Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6529 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Perkembangan Minda Sat Oct 23, 2010 11:42 am | |
| Jika kita melihat perkembangan manusia, ketika bayi, untuk mendapatkan sesuatu keinginan, bayi itu akan merengek dan menangis. Ini kerana ketika keupayaan minda manusia pada waktu itu masih rendah dan banyak perkara yang tidak tahu dilakukannya sendiri. Maka tangisan adalah cara untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Jika perkembangan minda manusia itu sihat, apabila semakin menuju kedewasaan, manusia sudah tidak merengek dan menangis untuk meminta sesuatu perkara, sebaliknya manusia akan menggunakan idea-idea untuk mencapai sesuatu kemahuan.
Di sini kita nampak perubahan bermula daripada banyak menggunakan mulut (menangis) untuk mendapatkan keinginan, kepada banyak menggunakan idea untuk mendapatkan sesuatu yang dicipta-citakan.
Namun kalau kita lihat dalam masyarakat Melayu hari ini, yang sudah dewasa pun masih duk merengek-rengek untuk dapatkan sesuatu kemahuan. Bila tak puas hati, komplain dan komplain sini. Sepatutnya semakin dewasa, semakin banyak idealah untuk menyumbang pelbagai manfaat untuk kesejahteraan bersama, bukannya hanya duduk merengek minta itu dan ini macam bayi. | |
|
othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5599 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Perkembangan Minda Sat Oct 23, 2010 2:03 pm | |
| boleh sedara bagi satu contoh idea yg bernas ... | |
|
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6529 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Perkembangan Minda Sat Oct 23, 2010 3:05 pm | |
| Salam,
Contoh idea yang bernas adalah mengikut petunjuk Allah dalam Al Quran kerana ia menggalakkan perkembangan minda. Sebab itulah para Nabi terdahulu bijak-bijak belaka. Mana ada Nabi yang berfikiran sempit? | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Perkembangan Minda | |
| |
|