| Perumpamaan Akal dan Nafsu | |
|
|
Author | Message |
---|
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6512 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Perumpamaan Akal dan Nafsu Tue Oct 19, 2010 11:23 pm | |
| "Ikut rasa badan binasa"
Nafsu adalah dorongan dalam hati manusia. Jika kuat nafsu, maka kuatlah dorongan dalam hati manusia itu. Perumpamaan nafsu dalam diri manusia samalah seperti pedal minyak dalam kereta. Jika pedal minyak itu ditekan, kereta akan terdorong untuk bergerak. Jadi, nafsu tidak boleh dibuang dalam diri manusia, kerana nanti manusia tidak akan maju ke hadapan seperti mana kereta yang dibuang pedal minyaknya.
Namun begitu, jika pedal minyak ditekan sepenuhnya, ia juga boleh membawa kebinasaan. Jadi, kita perlukan mekanisma untuk menentukan kadar pedal minyak yang perlu ditekan mengikut keadaan pemanduan. Mekanisma itulah yang dipanggil akal.
Akal berfungsi mengawal nafsu agar tidak melampaui batas. Kita boleh gambarkan keadaan orang yang hidup menurut nafsu dan tak mahu menggunakan akal seperti sebuah kereta yang ditekan pedal minyaknya sehabis mungkin tanpa mengira bahaya atau tidak. Pasti kecelakan akan menanti di hadapan.
Padanlah yang dihumban ke neraka kelak adalah golongan yang menurut nafsu dan tidak mahu menggunakan akal. Ketika di dunia, mereka hidup berpuak-puak dan berbangga diri menurut hawa nafsu masing-masing kononnya merekalah puak yang dikasihi Allah. Itulah kecelakaan yang mereka terima seperti mana kereta yang dipandu dengan kelajuan yang melampaui batas merempuh tiang. | |
|
| |
iltizam Siswazah
Posts : 401 Points : 5428 Reputation : 0 Join date : 2010-08-01
| Subject: Re: Perumpamaan Akal dan Nafsu Wed Oct 20, 2010 12:03 am | |
| Antara Akal dan nafsu saling memerlukan. Itulah kesempurnaan ciptaan tuhan.Tetapi sayangnya ramai umat islam masa kini yang tidak kenal akan nafsunya sendiri.
Yang di kata, adalah sama dengan yang berkata.
ini adalah kerana yang berkuasa atas segalanya adalah Allah subhana huwa ta'al la
| |
|
| |
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5700 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Perumpamaan Akal dan Nafsu Wed Oct 20, 2010 2:09 am | |
| Salam,
Benarlah ayat al-quran bahawa orang yang tidak menggunakan akal itu lebih hina daripada binatang ternak.
Bolehlah kita katakan orang yang tidak menggunakan akal ini adalah orang yang degil. Kadang-kadang lembu yang bersantai di tengah jalan tahu pergi ke tepi kalau diperingatkan dengan hon kereta. Tapi, manusia yang tidak menggunakan akal dan menurut hawa nafsu, meskipun diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhan, mereka tetap berdegil. | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6512 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Perumpamaan Akal dan Nafsu Thu Oct 21, 2010 7:21 am | |
| Otak seumpama mentol. Jantung seumpama bateri.
Apabila manusia berfikir, mentol itu menyala (terpancar cahaya kebijaksanaan). Dorongan untuk berfikir datangnya daripada bateri dalam dada itu.
Tenaga keupayaan (voltan) dalam bateri itulah nafsu dalam diri manusia. Sedikit tenaga dialirkan ke mentol itu, maka sedikitlah cahaya dikeluarkan.
Manusia boleh mengawal sama ada untuk menggunakan akal atau tidak (nyalakan mentol atau tidak). Dan manusia boleh mengawal kandungan tenaga dalam dada sama ada banyak atau sedikit.
Orang yang lemah tenaga dalamannya itu, dia akan cepat berputus asa dan rasa malas untuk berfikir. Orang yang kuat tenaga dalamannya itu, akan terpancarlah kebijaksanaannya sepanjang masa tanpa henti-henti.
| |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6512 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Perumpamaan Akal dan Nafsu Thu Oct 21, 2010 7:42 am | |
| Mentol yang malap pancarannya, jarak kawasan yang diteranginya adalah sempit. Sebaliknya mentol yang menyala dengan terang, jarak kawasan yang diterangi adalah luas.
Begitulah manusia yang otaknya jarang berfikir, pandangannya sempit. Banyak perkara mereka tidak nampak. Sebaliknya manusia yang rajin berfikir, akan mempunyai pandangan yang luas. Lagi banyak tenaga dalam diri dialirkan ke otak, maka lagi terpancarlah cahaya yang menjelaskan perkara-perkara yang tersembunyi selama ini.
| |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6512 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Perumpamaan Akal dan Nafsu Thu Oct 21, 2010 8:00 am | |
| Jika mentol itu malap, kita tidak dapat membeza apakah warna objek A dan B yang terlindung oleh kegelapan. Kedua-dua objek kelihatan sama warnanya (hitam). Tetapi jika mentol itu terang, kita mudah membezakan warna objek A dan B tersebut dengan jelas.
Begitulah perbezaan di antara manusia yang pemalas berfikir dengan yang rajin berfikir. Yang pemalas berfikir, mereka tidak tahu membezakan nilai seperti mana budak-budak sekoleh tak tahu bezakan nilai komik kartun dengan buku sains. Seperti ada manusia tak tahu membezakan nilai lahwal hadis (hadis khayalan dan main-main) dengan Al Quran (kata-kata yang jelas kebenarannya).
Antara intan dan kaca, manakan sama nilainya?
| |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6512 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Perumpamaan Akal dan Nafsu Thu Oct 21, 2010 8:19 am | |
| Bila kita faham konsep pencahayaan dalam diri manusia ini, maka kita akan nampak bagaimana nasib orang-orang yang tak mahu menggunakan akal itu.
- mereka sukar membezakan nilai baik-buruk, benar-dusta, manfaat-mudarat dll. - Hati mereka cepat panas, kerana tenaga dalam diri (bateri) di”litar-pintas”kan (jika kita litar-pintaskan bateri, kita akan rasa bateri itu cepat panas). - Mereka cepat jadi lemah (berputus asas) sebab cepat kehabisan tenaga dalam diri.
Daripada perumpamaan-perumpamaan di atas, nampaklah kita jawapan kenapa umat Islam hari ini lemah walaupun ramai. Mereka ada “mentol” dan “bateri” macam bangsa-bangsa lain itu, tetapi mereka tidak menggunakannya pada cara yang betul. Ramai yang malas berfikir dan suka menurut hawa nafsu (melitar-pintaskan bateri dalam dada mereka). Mereka mudah panas hati sesama sendiri sehingga wujud bermacam-macam puak yang ego dan angkuh merasakan mereka sahajalah puak yang benar.
| |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6512 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Perumpamaan Akal dan Nafsu Thu Oct 21, 2010 8:36 am | |
| Jadi, Al Quran sudah ada jawapannya bagaimana untuk mengeluarkan umat Islam hari ini daripada kegelapan kepada cahaya agar mereka mudah membezakan nilai-nilai yang wujud di serata alam. Barulah mereka nampak bahawa di antara rajin dengan malas ada bezanya. Di antara yang banyak sumbangkan manfaat dengan tak tak menyumbang apa-apa manfaat ada perbezannya.
Al Quran menggalakkan manusia berfikir. Bermaksud Allah suruh kita menyalakan mentol dalam diri itu. Barulah pandangan kita luas dan tidak mudah ditipu oleh pendusta-pendusta yang mencampur-adukkan antara benar dengan dusta.
Dan Al Quran menggalakkan kita berhujah dan berbincang menyampaikan apa yang kita tahu dan nampak untuk meluaskan lagi pandangan kita. Konsepnya seperti di gambar bawah: Di sini kita nampak, apabila semakin banyak mentol-mentol menyala, semakin teranglah sesuatu kawasan sehingga mudah untuk kita lalui, mengelak diri daripada duri, atau mengelak diri daripada jatuh lubang sebab kawasan sudah diterangi banyak lampu. Kita mudah membezakan sesuatu perkara.
Dan bila kawasan sudah terang, syaitan tak berani nak buat dusta lagi. Kita juga tidak perlu menurut membuta-tuli lagi sebab sudah ada mentol dalam diri yang menerangi perjalanan hidup kita seperti kereta yang ada lampu sendiri untuk mudah memandu di malam hari.
| |
|
| |
Muhammad Siswa-siswi
Posts : 52 Points : 5046 Reputation : 0 Join date : 2010-08-31
| Subject: Re: Perumpamaan Akal dan Nafsu Wed Oct 27, 2010 2:41 am | |
| Salam
Alhamdulillah, rupanya banyak pengajaran ilmu yang bermunafaat yang saya dapat disini. Insyaallah kita dapat sama sama Bertukar fikiran nanti dalam suasana yang baik dan berilmiah.
Harap jika ada perbezaan sedikit sebanyak , kita dapat terima nya sebagai perjalanan ilmu.
Cahaya di atas Cahaya
| |
|
| |
Muhammad Siswa-siswi
Posts : 52 Points : 5046 Reputation : 0 Join date : 2010-08-31
| Subject: Re: Perumpamaan Akal dan Nafsu Wed Oct 27, 2010 2:44 am | |
| - Admin wrote:
- Salam,
Benarlah ayat al-quran bahawa orang yang tidak menggunakan akal itu lebih hina daripada binatang ternak.
Bolehlah kita katakan orang yang tidak menggunakan akal ini adalah orang yang degil. Kadang-kadang lembu yang bersantai di tengah jalan tahu pergi ke tepi kalau diperingatkan dengan hon kereta. Tapi, manusia yang tidak menggunakan akal dan menurut hawa nafsu, meskipun diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhan, mereka tetap berdegil. betul tu Admin, terkadang kerana tertutup dek nafsu, akan gelaplah cahaya akal yang sememangnya telah tersedia. entahlah, apa nak jadi dengan umat zaman ini seakan Haruman Bunga telah hampir lenyap baunya | |
|
| |
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6512 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Perumpamaan Akal dan Nafsu Wed Oct 27, 2010 10:15 pm | |
| - Muhammad wrote:
- Salam
Alhamdulillah, rupanya banyak pengajaran ilmu yang bermunafaat yang saya dapat disini. Insyaallah kita dapat sama sama Bertukar fikiran nanti dalam suasana yang baik dan berilmiah.
Harap jika ada perbezaan sedikit sebanyak , kita dapat terima nya sebagai perjalanan ilmu.
Cahaya di atas Cahaya
Salam Muhammad, Silakan kongsikan apa jua ilmu yang saudara ada. Yang penting dalam berhujah, bawakan bukti-bukti yang boleh difikirkan. Itulah cara mewujudkan perbincangan yang sihat. Sekadar cakap kosong tanpa bukti, tiada ilmu yang boleh kita dapat. Perbezaan sudut pemikiran itu perkara biasa. Yang penting arahnya sama. | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Perumpamaan Akal dan Nafsu | |
| |
|
| |
| Perumpamaan Akal dan Nafsu | |
|