggunakan dasar pecah dan perintah). Kita diajar melalui buku sejarah kononnya dahulu pihak Inggeris menggunakan dasar pecah dan perintah ketika menjajah Tanah Melayu. Hari ini kita telah lama merdeka. Jika kita masih pecah-belahkan rakyat, apa bezanya kita dengan pihak Inggeris dikutuk itu?
Back to top Go down
View user profile
 
Kerajaan yang baik
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» cara bercerai yang baik
» bisakah kafir yang baik masuk surga?
» Yin-Yang meridians & the hand!
» bagaimana cara ibadah puasa dalam agama kristen?
» orang yang merugi di akhirat

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Politik-
Jump to: