E-Minda
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  InfoInfo  
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Link Pilihan
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests

None

Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm
Top posters
Juang
Pengaturcaraan Komputer Vote_lcapPengaturcaraan Komputer Voting_barPengaturcaraan Komputer Vote_rcap 
gaara
Pengaturcaraan Komputer Vote_lcapPengaturcaraan Komputer Voting_barPengaturcaraan Komputer Vote_rcap 
tolokminda
Pengaturcaraan Komputer Vote_lcapPengaturcaraan Komputer Voting_barPengaturcaraan Komputer Vote_rcap 
Admin
Pengaturcaraan Komputer Vote_lcapPengaturcaraan Komputer Voting_barPengaturcaraan Komputer Vote_rcap 
othman
Pengaturcaraan Komputer Vote_lcapPengaturcaraan Komputer Voting_barPengaturcaraan Komputer Vote_rcap 
faried
Pengaturcaraan Komputer Vote_lcapPengaturcaraan Komputer Voting_barPengaturcaraan Komputer Vote_rcap 
iltizam
Pengaturcaraan Komputer Vote_lcapPengaturcaraan Komputer Voting_barPengaturcaraan Komputer Vote_rcap 
masterpiece7070
Pengaturcaraan Komputer Vote_lcapPengaturcaraan Komputer Voting_barPengaturcaraan Komputer Vote_rcap 
lia
Pengaturcaraan Komputer Vote_lcapPengaturcaraan Komputer Voting_barPengaturcaraan Komputer Vote_rcap 
Payau Putih
Pengaturcaraan Komputer Vote_lcapPengaturcaraan Komputer Voting_barPengaturcaraan Komputer Vote_rcap 

 

 Pengaturcaraan Komputer

Go down 
4 posters
AuthorMessage
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6719
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Pengaturcaraan Komputer Empty
PostSubject: Pengaturcaraan Komputer   Pengaturcaraan Komputer EmptySun Jul 25, 2010 5:41 pm

Pengaturcaraan komputer adalah proses menulis arahan yang boleh difahami oleh sistem komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas. Mengaturcara sebuah komputer boleh dilaksanakan dalam salah satu daripada beberapa jenis bahasa komputer daripada bahasa aras tertinggi hingga ke bahasa aras bawah (bahasa mesin yang mengawal secara terus sesuatu perkakasan komputer).

Pengaturcaraan komputer adalah satu bahagian daripada displin terbesar yang dikenali sebagai kejuruteraan perisian yang mengandungi beberapa aspek yang berbeza dalam membina perisian seperti mereka-bentuk, pengstrukturan dan pengawalan kualiti.

Tujuan pengaturcaraan adalah untuk mencipta sebuah program yang boleh melaksanakan sesuatu tugas yang diinginkan. Process untuk menulis kod arahan komputer selalunya memerlukan kepakaran dalam pelbagai bidang dan subjek yang berbeza termasuk pengetahuan dalam aplikasi domain, kemahiran algoritma dan logik.

Seperti kemahiran-kemahiran lain, menulis arahan komputer mempunyai nilai keseniannya yang tersendiri yang memerlukan ketekunan untuk menghasilkan sebuah program yang baik dan berkualiti. Kebiasaannya mutu sesebuah program atau perisian itu dilihat dari segi kemampuan ia menyelesaikan sesuatu masalah dan melaksanakan sesuatu fungsi dengan cepat dan tepat serta program itu mudah digunakan oleh kebanyakan peringkat pengguna komputer.
Back to top Go down
Admin
Canselor
Canselor
Admin


Posts : 601
Points : 5907
Reputation : 1
Join date : 2010-07-22
Location : Selangor

Pengaturcaraan Komputer Empty
PostSubject: Re: Pengaturcaraan Komputer   Pengaturcaraan Komputer EmptySun Jul 25, 2010 6:12 pm

Salam Juang,

Apakah kelayakan atau kemahiran yang perlu dipelajari dalam pengaturcaraan komputer ini? Apakah jika kita mahir dalam pengaturcaraan komputer ini, kita boleh mencipta perisian sendiri?
Back to top Go down
https://eminda.forumotion.com
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6719
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Pengaturcaraan Komputer Empty
PostSubject: Re: Pengaturcaraan Komputer   Pengaturcaraan Komputer EmptySun Jul 25, 2010 6:34 pm

Salam Admin,

Seperti bidang-bidang kemahiran lain, pertama perlu ada minat yang mendalam. Selepas itu kita perlu tahu pasal asas komputer, logik dan aritmetik. Kemudian berkenalan dengan beberapa jenis bahasa komputer dan cuba pilih salah satu bahasa untuk kita faham konsep membina aturcara.

Perumpamaan pengaturcaraan komputer ini seperti kita bermain lego. Dalam permainan lego, kita gabungkan bentuk-bentuk tertentu untuk menghasilkan sesuatu objek mengikut kreativiti kita sendiri. Dalam pengaturcaraan, kita susun jujukan arahan dan modul-modul untuk membina sebuah program atau perisian mengikut kreativiti sendiri.

Ya, apabila kita faham asas pengaturcaraan komputer, tidak mustahil kita akan mampu mencipta perisian atau sistem sendiri. Kita boleh buat program sendiri untuk memudahkan kerja-kerja harian kita atau pun menjualnya kepada orang-orang yang memerlukannya.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6719
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Pengaturcaraan Komputer Empty
PostSubject: Re: Pengaturcaraan Komputer   Pengaturcaraan Komputer EmptyThu Jul 29, 2010 7:38 am

Langkah Permulaan

Kebanyakan orang yang ingin menjadi pengaturcara beranggapan mereka hanya boleh melakukannya dengan memilih sesuatu bahasa pengaturcaraan yang khusus. Mereka bertanya pada diri sendiri "perlukah saya menjadi pengaturcara C++ atau pengaturcara VB?" Itu adalah soalan yang salah. Soalan yang sepatutnya ditanya pada diri adalah "Bagaimana saya boleh menjadi seorang pengaturcara yang bagus?"

Perkara yang pertama perlu kita ketahui adalah, kebanyakan bahasa pengaturcaraan berdasarkan asas pembinaan yang sama. Mempelajari sesuatu bahasa perlu dilihat lebih kepada cara untuk memahami konsep pengaturcaraan berbanding menghafal bahasa dan teknik. Ini kerana, sekali kita memahami asas pengaturcaraan, apa jua bahasa komputer yang digunakan, kita mudah untuk mempelajarinya.

Kedua, pengaturcara-pengaturcara yang bagus secara umumnya berkemahiran lebih daripada satu bahasa kerana minat semulajadinya dan dapat meluaskan langkahnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Adakalanya menggunakan sesuatu bahasa, jalan untuk mendapatkan penyelesaian sukar ditemui sedangkan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang lain, sesuatu masalah itu lebih mudah diselesaikan. Walau bagaimana pun, bukanlah sesuatu keperluan untuk menjadi mahir dalam semua bahasa pengaturcaraan. Memahami contoh-contoh penyelesaian masalah (algoritma) yang digunakan dalam bahasa lain dapat membuka minda kita untuk lebih kreatif menyelesaikan sesuatu permasalahan. Oleh kerana bahasa pengaturcaraan komputer mempunyai banyak persamaan, secara amnya adalah mudah untuk kita mempelajari bahasa yang baru setelah mahir dalam sesuatu bahasa.
Back to top Go down
nazzri
Siswa-siswi
Siswa-siswi
nazzri


Posts : 25
Points : 5242
Reputation : 2
Join date : 2010-08-15

Pengaturcaraan Komputer Empty
PostSubject: Re: Pengaturcaraan Komputer   Pengaturcaraan Komputer EmptySun Aug 22, 2010 3:36 am

Salam

Dari pengalaman saya, selain perlu faham pengaturcaraan, pengaturcara juga perlu tahu konsep dan bagaimana untuk menggunakan application server bagi yang membina web applikasi. Ia saling berkait rapat.
Back to top Go down
Juang
Sarjana
Sarjana
avatar


Posts : 1397
Points : 6719
Reputation : 4
Join date : 2010-07-25
Age : 47

Pengaturcaraan Komputer Empty
PostSubject: Re: Pengaturcaraan Komputer   Pengaturcaraan Komputer EmptyWed Aug 25, 2010 8:15 am

Salam,

Benar nazzri. Kalau kita mahu luaskan pengalaman mengaturcara komputer dan membuat sistem bagi skop yang lebih luas, pengetahuan berkaitan server dan web adalah penting. Ia lebih mencabar kerana kita perlu memikirkan interaksi di antara server dan client, berbanding kita mencipta aplikasi untuk penggunaan PC sahaja.

Satu yang menarik apabila kita belajar mengaturcara komputer, kita dapat melihat bagaimana Tuhan mengaturcara semesta alam ini agar alam ini berfungsi secara teratur dan bersistematik. Contohnya untuk turunkan hujan, pasti ada sebab-sebabnya yang logik. Begitulah untuk turunkan idea/ilham/wahyu, pasti ada sebab-sebabnya yang semua itu Allah aturkan secara logik.
Back to top Go down
lia
Siswazah
Siswazah
lia


Posts : 120
Points : 5336
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

Pengaturcaraan Komputer Empty
PostSubject: Re: Pengaturcaraan Komputer   Pengaturcaraan Komputer EmptySun Sep 12, 2010 12:03 pm

Dalam al Quran, Allah hanya berkata kun fayakun utk menjadikan sesuatu. Manusia boleh berfikir dan berusaha dan mendapatkan hasilnya. Setengah aturcara yang kita buat tidak selalunya berhasil dalam sekali RUN, mungkin tidak boleh RUN kerana berlaku Syntax error. Kadang-kadang terpaksa melalui berulang-ulang kali cubaan barulah mendapat Output yang dikehendaki. Dan berlaku juga Output yang dikehendaki dengan sekali RUN sahaja. Siapakah yang menentukan kalau bukan Allah swt. Itulah yang membezakan iktikad orang beragama dengan orang yang tidak beragama.
Back to top Go down
nazzri
Siswa-siswi
Siswa-siswi
nazzri


Posts : 25
Points : 5242
Reputation : 2
Join date : 2010-08-15

Pengaturcaraan Komputer Empty
PostSubject: Re: Pengaturcaraan Komputer   Pengaturcaraan Komputer EmptyTue Sep 28, 2010 11:50 pm

Salam

Rakan sekerja saya ada yang bukan berpegang pada beragama (free thinker). Tetapi mereka tahu, dengan usaha pasti ada hasilnya. Mereka lebih suka bekerja sendiri dan membuat banyak kajian untuk menambahkan ilmu mereka tentang programming. Malah mereka mampu melangkah lebih maju walaupun baru saja menyertai syarikat tempat saya bekerja. Malah rakan-rakan yang lebih senior pula dibawah mereka. Kadang-kadang, lebih mudah berbincang dengan golongan free-thinker ni, sebab mereka kebanyakannya berlapang dada dan lebih suka membantu.
Back to top Go down
lia
Siswazah
Siswazah
lia


Posts : 120
Points : 5336
Reputation : 0
Join date : 2010-08-17

Pengaturcaraan Komputer Empty
PostSubject: Re: Pengaturcaraan Komputer   Pengaturcaraan Komputer EmptySat Oct 02, 2010 9:41 am

Salam,
Kejayaan bagi orang Islam berbeza dari orang yang tidak beragama. Kalau kita mengukur kejayaan mengikut skala orang bukan Islam, kita akan menjadi seperti mereka. Adakah kita mahu maju dunia sahaja tetapi gagal di akhirat, sedangkan Allah mahukan kita memilih Akhirat dari dunia. Sewaktu kerajaan Parsi jatuh ketangan orang Islam segala kekayaan maharaja Parsi juga jatuh ke tangan para sahabat. Tetapi mereka tidak berebut-rebut mengambilnya walaupun mereka boleh memilikinya. Sebaliknya mereka hanya ambil sekadar keperluan sahaja. Dulu umat Islam berusaha atas agama Allah dan mereka mendapat hasil dunia dan akhirat. Kini orang Islam berusaha atas dunia tetapi bukan saja Allah tak bagi dunia pada mereka malah akhirat juga ketinggalan. Bagi orang Islam ada yang lebih berusaha atas akhiratnya dan mengambil dunia seadanya. Kalau kita bandingkan dua orang Islam yang sama kadar usaha atas dunianya tapi seorang lebih taat pada agama dan seorang tidak, nescaya orang yang taat itu akan mendapat hasil yang lebih baik.
Orang bukan Islam yang berbuat baik akan mendapat kebaikan didunia sahaja kerana tiada tempat baginya diakhirat. Sebab itu kita sebagai orang Islam bukan sahaja nak jadi baik didunia tetapi yang lebih penting bagi kita ialah kebaikan juga di akhirat. Oleh itu menjadi seorang kafir yang baik belum mencukupi sebagai seorang muslim.
Back to top Go down
Sponsored content





Pengaturcaraan Komputer Empty
PostSubject: Re: Pengaturcaraan Komputer   Pengaturcaraan Komputer Empty

Back to top Go down
 
Pengaturcaraan Komputer
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
E-Minda :: Minda :: Komputer & IT-
Jump to: