Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Bagaimana Mereka Mendustai Sun Oct 24, 2010 5:01 pm | |
| Untuk menampakkan sesuatu perkara dusta dan diada-adakan itu seperti benar, ada beberapa teknik yang digunakan. Jika kita faham teknik tersebut, mudahlah kita menyelamatkan diri daripada sebarang bentuk pendustaan.
Di antara teknik-teknik pendustaan yang digunakan berdasarkan apa yang dilakukan pada umat-umat terdahulu adalah;
1) Menyandarkan sesuatu dakwaan berdasarkan nama-nama si polan yang kononnya rapat dengan seseorang Nabi. Teknik ini telah digunakan oleh orang-orang Nasrani terdahulu yang menggunakan nama-nama si polan yang kononnya sahabat Nabi Isa atau ulamak ugama yang mewarisi Kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa. Dengan itu, orang-orang yang pemalas menyelidik dan berfikir akan menurut membuta-tuli apa yang diada-adakan.
2) Menggunakan cerita-cerita khayalan dan karut-marut untuk mengagung-agungkan sesuatu selain Allah seperti mana kaum Rom membawa cerita pasal dewa-dewi di langit. Ada manusia bila dibawakan cerita-cerita fantasi begitu, mereka suka. Mereka tak suka pada perkara-perkara benar yang wujud hukum-hukumnya di serata alam.
3) Menokok-tambah tafsiran lain untuk mengada-adakan perkataan yang tidak wujud dalam perkataan asal sesuatu tulisan itu. Biasa kita akan jumpa perkataan-perkataan dalam kurungan untuk mereka dorongkan sesuatu ayat mengikut kepercayaan tradisi mereka.
Di antara jujur dengan tidak, pasti ada perbezaannya. Kita boleh melihatnya daripada kiasan sesuatu tulisan. Tulisan yang jujur, ia menyampaikan apa yang jelas dan benar. Tulisan yang tidak jujur, mengandungi tokok-tambah untuk melindungi ketidakjujuran tersebut.
| |
|
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Bagaimana Mereka Mendustai Sun Oct 24, 2010 6:20 pm | |
| 4) Satu lagi teknik menipu adalah dengan mencampur-adukkan di antara benar dan dusta. Kalau mereka pegang sesuatu kitab yang dusta semata-mata, pendustaan mereka mudah dikesan. Jadi seperti orang yang musyrik terdahulu lakukan adalah dengan selit-selitkan pendustaan mereka pada sesuatu ayat-ayat Tuhan sehingga kalau kita tidak mengkaji dan membuat perbandingan secara teliti, pasti kita rasa itu datangnya daripada Tuhan (walhal daripda si polan).
Samalah seperti yang dialami oleh orang-orang Nasrani terdahulu, oleh kerana gospel-gospel dikumpulkan bersama Taurat dan Injil, maka konsep anak Allah itu dirasainya benar sedangkan dalam Taurat dan Injil sudah ada ayat melarang Allah disekutukan.
2:42. Dan janganlah mencampuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan jangan menyembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya.
Tidak hairanlah kenapa dalam Al Quran ada ayat peringatkan agar kaum bani Israel terdahulu itu agar tidak mencampur-adukkan benar dengan palsu, kerana teknik ini pernah digunakan oleh ulamak ugama mereka untuk menyamarkan apa yang mereka ada-adakan.
Jika dalam gelap, kalau ada orang berdusta mengatakan sesuatu objek itu berwarna hijau, kita pasti tak boleh nak katakan orang itu berdusta. Tetapi apabila sudah ada sinar cahaya, dan orang itu berdusta mengatakan warna hijau itu, kita mudah mengesan pendustaan tersebut dan mematahkan dakwaannya.
Begitulah perumpamaannya bila hati kita sudah disuluh dengan Al Quran, jika datang pendusta-pendusta membawa ajaran tak masuk akal, mudah kita mematahkan hujah mereka, kerana tipu daya syaitan itu sebenarnya lemah. Bila lemah, mudah kita gunakan Al Quran untuk mematahkan sesuatu yang diada-adakan seperti mana Rasulullah gunakan Al Quran untuk mematahkan tipu daya pendusta-pendusta terdahulu.
Janji Allah adalah benar. | |
|
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Bagaimana Mereka Mendustai Sun Oct 24, 2010 6:55 pm | |
| 5) Memfitnah.
Teknik memfitnah juga adalah salah satu cara mereka untuk menutup pendustaan mereka. Contohnya mereka kata seorang hamba Allah itu menidakkan adanya solat dalam Al Quran. Padahal apa yang ditidakkan oleh hamba Allah itu adalah solat kena mengadap bangunan batu, kerana memang tiada ayat Al Quran yang menyebut tentang solat kena spesifik ke arah mana-mana bangunan yang wujud di muka bumi ini.
Di mana manusia itu mengadap, di situ ada Wajah Allah. Mudah sangat nak faham ayat tersebut jika mereka mahu memikirkan.
Mereka berharap dengan melakukan fitnah-fitnah sebegitu, mereka boleh menutup segala apa yang mereka dustakan selama ini? Bukankah pendusta-pendustaan kaum terdahulu itu mudah dipatahkan kerana tipu-daya syaitan itu adalah lemah? | |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Bagaimana Mereka Mendustai | |
| |
|