Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Menyatukan tamadun Timur dan Barat Sun Oct 03, 2010 11:03 am | |
| Bagaimanakah caranya kita hendak menyatukan tamadun Timur dan Barat?
Al Quran adalah sumber ilmu yang datangnya melalui tamadun Timur. Sains dan teknologi pula adalah sumber ilmu yang datangnya melalui tamadun Barat. Jadi, dengan membenarkan Al Quran menerusi sains, dan membenarkan sains menerusi Al Quran, maka kita dapat menyatukan kedua-dua tamadun untuk membawa kepada kehidupan yang aman, adil dan sejahtera.
Al Quran sebenarnya adalah ilmu sains kejiwaan. Ia menceritakan bagaimana tindak-balas yang berlaku dalam alam rohani yang membawa kepada tindakan jasmani. Contohnya, apabila ayat-ayat Allah disampaikan kepada para pendusta, hati mereka akan menyala kepanasan seterusnya menampakkan tindakan-tindakan seperti orang-orang kafir terdahulu (yang tidak terbuka untuk mendengar perbezaan dengan kepercayaan tradisi mereka). Manakala ilmu sains Barat pula banyak menceritakan tindak-balas yang berlaku pada alam jasmani seperti daya graviti, perubahan tenaga daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain (walaupun ada kajian psikologi dilakukan). Oleh kerana rohani dan jasmani saling memerlukan, seperti itulah Al Quran dan sains perlu disatukan.
Memisahkan Al Quran dengan sains samalah seperti kita memisahkan roh dengan jasad yang hanya berlaku apabila mati. Maka kerana itulah kaum-kaum yang memisahkan Al Quran dengan sains seumpama manusia yang mati. Seperti jasad yang mati tidak mampu bergerak (tiada daya), maka kaum yang mati tidak mampu menggerakkan mereka untuk bergerak maju ke hadapan (kaum yang lemah). Mereka terbelenggu dengan nasib yang sama seperti datuk-nenek mereka alami.
Apabila tamadun Timur (berteraskan Al Quran) disatukan dengan tamadun Barat (berteraskan sains), maka bumi ini akan dilihat sebagai hidup di sisi Allah seperti mana roh dan jasad bersatu. | |
|