Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Cara Hidup Warisan Sun Sep 19, 2010 8:59 pm | |
| Katakan kita memiliki sebidang tanah yang diwarisi oleh datuk-nenek kita. Tanah tersebut tidak subur dan hanya dipenuhi lalang dan sering terbakar bila musim panas. Oleh kerana kita telah diwariskan tanah yang sebegitu sifatnya, kita tidak tahu macam mana nak menyuburkannya untuk mendapatkan hasil.
Di sebelah tanah kita itu, ada sebidang tanah yang subur yang tuan tanah itu juga dapat hasil warisan datuk-neneknya. Tanah subur itu dipenuhi dengan pokok-pokok buah-buahan yang pelbagai jenis, teratur dan banyak mengeluarkan buah yang enak dan berkualiti.
Kita berharap untuk memiliki tanah yang subur sepertinya agar banyak manfaat boleh dikutip, tetapi kerana tidak mahu belajar asas membina kebun yang subur, kita terus hidup di atas tanah yang keras dan tidak ditumbuhi pokok buah-buahan tersebut. Sedangkan tanah di sebelah itu menjadi subur kerana adanya inisiatif daripada datuk-neneknya untuk memulakan proses penggamburan tanah dan pembajaan sebelum tumbuhnya pokok-pokok yang menyumbangkan buah-buah berkualiti.
Sebidang tanah itu adalah perumpamaan cara hidup yang kita warisi daripada datuk-nenek kita. Oleh kerana kita mewarisi cara hidup yang rigid, keras dan kaku, sukar kita hendak melahirkan insan-insan yang boleh menyumbang buah-buah fikiran yang bermanfaat tidak seperti di negara-negara maju yang penuh idea kreatif dan innovatif.
Al Quran seumpama air yang akan mendinamikkan (melembutkan) cara hidup kita agar boleh berubah-ubah sesuatu mengikut tempat dan masa (ada kreativiti). Apabila Al Quran mula menyerap ke dalam cara hidup kita sehingga membentuk masyarakat yang dinamik (seperti air menyerap ke dalam tanah), akan tumbuhlah benih-benih berkualiti yang akan mengeluarkan buah-buah fikiran yang bermanfaat tinggi.
Namun jika kita tidak sanggup menggunakan Al Quran untuk mendinamikkan cara hidup kita, maka kita akan terus ketinggalan berbanding tuan tanah-tuan tanah yang berkesedaran untuk menggamburkan tanah mereka. Apa gunanya kita pertahankan tanah yang keras dan kontang itu hanya kerana nenek-moyang kita mewariskan ia dalam keadaan begitu? Tidakkah kita tahu mengolahnya untuk membina sebuah kebun yang penuh pokok buah-buahan? | |
|