Who is online? | In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests None Most users ever online was 288 on Tue Oct 12, 2021 2:28 pm |
|
| Orang-orang berilmu untuk ditanya | |
| | Author | Message |
---|
Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Orang-orang berilmu untuk ditanya Sun Aug 01, 2010 11:48 am | |
| Jika kita ingin mencari orang-orang berilmu (alim) untuk bertanya pasal Rasulullah, apakah ciri-ciri yang perlu kita lihat pada seseorang itu? Adakah kerana orang itu mengaku dirinya "ulamak" atau "ustaz", terus kita percaya membuta-tuli padanya?
Jangan jadi jahil macam orang Yahudi dan Nasrani terdahulu yang merasakan pembesar-pembesar agama mereka adalah semestinya ulamak (seorang yang berilmu). Al Quran ada memberi petunjuk kepada kita, manusia bagaimanakah yang layak kita tanya untuk tahu pasal Rasul seperti ayat di bawah;
16:43. Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami mewahyukan. Tanyalah ahli peringatan (ahlaldzikri) jika kamu tidak mengetahui.
Sedangkan Nabi sendiri pun disuruh tanya pada ahli peringatan untuk mengetahui tentang kerasulan dirinya sendiri, apatah lagi kita yang bukan Nabi jika mahu mengetahui pasal Rasulullah?
Kenapa perlu tanya pada ahli peringatan pula, bukannya pada ahli nujum atau ahli sihir yang kaki kelentong itu?
54:17. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mahu mengingati (mudzakiri)?
54:22. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:32. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:40. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
Bayangkanlah 4 kali Allah mengulangi kunci untuk mudah memahami Al Quran iaitu bagi orang-orang yang mahu mengambil Al Quran sebagai Peringatan, fahamlah kita kenapa secara logiknya kita disuruh bertanya kepada ahli peringatan, iaitu kerana mereka adalah orang yang mudah faham Al Quran.
Kalau kita bertanya orang yang tak mahu fahami Al Quran sebagai Peringatan, samalah macam kita bertanya orang kafir terdahulu yang tak mahu pada Al Quran juga. Tak logik kita bertanya orang kafir nak tahu pasal Rasulullah. Pastilah mereka bawakan ajaran yang songsang daripada apa yang Rasulullah benar-benar sampaikan.
Jadi, bila datang orang-orang yang jadikan Al Quran sebagai lagu-laguan (syair) dan tak mahu jadikan Peringatan, patutkah kita percaya kepada orang-orang itu lagi?
36:69. Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah Peringatan dan kitab yang jelas.
Jika ayat 36:69 semudah itu pun mereka tak faham dan masih jadikan Al Quran sebagai lagu-laguan, nampak sangat mereka bukannya ahli peringatan yang layak kita bertanya mereka pasal Rasulullah.
Takkanlah dalam dunia hari ini, tiada orang-orang yang mahu jadikan Al Quran sebagai Peringatan bukannya lagu-laguan untuk kita bertanya mereka pasal Rasulullah?
| |
| | | Admin Canselor
Posts : 601 Points : 5907 Reputation : 1 Join date : 2010-07-22 Location : Selangor
| Subject: Re: Orang-orang berilmu untuk ditanya Sun Aug 01, 2010 7:42 pm | |
| 36:69. Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah Peringatan dan kitab yang jelas.
Kalau Allah ajar al-quran sebagai syair kepada nabi, memanglah logik nabi takkan faham mesej yang disampaikan itu. Mungkin nabi hanya akan tahu cara utk mendayu-dayukan ayat-ayat al-quran dengan betul dan merdu.
Tapi, Allah kata tak layak baginya sebab al-quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan kitab yang menjelaskan. Nabi memang bersungguh-sungguh nak tahu apakah mesej yang disampaikan oleh Allah. Bukan bersungguh-sungguh nak jadi seorang penyair quran.
Jadi, apakah orang-orang yang hanya mengajar orang lain utk melagu-lagukan al-quran itu kita harus tanya? Tidak, sebab mereka hanya pakar jadi penyair (pelagu) quran tapi bukan ahli peringatan yang harus ditanya.
Mungkin kalau nak belajar cara melagukan ayat quran, bolehlah tanya kepada mereka sebab mereka memang pakar. | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Orang-orang berilmu untuk ditanya Tue Aug 03, 2010 4:42 am | |
| Salam, Tugas seorang doktor adalah mengubati pesakit. Andaikata kita nak tahu amalan kedoktoran seseorang doktor yang telah lama meninggal dunia, pastilah kita kena tanya ahli-ahli perubatan yang ada di zaman kita ini. Kalau kita tanya ahli nyanyian, tentulah kita tidak dapat jawapan yang tepat tentang amalan perubatan yang doktor terdahulu itu lakukan. Tugas seorang mekanik adalah membaiki kereta. Andaikata kita nak tahu amalan membaiki kereta seorang mekanik yang telah lama meninggal dunia, pastilah kita tanya ahli-ahli membaiki kereta yang ada pada hari ini. Kalau tanya ahli nyanyian, tentulah kita tidak dapat jawapan yang tepat tentang amalan membaiki kereta yang mekanik terdahulu itu lakukan. Begitu juga tugas seorang Rasul adalah memberi Peringatan. Andaikata kita nak tahu amalan kenabian seseorang Rasul yang telah lama wafat, pastilah kita kena tanya ahli-ahli peringatan yang ada di zaman kita ini. Kalau kita tanya ahli nyanyian, tentulah kita tidak dapat jawapan yang tepat tentang amalan Rasulullah itu. Sebab itulah ayat 16:43 itu suruh kita tanya ahli peringatan (ahlaldzikri), bukannya ahli syair. Maka kerana itulah kita tidak tanya orang yang menjadikan Al Quran sebagai lagu-laguan untuk mengetahui amalan Rasulullah dan apa yang baginda sampaikan sebab pasti mereka tidak dapat berikan jawapan yang tepat tentang Rasulullah sebab mereka bukan ahlinya. Kita nak cari orang-orang yang pakar dalam bidang Peringatan selaras dengan tugas Rasulullah yang memberi peringatan kepada kaumnya. Kalau nak tanya pasal Michael Jackson, Mariah Carey, atau penyanyi tanahair, barulah logik kita tanya ahli-ahli nyanyian. Dan tuan Admin sudah sediakan topik untuk berbicara pasal hiburan dan nyanyian di sini. Dalam topik Islam ini, kita mengharapkan penyertaan ahli-ahli peringatan untuk tahu perihal Rasulullah. Mudah bukan? | |
| | | othman Sarjana
Posts : 551 Points : 5789 Reputation : 0 Join date : 2010-07-26
| Subject: Re: Orang-orang berilmu untuk ditanya Tue Aug 03, 2010 1:03 pm | |
| - Quote :
- Begitu juga tugas seorang Rasul adalah memberi Peringatan. Andaikata
kita nak tahu amalan kenabian seseorang Rasul yang telah lama wafat, pastilah kita kena tanya ahli-ahli peringatan yang ada di zaman kita ini. Kalau kita tanya ahli nyanyian, tentulah kita tidak dapat jawapan yang tepat tentang amalan Rasulullah itu. Sebab itulah ayat 16:43 itu suruh kita tanya ahli peringatan (ahlaldzikri), bukannya ahli syair. salam kalau nabi dulu dia tanya sape | |
| | | Juang Sarjana
Posts : 1397 Points : 6719 Reputation : 4 Join date : 2010-07-25 Age : 47
| Subject: Re: Orang-orang berilmu untuk ditanya Tue Aug 03, 2010 6:59 pm | |
| Salam,
Nabi tanya ahli peringatan yang wujud zaman itu. Sebab itulah ayat 16:43 suruh Nabi tanya ahli peringatan. Kalau tak wujud ahli peringatan pada waktu itu, tidaklah Nabi disuruh menanya ahli peringatan tentang kerasulannya itu.
Hanya ahli-ahli peringatan yang dapat mengenal tanda-tanda kerasulan seseorang hamba Allah. Hanya jauhari mengenal manikam. | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Orang-orang berilmu untuk ditanya | |
| |
| | | | Orang-orang berilmu untuk ditanya | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |