Who is online? | In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests None Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm |
| | Tudung Kepala | |
| | |
Author | Message |
---|
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5710 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Tudung Kepala Fri Jul 30, 2010 11:07 am | |
| First topic message reminder :
24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
Fungsi khumur (penudung) memang untuk menyorok atau menyamarkan. Ia menyorok atau menyamarkan bahagian dada perempuan, kerana ia disuruh Allah supaya diletak di bahagian anggota tersebut.
Jadi, tidak ada hukum mengapa wanita islam perlu memakai tudung kepala. Jika nak pakai pun, janganlah atas sebab suruhan Tuhan.
Dalam al-quran, banyak peringatan agar tidak mengatakan sesuatu sewenang-wenangnya tentang suruhan Tuhan.
3:78. Dan antara mereka, ada segolongan yang memutarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu menyangkanya daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukanlah daripada al-Kitab; dan mereka berkata, "Ia daripada Allah", tetapi ia bukanlah daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.
| |
| | |
Author | Message |
---|
Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5710 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Tudung Kepala Wed Aug 11, 2010 1:05 pm | |
| Salam,
Kalau kita fikir secara logik pun, kenapa mereka tetapkan kena tutup kepala wanita muslim? | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6522 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Tudung Kepala Thu Aug 12, 2010 6:58 am | |
| Salam,
Selalu kita dengar daripada mulut mereka, kononnya wanita yang tak pakai tudung nanti masuk neraka. Entah ayat Al Quran mana menetapkan macam pun kita tak jumpa.
Cuba cari sejarah para Nabi di dalam Al Quran, tidak pernah seseorang Nabi itu suruh para wanita di zaman mereka memaki tudung rambut. Tetapi yang para Nabi tak suruh buat itulah yang mereka ada-adakan. | |
| | | gaara Sarjana
Posts : 1003 Points : 6075 Reputation : 1 Join date : 2010-07-24 Location : Malaysia
| Subject: Re: Tudung Kepala Thu Aug 19, 2010 4:48 pm | |
| - Admin wrote:
- Salam,
Kalau kita fikir secara logik pun, kenapa mereka tetapkan kena tutup kepala wanita muslim? Salam.... logik akal melebihi wahyu yg menjdi masalah sebenarnya... | |
| | | lia Siswazah
Posts : 120 Points : 5139 Reputation : 0 Join date : 2010-08-17
| Subject: Re: Tudung Kepala Thu Aug 19, 2010 6:30 pm | |
| Dalam sejarah pakaian wanita Arab memang menutup kepala sebagaimana orang lelaki juga memakai serban. Kenapa orang dulu menutup kepala fikirlah logiknya sendiri kerana orang melayu telah memakai tengkolok sebelum kedatangan Islam. Koboi pun pakai topi. Dan pakaian yang disebutkan dalam Al Quran itu adalah pakaian yang biasa dipakai oleh wanita pada zaman itu termasuk kerudung kepala, dan diperintahkan supaya pakaian dipanjangkan untuk menutup dada. Sebab itu dalam mengkaji ayat al Quran kita kena tahu keadaan alam persekitaran di waktu itu, baru tahu maksud sebenar.
| |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5710 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Tudung Kepala Thu Aug 19, 2010 7:46 pm | |
| Salam,
Sebenarnya, tidak ada sebab mengapa Allah suruh wanita muslim tutup rambut/ kepala. Bahagian dada tu, kita pun sendiri maklum sebab mengapa ianya perlu ditutup.
Orang nak pakai topi koboi, pakailah..
Orang nak pakai serban, pakailah...
Orang nak pakai tudung kepala, pakailah...
Tiada yang larang dan Allah pun tak larang..
Cuma, jangan anggap ianya perintah Allah.
Kalau sebab-sebab lain spt nak glemer, nak tutup kepala botak, dll itu tiada masalah. | |
| | | lia Siswazah
Posts : 120 Points : 5139 Reputation : 0 Join date : 2010-08-17
| Subject: Re: Tudung Kepala Thu Aug 19, 2010 8:16 pm | |
| sesedap hati sahaja berkata tentang wanita, sekarang cuba tentukan aurat lelaki pula. | |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5710 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Tudung Kepala Thu Aug 19, 2010 8:36 pm | |
| - lia wrote:
- sesedap hati sahaja berkata tentang wanita, sekarang cuba tentukan aurat lelaki pula.
Salam, Bukan sesedap hati, tapi ayat al-quran itu sudah menjelaskan. Tentang 'aurat lelaki' bolehlah buka topik lain supaya kita dapat bincang dan tidaklah topik ini menjadi celaru. terima kasih. | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Tudung Kepala | |
| |
| | | | Tudung Kepala | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |